Saya yakin sudah ramai yang mahu menjana pendapatan di Internet. Sekarang macam-macam panduan menembusi pasaran Internet Malaysia iaitu cara-cara buat duit di Internet.
Persoalan yang terlintas di fikiran saya adalah, mengapa perlu target pendapatan yang besar terutama para newbie? Bagi saya, tak wajar ke kalau dapat RM50 pertama, kemudian RM100, RM200, RM300 dan seterusnya sedikit demi sedikit dan semakin meningkat?
Saya tinggalkan anda dengan persoalan ini. Bagi saya, tidak perlu target yang besar-besar di kala baru bermula sama ada empat atau lima angka. Dapatkan dahulu RM1.00 yang pertama dan kemudian rancang serta usaha lagi untuk menggandakan hasil tersebut. Pastikan tidak terlalu teruja dengan mereka yang menjanjikan anda pendapatan besar dalam masa yang singkat.
Mereka yang mendapat empat angka atau lima angka telah mengambil tempoh masa tertentu sebelum mendapat hasil tersebut. Paling kurang pun dalam satu hingga tiga bulan. Itu pun jika ada kemahiran komputer dan Internet. Terus terang saya katakan, kalau anda tiada asas kemahiran sebegini, perlu ambil masa sikit.
Kesimpulan: Cuba dapatkan ‘RM1.00′ yang pertama dahulu. Rata-rata usahawan Internet bermula dengan hasil yang kecil dan kemudian meningkat sedikit demi sedikit. RM1.00 ini sebenarnya ada dua maksud iaitu nilai RM1.00 itu sendiri dan kedua ia bermaksud jumlah hasil yang masuk akal (realistik) bagi diri masing-masing. Mungkin RM10.00, mungkin RM50.00.
Pendapatan saya yang pertama bernilai RM5.00. Itu pun untung kurang lebih dalam RM2.00. Dan sikit-sikit bertambah dan bertambah. Yang penting adalah ILMU, bukan target yang besar. Ilmu itulah yang akan menentukan sejauh mana kita bertahan dan banyak mana kita dapat. Target memang perlu, tapi kalau ia tak realistik, memang ia akan menekan kita.
Jika belum ada ilmu yang diperlukan, belajarlah dulu. Ilmu yang ada di dada adalah satu aset yang amat penting. Dengan ilmu itulah kita akan buat duit berulang-ulang kali tanpa rasa susah. Berbeza dengan hanya rasa teruja di hati, tapi target lima angka hanya tinggal angan-angan.
Ukurlah baju di badan sendiri.
Sekian.
ps. Saya nak tulis satu ebook bertajuk Rahsia RM1.00. Ok tak?
















Komen Terkini