Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Apakah kategori bisnes kita?

Apabila kita ingin melakukan bisnes, sebaiknya kita perlu jelas apakah tujuan kita berniaga. Adakah sekadar suka-suka, mahu tambah seringgit dua ataupun kerana mahu kaya?

Maka boleh kita kategorikan bisnes-bisnes yang dilakukan oleh kebanyakan orang kepada berikut:

  • Suka-suka (jadi ok, tidak jadi tidak mengapa)
  • Tambah pendapatan
  • Pendapatan kedua
  • Membina empayar perniagaan sendiri
  • Menjana kekayaan dengan bisnes
  • “Usaha pagi makan pagi, usaha petang makan petang” (ala kadar)

Kita berada dalam kategori mana?

Niat dan matlamat kita akan menentukan sejauh mana usaha kita. Kalau impian kita kecil, maka usaha juga akan kecil dan hasilnya juga adalah kecil. Sebaliknya, jika impian kita besar, usaha juga akan menjadi besar dan hasilnya biasanya adalah besar.

Apabila kita mendapat hasil yang biasa-biasa sahaja, mungkin salah satu sebabnya adalah kita terlalu berimpian kecil dan terlalu banyak alasan yang diletakkan pada diri sendiri untuk menyelesakan diri.

Jika kita mahu melaksanakan impian besar, maka kita perlu bersedia untuk melakukan perkara yang tidak pernah kita lakukan.

Saya doakan kejayaan tuan/puan semua.

-
http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Incoming search terms:

  • senarai jenis perniagaan
  • jenis perniagaan
  • jenis-jenis keusahawanan
  • blog jenis perniagaan
  • bisnes
  • jenis-jenis perniagaan
  • kategori jenis perniagaan
  • jenis perniagaan internet ssm
  • jenis keusahawanan
  • kategori perniagaan internet

Kejayaan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita SENDIRI

Saya kerap kali membaca keluhan ini di Internet: “Otai (orang lama) hanya membantu sesama mereka sahaja. Orang baru diabaikan.”

Ia membuatkan saya terpanggil untuk menulis sedikit coretan ini.

Kejayaan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita SENDIRI

Kenyataan yang mengatakan ‘orang lama’ yang berjaya tidak membantu usahawan-usahawan baru adalah tuduhan yang tiada bukti. Jika ada, kesnya boleh dibilang dengan jari. Biar saya katakan, “begitu ramai orang lama bersedia untuk membantu kita jika kita besedia untuk dibantu.” BERSEDIA dari aspek mental, kesabaran, ilmu dan kesungguhan.

Kata seorang “mentor” saya, kita hendaklah bertanggungjawab pada diri sendiri. Elakkan menuding jari kepada orang lain walaupun mereka yang silap. Kita mahu sesuatu, USAHA. Jika gagal, teruskan berikhtiar mencari jalan lain. Kita sentiasa ada PILIHAN.

Saya masih ingat pada 10 tahun yang lepas, sewaktu saya masih “zero” ilmu membina website. Saya meminta seorang rakan yang pandai membuat laman web untuk mengajar saya, namun beliau menolak tidak mahu. Bermula daripada hari itu, saya tekad untuk berikhtiar sendiri dengan merujuk panduan di Internet, membeli buku dan meminjam buku-buku di perpustakaan.

Tidak cukup dengan itu, saya menyertai kursus membina laman web dan membeli pula panduan yang mereka tawarkan. Akhirnya, saya sedikit demi sedikit boleh membina laman web sendiri. Saya gunakan cara yang sama untuk ilmu dan kemahiran yang lain, iaitu memikulkan tanggungjawab pada diri sendiri kerana saya sudah ‘berputus asa’ untuk meraih simpati orang lain.

Mencari penyelesaian adalah lebih baik daripada menuding jari dan mengungkit-ngungkit salah orang lain. Ia hanya membazir masa sahaja dan akhirnya kita akan terperosok sama dalam kancah kerugian. Kita tidak akan mendapat apa-apa melainkan menambah potensi untuk sakit jantung kerana marah-marah.

Mendapatkan bantuan orang lain juga ada seninya

Setiap sesuatu ada nilai ‘bayarannya’, sama ada tenaga, masa dan wang ringgit. Kejayaan tidak mudah datang begitu sahaja. Kejayaan orang-orang lama kerana mereka telah berusaha bukan setahun dua, tetapi telah melalui jatuh bangun berkali-kali banyaknya. Maka jika mahu berjaya seperti mereka, kita juga perlu bersiap sedia melalui seperti mereka.

