Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah, kali ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.

Semoga dengan bulan yang penuh barkah ini, kita dapat menjadikannya satu jalan untuk membersihkan hati dan berhijrah ke arah kebaikan dan kejayaan. Gandakan amalan seharian dan perbanyakkan perbuatan yang memberikan manfaat kepada sesama insan.

Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin saya terlanjur kata dan perbuatan. Begitu juga segala kesalahan mana-mana pihak ke atas saya, saya maafkan tanpa sebarang ada dendam di hati.

Di keadaan zaman ini, kita sudah tiada masa untuk berbalah dan bertikam lidah antara satu sama lain. Kita mesti rapatkan saf dan berjuang melalui cara masing-masing untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perjuangan untuk Agama dan negara.

Dan jikalau saya ada janji yang masih belum saya tunaikan atau permasalahan yang berkaitan dengan pembelian dan sebagainya, sila hubungi saya untuk tindakan daripada pihak saya. Sila gunakan contact form yang disediakan di atas.

Selamat berpuasa dan beramal ibadah.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • kepentingan maklum balas terhadap kritikan kepada usahawan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)