Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ulasan Lengkap Pakej Rahsia 10K

Di dalam kesibukan saya sekarang, saya cuba luangkan sedikit masa untuk membuat sedikit ulasan terhadap produk Rahsia 10K, iaitu produk Team Flarebiz.com.

Salah satu sebab mengapa kebanyakan orang yang mempromosikan produk ini tidak mengulas panjang adalah kerana ia mengambil masa yang banyak. Ulasan saya ini pun mengambil masa lebih 3 jam untuk disiapkan!

rahsia10k

Produk ini adalah digital. Imej produk hanya gambaran sahaja.

Secara mudah, ia adalah satu panduan bagaimana untuk anda dapatkan RM10,000 melalui Perniagaan Internet. Apabila saya sebut perniagaan Internet, maka ia bermaksud bisnes. Ada urusan jual beli, ada urusan deal dengan JV Partner, dan macam-macam lagi.

Berbeza dengan buat duit. Biasanya ia adalah usaha satu hala. Ada produk, promosi secara agresif dan dapat duit.

Lain dengan perniagaan Internet pula, anda perlu ada perancangan, perlu ada kemahiran komunikasi, perlu ada pelbagai kelengkapan seperti perisian dan sebagainya. Ya lah, bisnes katakan.

Ok, berbalik kepada ulasan mengenai ulasan produk Rahsia 10K. Di dalam ulasan ini, saya hanya mengulas komponen utama produk ini sahaja iaitu:

1) Modul Case Study

2) Modul Praktikal

3) Plan 60 Hari

Saya tidak akan mengulas komponen yang lain seperti bonus, teleseminar dan interview bersama dengan 4 orang IM, sebab isi utama produk ini berada di dalam komponen utama tadi.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Penelitian Semula Produk Resell Rights

Saya melihat, kebanyakan daripada kita mengikut bulat-bulat apa yang orang lain buat. Style dan corak di dalam idea perniagaan Internet seringkali ditiru bulat-bulat seolah-olah itulah standard atau syaratnya.

Di dalam dunia Resell Rights, saya dapati ada satu kesilapan besar yang dilakukan oleh semua orang, bahkan termasuk saya sendiri (sebelum ini).

Sebelum saya menulis lebih panjang, ingin saya nyatakan bahawa tulisan ini lebih mengaitkan produk yang berkualiti tinggi yang tidak sesuai diberi secara percuma atau dijadikan sebagai bonus kepada produk lain.

Kita sering melihat, begitu banyak produk yang bagus-bagus dijadikan bonus kepada produk lain, digabungkan dalam satu pakej, dijual dengan harga yang teramat rendah, bahkan yang lebih teruk diberikan secara percuma.

Kejadian-kejadian seperti ini sering melanda produk-produk versi Resell Rights (RR, MRR, PLR). Sehingga pada satu masa, saya kembali berfikir, apakah semua yang telah berlaku ini?

Akhirnya saya sedar dan dapati, kita telah terpengaruh dengan style dan kaedah perniagaan sedia-ada. Ia bukan tidak bagus, tapi lama-kelamaan akan memberikan kerugian yang besar. Persaingan sengit dan kotor, penyalahgunaan, reseller tidak mengikut syarat dan sebagainya.

Antara masalah dan kekurangan yang saya perhatikan ialah:

1. Perubahan Ecover, Sales Letter dan Design Website yang menyebabkan kekeliruan para pembeli. Malah akan merosakkan kualiti produk. Bayangkan daripada design yang bagus, kemudian ditukar oleh reseller menjadi design yang buruk.

2. Perletakan harga yang tidak selaras. Kesannya akan berlaku persaingan yang tidak sihat walaupun ia memberikan motivasi untuk bersaing.

3. Pengedaran produk yang berleluasa. Hal ini terjadi apabila produk resell rights itu diberi hak edaran percuma. Padahal dalam masa yang sama, ia boleh dijual. Pelik bukan?

4. Tiada kawalan daripada pihak pengeluar produk. Mereka ini biasanya goyang kaki dan tidak banyak membantu para reseller. Akibatnya, berlakulah pelbagai masalah yang tak terjangka.