Jika kita mengatakan mereka tidak membantu kita, mengapa jadi begitu? Kerana salah satu sebabnya adalah kerana mereka ‘dipaksa’ memberi bantuan dengan segera dan cepat, umpama memesan ‘burger special daging double’. Sepatutnya, mulakan dahulu hubungan yang baik sesama mereka.

Sokong usaha mereka dan TIDAK BOLEH sama sekali mengkritik mereka, walaupun hanya sekali (ini pantang paling utama!). Luka boleh sembuh, tetapi parut tetap berbekas. Mereka boleh memaafkan, tetapi sebagai manusia biasa, mereka tetap mengingati kritikan pedas kita itu. Jika mereka terbuat kesilapan, BANTU mereka, berikan cadangan atau hulurkan tangan membantu. BUKAN MENGKRITIK.

Belajar daripada mereka dan catat perkongsian ilmu mereka. Kenalkan diri kita apabila sudah tiba masanya. Perkenalkan mereka kepada kawan-kawan kita dan saudara mara kita yang dirasakan bermanfaat untuk menimba ilmu ataupun produk mereka. Beli produk-produk mereka dan sertai seminar ataupun bengkel yang mereka anjurkan. Itu adalah beberapa cara untuk membina hubungan baik yang berkekalan.

Semua ini adalah bertahap dan memerlukan komitmen. Menjadi usahawan memerlukan komitmen yang besar, bukan sedikit atau suam-suam kuku. Umpama menaiki tangga, kita tidak akan sampai terus ke tingkat teratas, sebaliknya perlu menaiki anak tangga demi anak tangga.

Artikel khas

Artikel berikut yang saya tulis pada 3 September 2010 memberikan panduan bagaimana cara untuk kita membina persahabatan yang IKHLAS dengan seseorang termasuk dengan mereka yang dikatakan sebagai “orang lama” itu. Semuanya hanya menggunakan ‘kuasa’ yang tersedia pada Facebook.

IKHLAS adalah kata kunci utama di sini. Tanpa keikhlasan, maka itulah punca utama mengapa kebanyakan usaha kita gagal dan membuatkan hati kita kalut.

Tajuk artikel: “Kunci ‘Sakti’ Pembuka ‘Hubungan Intim’ : Tip Joint Venture (JV) Menggunakan Facebook”

Yang ikhlas,
SMARTZUL

(c) www.SmartUsaha.com

“Kejayaan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita SENDIRI”

Incoming search terms:

  • tanggungjawab terhadap diri sendiri
  • tanggung jawab terhadap diri sendiri
  • blog kejayaan
  • tanggung jawab pada diri sendiri
  • Tanggungjawab kita
  • tanggungjawab kepada diri sendiri
  • tanggungjawab diri sendiri
  • membina hubungan baik yang berkekalan
  • kejayaan sendiri
  • Tanggungjawab diri

Perubahan Dan Peningkatan Dalam Bisnes Internet

Walaupun perniagaan tanpa perubahan dan peningkatan, kita tetap boleh menjana pendapatan. Namun di satu sudut yang lain, kita tetap dengan rutin harian sama yang mungkin mula hadir rasa bosan.

Salah satu perkara yang saya pelajari daripada pengalaman adalah bisnes yang kita lakukan perlu ada peningkatan iaitu melalui satu demi satu peringkat.

Pada peringkat permulaan, sebahagian besar kerja kita lakukannya secara sendiri, di samping menggunakan perkhidmatan orang lain (outsource/freelancer).

Pada peringkat pertengahan, kita mula mengurangkan kerja-kerja rutin yang kita lakukan dengan mendelegasikannya kepada orang lain seperti melantik pembantu atau pekerja. Kerja itu termasuk kerja yang boleh kita lakukan mahupun yang di luar bidang kemahiran kita.

Kemudian peringkat seterusnya adalah di mana kita sudah boleh bebas sepenuhnya daripada segala kerja operasi seperti kerja-kerja teknikal. Pendek kata pada peringkat ini, segalanya sudah berada pada tahap automasi. Tanpa kehadiran kita, bisnes tetap berjalan.

Namun, sejauh mana peringkat-peringkat ini disedari oleh kebanyakan usahawan internet? Mungkin rata-rata terus bergelumang dalam peringkat pertama selama bertahun-tahun lamanya tanpa memikirkan untuk melangkah ke peringkat kedua dan ketiga.

Satu tip di sini, jika kita ingin melangkah ke peringkat kedua dan seterusnya, pastikan kerja-kerja yang kita ingin serahkan kepada orang lain itu didokumentasikan cara, langkah dan kaedahnya dalam satu bentuk yang mudah diikuti.

