Bayangkan, anda berniaga tanpa perlu bersusah payah menguruskan stok barangan dan menghantarnya kepada pelanggan, sudah pasti ia satu perkara yang anda mahukan.
Itulah kaedah dropshipping di mana anda hanya mempromosikan produk dan menguruskan pembelian pelanggan sahaja. Selebihnya, pihak dropshipper (syarikat pembekal) yang akan menyediakan barang, membungkus dan menghantarnya kepada pelanggan anda.
Walaupun ia nampak mudah, namun tidak bermakna anda boleh melakukan sambil memejam mata. Ini kerana, di dalam kaedah dropshipping, begitu banyak scam (penipuan) di internet yang dilakukan oleh pihak penyedia produk, dan untuk mendapatkan pihak dropshipper yang betul-betul jujur, ia sedikit sukar.
Usah pening kepala dengan risiko tersebut kerana saudara Lan atau lebih dikenali sebagai Sifu Lan, telah menyediakan anda satu panduan yang mudah difahami untuk anda bermula.
Ebook Panduan dan Teknik Rahsia Ebay mengetengahkan kaedah dropshipping sebagai kaedah berniaga di Ebay. Antara produk yang boleh dijual melalui teknik yang dinyatakan di dalam ebook ini adalah begitu banyak sekali seperti mousepad, mug, pen drive dan sebagainya.
Berikut adalah gambaran kasar proses kaedah dropship:
Di dalam ebook ini, saudara Lan telah menunjukan langkah demi langkah bagaimana menyediakan produk yang anda ingin jualkan. Contohnya, anda ingin menjual mousepad. Kemudian, anda perlu lakukan design untuk produk tersebut.
Seterusnya, proses listing di Ebay akan dilakukan. Anda akan belajar sedikit tip bagaimana menulis tajuk (ayat) jualan untuk barangan yang dijual itu. Penggunaan perkataan (keywords) adalah teramat penting agar barangan jualan anda ditemui oleh pembeli di Ebay.
Secara mudah, ebook ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
1. Pengenalan Ebay & Paypal
2. Proses Membuka Akaun Ebay dan Paypal – Anda akan dinyatakan bagaimana membuka akaun Ebay dan Paypal serta cara termudah untuk verify akaun Paypal.
3. Melakukan research produk, buat design produk dan menyenaraikan produk di Ebay
4. Memantau Perkembangan Jualan serta tip-tip tambahan.
Secara jujur, Ebook ini memang satu ebook yang betul-betul menunjukkan ‘rahsia’ yang dilakukan oleh penulis ebook ini sendiri dan tidak dicedok dari mana-mana sumber. Penulisannya adalah asli dan amat praktikal.
Saya berani mengatakan, anda tidak akan menyesal membeli ebook ini kerana apa yang disajikan adalah betul-betul praktikal dan dilakukan sendiri oleh penulis.
Dengan membeli ebook ini, anda juga akan mendapat sokongan dan bantuan terus daripada saudara Lan melalui forum tertutup yang disediakannya.
Yang pasti, Ebay adalah satu-satunya pasar Online yang jikalau anda betul-betul fokus dan serius, anda pasti menemui kejayaan yang besar seperti yang telah diperolehi oleh saudara Lan. Di Ebay, soal prospek atau trafik bukan masalah utama kerana ia telah siap tersedia. Cuma sahaja anda perlu berusaha sedikit untuk mendapatkan mereka.
Itu sahaja sedikit review daripada saya. InsyaAllah, jika saya ada perkembangan terkini mengenai panduan ini, saya akan tulis lagi.
Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.
.
Incoming search terms:
- berniaga di ebay
- rahsia ebay
- cara berniaga di ebay
- panduan berniaga di ebay
- bagaimana berniaga di ebay
- panduan perniagaan ebay
- berniaga ebay
- rahsia ebay dropship
- reseach di ebay
- produk untuk dijual dalam ebay

















Komen Terkini