Perkembangan 2014 SmartUsaha.com

Alhamdulillah.

Permulaan tahun 2014 yang mengujakan bagi saya. Pada awal tahun ini, beberapa perancangan telah pun dilunasi setelah sekian lama ia ditunda.

Antara pencapaian dan hasil terkini (selesai):

  • Mengemaskini ‘template’ blog ini.
  • Menjadikan domain SmartUsaha.com sebagai laman utama & profile SmartUsaha.
  • Membina laman profile SmartZul.com
  • Membina laman web khas untuk jualan produk (akan diumumkan nanti).

*Semua di atas dilakukan dalam masa beberapa hari sahaja. Tiada cara lain selain memaksa diri menyiapkannya, demi kesenangan di hari kemudian. 😉

Dalam proses:

  • Membina laman web (landing page) untuk SemarakHosting.com
  • Laman web __________. (akan diumumkan nanti)

 

Banyak lagi perancangan yang telah dilakukan untuk perniagaan saya. Tiada apa yang baru, cuma pada tahun ini saya akan lakukan apa yang telah tertunda sekian lama dan juga memperkemaskan apa yang perlu.

Segalanya atas izin Allah.

blogsmartusaha

Di Manakah Saya?

Tarikh: 5/3/2010

Artikel ini ditulis khas untuk pembaca blog saya yang tidak mengikuti perkembangan semasa saya melalui Facebook. Saya akui, saya adalah salah seorang pengguna tegar Facebook buat masa ini. Dan saya juga akui, Facebook adalah lebih hebat daripada Twitter. 😀

Di Facebook, saya begitu aktif. Boleh dikatakan, saya menulis post-post ringkas minima tiga kali sehari. Itu adalah minimum. Kadang-kadang, ia lebih daripada itu. Segala yang saya lakukan dan ke mana saya pergi, semuanya saya tulis di Facebook. Mengapa Facebook? Kerana kita boleh menulis seringkas mungkin dan dapat dibaca dengan segera oleh ahli Facebook yang lain.

Jadi, jika para pembaca blog saya ini ingin tahu aktiviti saya terkini, di mana saya dan apa yang saya buat, maka saya boleh ‘diakses’ di Facebook.

Akaun Personal Facebook Telah Cukup Kuota

Akaun personal saya telah pun dipenuhi kuotanya, iaitu 5000 ahli sahaja. Saya tidak pasti adakah had ini sudah tiada atau masih wujud. Namun buat masa ini, saya tidak dapat Add Friend atau menyertai mana-mana Fan Page. Namun saya masih boleh menerima Invitation atau Request.

Untuk itu, maka saya telah mewujudkan satu Fan Page khas untuk peribadi saya. Sebelum ini, saya sudah ada Fan Page iaitu Page untuk Smartusaha.com. Namun untuk yang baru ini, ia adalah khas untuk saya secara peribadi.

Berkaitan perkataan ‘Fan’ ini, sebenarnya saya kurang menyukai perkataan Fan kerana saya ini adalah orang biasa sahaja, bukan public figure. Tetapi sudah itu yang digunakan oleh Facebook, maka terima sahajalah.

Personal: http://facebook.com/mohdzulfadli

Fan Page: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

* IM = Internet Marketing dan Inspirasi Maya (nama perniagaan)

Status Projek

Saya tahu, ramai yang menunggu beberapa projek saya yang telah diumumkan dahulu. Jangan risau, kerana saya masih di sini. Saya sama sekali tidak akan keluar dari bidang ini, atau melepaskan tanggungjawab, janji dan amanah begitu sahaja.

Doakan saya agar dapat menyiapkan beberapa buah projek yang belum siap. Segalanya ada hikmah dan saya banyak belajar daripada beberapa kesilapan. Sebaik sahaja projek tertentu siap, saya akan umumkan satu persatu.

Menambah Bidang

Di antara beberapa bidang yang telah saya mula terokai sedikit demi sedikit buat masa ini adalah penulisan buku, menjadi kolumnis majalah dan bidang training. Dan insyaAllah, saya akan melakukan kembali beberapa perkhidmatan Online yang pernah saya lakukan dahulu.

InsyaAllah, sedikit demi sedikit dalam beberapa tahun ini, saya cuba untuk memasuki pasaran yang lebih besar (baca: korporat). Dengan bimbingan beberapa orang mentor buat masa sekarang, semoga saya berjaya memasuki pasaran yang lebih menguntungkan itu berbanding pasaran yang saya ceburi sekarang.

Joint Venture?