Contohnya, proses menguruskan pesanan produk. Dari menerima pesanan sehinggalah menghantar produk itu kepada pelanggan, ia ditulis langkah demi langkah. Ia didokumentasikan agar walaupun pekerja silih bertukar ganti, kerja atau proses itu boleh dilakukan tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk dipelajari.

Sebagai usahawan, andaikata anda sudah mula merasa tertekan, penat dan mudah bosan, mungkin salah satu puncanya adalah anda telah berada dalam peringkat pertama dalam satu tempoh yang agak lama.

Jika mampu, jadikan bisnes kita boleh beroperasi tanpa campur tangan kita sepenuhnya. Di saat itu, kita boleh melakukan perkara atau cabang bisnes lain dengan mudah dan lancar. Atau, kita boleh memperkembangkan lagi bisnes kita menjadi lebih besar dan berjaya.

___
Ikuti saya di Facebook: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Incoming search terms:

  • perubahan keusahawanan
  • automasi
  • KAJIAN TERHADAP KEBOSANAN RUTIN TUGAS
  • macam mana sistem automasi pemasaran berjalan
  • perubahan perniagaan

Membuka Cawangan Perniagaan Internet

Setiap usahawan biasanya mempunyai satu ‘kedai online’ sahaja. Contohnya menggunakan shopping cart, lelong, forum ataupun blog. Mereka hanya memfokus kepada satu itu sahaja. Segala usaha menarik trafik hanya ke satu desitinasi, iaitu laman utama tersebut.

Namun di Internet, peluang untuk kita mendapat lebih ramai pelanggan adalah amat besar. Jadi, bukalah cawangan perniagaan internet kita itu di tempat-tempat yang lain atau dengan kaedah-kaedah yang lain selain cara utama.

Contohnya, jika selama ini kita hanya memfokus kepada laman web minisite sahaja, maka selepas ini kita buka ‘cawangan’ bisnes kita itu seperti di Facebook, forum online, mudah.my, Lelong dan banyak lagi.

Mengapa kita perlu ‘membuka cawangan’?

  • Tidak semua orang suka membeli menggunakan Shopping Cart
  • Tidak semua orang mahu membeli di Ebay atau di Lelong
  • Tidak semua orang suka berforum
  • Tidak semua orang suka dengan Facebook
  • Tidak semua orang akan mencari produk melalui Google.

Bermaksud, setiap ‘lokasi’ itu mempunyai kumpulan tersendiri yang hanya berada di situ sahaja.

Jadi tugas kita adalah, menjual terus produk kita di setiap laman web di atas. Menjual barang di Facebook, menjual dengan laman web sendiri, menjual di forum, Ebay dan lain-lain lagi. Lagi banyak ‘cawangan’ yang dibuka, maka potensi untuk mendapat pelanggan yang lebih banyak adalah lebih tinggi.

Selamat membuka cawangan. :)

ps. Mahu buka cawangan perniagaan internet anda di forum? Dapatkan panduannya di sini.

Sertai FB Page SmartUsaha: http://www.facebook.com/smartusaha

Incoming search terms:

  • kenapa perlu buka cawangan baru
  • kursus untuk membuka cawangan
  • langkah utama pembukaan cawangan perniagaan

Erti Sebenar Seorang Usahawan Internet?

Menjadi seorang Internet Marketer dan usahawan internet adalah tidak sama, walaupun nampak serupa. Internet Marketer boleh menjadi seorang usahawan internet, tetapi usahawan internet tidak semestinya seorang internet marketer.

Internet Marketer adalah seorang individu yang mempunyai kemahiran-kemahiran teknik pemasaran internet tertentu, dan kemudian membantu para usahawan sama ada dengan membantu melakukan promosi atau mengajar para usahawan cara melakukannya.

Manakala usahawan internet pula adalah individu yang mempunyai produk ataupun servis dan menjualnya melalui internet dengan pelbagai kaedah atau platform. Mereka adalah pengamal teknik-teknik pemasaran dan tidak perlu menguasainya sehingga menjadi pakar.

Seorang usahawan internet yang bukan internet marketer haruslah memfokus kepada menjual produk-produk mereka dan melakukan promosi untuk bisnes mereka, TANPA perlu begitu mengajar orang lain cara berniaga dan melakukan pemasaran.

Ia tidaklah salah untuk berkongsi tetapi sebagai usahawan, kita perlu fokus kepada bidang perniagaan kita sebaik mungkin. Gunakan masa yang ada untuk memahami dengan lebih mendalam bidang perniagaan itu agar kita lebih cekap di dalam memberikan informasi kepada para pelanggan, di samping memperbaiki lagi bisnes. Sesungguhnya masa adalah amat berharga.

