Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Produk Perniagaan Internet: Harga Bukan Soal Utama

Pertama sekali, saya mohon maaf sebab beberapa hari lepas tidak menulis di blog ini. Mungkin pemberi komen yang teraktif terpaksa memberikan komen kepada artikel-artikel yang lepas. Dan, kita tengok nanti, siapakah pemberi komen yang ‘top 3′ bila tamat tempoh pertandingan yang sedang berlangsung.

Baik, kali ini saya hanya mahu menulis sedikit sahaja tip. Pendek sahaja. Ia adalah mengenai harga produk. Dahulu, saya sudah ada sentuh mengenai hal ini dan mendapat respons yang amat memberangsangkan daripada pembaca.

Harga adalah salah satu aspek penting di dalam menentukan keuntungan sesebuah produk yang diniagakan. Malah terkadang, aspek inilah yang memeningkan para usahawan Internet. Di artikel yang seterusnya nanti, saya akan utarakan beberapa cara untuk meletakkan harga untuk sesebuah produk (terutama produk digital seperti Ebook).

Ramai yang menyoalkan, harga rendah atau tinggi? Kalau letak murah, bagaimana nak cepat kaya! Kalau letak tinggi, tak ada orang beli pulak… Itulah ayat biasa yang mungkin selalu didengari. Inilah dilema kebanyakan usahawan Internet.

Sebenarnya, jika kita memahami konsep asas perniagaan, soal harga tinggi atau rendah, itu bukan menjadi masalah yang besar pun.

Asas perniagaan adalah:

1. Menyediakan penyelesaian kepada masalah atau memenuhi kehendak orang ramai. Utamakan produk atau servis yang amat-amat diperlukan oleh ramai orang.

2. Produk tersebut berkualiti dan betul-betul membantu pembeli menyelesaikan masalah mereka.

3. Sokongan (bantuan) yang baik. Sebarang masalah yang berkaitan, anda akan cuba membantu mereka sebaik yang mungkin. Jangan hanya setelah dapat bayaran daripada mereka, anda terus senyap tanpa melayan persoalan yang mereka kemukakan.

Pendek kata, pembeli rela membayar apa sahaja jumlah harga dengan syarat masalah mereka selesai, anda memberikan ‘support’ selepas jualan dan anda jujur dalam berniaga.

Maka, tidak usah takut untuk meletakkan harga yang tinggi dengan pelbagai alasan yang mana ia mungkin pada andaian anda sahaja. Padahal pada pihak pembeli, itu bukan satu masalah pun kerana mereka sentiasa akan mahu membeli dengan anda. Jangan sesekali menganggap yang bukan-bukan seperti mampu tau tidak mereka membeli produk anda. Jika mereka ‘desperate’ (mahu sangat-sangat) atau berminat, mereka akan membelinya.

Tip kali ini amat ringkas, dan insyaAllah, nantikan artikel lain yang lebih detail mengenai harga ini. Sekian.

ps. Jika anda belum pernah menggunakan harga yang tinggi untuk produk anda, apa kata lakukannya sekurang-kurangnya sekali. Anda pasti berpuas hati. Inilah jalan untuk benar-benar menjadi ‘kaya’ dengan bisnes. Saya pernah lakukannya dan hasilnya amat lumayan. Ingat, ada golongan pembeli yang tiada masalah dengan harga yang tinggi dan itulah target anda!

Wassalam.

Cara Tambah Pendapatan Dengan Mudah. Dua Cara!

Pertama sekali, hari ini adalah hari pertama kita umat Islam berpuasa. Ia perlu disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Gembira kerana bulan ini penuh dengan rahmah, dan syukur kerana kita bertemu lagi dengan bulan ini. Berpuasalah sebaik yang mungkin kerana kali ini mungkin yang terakhir untuk kita…

Tambah Pendapatan

Usahawan adalah istilah bagi mewakili seseorang yang ada produk sendiri yang diniagakan. Ini kita sudah tahu dan belajar di sekolah. Dan anda perlu faham maksud keusahawanan yang sebenar. Ia berbeza dengan peniaga yang biasanya meniagakan produk orang lain sahaja.

Baik, bukan perkara itu yang saya mahu ‘debatkan’, tetapi sebagai seorang usahawan Internet yang mempunyai produk sendiri, adalah amat rugi jika anda tidak berusaha menambah pendapatan dengan beberapa cara yang ‘mudah’.

Saya amat suka mengeluarkan produk sendiri. Ini kerana, 100% keuntungan adalah milik saya tanpa dibahagi-bahagikan dengan orang lain (kecuali bayaran untuk agen/affiliate).

Namun, di dalam kenikmatan merasai keuntungan tinggi melalui produk sendiri, ia ada kekurangannya tersendiri. Salah satunya ialah masa yang perlu diluangkan untuk menghasilkan produk amat panjang (lama). Bergantung kepada bentuk produk tersebut. Selain itu, banyak perkara atau aspek yang perlu dilakukan ‘serentak’, multiple tasks.

Kali ini, saya bukan mahu menulis mengenai menghasilkan produk sendiri, tetapi saya mahu tujukan tulisan ini kepada anda yang telah memiliki produk sendiri, atau yang anda yang bakal mempunyai produk sendiri kelak. Bagaimana di samping menjual produk sendiri, anda boleh menambah pendapatan dengan menjual produk orang lain.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Info Terkini Projek ‘RM20.00′

Boleh dikatakan ramai yang tidak percaya mengenai projek RM20.00 yang saya hebahkan tempoh hari. Tak apa. Sebab anda tak nampak lagi.

Jadi pada hari ni, seperti biasa, saya akan buktikan yang produk tersebut dalam proses untuk disiapkan. Beberapa perkara sudah siap, tapi saya perlukan masa lagi sebelum melancarkan produk ini.

Untuk tatapan anda, ini ‘serpihan’ design projek RM20.00 tersebut:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Mengapa Perlu Beli Ebook? Kan Banyak Yang Percuma di Internet?

Inilah ayat atau persoalan yang sering digunakan oleh sebilangan orang…

“Kenapa beli Ebook? Kan banyak di Internet… Berlambak pulak tu!”.

Cuba anda hayati perkataan yang saya bold tersebut.

Banyak.

Berlambak.

Teruskan membaca…

Rasanya saya tak perlu ulang berkali-kali mengenai konsep Ebook berbayar sebab saya dah banyak tulis di blog ini.

Cuma sekali lagi saya ingin ulangi, Ebook adalah produk dan biasanya ia disertai dengan SERVIS untuk pembeli.

Contoh: Saya jual Ebook cara pasang blog WordPress. Hakikatnya, ia banyak dan berlambak di Internet. Tapi kenapa ratusan orang beli Ebook ini? Kenapa tak perlu cari sendiri di Internet? Sebab:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)