Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Emel Saya di RTM 1

Pada hari semalam (Ahad, 19 April 2008), RTM 1 telah melangsungkan satu segmen rancangan TV yang bertajuk “Blog: Apa itu blog?”. Tak silap saya, ia adalah melalui rancangan yang bernama “Galeri Perdana” selama 15 minit sahaja bermula jam 8.45 malam. Rancangan tersebut telah menjemput Datuk A. Kadir Jasin untuk mengupas tajuk tersebut.

Saya tidak dapat mengikut secara jelas rancangan tersebut kerana saya terpaksa melayan tetamu yang datang ke rumah saya, tetapi saya hanya menonton sambil melayan tetamu sahaja (tak fokus). Jadi saya tak pasti persoalan yang diperbincangkan, namun apa yang saya dengar, ia hanya membicarakan mengenai persoalan asas sahaja terutama mengenai “kuasa blog”.

Sebelum itu, rancangan tersebut telah memberi peluang kepada penonton untuk memberikan pendapat melalui SMS, Telefon atau Emel. Di kesempatan yang ada, saya terus menaip emel pendapat saya secara ringkas mengenai blog.

Pada rancangan tersebut, emel yang saya hantar itu dipaparkan beberapa saat sahaja sebab rancangan itu sudah menghampiri waktu tamat siarannya. Jadi pengacara TV tak dapat mengulas dengan detail emel saya tersebut (sekadar tunjuk dengan scroll down).

Berikut adalah emelnya:

emel zul

*Emel saya ini ditaip dalam beberapa minit sahaja. Nak kejar masa sebenarnya sebab rancangan tu cepat sangat tempoh dia. Tambahan pula, tak sangka ada tetamu datang ke rumah semasa saya menaip emel ini. So, ada kesalahan typo sikit sebab nak cepat (sebab nak layan tetamu). Harap tak kisah lah yer. ;)

Emel ini secara ringkas ingin menyatakan bahawa, blog bukan untuk topik politik atau isu semasa semata-mata. Dan blog bukan hanya ada ‘kuasa’ untuk mempengaruhi orang ramai di dalam pemilihan kerajaan. Sebaliknya, blog juga berkuasa untuk perkara-perkara yang lain seperti untuk pemasaran perniagaan, pendidikan dan lain-lain lagi.

Adalah sesuatu yang tidak wajar jika blog hanya dikaitkan dengan politik semata-mata sehinggakan sampai satu tahap, apabila disebut blog atau blogger, orang ramai hanya menganggap blog hanya untuk ‘luahan’ perasaan mengenai politik semata-mata. Padahal blog boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk sebarang tujuan.

Ini adalah kali pertama saya menonton rancangan ini sebab saya jarang menonton TV. Sekarang ni pun, saya sedang berada di kampung (cuti dua minggu). Sebab tu ada masa untuk menonton TV (bersama keluarga). Kalau tak, jangan haraplah nak menonton TV.

Cadangan saya kepada pihak RTM, teruskan rancangan sebegini kerana topik mengenai blog ini amat menarik untuk diperbincangkan. Dan saya menyarankan, jemputlah para blogger yang betul-betul mempraktikkan ilmu dan kemahiran ‘blogging’ ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Tak kisahlah blogger politik ke, blogger bisnes ke, janji blogger yang ada pengalaman.

Saya tidak pasti hanya pada kali itu sahaja perbincangan mengenai blog atau selalu disiarkan pada hari dan waktu yang sama. Atau RTM ada rancangan TV sendiri untuk topik blog seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini? Ada sesiapa yang tahu?

Nota: Ahli panel yang dijemput untuk rancangan ini iaitu Datuk A. Kadir Jasin adalah juga seorang blogger. Beliau ada menulis beberapa buah buku dan salah satunya bertajuk “Blogger A. Kadir Jasin”.

Sekian.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)
travelocity coupon discount