Tetapi jika kita kongsikan ilmu-ilmu promosi dan pemasaran, maka kita sudah ada dua tugas dalam satu masa. Bayangkan, kita perlu mengurus hal-hal perniagaan, tetapi dalam masa yang sama juga sibuk membantu perniagaan lain.

Mungkin adalah lebih bagus jika kita serahkan sahaja tugas-tugas bimbingan dan perkongsian ilmu pemasaran itu kepada mereka yang lebih fokus sebagai Internet Marketer. Kita pula berniaga dan mengaplikasikan ilmu-ilmu pemasaran untuk perniagaan kita sahaja.

Jika mahu menulis juga mengenai internet marketing? Boleh. Saranan saya, wujudkan satu blog khas dan tidak dicampurkan dengan blog utama perniagaan anda. Kemudian wujudkan satu ‘identiti rahsia’ tanpa mendedahkan siapa kita sebenarnya.

Bukan apa… Berdasarkan pengalaman saya, apabila kita melakukan banyak perkara, orang ramai (para pembaca) akan keliru, “apa yang kita pakar sebenarnya?” Nilai kepakaran akan mula hambar apabila kita melakukan banyak perkara ‘secara terbuka’.

Selain itu, kita akan mula sibuk melayan pelbagai soalan dan pertanyaan itu ini mengenai cara berniaga dan pemasaran internet. Satu soalan, dua soalan, tiga soalan, dari satu balasan emel dan kemudian berbalas-balas emel. Padahal, tiada manfaat yang diperolehi. Sebagai usahawan, kita ada banyak kerja yang lebih penting untuk dilakukan. Jagalah bisnes sebaik mungkin.

Pelbagai Sumber Pendapatan

Ia adalah penting, tetapi memerlukan sedikit seni. Seperti cadangan saya di atas, jika mahukan pendapatan daripada pelbagai sumber, kita boleh lakukan secara rahsia, lagi-lagi melalui internet. Kalau secara offline, ramai orang melakukan pelaburan emas, amanah saham, hartanah dan beberapa lagi. Itu semua adalah ‘income’ secara pasif (senyap).

Di Internet, kita boleh lakukan affiliate, adsense, ebay, lelong, web flipping, servis dan sebagainya tanpa mendedahkan identiti kita sama ada mewujudkan ‘identiti rahsia’ ataupun menggunakan orang lain sebagai tenaga kerja.

Kita perlu fokus kepada kekuatan (bisnes) kita yang utama kerana orang tidak akan mengatakan kita seorang yang pakar atau berautoriti jika mereka tahu kita melakukan banyak perkara. Pakar biasanya dikaitkan dengan hanya SATU BENDA sahaja. Itulah realiti yang perlu kita terima di dunia ini.

ps. Siapa ada Facebook? Dijemput Like Page SmartUsaha.com! :D

-

Incoming search terms:

  • pendapatan tambahan
  • maksud blog perniagaan internet
  • maksud soho dalam perniagaan
  • maksud usahawan internet
  • erti internet
  • erti paypal
  • maksud fokus pemasaran usahawanan
  • maksud usahawan
  • perniagaan sebagai sumber tambahan

Mengurus Penipuan Pembelian Online

Tip berikut saya petik dari Facebook MohdZulfadli-IM.

Jika bukti pembelian meragukan atau tidak cukup, jangan terus menguruskan tempahan mereka. Hubungi mereka dahulu dan minta butir transaksi bayaran yang lengkap. Sebagai penjual, kita ada hak untuk bertindak sebegitu. Berikut adalah beberapa situasi yang biasa berlaku:

Kes 1: Isi borang dahulu tapi belum bayar. Biasanya tidak sertakan butir transaksi bayaran. Ada dua keadaan kes ini. Satu, mereka isi dulu bayar kemudian. Atau memang saja-saja isi. Penyelesaian: Hubungi mereka. Tunggu sampai mereka respon. Kalau mereka tidak respon, tidak perlu lakukan apa-apa. Pembeli yang benar akan cuba hubungi kita sampai dapat.

Kes 2: Isi borang tapi tidak buat bayaran. Kes ini memang jelas mahu menipu. Kita dapat hidu penipuan pada bukti bayaran yang mereka berikan pada borang pesanan (emel) dan juga rekod di akaun bank. Kalau meragukan, hubungi mereka. Penipu biasanya tak akan balas emel kita.