Seperti yang saya maklumkan dahulu, saya menutup seketika sebarang bentuk kerjasama terutama bagi sebarang pelancaran sesebuah produk baru di Internet. Artikel tersebut boleh dibaca di sini: Ruang JV Ditutup. InsyaAllah, saya masih boleh bantu promosi melalui satu kaedah yang bakal saya umumkan dalam masa terdekat.

Harap maklum, terima kasih.

PS. Ikuti saya di Facebook: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

.

Catatan Impian TIGA Tahun

Dalam kebanyakan buku yang saya atau anda baca, biasanya akan dikatakan, catatlah sesuatu yang kita mahu, impikan, atau yang kita cita-citakan. Tidak kisahlah ia kemahuan di dunia ini atau untuk dunia akhirat nanti.

Saya memulakan perniagaan Internet sepenuh masa pada tahun 2005 lagi. Namun pada masa itu, saya masih lagi dalam proses percubaan, pencarian, kajian dan pembelajaran. Pada masa itu, bidang perniagaan Internet di Malaysia belum lagi berprestasi tinggi seperti sekarang.

Baik, bukan itu yang saya mahu bicarakan. Tetapi saya hanya mahu kongsikan catatan saya pada tiga tahun yang lepas iaitu bertarikh 26/10/2006 di sebuah laman web (43things.com). Jika dikira sehingga 26/10/2009, genap tiga tahunlah catatan saya itu.

Impian
Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.

Nota: Saya menulis catatan itu setelah setahun melakukan perniagaan internet.

Anda boleh melihat catatan ini di laman web berikut:

http://www.43things.com/person/smartzul

Dan saya juga ada menulis dua entri yang berkaitan dengan cita-cita:

1. Dialog si penulis blog (20/2/2006) – Ini paling dahulu sebelum yang di atas.

2. Perniagaan Internet dan Anda : Di Manakah 3 Tahun Lagi? (21/5/2007)

Namun saya akui, perjalanan di dalam bidang ini selama 4 tahun bukanlah satu tempoh yang agak lama. Ia baru semalam… Saya masih mentah, masih banyak yang perlu dipelajari, saya belum berpuas hati apa yang dicapai, banyak lagi yang perlu diperbaiki, diperelok dan dipertingkatkan.

Yang pasti, perjalanan saya masih panjang di dalam melaksanakan tanggungjawab yang saya pikul ini. Hanya redha Allah yang saya harapkan dan kepadaNya jua saya memohon kekuatan.

Apakah tujuan saya menulis entri berkaitan hal ini? Hanya empat:

1. Hidup perlu ada matlamat, cita-cita dan impian. Barulah kita dapat hidup dengan terarah.

2. Matlamat dan impian perlu dicatat agar kita dapat FOKUS dan konsisten. Setiap kali ‘hilang arah’, baca catatan tersebut.

3. Impian tanpa usaha adalah SIA-SIA.

4. Indahnya hidup berjuang untuk kejayaan walaupun mengharungi 1000 kepahitan. Kelak bukan kesenangan yang kita pandang, tetapi sejarah perjalanan kita.

“Segala di dunia ini adalah milik ALLAH, namun yang dikurniakan kepada kita itu, untuk apa? Sudah pasti untuk digunakan ke jalan kebaikan dan kejayaan, dunia dan akhirat.”

Hari ini, 15/1/2010, saya akan bercuti penuh satu hari untuk muhasabah diri dan perniagaan. Semoga hari Jumaat yang mulia ini, Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk terus melangkahkan kaki ini ke hadapan dan menjadi insan yang diredhaiNYA.

Mohd Zulfadli bin Suddin a.k.a SmartZul
Internet Marketer, www.smartusaha.com
2005-2009

ps. Inilah blog pertama saya: http://smartbiz.tblog.com. I LOVE it so much! Kepada Termin, jika anda membaca tulisan ini, saya ucapkan terima kasih kepada saudara. Termin adalah satu-satunya pembaca dan penyokong setia saya pada permulaan saya dahulu. Namun, kami tidak pernah bersua.

Ya, perjalanan saya ‘bermula’ dari blog itu juga. Jika mahu melihat perjalanan usaha saya, bacalah blog tersebut dan kemudian blog smartusaha.com ini dari awal hingga sekarang. Itulah serba sedikit sejarah saya di dalam bidang Internet Marketing ini.

Abaikan ‘style’ penulisan saya dahulu yang pelbagai bentuk. Al-maklum, belajar sambil buat. Mahu berjalan, perlu merangkak dahulu. Jadi banyak kesilapan.

pps. Cerita saya, bahagian 1.

ppps. Masih jauh perjalanan ini. Dan ia semakin mencabar…………………

TERIMA KASIH SEMUA!