Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat

Walaupun saya sedang kesibukan menyiapkan beberapa produk yang telah lari sikit dari timeline, namun untuk ‘projek akan datang’ saya juga sedang melakukannya.

Sekarang, produk yang sedang dalam proses pembikinan adalah:

1. Teknik Mudah Affiliate – Teknik Simple, BUKAN TEORI. Semalam saya dapat cek yang ke-empat. Jadi saya akan berkongsi teknik yang digunakan ini kepada bilangan yang terhad agar persaingan tidak terlalu tinggi.

2. Video Panduan Blog WordPress – Hak jualan juga akan dibuka. Kemungkinan besar PLR.

3. Projek CD – Produk Resell Rights dalam bentuk CD. Anda hanya perlu duplicate saja untuk jual balik kepada pembeli anda, atau tambah apa-apa produk lain yang anda mahu dan ‘burn’ ke dalam CD.

Target ketiga-tiga produk ini siap adalah SEBELUM hujung bulan ini. Agak-agak sempat siap tak? :lol:

Itu adalah projek yang telah saya umumkan beberapa kali sebelum ini..

Dan projek akan datang saya dalam masa terdekat adalah….

PROJEK PERCUMA. Saya rasa projek ini adalah salah satu projek FREEMIUM saya. Dah lama tak buat produk percuma.

Melalui projek PERCUMA ini, anda akan mendapat:

1. Video Pengenalan

2. Audio Temuramah bersama seorang usahawan Internet tempatan

3. Satu Set Produk Percuma (boleh dijual semula)

Kemungkinan saya akan lancarkan website projek ini dalam sehari dua ini. 70% kerja dah siap.

Audio temuramah pun dah siap 100%. Audio ini sudah pun siap diedit (bagi suara saya sedap sikit, haha – gurau je). Cuma set produk percuma masih lagi dalam proses. Harap-harap dapat siap sebelum hari Selasa ini (esok).

Target projek ini adalah untuk mereka yang masih baru dalam dunia Internet Marketing dan kepada sesiapa saja yang nak tambah pendapatan melalui model perniagaan internet yang lain.

Topik utama projek ini adalah berkaitan dengan satu model perniagaan internet yang tak ramai usahawan internet melakukannya terutama di pasaran Malaysia. Jadi saya termasuk beberapa rakan IM telah bekerjasama untuk memeriahkan pasaran Malaysia dengan model perniagaan ini.

Projek percuma ini selain ada matlamat tersendiri, ia juga merupakan fasa pertama sebelum pelancaran produk berbayar saya kelak. Saya harap dengan adanya projek versi percuma ini, perniagaan internet di Malaysia akan semakin meriah.

Sekian laporan saya pada kali ini.

Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul,
Info. Product Creator

PS. Saya dah lama tak design laman web minisite sendiri. Dan akhirnya semalam saya belajar balik dengan merujuk Video Panduan Grafik Minisite (DVD) yang dikeluarkan oleh sahabat saya, Bearnerd Bondly. Video ini adalah di dalam Bahasa Malaysia. Hasilnya akan anda tengok pada produk yang akan saya lancarkan nanti. Terima kasih Bearnerd.

Incoming search terms:

  • produk perniagaan
  • model perniagaan produk
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)