Kes 3: Bayaran melalui MESIN DEPOSIT (offline). Ada juga kes di mana pembeli bayar pada sebelah siang dan isi borang pada sebelah malam. Dan si penipu pula memang bernasib baik isi borang pada sebelah siang pada hari itu itu. Jadi kita sangka mereka buat bayaran, tetapi orang lain yang buat bayaran (yang akan isi borang pada waktu malam).

Untuk kes ini, cadangan saya adalah, bagi sesiapa yang mahu buat bayaran dahulu (memasukkan wang ke akaun bank kita), MINTA MEREKA SMS dengan segera maklumat bayaran.

Kes 4: Sama seperti Kes 3 tetapi bayaran secara Online. Pembeli A bayar dahulu, tetapi lupa mengisi borang. Kena pula ada seorang penipu pada waktu yang sama yang mengisi borang. Untuk kes ini, semak bukti bayaran dengan teliti. Hubungi mereka jika butir bayaran meragukan.

TIP TAMBAHAN:

1. WAJIBKAN pembeli memberikan maklumat yang penuh seperti NAMA PENUH, NO. TEL, NO I/C (jika perlu). Kalau mereka tidak berikan NAMA PENUH, tempahan tidak akan diuruskan.

2. Ini TIP PENTING, terutama untuk penjual ebook. Jangan terlalu cepat respon tempahan pembelian. Kita sudah beritahu awal-awal di laman pembelian bahawa urusan penghantaran link download akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.

3. Perlu buat satu page khas untuk polisi. Atau paling kurang nyatakan di page maklumat bayaran. Nyatakan: Pesanan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Bayaran tidak akan dipulangkan kembali.

*Macam mana mahu pulangkan balik, maklumat mereka pun tidak lengkap. ;)

4. Berikan No. Telefon bimbit kita agar mereka boleh hubungi andaikata mereka benar-benar telah melakukan bayaran. Letak nombor di laman web jualan. Biasanya penipu tidak akan SMS atau menelefon. Mereka hanya berani melalui emel sahaja.

Berikan masa untuk anda melakukan semakan dengan teliti. Jangan terlalu ingin menunjukkan servis kita cepat, akhirnya penipu dapat ganjaran.

KESIMPULAN: Semuanya bertitik tolak pada diri kita sendiri. Kita ada hak untuk TEGAS dan “menyoal siasat” pembeli yang meragukan. Sebagai penjual, kita perlu sederhanakan sikap terlalu teruja semasa menerima bayaran. Lakukan dengan PENUH TELITI, sabar, buat dalam keadaan SEDAR dan yang penting, mulakan dengan BISMILLAH.

Daripada pengalaman saya, para penipu sebegini tidak akan membalas emel SOAL SIASAT dihantar.

Semoga perkongsian ini tidak melemahkan semangat mereka yang baru ingin memulakan perniagaan Internet. Seperti mana perniagaan OFFLINE, perniagaan ONLINE juga ada 1001 ujiannya tersendiri.

-

Incoming search terms:

  • pembelian online
  • kes penipuan perniagaan online
  • smartzul penipu
  • penipuan pembelian online
  • penipuan dalam perniagaan internet
  • penipuan pembelian dari internet
  • penipuan pembelian kamera online
  • penipuan perniagaan melalui internet
  • penipuan urusniaga di facebook
  • perniagaan internet penipuan

Mengapa Pelancaran Besar-Besaran GAGAL?

Kita sering mendengar, si “A” berjaya buat berpuluh-puluh ribu dalam masa 24 jam dan beberapa hari sahaja. Ia bukanlah satu rahsia atau perkara mustahil. Saya telah terangkan di sini ‘rahsia’ tersebut.

Ia tidak salah. Itu adalah rezeki dan usaha mereka. Cuma apa yang ingin saya nyatakan pada kali ini adalah mengapa tidak semua orang mendapat hasil sebegitu? Kalau kita perhati elok-elok, hanya segelintir sahaja yang meraihnya. Si A, B, C dan D. Dan kemudian mereka menyatakan sesiapa sahaja mampu meraihnya. Adakah ia benar?

Setakat ini, saya tidak pernah lagi melakukan pelancaran besar-besaran untuk mana-mana produk saya. Sebaliknya sahaja hanya lakukan pelancaran biasa-biasa sahaja. Saya mempunyai alasan dan target tersendiri.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • manfaat hubungan usahawan dengan komuniti
  • apa maksud joint dalam bahasa malaysia
  • pemasaran joint venture
  • pelancaran besar
  • malaysia internet marketer jv
  • maksud kemahiran teknikal yang perlu ada pada seorang usahawan
  • maksud jv dalam akaun
  • maksud joint
  • kata-kata hikmah dalam keusahawanan
  • joint venture dalam bahasa
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)