Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » Perniagaan Internet

Bagaimana meraih kejayaan dengan cepat dan mudah pada tahun ini (2012)
Berikut adalah formula ringkas, bagaimana untuk meraih kejayaan dengan cepat dan mudah bagi tahun 2012 ini:

Lakukan sesuatu yang sudah kita ketahui dan kuasai sebelum ini. Contohnya jika saya, kekuatan saya adalah menulis dan menerbitkan produk informasi. Elakkan melakukan sesuatu yang baru, di mana ia pasti akan menyebabkan kita mengambil masa yang lama untuk belajar dan menguasainya.

Gunakan apa sahaja platform yang telah kita miliki. Contohnya saya mempunyai blog perniagaan internet ini, Facebook Page (yang kini sudah lebih 3000 Like) dan juga mailing list.

Gunakan pemasaran berbayar seperti iklan dan Pay per Click (PPC). Pemasaran berbayar lebih cepat hasilnya berbanding cara percuma yang biasanya mengambil masa.

Gunakan “Email Marketing”. Ini adalah wajib dan mandatori. Ia bukan lagi satu pilihan.

Outsource kerja-kerja teknikal yang memakan masa walaupun kerja itu kita tahu melakukannya. Upah orang lain melakukan kerja-kerja teknikal seperti design grafik, website dan seumpamanya. Kerja-kerja yang memakan masa itu amat merugikan kita di mana kita boleh melakukan kerja produktif yang lain. Contohnya: Saya boleh fokus pada penulisan, marketing dan content.

Jual produk atau perkhidmatan yang betul-betul mempunyai potensi dalam pasaran (ada permintaan). Jadi perlu luangkan sedikit masa membuat kajian dan pemerhatian.

Lupakan model bisnes yang lain dan apa sahaja perkara yang tidak berkaitan sehingga kita meraih hasil yang amat membanggakan terhadap usaha yang sedang kita lakukan. (FOCUS – Forget Other Commitment Until Success)

Bekerjasama (joint venture) dengan usahawan lain. Ya, kerjasama adalah salah satu ‘rahsia’ untuk kita berjaya dengan pantas.

Rancang sesuatu untuk bertindak. Rancang tindakan, bukan hanya sekadar merancang sahaja. Bersama rancangan itu, tetapkan masa dan cara untuk melaksanakannya.

Buat rancangan penuh untuk tahun 2012 dan laksanakan rancangan itu dengan sepenuh hati!

Fokus pada menjual dan menghasilkan ‘profit’ (untung). Perlu berani menjual produk dan perkhidmatan kita tanpa sedikit pun rasa tidak yakin dan ragu.

Lakukan sahaja apa yang telah dirancang tanpa ada rasa ragu-ragu. Katakan TIDAK kepada perasaan mahu menunda tindakan.

Hargai pelanggan sedia ada (seperti memberikan diskaun dan sebagainya). Mereka lebih mudah diyakini berbanding pelanggan baru.

“Tiru” orang-orang berjaya. Belajar teknik dan strategi yang terbukti berkesan daripada sesiapa sahaja yang telah mendapat hasil kejayaan. Contohnya, jika kita mengetahui usahawan A berjaya melancarkan produk sehingga meraih puluhan ribu dalam masa 30 hari, segerakan hubungi dirinya dan katakan kita mahu belajar strategi beliau. Tetapi, ia tidak semudah itu. Lakukan dengan cara yang profesional seperti ada perkongsian timbal balik yang diberikan kepadanya. Setelah belajar, segerakan untuk mempraktikkannya.

Kesimpulan: Tetapkan produk/perkhidmatan yang pasti ada permintaan + Rancang tindakan setahun penuh + Lakukan pemasaran yang berkesan + Bertindak sepenuh hati + FOKUS!

Apa pendapat anda mengenai formula di atas? Atau mungkin anda ada tambahan yang lain.

Terima kasih kerana membaca.

Ingin memulakan perniagaan Internet sendiri? Dapatkan konsultasi terus daripada smartzul. Dalam masa 1 jam 30 minit, segala kebuntuan anda akan terhapus! Diskaun RM50 untuk 10 orang pertama! Klik di sini sekarang.

Incoming search terms:

potensi diri najib

biodata seorang usahawan

biodata uahawan berjaya

perjalanan usahawan berjaya

potensi diri nicol david

potensi diri nicol ann david

potensi diri najid

potensi diri najib untuk mendapat kejayaan

biodata usahawan yang berjaya pada masa kini

contoh usahawan malaysia berjaya

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/capai-kejayaan-cepat-mudah-2012/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Sudah bosan dengan perniagaan Internet?
Saya tertarik dengan artikel yang telah ditulis oleh sahabat saya, iaitu saudara Shamsuriyadi, yang bertajuk ‘apabila usahawan internet bosan dengan bisnes internet‘.

Dalam artikel itu, beliau telah senaraikan apakah langkah ataupun cara bagi memastikan usahawan internet terus bersemangat dan tidak berputus asa.

Berikut adalah tambahan daripada saya, iaitu sedikit tip bagaimana kita sebagai usahawan tidak mudah patah hati ataupun tidak mahu lagi melakukan apa yang kita lakukan sekarang:

1. Lakukan banyak perkara

Hal ini bertentangan dengan nasihat yang selalu kita dengar. Ya, fokus pada satu perkara sahaja adalah nasihat yang terbaik terutama bagi mereka yang baru ingin bermula. Tetapi apabila kita telah berada lama dalam bidang perniagaan, yang satu itu akan menjadi punca kita mula bosan.

Banyak perkara yang dimaksudkan adalah kita menambah produk, servis atau bidang perniagaan yang masih sama dalam bidang yang kita lakukan. Contohnya, kita berniaga pakaian, maka kita tambah lagi pelbagai produk pakaian yang berbeza.

2. Pelbagaikan bakat

Setiap orang perlu utamakan dan manfaatkan sekurang-kurangnya tiga bakat yang ada dalam dirinya. Setiap orang ada pelbagai kebolehan dan jika boleh, elakkan terhad kepada satu sahaja. Semakin banyak kita lakukan sesuatu yang menggunakan bakat kita, kita sukar untuk bosan.