Idea “Era Baru”

InsyaAllah, selepas ini (untuk produk yang akan datang) saya akan melaksanakan ’sistem’ atau teknik lain daripada cara biasa untuk apa-apa produk resell rights saya. Antaranya:

1. Harga perlu sama untuk semua reseller. Tidak boleh kurang atau lebih.

2. Tidak boleh ubah Ecover, design website dan sales letter. Namun boleh tambah bonus. Saya sama sekali tidak akan membenarkan reseller saya mengubah design produk dan laman web untuk produk saya. Segala aspek sebegini akan dilakukan oleh pihak saya atau perlu berbincang dengan saya dahulu.

3. Saya (pihak pemilik produk) juga perlu bertanggungjawab membantu reseller untuk apa-apa perkara yang perlu.

4. Tidak akan meletakkan kebolehan produk untuk diberi sebagai bonus. Saya melihat ini satu cara yang tidak adil kepada reseller lain yang menjualnya secara berasingan, padahal orang lain menjadikannya ia bonus. Pemberian kebenaran sebagai bonus ini bagi saya seperti “menikam diri sendiri”.

5. Tidak akan meletak kebenaran hak pengedaran percuma. Tak guna menjual produk yang mana ia boleh diberikan secara percuma. Ia satu keadaan yang begitu dan jelas kontra (bertentangan) dengan prinsip perniagaan.

Untuk memahami idea-idea ini, anda ambil contoh seperti syarikat TMNet atau company MLM. Ahli berdaftar dengan mereka tidak boleh menaikkan atau menurunkan harga sewenang-wenangnya. Malah, warna, bentuk atau design produk adalah 100% sama untuk semua agen atau reseller.

Kemudian, para pembeli produk tadi semuanya akan direkodkan di sistem syarikat selain direkod oleh agen atau reseller sendiri. Apa yang ingin saya katakan, sebahagian besar aspek penting tadi adalah secara berpusat.

Jika ada yang mengatakan kalau idea sebegini tidak sesuai dipraktikkan untuk dunia perniagaan Internet akan, saya nafikan tanggapan tersebut. Ini kerana pasaran Internet teramat luas dan setiap masa pasti ada orang baru di dalam pasaran.

Kesilapan dalam Pemahaman

Kebanyakan orang melihat bahawa apabila mereka membeli produk Resell Rights, maka itu adalah produk mereka. Padahal yang mereka beli adalah lesen atau hak menjual. Produk itu bukan milik mereka. Jadi di sini, mengapa perlu diubah design produk dan sebagainya?

Seperti yang saya katakan sebelum ini, tidak semua produk kita perlu melakukan cara baru yang saya cadangkan. Lihat dan bergantung kepada ’skala’ atau ’saiz’ produk tersebut. Kalau ia sesuai dibenarkan untuk dijadikan bonus, maka silakan. Jika ia sesuai untuk diubah designnya, maka lakukan.

Pakej Kit Blogger adalah satu-satunya produk saya yang amat komprehensif dan bernilai. Saya amat menjaga mutu produk ini sepanjang masa. Ia tidak boleh digabungkan dengan apa-apa produk atau servis dan tidak boleh dijadikan sebagai bonus untuk mana-mana produk. Apatah lagi diedar secara percuma.

Saya memang tegas dalam polisi bisnes saya. Telah ada beberapa reseller yang melanggar syarat telah ditegur oleh saya. Saya tidak memilih atau menganak-tirikan sesiapa apabila ia berkaitan dengan bisnes. Saya akan berterus-terang apa yang patut dan perlu.

Jika anda mempunyai produk yang teramat bagus, jagalah dan lindungilah baik-baik. Ia adalah aset anda.

Wassalam.

Pentingnya Fokus Pada Satu-Satu Model Perniagaan Internet

Salah satu pelajaran terbesar yang pernah saya terima sebelum ini ialah, pentingnya FOKUS di dalam usaha perniagaan Internet yang dilakukan. Salah satu fokus yang perlu diberi perhatian besar ialah terhadap model perniagaan yang dilakukan dan fokus kepada kekuatan yang ada.

