Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

Sumber: Harian Metro Online

————

TAMBAHAN OLEH SMARTUSAHA.COM

pada tahun 2006, saya membuka satu perbincangan di forum WangCyber bertajuk Undang-Undang: Daftar Perniagaan Anda. Saya berpegang sepenuhnya pada pendapat tidak kisah perniagaan itu baru atau lama, newbie mahupun otai, wajib mendaftar perniagaan di SSM. Tetapi ada yang mengatakan tidak perlu.

‘Tidak perlu’ itu hanyalah pendapat peribadi, tetapi dari sudut undang-undang ia tetap perlu kerana itulah peruntukan peraturan dan undang-undang. Pada tahun itu juga saya telah bertanya sendiri kepada pihak SSM seperti berikut (melalui emel):

Assalamu’alaikum / salam sejahtera,

Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa.

Saya ingin bertanya, adakah perlu bagi perniagaan yang berasaskan internet sepenuhnya (tiada kedai, tetapi hanya di rumah – SOHO) mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM?

Terima kasih.

Jawapan:

Tuan,

Jika kita lihat pada tafsiran seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 berhubung dengan perniagaan adalah “Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan..”

Malahan perniagaan tersebut di buat di rumah di mana ianya termasuk dalam Jadual (seksyen 2) iaitu di bangunan atau struktur.

Oleh itu, saya menasihat tuan mendaftar perniagaan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Rujuk: http://blog.smartusaha.com/undang-undang-daftar-perniagaan-anda/

Sebaik-baiknya adalah mendaftar perniagaan (ROB) walaupun perniagaan itu dilakukan dalam kadar yang kecil. Modal untuk pendaftaran hanyalah RM60 sahaja untuk setahun.

*ROB: Registration Of Business (Enterprise)
*ROC: Registration Of Company (Sdn. Bhd.)

Persoalan Berkaitan:

1. “Saya hanya buat program affiliate. Perlukah saya daftar perniagaan juga?”

Jawapan: Tidak perlu. Kita hanya menjadi ejen promosi sahaja dan bukan memiliki perniagaan tersebut. Hanya pihak itu yang perlu mendaftar perniagaan.

2. “Saya hanya buat perniagaan melalui internet secara ‘part time’ sahaja.”

Jawapan: Tetap perlu daftar perniagaan itu. Lihat kembali maksud perniagaan seperti yang dinyatakan di atas.

3. “Saya fokus sepenuhnya di pasaran luar.”

Jawapan: Anda tertakluk sepenuhnya di bawah undang-undang pasaran atau negara itu.

4. “Alamat untuk daftar perniagaan?”

Jawapan: Boleh gunakan alamat rumah sahaja atau premis perniagaan.

5. “Perlukah mendaftar permit perniagaan dengan pihak Majlis Daerah?”

Jawapan: Kebanyakan bentuk perniagaan melalui Internet dikecualikan. Asasnya, perniagaan yang tidak melibatkan stok yang besar, tidak mengganggu jiran dan perkhidmatan tidak perlu daftar permit.

Penafian: Jawapan di atas dan penerangan di blog ini tidak semestinya nasihat yang tepat dan saya bukan seorang pakar undang-undang. Ia hanya sekadar pendapat sahaja. Sila rujuk pihak yang lebih arif.

PS. Prosedur pendaftaran perniagaan di SSM sekarang lebih mudah dan cepat berbanding beberapa tahun lepas. Isi borang dan terus ke kaunter. Tiada lagi proses yang sulit. Dalam 30 minit – 1 jam sudah boleh siap.

PPS. Jika ada sebarang pertanyaan, gunakan sahaja ruang komen di bawah. Saya akan cuba menjawabnya.

Artikel berkaitan: Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan

-

Incoming search terms:

  • undang-undang perniagaan
  • jenis perniagaan yang boleh didaftarkan
  • nota undang-undang perniagaan
  • nota undang undang perniagaan
  • undang-undang perniagaan malaysia
  • nota undang-undang syarikat
  • perlukah koperasi berdaftar dengan ssm
  • artikel undang-undang perniagaan
  • undang perniagaan
  • undang undang perniagaan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)