Namun pastikan, kita tidak terlalu obses dengan bakat. Memang ia penting, tetapi apabila kita terlalu bergantung kepada bakat semata-mata, kita mudah menolak untuk melakukan sesuatu dengan alasan “saya tiada bakat.”

Dan perkara yang penting juga adalah, elakkan juga terlalu banyak. Bergantung kepada keupayaan dan masa masing-masing. Utamakan yang utama.

3. Teruskan belajar

Kita akan mula goyah apabila kita mula berhenti belajar. Dan kita akan mudah tertinggal jauh apabila kita mula menutup pintu ilmu. Belajar itu banyak caranya, malah tanpa perlu keluar dari rumah, iaitu melalui internet. Baca artikel, beli ebook, online course dan banyak lagi cara.

4. ‘Bersosial’

Manusia yang ‘sihat’ bukan sahaja perlu sihat dari aspek tubuh badan, tetapi juga mental, emosi dan sosial. Usahawan perlu bersosial sekurang-kurangnya sesama para usahawan. Elakkan diri bersendirian di hadapan komputer pada setiap hari. Luangkan sedikit masa untuk bertemu rakan usahawan atau menyertai apa-apa program berkaitan.

5. Tambah kenalan

Dengan teknologi media sosial pada zaman sekarang seperti Facebook, menambah kenalan tidak perlu lagi mengambil masa yang lama. Dengan hanya hujung jari, kita boleh menambah kenalan seberapa ramai yang kita mahu pada setiap hari.

Seboleh mungkin, jumpa kenalan-kenalan itu secara nyata dan bukan hanya melalui internet.

6. Lakukan sesuatu yang baru

Apabila perniagaan kita mula berjaya, mungkin kita boleh menambah sumber pendapatan yang lain pula. Namun awas, lakukan jika anda berupaya sahaja. Menambah saluran pendapatan yang lain bermaksud, kita tidak akan menghadap benda yang sama setiap hari.

Jika tidak mampu, mungkin boleh lakukan inovasi terhadap perniagaan agar anda tidak bosan menghadap bisnes yang sama saja bentuknya setiap hari.

Inovasi atau ‘evolusi’ adalah salah satu cara untuk kita elakkan kebosananan. Ia tidak semestinya besar atau memerlukan kos. Lakukan sesuatu yang baru walaupun kecil, agar pandangan dan semangat terhadap bisnes kita sentiasa juga baru.

7. Bersukan / beriadah

Bosan juga biasanya diakibatkan oleh badan yang letih, penat dan tidak cergas. Seperti mana nasihat kebanyakan, kita perlu beriadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, dan 20 minit pada setiap kali itu.

8. Bosan bermaksud banyak masa terluang

Luangkan satu minit untuk menjawab soalan ini: Adakah anda terlalu banyak masa terluang sehingga tidak tahu perlu buat apa, dan akhirnya mula kebosanan?

Jika ya, cepat-cepat ambil pen dan sehelai kertas untuk senaraikan apakah tugas penting yang perlu dilakukan. Dan senaraikan juga apakah tanggungjawab yang perlu digalas dalam hidup ini.

Saya yakin, setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya satu tanggungjawab penting yang perlu disempurnakan. Jadi, manfaatkan masa yang ada sebaik-baiknya.

9. Majukan lagi bisnes

Apabila kita melakukan perniagaan dalam skala yang sama bertahun-tahun lamanya, itu adalah salah satu sebab kita mudah berasa bosan. Maka ada dua pilihan di sini iaitu kita lakukan perubahan (inovasi) ataupun kita majukan lagi bisnes.

Mungkin dengan perbesarkan lagi saiz perniagaan, sewa ruang pejabat jika sebelum ini hanya berbisnes dari rumah, bekerjasama dengan rakan-rakan lain dan sebagainya. Paling kurang, ubahsuai ruang kerja SOHO.

Apabila kita sentiasa naik setapak demi setapak, maka perasaan bosan amat sukar datang pada diri kita kerana kita melakukan sesuatu yang berbeza dalam setiap tempoh tertentu.

10. Membaca kisah menginspirasikan

Sentiasa baca kisah orang-orang yang telah berjaya. Baca juga buku-buku motivasi terutama yang ditulis sendiri oleh orang yang telah gagal tetapi bangkit kembali. Utamakan membaca kisah kejayaan orang yang tidak sama bidang dengan kita atau yang lebih berusia dengan kita untuk mengelakkan perasaan lemah semangat kerana rasa jauh tertinggal dan rasa cemburu berlebihan.

11. Perbaiki amalan seharian

Tidak dapat dinafikan, terkadang semangat kita mula ‘lusuh’ adalah kerana jiwa kita mula gelap dan hati sedikit demi sedikit dikuasai titik-titik hitam. Bagaimana dengan solat kita? Jika solat, adakah sudah betul caranya? Bagaimana pula sikap amarah kita seperti dengki, marah, menipu, riak, tamak dan sebagainya?

Amalkan solat tahajjud, baca Quran, sedekah dan zikir-zikir yang mudah diamalkan. Tidak perlu banyak. Sekurang-kurangnya kita sentiasa ‘connected’ dengan Tuhan kita, ALLAH subhanahu wa ta’ala.

Seorang rakan usahawan saya berpesan, “Tidak perlu banyak berfikir. Teruskan usaha dan tumpukan perhatian dengan apa yang sudah ada di hadapan mata.”

Incoming search terms:

motivasi

bosan

blogger perniagaan

kata kata motivasi untuk orang baru memulakan perniagaan

motivasi usahawan apabila menghadapi kegagalan perniagaan

kata motivasi usahawan

ayat motivasi

kata-kata semangat untuk ushawan

kata-kata tentang perniagaan

langkah usahawan berjaya

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/sudah-bosan-dengan-perniagaan-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

17 cara menggagalkan perniagaan internet anda
Sesiapa pun mahu berjaya dalam usaha perniagaan internet dan tidak mahu gagal. Kegagalan pasti akan berlaku apabila kita leka, kurang ilmu dan tidak melakukan sesuatu itu dengan perancangan.

Begitu banyak sebab kegagalan perniagaan yang dilakukan secara online, dan di sini disenaraikan sebanyak 17 sebab:

[limitread]

Tidak membuat perancangan perniagaan yang jelas. Hanya buat perniagaan internet secara ala kadar. Pandangan ke hadapan begitu kabur. Tiada matlamat.

Tidak melakukan promosi dan pemasaran yang agresif, terancang, efektif dan konsisten. Kita tidak akan mendapat jualan yang banyak kalau trafik yang mahu hanya sedikit.

Melakukan pemasaran softselling tanpa mempunyai senjata jualan yang ampuh. Maksudnya adalah, hardselling. Kita perlu berani dan tidak malu untuk mempromosikan produk kita di mana-mana sahaja, tetapi dengan cara yang betul. Email marketing dan salesletter (surat jualan) adalah antara dua contoh alat jualan yang berkesan.

Pengurusan kewangan yang teruk, malah tidak dipedulikan langsung. Hanya mahu wang masuk, tetapi wang itu tidak diuruskan dengan baik. Wang masuk dan wang keluar tidak direkodkan.

Membazir wang seperti membeli sesuatu yang tidak perlu ataupun boleh dibeli kemudian. Mengawal wang masuk dan keluar adalah sangat penting dalam perniagaan. Aliran tunai adalah nadi utama perniagaan.

Terlalu cepat memasuki bidang lain, walhal bidang yang sedang dilakukan belum sampai kemuncaknya. Sehinggakan, bidang yang sedang dilaksanakan semakin kurang diberi perhatian.

Tidak melakukan kajian pasaran sebelum menentukan produk yang perlu dihasilkan atau dijual.

Melakukan cara pemasaran dan promosi yang kurang berkesan.

Terlalu banyak belajar, tetapi terlalu sedikit ilmu itu dipraktikkan.

Tidak memeriksa statistik pelawat (trafik) ke laman web jualan, sehingga tidak tahu apakah conversion rate (kadar penukaran) jualan. Sekurang-kurangnya perlu tahu berapa orang yang masuk ke laman web dan berapa orang yang telah membeli dalam tempoh sebulan.

Tidak mempunyai mindset seorang usahawan, sebaliknya hanya memikirkan soal buat duit sahaja.

Terlalu cepat mahu membina kejayaan perniagaan sehingga banyak perkara-perkara penting terabai. Boleh sahaja cepat berjaya, tetapi mungkin ia hanya gah di atas tiang-tiang yang rapuh.

Tidak menyimpan wang (hasil perniagaan). Ini berkaitan dengan perkara sebelum ini iaitu pengurusan kewangan.

Tidak mahu belajar daripada orang lain yang telah berjaya. Ego, dengki, ujub, riak, malu dan lain-lain sikap mungkin punca tidak mahu belajar itu.

Laman web hanya disiapkan sekali, kemudian tidak diubah lagi. Kandungan surat jualan perlu sentiasa diperbaiki agar kadar jualan semakin meningkat. Sebab itu ilmu copywriting adalah penting.

Tidak belajar daripada pesaing. Pesaing jangan dijatuhkan, tetapi cuba jadikan mereka sebagai kawan dan rakan kerjasama. Atau sekurang-kurangnya belajar daripada mereka.

Saya, anda dan pembaca lain yang membaca artikel ini ataupun bahan bacaan lain, berkemungkinan sering kali hanya membaca sahaja tanpa mencatat, memahami, menekuni dan cuba mempraktikkan apa yang dibaca. Harap-harap tidak begitu.

Sekian.

[/limitread]

Incoming search terms:

punca kegagalan sesuatu pelan perniagaan

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/17-sebab-kegagalan-perniagaan-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Bayar hanya sekali, belajar pelbagai topik
Saya ingin ajukan satu pertanyaan mudah di sini:

Adakah tuan/puan suka (bersetuju) jika hanya perlu membayar sekali sahaja untuk belajar pelbagai topik Internet Marketing secara Online? Bahan pelajaran adalah dalam pelbagai bentuk seperti PDF, audio dan video.

Contoh beberapa topik:

Asas perniagaan dan keusahawanan.

Persediaan minda, motivasi, matlamat dan perancangan bisnes.

Pemasangan blog WordPress seperti blog Perniagaan Internet SmartUsaha ini.

Facebook Marketing.

Search Engine Optimization (SEO).

Copywriting.

Domain, Hosting dan Cpanel.

Pemasaran Emel.

Produk informasi.

Perniagaan dropship.

Panduan Paypal.

Buat duit dengan Affiliate.

Surat jualan (sales letter).

dan lain-lain lagi…

Jika bersetuju, klik Like di bawah ataupun berikan pendapat pada bahagian komen.

Saya sedang merancang sesuatu yang pada saya belum pernah dilakukan oleh kebanyakan Internet Marketer. Klunya, saya mahu wujudkan satu komuniti yang boleh juga kita panggil ia sebagai ‘satu keluarga’. Belajar bersama-sama, bekerjasama dan saling bantu membantu.

Sesungguhnya (tanpa niat riak), saya banyak mengetahui beberapa ilmu termasuk topik-topik yang saya senaraikan di atas. Jadi untuk memastikan ilmu itu bermanfaat kepada semua dengan lebih terurus, maka saya perlu merancang sesuatu.

Jika tuan/puan mengenali diri saya sekian lama, saya banyak menulis di pelbagai tempat seperti di forum, Facebook, ebook percuma dan di beberapa buah blog termasuk blog ini. Cara sebegini tidak terurus dan sukar untuk dirujuk semula.

Saya berdoa kepada Tuhan, agar usaha ini menjadi satu titik tolak untuk membangunkan umat dan bangsa dengan lebih serius. Namun saya tidak mahu terlalu teruja, kerana usaha ini menuntut kesabaran, masa dan perlaksanaan secara berperingkat fasa demi fasa. Jadi kita mulakan dengan apa yang ada dahulu.

Semoga ALLAH permudahkan.

ps. Bayar hanya sekali, apa yang saya rancang akan dibuka kepada sejumlah peserta sahaja. Kemudian setelah jumlah itu dipenuhi, kemungkinan kaedah bayaran lain akan digunakan. Sungguh, saya tidak sabar untuk melaksanakan projek ini. Jika tuan/puan berminat untuk menjadi seorang daripada kumpulan pertama (bayar sekali sahaja), maklumkan kepada saya di bahagian komen di bawah. Saya akan hubungi apabila semuanya sudah siap sedia.

Incoming search terms:

ayat power bisnes

ayat perniagaan

ayat power untuk bisnes online

ayat power promosi

ayat-ayat berniaga

ayat power dalam perniagaan online

ayat power dalam perniagaan

contoh sijil ssm selangor

ayat power sms

ssm aircond

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/belajar-internet-marketing/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Titik noktah membina kredibiliti
Membina kredibiliti adalah penting. Kita perlu bekerja keras untuk membina nama, jenama dan pengaruh agar bisnes dan diri kita mempunyai pengikut setia.

NAMUN… Usaha yang kuat itu ada titiknya.

Pada peringkat awal, sudah pasti kita perlu bekerja keras untuk memperkenalkan diri kita ataupun bisnes kita.

Pada peringkat pertengahan, orang sudah mengenali kita. Tidak perlu sejuta orang kenal kita dan bisnes kita. Jika 1000 orang benar-benar menjadi pengikut setia kita, itu sudah memadai untuk kita menjana pendapatan yang besar.

200 orang fanatik x RM100 = RM20,000

Kiraan untuk satu produk berharga RM100!

Pada peringkat kemuncak membina kredibiliti, kita perlu bersedia untuk tidak lagi berusaha keras. Pada tahap ini, sewajarnya kita sudah lebih memikirkan bagaimana menggunakan hasil yang dikumpulkan selama ini untuk menjana pendapatan yang lebih.

Pada tahap kemuncak (titik ‘penamat’), kita sudah perlu berhenti membina kredibiliti dengan menggunakan tenaga dan masa sendiri. Sebaliknya, kita perlu automasikan ia dengan membiarkan pengikut-pengikut setia kita (sebahagian daripada sistem automasi) melakukannya, di mana mereka ikhlas melakukannya tanpa paksaan.

Adalah satu kerugian besar jika kita bekerja berhempas pulas dengan hanya menggunakan kudrat kita semata-mata tanpa menggunakan sumber-sumber lain yang ada.

Tapi satu tugasan penting sekarang adalah, tentukan masa untuk kita berhenti bekerja keras, dan pada masa itu, kita sudah ada ‘sistem’ yang akan bekerja untuk kita.

Tip penting:

1. Di sini kita mula sedar, pentingnya perancangan bisnes (proper business plan). Tapi kita perlu sedari, tiada apa-apa yang sempurna di dunia. Jadi kita perlu cekap dan cepat bertindak sama ada merubah atau memperbaiki rancangan dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Yang penting adalah ia perlu dilakukan dengan CEPAT.

2. Kualiti adalah lebih utama daripada kuantiti. 1000 orang ‘fanatik’ lebih bernilai berbanding sejuta orang yang sekadar mengenal kita ataupun bisnes kita. Fanatik akan pasti membeli produk kita, tetapi sejuta orang itu tidak semestinya begitu.

3. Urus pengikut setia sebaik-baiknya dengan perancangan yang HEBAT. Jika perancangan hebat, hasil juga akan turut hebat!

4. Mohon ambil serius dengan nota (artikel) ini. Bagi saya, ia satu nasihat penting dan merupakan salah satu resipi kejayaan bisnes.

Titik.

Incoming search terms:

kredibiliti

cara bina kredibiliti dengan blog

guru perlu cekap dan cepat

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/titik-noktah-membina-kredibiliti/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Apakah kategori bisnes kita?
Apabila kita ingin melakukan bisnes, sebaiknya kita perlu jelas apakah tujuan kita berniaga. Adakah sekadar suka-suka, mahu tambah seringgit dua ataupun kerana mahu kaya?

Maka boleh kita kategorikan bisnes-bisnes yang dilakukan oleh kebanyakan orang kepada berikut:

Suka-suka (jadi ok, tidak jadi tidak mengapa)

Tambah pendapatan

Pendapatan kedua

Membina empayar perniagaan sendiri

Menjana kekayaan dengan bisnes

“Usaha pagi makan pagi, usaha petang makan petang” (ala kadar)

Kita berada dalam kategori mana?

Niat dan matlamat kita akan menentukan sejauh mana usaha kita. Kalau impian kita kecil, maka usaha juga akan kecil dan hasilnya juga adalah kecil. Sebaliknya, jika impian kita besar, usaha juga akan menjadi besar dan hasilnya biasanya adalah besar.

Apabila kita mendapat hasil yang biasa-biasa sahaja, mungkin salah satu sebabnya adalah kita terlalu berimpian kecil dan terlalu banyak alasan yang diletakkan pada diri sendiri untuk menyelesakan diri.

Jika kita mahu melaksanakan impian besar, maka kita perlu bersedia untuk melakukan perkara yang tidak pernah kita lakukan.

Saya doakan kejayaan tuan/puan semua.

http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Incoming search terms:

senarai jenis perniagaan

jenis perniagaan

jenis-jenis keusahawanan

blog jenis perniagaan

bisnes

jenis-jenis perniagaan

kategori jenis perniagaan

jenis perniagaan internet ssm

kategori perniagaan

jenis keusahawanan

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/kategori-bisnes/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

9 Formula Mencipta Kejayaan Bisnes Internet
Melihat kisah Mark Zuckerberg membina empayar Facebook bermula tahun 2006, sehingga syarikat itu mempunyai aset lebih daripada 1 bilion dolar, merupakan satu kisah yang menakjubkan. Meskipun Mark Zuckerberg memperoleh gelaran sebagai bilionair termuda di dunia, pada beliau wang bukan menjadi ukuran kejayaan.

Pasti kita hairan mengapa rata-rata pemula yang memulakan bisnes, kerana mahu memperoleh wang semata-mata sering mengalami jalan kebuntuan atau kegagalan. Dalam satu kajian yang telah dibuat oleh pihak Forbes, individu yang melakukan bisnes demi mengejar wang akan mengalami tiga situasi iaitu:

Akan menemui jalan buntu meskipun empayar bisnes sudah berkembang.

Sanggup melakukan perkara-perkara kotor, demi mendapatkan wang.

Tidak mempedulikan apa jenis bisnes selagi ia menguntungkan.

Dalam mana-mana bisnes, pegangan, disiplin dan konsep untuk berjaya tidak lari jauh. Salah satu daripada kajian Bill Murphy dalam bukunya The Intelligent Entrepreneur menyatakan, hampir 90% daripada usahawan yang lahir dari Universiti Harvard mempunyai persamaan yang ketara iaitu:

Tidak pernah mengaku kalah.

Minat adalah punca menjalankan bisnes, wang hanya bonus untuk menyara kehidupan.

Apakah Formula Untuk Berjaya Dalam Bisnes Internet?

Melihat dua persamaan di atas, adakah ia dapat membantu kita untuk berjaya dalam bisnes internet? Jawapannya mengikut persepsi kita. Namun dalam entri ini, kita akan ditunjukkan 10 formula yang sentiasa berkait rapat dengan mana-mana pemilik empayar bisnes internet, yang berjaya dalam perniagaan mereka.

Formula #1 – Bisnes yang Mempunyai Perancangan

Idea yang hebat tidak semestinya akan menjamin kejayaan bisnes. Kata Ainon Mohd, pengerusi syarikat PTS Publication Sdn Bhd, asas bisnes adalah menjual produk dan servis yang dimahukan pasaran. Idea semata-mata akan menyebabkan kita menghiraukan asas bisnes ini.

Bisnes yang mempunyai perancangan asas menunjukkan pemiliknya benar-benar mahu membina bisnes itu. Sebagai contoh, jika kita mahu memulakan bisnes kain batik, kita sudah mempunyai rancangan untuk membuka stor di mana, siapa bakal pembeli kita, apa teknik pemasaran yang akan kita lakukan, dan lain-lain lagi.

Formula pertama ini juga merupakan asas kepada semua bisnes. Kita wajib memiliki perancangan. Ada satu pepatah orang Arab menyebut, “Orang baik yang merancang akan kalah ke tangan orang jahat yang merancang.”

Formula #2 – Fokus Pada Visi dan Misi

Visi adalah perancangan jangka masa panjang dan misi pula perancangan jangka masa pendek. Kedua-dua ini memainkan peranan penting untuk kita kekal fokus dalam bisnes. Majoriti pemula yang memulakan perniagaan tidak memiliki kedua-duanya.

Ini menyebabkan mereka seringkali terjerumus dengan satu demi satu bidang bisnes yang baru. Tidak sampai seminggu, Ali (bukan nama sebenar) yang dahulunya memulakan perniagaan batik ingin memulakan perniagaan emas.

Visi dan misi dapat membendung daripada situasi di atas berlaku pada kita. Ia juga dapat membantu kita untuk terus berada dalam landasan yang betul dalam bisnes yang kita ceburi. Selagi visi dan misi kita tidak tercapai, maka teruskan usaha.

Formula #3 – Bisnes Syariah Compliant

Istilah syariah compliant ini diperoleh daripada syarikat PTS Publication Sdn Bhd. Secara asasnya, bisnes yang mempunyai pegangan ini mempunyai banyak kelebihan di dunia dan akhirat. Antaranya adalah:

Pembeli yakin dengan produk yang dijual.

Kita sebagai peniaga tidak mengambil rasuah untuk berbisnes.

Bantu membantu antara bisnes lain.

Tidak mengamalkan bisnes under table.

Allah S.W.T akan merahmati perjalanan bisnes kita.

Perbalahan isu syariah compliant ini berlanjutan sehingga hari ini. Namun sebagai seorang yang dahagakan kejayaan dari sudut islamik, kita wajar menitikberatkan pegangan ini dalam bisnes yang kita jalankan.

Formula #4 – Kita Hanya Gagal Jika Mengaku Kalah

Peroleh kemenangan atau mati syahid. Ayat daripada buku novelis sejarah Islam, Abdul Latip ini dapat menggambarkan formula keempat ini secara keseluruhan. Jika kita baca perkongsian daripada usahawan yang berjaya, kesemua mereka mempunyai sifat pejuang.

Ini kerana adat bisnes adalah naik dan turun. Kita perlu bersedia pada bila-bila masa. Hari ini pelanggan kita mungkin ramai, dan jualan kita meningkat. Tetapi hari esok mungkin pelanggan memulangkan semula produk kita, dan meminta ganti rugi.

Sebagai seorang usahawan, kita tidak boleh mengalah jika menghadapi sebarang cabaran besar. Anggap ia sebagai batu loncatan untuk memperoleh kejayaan yang lebih besar. Dalam satu ayat Al-Quran menyatakan, “Allah lebih tahu daripada apa yang kita tahu.”

Ayat ini seperti memberitahu kita Allah S.W.T tahu akan kebaikan yang akan diperoleh, selepas berlakunya kejadian yang tidak akan kita ingini. Pemilik bisnes mesti bersikap tabah dan memiliki sifat seorang pejuang.

Formula #5 – Penuhi Niat Untuk Berbisnes

Niat memulakan bisnes dalam sisi Islam adalah untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah S.W.T, serta menjadikan ia sebagai bekalan selepas mati. Apabila kita mempunyai niat untuk menubuhkan perniagaan, kita akan menyediakan produk dan servis yang memenuhi keperluan pelanggan.

Dengan erti kata lain, kita menolong pelanggan untuk memberikan apa yang mereka perlu. Bagi yang masih lagi ragu-ragu untuk berbisnes, maka baca semula formula ini. Jangan terpengaruh dengan kata-kata orang yang tidak pernah berbisnes, seperti, “Tak perlu bisnes-bisnes, nanti kena maki hamun dengan orang.”

Jika niat kita baik, maka kita tidak perlu risau dengan keadaan sekeliling apabila membangunkan perniagaan. Tuhan akan membantu kita.

Formula #6 – Lakukan Apa yang Usahawan Lakukan

Buku E-Myth Revisited menerangkan tugas seorang usahawan bukan melakukan semua kerja-kerja teknikal. Sebagai seorang usahawan, kita banyak memerlukan daya fikir yang menghasilkan kreativiti dan inovasi.

Tugas-tugas teknikal perlu diberikan kepada pekerja kita yang mempunyai kepakaran, dalam bidang masing-masing. Jika kita lakukan segala-galanya dalam bisnes, kita akan kekurangan masa untuk mencambah idea baru, serta kekurangan masa untuk melakukan ibadat.

Sebagai contoh, Aminah (bukan nama sebenar) merupakan pengusaha bisnes kek. Kedai beliau yang terletak di Gombak dibuka pada pukul 8 pagi hingga 10 malam. Aminah mempunyai 2 orang pekerja, tetapi beliau juga turut melakukan kerja-kerja teknikal, seperti membuat kek, menguruskan tempahan dan sebagainya.

Akibat daripada melakukan kerja-kerja ini, Aminah sedar beliau kekurangan masa untuk bersama keluarga yang tercinta. Ini kerana beliau pulang ke rumah sekitar 3 pagi. Ketika itu anak-anaknya sudah tidur. Aminah juga sedar beliau tidak lagi mempunyai masa untuk beribadat pada waktu malam, kerana badannya letih selepas pulang dari kerja.

Cerita di atas adalah contoh daripada seorang insan yang tidak mengamalkan aktiviti, yang harus dilakukan oleh usahawan. Usahawan tidak melakukan kerja-kerja teknikal. Jika tuan dan puan masih belum berkemampuan untuk mempunyai pekerja, kumpul dan simpan duit syarikat untuk dilaburkan kepada para pekerja.

#7 – Sedar Mati Hanya Menunggu Kita

Usahawan mempunyai dua kemungkinan, iaitu terjerumus dalam bisnes yang melibatkan perkara yang baik-baik dan sebaliknya. Dalam buku Indahnya Kematian, penulis menyatakan individu yang selalu ingat mati adalah individu yang dapat mengelakkan diri, daripada terjerumus dalam pengakhiran yang tidak baik.

Menyedari mati juga akan membuatkan kita berjuang sehabis baik dalam bisnes. Ia tidak ubah seperti berjihad untuk melakukan kebaikan. Oleh itu, setiap kali sebelum tidur, katakanlah pada diri kita, “Adakah apa yang aku lakukan hari ini diberkati Tuhan?”.

#8 – Perbanyakkan Mentor

T. Harv Eker, jutawan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawanan dan motivasi ini memberitahu, manusia boleh mencipta kejayaan dengan pantas hari ini, kerana kita dicipta sebagai insan yang mudah meniru perilaku orang lain.

Jika kita mahu berjaya dalam bisnes batik, maka kita perlu cari individu yang berjaya dalam bisnes batik. Sama juga seperti bisnes internet, kita perlu mencari mentor yang sudah berjaya dalam bisnes ini.

Tujuan mentor adalah untuk mengekalkan fokus bisnes kita, serta melihat aktiviti dan gaya fikir mereka dalam membuat sesuatu keputusan, yang melibatkan pembangunan bisnes. Dengan mempunyai mentor, kita dapat mengurangkan risiko kegagalan, dan mempercepatkan proses kejayaan.

Mentor juga tidak terhad pada seorang. Kita perlukan pelbagai mentor untuk pelbagai aktiviti lain. Contohnya, jika kita mahu memasak, jadikan Chef Wan sebagai mentor masakan.  Jika mahu tahu cara melaburkan wang yang ada, kita boleh belajar daripada Azizi Ali.

Formula #9 – Menggagalkan Diri Berkali-kali

Formula ini melibatkan keberanian dan kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri. Jika sebelum ini kita pernah gagal, kita mesti menganggap ia sebagai satu lagi langkah ke arah kejayaan.

Dalam satu temubual bersama Anik Singal, individu yang membangunkan bisnes internet bernilai lebih USD1 juta dalam masa satu tahun menyatakan, untuk berjaya dalam bisnes internet, kita perlu gagal berkali-kali. Ini kerana kegagalan dapat mengajar kita erti berkreativiti dalam bisnes.

Anik juga pernah gagal dalam bisnes internet lebih daripada 7 kali. Beliau juga pernah mengalami kerugian ketika menjalankan bisnes ini. Namun semua itu tidak menjadi penghalang, jika kita menganggap setiap kegagalan akan membantu kita mempercepatkan proses kejayaan.

Cukup 9 Formula, Mulakan Sekarang

Satu pepatah Arab menyatakan, masa itu ibarat pedang. Jika kita lambat, ia akan memotong kita. Sama juga situasinya ketika kita sedang membaca entri ini. Jangan menunggu masa yang sesuai, kerana ia tidak akan tiba.

Apa yang perlu kita lakukan adalah bertindak. Lakukan satu langkah yang kita rasakan ia adalah langkah pertama. Jika langkah pertama kita pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) untuk mendaftarkan nama perniagaan, maka lakukan sekarang.

Usahawan perlu bertindak pantas. Ini kerana usahawan sentiasa bersikap optimistik dan cepata mengambil peluang.

Biodata Penulis

Aqif Azizan dan Hasbul Aqill adalah pemilik blog perniagaan terkemuka di Malaysia. Mereka juga merupakan usahawan internet sepenuh masa, dan mahu menolong orang ramai membina perniagaan menerusi Majalah Niaga. Dapatkan juga informasi perniagaan secara santai di Komik Niaga.

Incoming search terms:

biodata usahawan berjaya

biodata usahawan berjaya di malaysia

profil usahawan berjaya

biodata usahawan malaysia

profil usahawan berjaya di malaysia

contoh usahawan berjaya di malaysia

contoh profil usahawan

biodata usahawan berjaya malaysia

biodata usahawan

usahawan yang berjaya di malaysia biodata

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/9-formula-mencipta-kejayaan-bisnes-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Kejayaan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita SENDIRI
Saya kerap kali membaca keluhan ini di Internet: “Otai (orang lama) hanya membantu sesama mereka sahaja. Orang baru diabaikan.”

Ia membuatkan saya terpanggil untuk menulis sedikit coretan ini.

Kejayaan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita SENDIRI

Kenyataan yang mengatakan ‘orang lama’ yang berjaya tidak membantu usahawan-usahawan baru adalah tuduhan yang tiada bukti. Jika ada, kesnya boleh dibilang dengan jari. Biar saya katakan, “begitu ramai orang lama bersedia untuk membantu kita jika kita besedia untuk dibantu.” BERSEDIA dari aspek mental, kesabaran, ilmu dan kesungguhan.

Kata seorang “mentor” saya, kita hendaklah bertanggungjawab pada diri sendiri. Elakkan menuding jari kepada orang lain walaupun mereka yang silap. Kita mahu sesuatu, USAHA. Jika gagal, teruskan berikhtiar mencari jalan lain. Kita sentiasa ada PILIHAN.

Saya masih ingat pada 10 tahun yang lepas, sewaktu saya masih “zero” ilmu membina website. Saya meminta seorang rakan yang pandai membuat laman web untuk mengajar saya, namun beliau menolak tidak mahu. Bermula daripada hari itu, saya tekad untuk berikhtiar sendiri dengan merujuk panduan di Internet, membeli buku dan meminjam buku-buku di perpustakaan.

Tidak cukup dengan itu, saya menyertai kursus membina laman web dan membeli pula panduan yang mereka tawarkan. Akhirnya, saya sedikit demi sedikit boleh membina laman web sendiri. Saya gunakan cara yang sama untuk ilmu dan kemahiran yang lain, iaitu memikulkan tanggungjawab pada diri sendiri kerana saya sudah ‘berputus asa’ untuk meraih simpati orang lain.

Mencari penyelesaian adalah lebih baik daripada menuding jari dan mengungkit-ngungkit salah orang lain. Ia hanya membazir masa sahaja dan akhirnya kita akan terperosok sama dalam kancah kerugian. Kita tidak akan mendapat apa-apa melainkan menambah potensi untuk sakit jantung kerana marah-marah.

Mendapatkan bantuan orang lain juga ada seninya

Setiap sesuatu ada nilai ‘bayarannya’, sama ada tenaga, masa dan wang ringgit. Kejayaan tidak mudah datang begitu sahaja. Kejayaan orang-orang lama kerana mereka telah berusaha bukan setahun dua, tetapi telah melalui jatuh bangun berkali-kali banyaknya. Maka jika mahu berjaya seperti mereka, kita juga perlu bersiap sedia melalui seperti mereka.

Jika kita mengatakan mereka tidak membantu kita, mengapa jadi begitu? Kerana salah satu sebabnya adalah kerana mereka ‘dipaksa’ memberi bantuan dengan segera dan cepat, umpama memesan ‘burger special daging double’. Sepatutnya, mulakan dahulu hubungan yang baik sesama mereka.

Sokong usaha mereka dan TIDAK BOLEH sama sekali mengkritik mereka, walaupun hanya sekali (ini pantang paling utama!). Luka boleh sembuh, tetapi parut tetap berbekas. Mereka boleh memaafkan, tetapi sebagai manusia biasa, mereka tetap mengingati kritikan pedas kita itu. Jika mereka terbuat kesilapan, BANTU mereka, berikan cadangan atau hulurkan tangan membantu. BUKAN MENGKRITIK.

Belajar daripada mereka dan catat perkongsian ilmu mereka. Kenalkan diri kita apabila sudah tiba masanya. Perkenalkan mereka kepada kawan-kawan kita dan saudara mara kita yang dirasakan bermanfaat untuk menimba ilmu ataupun produk mereka. Beli produk-produk mereka dan sertai seminar ataupun bengkel yang mereka anjurkan. Itu adalah beberapa cara untuk membina hubungan baik yang berkekalan.

Semua ini adalah bertahap dan memerlukan komitmen. Menjadi usahawan memerlukan komitmen yang besar, bukan sedikit atau suam-suam kuku. Umpama menaiki tangga, kita tidak akan sampai terus ke tingkat teratas, sebaliknya perlu menaiki anak tangga demi anak tangga.

Artikel khas

Artikel berikut yang saya tulis pada 3 September 2010 memberikan panduan bagaimana cara untuk kita membina persahabatan yang IKHLAS dengan seseorang termasuk dengan mereka yang dikatakan sebagai “orang lama” itu. Semuanya hanya menggunakan ‘kuasa’ yang tersedia pada Facebook.

IKHLAS adalah kata kunci utama di sini. Tanpa keikhlasan, maka itulah punca utama mengapa kebanyakan usaha kita gagal dan membuatkan hati kita kalut.

Tajuk artikel: “Kunci ‘Sakti’ Pembuka ‘Hubungan Intim’ : Tip Joint Venture (JV) Menggunakan Facebook”

Yang ikhlas,

SMARTZUL

(c) www.SmartUsaha.com

“Kejayaan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita SENDIRI”

Incoming search terms:

tanggungjawab terhadap diri sendiri

tanggung jawab terhadap diri sendiri

blog kejayaan

tanggung jawab pada diri sendiri

Tanggungjawab kita

tanggungjawab kepada diri sendiri

tanggungjawab diri sendiri

membina hubungan baik yang berkekalan

kejayaan sendiri

Tanggungjawab diri

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/kejayaan-kita-adalah-tanggungjawab-kita-sendiri/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Perubahan Dan Peningkatan Dalam Bisnes Internet
Walaupun perniagaan tanpa perubahan dan peningkatan, kita tetap boleh menjana pendapatan. Namun di satu sudut yang lain, kita tetap dengan rutin harian sama yang mungkin mula hadir rasa bosan.

Salah satu perkara yang saya pelajari daripada pengalaman adalah bisnes yang kita lakukan perlu ada peningkatan iaitu melalui satu demi satu peringkat.