Jikalau anda lebih pakar dan tahu bagaimana menjual produk-produk digital seperti Ebook, maka teruskan berusaha sehingga anda mengecapi hasil yang besar. Jangan begitu mudah terpesona dengan model perniagaan lain yang menggiurkan anda. Ia boleh dilakukan kelak dan anda tidak perlu risau mengenai kerugian jika tidak melakukannya.

Sebaliknya, jika anda belum berjaya dalam bidang yang anda tahu atau sedang lakukan seperti bisnes Ebook, dan kemudian menyibukkan diri dengan perniagaan barangan fizikal di Ebay katakan, maka anda akan hilang fokus.

Kekuatan anda ialah di dalam model produk digital, bukan pada produk fizikal. Walaupun perniagaan model lain memberikan hasil yang lumayan, tetapi masalah di sini ialah anda perlu meluangkan banyak masa untuk mempelajari perkara-perkara baru. Ingat, anda bukanlah menjalankan sebuah perniagaan yang besar yang mempunyai ramai staf untuk membantu anda, tetapi anda melakukan perniagaan kecil (small business) banyak melakukan kerja secara sendiri.

Tambahan pula, jika anda masih mencari-cari rentak atau masih menyesuaikan diri lagi dengan perniagaan Internet.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Sedang Siapkan Ebook Terbaru

Saya ada banyak artikel untuk dipublishkan, tapi saya mahu simpan dahulu dan akan kongsikan dengan anda satu demi satu. :) Lagipun, menulis blog juga perlu ada strategi oleh seorang usahawan. Dia mesti tahu, apa yang perlu ditulis pada satu-satu hari dan apakah tujuan atau manfaat tulisan tersebut untuk usaha perniagaannya di samping memberi faedah kepada para pembaca.

Jika ada produk terbaru yang akan dilancarkan oleh seseorang usahawan Internet, anda boleh ‘hidu’ dengan melihat siri-siri artikel yang topiknya agak sama dari hari ke hari di blog mereka. Teknik ini biasa digunakan oleh ramai usahawan Internet. Mereka akan menulis satu-satu topik secara berterusan sehinggalah produk mereka dilancarkan.

Sedang Siapkan Ebook Terbaru

Untuk pengetahuan anda semua, saya sekarang dalam proses menyiapkan EBook untuk Projek RM20.00 yang saya umumkan baru-baru ini. InsyaAllah, saya akan melancarkannya dalam minggu ini jika sempat. Bergantung kepada keadaan teknikal, jika tiada masalah yang timbul, saya tidak mahu lagi menangguhkan projek ini. :)

Apa yang dapat saya katakan, Ebook ini ada banyak kelebihan dan perbezaan dengan Ebook yang lain. Antaranya ialah:

1) Penulisannya mudah difahami, InsyaAllah.

2) Menyentuh topik-topik yang khusus mengenai _________ (anda akan tahu nanti). Yang pasti, huraian dan gaya penulisan yang saya gunakan amat menarik untuk dibaca dan ditatap.

3) Model dan sistem. Ini ‘part’ yang paling best. Saya akan sediakan peluang perniagaan Internet untuk anda juga iaitu melalui lesen Master Resell Rights. Sistem yang dimaksudkan di sini adalah amat simple, tapi ia dihasilkan untuk memudahkan anda memulakan perniagaan Internet dengan langkah yang mudah dengan produk ini.

4) Tajuk-tajuk yang disentuh dalam Ebook mungkin anda sudah biasa dan lama mendengarnya, TETAPI mungkin anda tidak tahu perkara yang sebenarnya. ;)

Jadi, anda bukan setakat mendapat ilmu di sini, tapi dalam masa yang sama anda boleh meniagakan Ebook tersebut walaupun anda tiada pengalaman dalam soal teknikal. Namun seperti yang saya jelaskan dahulu, anda mestilah berusaha untuk memahami asas komputer dan juga Ebiz. Saya sama-sekali tidak akan menyentuh perkara ini, sebaliknya akan lebih menumpu kepada produk agar semua mendapat manfaat yang baik.

