Caj-caj di SSM dan Info Semasa

Caj-caj (bayaran) yang berkaitan di SSM:

1. Pendaftaran baru – RM60.00 jika guna nama trade/jenama/bisnes dan RM30.00 jika guna nama sendiri.

2. Pembaharuan pendaftaran – Sama seperti di atas bagi setiap jenis nama.

3. Denda lewat pembaharuan – RM30 untuk bulan pertama, dan RM10 untuk bulan-bulan seterusnya.

*Denda RM30 tetap dikenakan walaupun pembaharuan dilakukan lewat 1 hari dari tarikh tamat. 🙂

*Boleh buat pembaharuan tiga bulan sebelum tarikh tamat sijil akuan pendaftaran.

4. Penukaran / penambahan maklumat (pemilik, alamat perniagaan dan jenis/aktiviti perniagaan) – RM30.00

Info semasa:

Jika dahulu SSM akan berikan satu sijil akuan pendaftaran yang tebal dan logo berwarna, kini mereka hanya berikan cetakan pendaftaran dalam bentuk kertas A4 biasa sahaja dan hitam putih. Namun masih mengenakan bayaran yang sama. 🙂

Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan

Ini adalah artikel ketiga mengenai perniagaan internet dan pendaftaran perniagaan, susulan daripada berita yang ‘tergempar’ beberapa hari yang lepas.

Entri ini adalah untuk menjelaskan lagi bahawa perniagaan internet atau apa jua istilah, adalah juga sama seperti perniagaan yang lain. Ia adalah PERNIAGAAN. Tidak kisah apa yang anda lakukan sama ada menjual produk informasi, pengiklanan, produk fizikal dan perkhidmatan.

SSM

Semasa pendaftaran di SSM, kita sama sekali tidak perlu memberitahu bahawa kita melakukan perniagaan melalui internet. Sebaliknya, kita hanya perlu mendaftar perniagaan sahaja. Seperti yang dinyatakan, internet hanyalah salah satu medium perniagaan dan tidak bermaksud kita langsung tidak melibatkan diri dengan dunia ‘offline’.

Pihak SSM tidak perlu tahu atau mereka tidak mahu tahu cara apa yang akan anda gunakan sama ada online ataupun offline. Sebaliknya mereka perlu tahu apakah jenis atau aktiviti perniagaan yang dilakukan. Pada borang pendaftaran perniagaan, ada satu ‘page’ yang khas untuk diisi aktiviti atau jenis perniagaan yang dilakukan.

Continue reading “Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan”

Di Sebalik Nama Perniagaan…

Apabila menyebut perniagaan internet, biasanya mereka yang melakukan perniagaan ini mempunyai perancangan masa panjang. Ya lah, dah nama perniagaan, bukan setakat buat duit.

Salah satu ciri yang perlu ada pada sesebuah perniagaan ialah nama perniagaan. Sekadar menyatakan di antara contoh nama perniagaan yang dimiliki oleh para usahawan internet Malaysia:

G World Enterprise – Sham RajaAdsense.com

Extreme-D Enterprise – Shuth WangCyber

Irfan Khairi Sdn. Bhd. – Irfan Khairi

SaifulSham Consultants – Team SaifulSham.com

Inspirasi Maya Enterprise – SmartZul 😀

*Mungkin ada yang tak pernah tahu sebab nama pemiliknya lebih dikenali berbanding nama perniagaan mereka.

Hanya menyenaraikan beberapa sahaja. Kalau anda ada nama perniagaan sendiri, boleh nyatakan di bahagian komen blog ini.

Kelebihan Nama Perniagaan

Mengikut undang-undang, sesebuah perniagaan wajib didaftarkan. Saya telah merujuk dengan pihak SSM, perlukah mendaftar perniagaan untuk perniagaan melalui Internet? Jawabnya, ya. Selagi ia ada transaksi jual beli, maka ia adalah perniagaan.

Namun saya tak pastilah jika target anda adalah luar negara, wajib atau tidak anda mendaftar. Namun jika anda buat untuk pasaran Malaysia, bagi saya anda perlu mendaftar perniagaan yang anda lakukan.

Di antara kelebihan mendaftarkan perniagaan:

1. Mendaftar perniagaan juga bermaksud anda mendaftarkan sebuah nama untuk perniagaan yang anda lakukan. Jadi, usaha anda lebih profesional.

2. Para pelanggan lebih yakin kerana mereka berurusan dengan sebuah perniagaan, ‘bukan’ sekadar dengan individu.

3. Penyelesaian masalah lebih mudah. Jika terdapat sesuatu masalah terutama berkaitan dengan pihak berkuasa, anda lebih mudah menyelesaikannya kerana anda memiliki perniagaan yang berdaftar.

Jika anda mempunyai matlamat jangka panjang untuk perniagaan yang anda lakukan, daftarlah perniagaan tersebut agar anda boleh pergi lebih jauh.

Nota 1: Jangan menganggap perniagaan internet adalah satu cabang perniagaan yang amat berbeza dengan perniagaan konvensional. Ia sama sahaja, tetap sebuah perniagaan. Cuma platform dan caranya sahaja sedikit berbeza.

Nota 2: Blog ini lebih menekankan perniagaan berbanding buat duit di internet. Sebab itu amat jarang saya menulis mengenai cara buat duit. InsyaAllah, saya akan bina blog lain khas untuk mengupas mengenai buat duit di internet.

Artikel berkaitan:

  1. Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan
  2. Kekeliruan Terhadap Perniagaan Internet
  3. 400 Usahawan dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan…