Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Lihat Saya Guna Teknik Audio..

Saya tak mahu tulis panjang lebar pada hari ni. Tapi saya mahu jemput pembaca semua ke laman web saya berikut:

http://www.bloggingsteps.com/kit

Sebelum itu, pastikan Volume speaker komputer anda jangan kuat sangat dan jangan perlahan sangat. Satu audio iaitu suara saya akan keluar secara automatik tanpa perlu anda tekan butang Play.

audio web teknik laman web

*Jika tiada audio yang keluar (tak dengar apa-apa), lakukan perkara berikut:

1. Refresh Browser internet anda. Jika suara tersekat atau berhenti separuh jalan, refresh juga.

2. Jika butang audio berwarna merah di atas tak keluar, anda perlu install Flash Player. Klik di sini untuk download. Download dan install ke komputer anda.

3. Periksa speaker komputer anda. :)

——————-

Pada awal jualan ebook Kit Blogger dulu (2006), saya ada meletak audio di laman web jualan tersebut. Tapi kemudian saya ‘buang’ untuk sementara. Kini, saya letak kembali untuk melihat kadar ‘conversion rate’ laman web apabila meletak audio.

Setelah saya meletaknya satu hari yang lepas, bilangan jualan ebook bertambah kepada tiga jualan (1:3) daripada biasa. Namun begitu, saya akan kongsikan hasilnya selepas saya menganalisis data untuk satu bulan ini. Baru saya dapat nyatakan keberkesanannya.

Untuk pengetahuan semua, saya ada menulis satu ‘report’ mudah tip membuat audio sebegitu. Tip ini adalah teknik, dan bukan cara-cara nak buat audio (record suara, edit HTML, dan lain-lain), tapi ia adalah teknik bagaimana nak buat ayat yang berkesan dan menarik.

Report ini ada diedarkan secara percuma kepada mereka yang tertentu dan buat masa ni, saya tidak akan mengedarnya kepada umum lagi sebab saya mahu mengemaskininya menjadi sebuah ebook yang ‘lengkap’ mengenai teknik audio.

Baiklah, mungkin anda ada komen terhadap teknik audio ini. Jika anda ada persoalan yang berkaitan, silakan bertanya. Saya akan jawab selagi saya tahu untuk menjawabnya. :)

ps. Saya akan lancarkan satu produk ‘brand new’ dalam masa terdekat ini yang berkaitan dengan blog. Tengah tunggu ecover siap. Dan yang menarik untuk anda, saya akan buka peluang resell rights kepada 50 orang (buat masa sekarang, kelak tak pasti lagi). Harga untuk hak jualan ni tak lebih daripada RM100.00. Sepatutnya tinggi lagi sebab ia adalah video (bukan ebook). Tapi saya mahu kongsi peluang perniagaan dengan yang berminat. Harap maklum.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)
newegg yahoo