Oklah, saya tidak dapat luangkan banyak masa untuk menulis. Cuma yang pasti, tunggukan pelancaran Ebook ini nanti. Kepada 175 orang yang telah mendaftar dahulu, saya akan mengutamakan anda dahulu apabila projek ini dilancarkan dan kemudian baru akan saya umumkan di blog ini kepada semua orang.

Sekian, harap maklum.

ps. Satu Ebook percuma siap sedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa. Tunggu je lah yer. ;)

pps. Saya dapati industri Ebook semakin rancak di Malaysia. Syabas, syabas. :)

sistem rahsia perniagaan internet

Produk Perniagaan Internet: Harga Bukan Soal Utama

Pertama sekali, saya mohon maaf sebab beberapa hari lepas tidak menulis di blog ini. Mungkin pemberi komen yang teraktif terpaksa memberikan komen kepada artikel-artikel yang lepas. Dan, kita tengok nanti, siapakah pemberi komen yang ‘top 3′ bila tamat tempoh pertandingan yang sedang berlangsung.

Baik, kali ini saya hanya mahu menulis sedikit sahaja tip. Pendek sahaja. Ia adalah mengenai harga produk. Dahulu, saya sudah ada sentuh mengenai hal ini dan mendapat respons yang amat memberangsangkan daripada pembaca.

Harga adalah salah satu aspek penting di dalam menentukan keuntungan sesebuah produk yang diniagakan. Malah terkadang, aspek inilah yang memeningkan para usahawan Internet. Di artikel yang seterusnya nanti, saya akan utarakan beberapa cara untuk meletakkan harga untuk sesebuah produk (terutama produk digital seperti Ebook).

Ramai yang menyoalkan, harga rendah atau tinggi? Kalau letak murah, bagaimana nak cepat kaya! Kalau letak tinggi, tak ada orang beli pulak… Itulah ayat biasa yang mungkin selalu didengari. Inilah dilema kebanyakan usahawan Internet.

Sebenarnya, jika kita memahami konsep asas perniagaan, soal harga tinggi atau rendah, itu bukan menjadi masalah yang besar pun.

Asas perniagaan adalah:

1. Menyediakan penyelesaian kepada masalah atau memenuhi kehendak orang ramai. Utamakan produk atau servis yang amat-amat diperlukan oleh ramai orang.

2. Produk tersebut berkualiti dan betul-betul membantu pembeli menyelesaikan masalah mereka.

3. Sokongan (bantuan) yang baik. Sebarang masalah yang berkaitan, anda akan cuba membantu mereka sebaik yang mungkin. Jangan hanya setelah dapat bayaran daripada mereka, anda terus senyap tanpa melayan persoalan yang mereka kemukakan.

Pendek kata, pembeli rela membayar apa sahaja jumlah harga dengan syarat masalah mereka selesai, anda memberikan ’support’ selepas jualan dan anda jujur dalam berniaga.

Maka, tidak usah takut untuk meletakkan harga yang tinggi dengan pelbagai alasan yang mana ia mungkin pada andaian anda sahaja. Padahal pada pihak pembeli, itu bukan satu masalah pun kerana mereka sentiasa akan mahu membeli dengan anda. Jangan sesekali menganggap yang bukan-bukan seperti mampu tau tidak mereka membeli produk anda. Jika mereka ‘desperate’ (mahu sangat-sangat) atau berminat, mereka akan membelinya.

Tip kali ini amat ringkas, dan insyaAllah, nantikan artikel lain yang lebih detail mengenai harga ini. Sekian.

ps. Jika anda belum pernah menggunakan harga yang tinggi untuk produk anda, apa kata lakukannya sekurang-kurangnya sekali. Anda pasti berpuas hati. Inilah jalan untuk benar-benar menjadi ‘kaya’ dengan bisnes. Saya pernah lakukannya dan hasilnya amat lumayan. Ingat, ada golongan pembeli yang tiada masalah dengan harga yang tinggi dan itulah target anda!

Wassalam.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)