Pada peringkat permulaan, sebahagian besar kerja kita lakukannya secara sendiri, di samping menggunakan perkhidmatan orang lain (outsource/freelancer).

Pada peringkat pertengahan, kita mula mengurangkan kerja-kerja rutin yang kita lakukan dengan mendelegasikannya kepada orang lain seperti melantik pembantu atau pekerja. Kerja itu termasuk kerja yang boleh kita lakukan mahupun yang di luar bidang kemahiran kita.

Kemudian peringkat seterusnya adalah di mana kita sudah boleh bebas sepenuhnya daripada segala kerja operasi seperti kerja-kerja teknikal. Pendek kata pada peringkat ini, segalanya sudah berada pada tahap automasi. Tanpa kehadiran kita, bisnes tetap berjalan.

Namun, sejauh mana peringkat-peringkat ini disedari oleh kebanyakan usahawan internet? Mungkin rata-rata terus bergelumang dalam peringkat pertama selama bertahun-tahun lamanya tanpa memikirkan untuk melangkah ke peringkat kedua dan ketiga.

Satu tip di sini, jika kita ingin melangkah ke peringkat kedua dan seterusnya, pastikan kerja-kerja yang kita ingin serahkan kepada orang lain itu didokumentasikan cara, langkah dan kaedahnya dalam satu bentuk yang mudah diikuti.

Contohnya, proses menguruskan pesanan produk. Dari menerima pesanan sehinggalah menghantar produk itu kepada pelanggan, ia ditulis langkah demi langkah. Ia didokumentasikan agar walaupun pekerja silih bertukar ganti, kerja atau proses itu boleh dilakukan tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk dipelajari.

Sebagai usahawan, andaikata anda sudah mula merasa tertekan, penat dan mudah bosan, mungkin salah satu puncanya adalah anda telah berada dalam peringkat pertama dalam satu tempoh yang agak lama.

Jika mampu, jadikan bisnes kita boleh beroperasi tanpa campur tangan kita sepenuhnya. Di saat itu, kita boleh melakukan perkara atau cabang bisnes lain dengan mudah dan lancar. Atau, kita boleh memperkembangkan lagi bisnes kita menjadi lebih besar dan berjaya.

Ikuti saya di Facebook: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Incoming search terms:

perubahan keusahawanan

automasi

KAJIAN TERHADAP KEBOSANAN RUTIN TUGAS

macam mana sistem automasi pemasaran berjalan

perubahan perniagaan

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/automasi-bisnes-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Jana Keuntungan Dengan Menjual CD Secara OFFLINE
Salam sejahtera,

Bagaimana kita boleh menjual produk informasi dalam bentuk CD/DVD dengan mudah secara offline?

Salah satu caranya adalah menjual di mana-mana program yang kita anjurkan atau program yang kita kendalikan atas jemputan pihak penganjur.

Katakan jika kita menjual sekeping CD atau DVD dengan harga RM20 dan ia dibeli oleh seramai 10 orang, kita telah memperolehi pendapatan tambahan sebanyak RM200. Bagaimana pula hasil pendapatan jika mendapat jualan lebih daripada itu, dan dalam sebulan kita anjurkan program lebih daripada sekali?

Kos untuk menyiapkan satu set pakej CD biasanya di antara RM5 hingga RM10. Satu set CD terdiri daripada CD, sampul CD dan label pelekat CD.

Kiraan Kos

Buat sendiri

- sekeping CD kosong: RM1.00 atau kurang

- Sampul CD: RM0.50 atau bergantung kepada jenis sampul

- Print label: [kos dakwat printer]

==> JUMLAH = RM1.50

Upah kedai

- Duplicate CD: RM4.00 sekeping

- Print label: RM1.50 sekeping

- Sampul CD: RM0.70 sekeping

==> JUMLAH = RM6.20

*Kiraan di atas hanya mengambil kadar purata sahaja dan menggunakan kaedah packaging yang simple.

Katakan kita jual dengan harga RM20 untuk satu set CD, kita masih mampu mendapat jumlah keuntungan yang tinggi.

UNTUNG ==> RM20 – RM6.00 = RM14.00

Tip Tambahan: Jika guna perkhidmatan dari mana-mana kedai pencetak, tempah dalam kuantiti yang banyak kerana kos/caj akan semakin berkurangan.

STRATEGI JUALAN CD

1. Seminar Percuma: Anjurkan seminar atau ceramah percuma mengenai topik bidang anda. Sediakan satu meja (biasanya meja urusetia pendaftaran) dan letak produk anda di situ.

Jual produk CD yang selari dengan tajuk program. Jika buat program ceramah perniagaan, jual CD yang berkaitan dengan perniagaan, cara promosi dan motivasi.

2. Tumpang Program: Dapatkan maklumat mengenai program-program anjuran pihak lain dan hubungi mereka. Letak produk anda dan minta mereka uruskan jualan. Kemudian hasil jualan dibahagi mengikut persetujuan.

Jika kita menjual di program anjuran orang lain, pastikan mendapat kebenaran pihak penganjur terlebih dahulu.

Biasanya, ada pembahagian keuntungan di antara kita dan mereka. Contohnya, 50% untuk mereka dan 50% kita.

3. Jual di mana-mana tempat dan keadaan yang sesuai.

Mungkin anda pernah melihat cara-cara di atas dilakukan di kebanyakan program seperti seminar, kursus dan bengkel. Namun anda mungkin tertanya, bagaimana cara memiliki produk untuk dijual di mana-mana program ataupun mungkin secara santai di mana-mana situasi sesuai?

Terdapat tiga cara untuk memiliki produk CD:

a. Hasilkan kandungan (video, audio..) sendiri.

b. Dapatkan daripada pembekal. Jual dan ambil untung.

c. Beli hak jualan produk. Ia umpama produk kita sendiri dan boleh tentukan harga yang kita mahu.

Incoming search terms:

kursus perniagaan printing

jual cd

jual cd ceramah

anjurkan program dapatkan hasilnya

tempat jual cd

menjual cd

kursus usahawan printing 2012

keuntungan menjual buku

keuntungan jualan kandungan digital

jualan secara offline

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/jual-cd-secara-offline-2/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />