Ini cerita benar.
Saya terkesima dengan seorang rakan saya dalam usahanya menjual produk informasi dengan menggunakan kaedah laman web minisite. Walaupun laman web jualannya tidak secantik dan seprofesional seperti orang lain, namun produk beliau mendapat sambutan hebat.
Buktinya bukan jumlah pendapatan yang beliau tunjukkan, tetapi senarai testimoni pembeli yang begitu gembira menelaah produk informasinya yang benar-benar membantu.
Saya sendiri apabila membaca surat jualan website beliau, saya tidak terasa seperti beliau menjual walaupun memang beliau sedang menjual melalui laman web itu. Sebaliknya hati saya berasa beliau sedang ikhlas berkata-kata dan benar mahu membantu melalui panduan yang beliau hasilkan.
Apa yang dapat saya rumuskan bagaimana beliau menulis surat jualan (sales letter) adalah:
- Beliau menulis dalam bentuk bercerita dan berbual-bual, seperti sedang berada di hadapan pembelinya. Cara ini langsung tidak melihatkan beliau sebagai seorang jurujual yang penuh dengan ayat menyuruh produknya dibeli, tetapi seorang manusia yang benar-benar ingin membantu. Hati siapa yang tidak ‘cair’ apabila ada orang yang ikhlas mahu membantu sehingga pandai melakukan sesuatu yang belum pernah dikuasai/dimahiri.
- Meletak testimonial asli sama ada yang dihantar melalui emel, Facebook dan sebagainya oleh pembeli beliau.
- Mempermudahkan pembeli. Disebabkan produknya dalam bentuk video, maka beliau kirimkan ia dalam bentuk DVD/CD.
- Menunjukkan contoh sebahagian produk.
- Produk beliau memang berkualiti dan ‘lengkap’. Tanda dan bukti beliau benar-benar ikhlas mahu membantu.
- Beliau mempunyai pengikut tersendiri dengan menggunakan blog dot comnya sendiri.
- Laman web beliau tiada grafik yang cantik dan berkilau-kilau. Hanya sekadar grafik yang biasa-biasa sahaja yang dihasilkan sendiri.
- Beliau tidak aktif di Facebook. Ada akaun, tetapi tidak bersosial di sana.
Terkadang mungkin kita mudah tersasar….
Sebaik mungkin, kita melakukan perniagaan dengan dasar ikhlas mahu membantu orang lain. Soal untung, harga dan sebagainya, ia hanyalah kaedah. Sama ada produk itu berbayar ataupun tidak, pokok pangkal kejayaan yang sebenar adalah sejauh mana kita ikhlas.
Sebaliknya, apabila kita mula menjadikan wang sebagai matlamat awal dan akhir, kita akan mula melalui satu keadaan yang tidak menguntungkan seperti kita mula mengabaikan pelanggan, cepat melenting dan tidak mahu membantu pelanggan.
Apabila kita menjual sesuatu dengan ikhlas, pelanggan dapat merasainya dengan hati mereka. Rasa hati dikatakan tidak mampu dinafikan kerana hati manusia adalah begitu peka dengan getaran rasa yang kita pancarkan sama ada dengan penulisan dan kata-kata.
Andaikata kita telah tersasar dari landasan ikhlas, masih ada masa untuk kita perbaiki keadaan dengan syarat tidak terlalu lama berada di lorong kesilapan.
Ikhlas adalah salah satu faktor kejayaan seseorang usahawan. Ia mudah dilakukan, tetapi sukar untuk dikekalkan. Hanya mereka yang bersabar akan mempunyai keikhlasan yang tidak mudah goyah.
-
Incoming search terms:
- cerita benar
- contoh produk digital
- cerita-cerita benar
- perniagaan 10 ribu ringgit
- kisah orang ikhlas dan benar
- grafik yang cntik
- contoh tag produk
- contoh produk stoking berkualiti
- bisnes internet benar
- contoh produk ada tanda hakcipta





















Komen Terkini