Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengapa SEO?

Saya suka teknik SEO. Ia adalah salah satu sumber trafik automatik yang akan kita perolehi tanpa batasan, selagi mana blog kita berada di kedudukan terbaik di enjin carian.

Baik, apa itu SEO sebenarnya? SEO atau Search Engine Optimization adalah satu istilah untuk proses atau usaha menaikkan kedudukan (ranking) laman web atau blog di senarai hasil carian enjin carian (SERP). Apa itu SERP? Mudah ceritanya, selepas anda taip perkataan di Google.com, akan keluar hasil carian kan? Itulah SERP! Atau dalam bahasa panjangnya, Search Engine Result Page.

Semakin banyak ciri-ciri SEO pada sesebuah blog yang ‘ditetapkan’ oleh enjin carian (seperti Google, Yahoo dan Bing), maka peluang untuk blog anda berada di SERP yang tinggi (seperti muka pertama SERP) adalah lebih besar.

Apabila blog yang kita bina sudah mula mendapat ‘perhatian’ oleh enjin carian seperti Google, maka bermula saat itu, boleh dikatakan apa sahaja artikel yang kita terbitkan di blog akan cepat diindeks oleh mereka. Malah, untuk keyword utama, blog kita akan cuba didahulukan.

Contohnya blog ini, dalam beberapa minit setelah artikel di-publish, artikel itu akan diindeks oleh enjin carian. Dan jika ada orang mencari mengenai perniagaan internet, blog ini biasanya akan mendapat ‘ranking’ TOP 10.

Contoh lain: Kalau saya menulis mengenai pakar ebook, maka kalau orang menaip ‘pakar ebook’ di Google, blog ini atau artikel yang telah saya tulis akan berada di kedudukan Top 10. Mengapa ini terjadi dan mengapa blog ini boleh menewaskan blog atau website lain dengan mudah? Pasti ada sebabnya bukan? Teruskan membaca….

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • panduan seo
  • Panduan Asas Seo Blog WordPress
  • panduan seo terbaik
  • tips untuk entry keluar disenarai carian google
  • seo tertinggi
  • rahsia keyword ranking
  • panduan seo blog wordpress
  • laman web rating tertinggi
  • keyword ranking rahsia
  • kedudukan tinggi di enjin carian mengikut smartzul
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)