Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ketahanan Perniagaan Ebook di Pasaran Malaysia?

Kini semakin ramai orang yang buat duit dengan ebook, malah menjadikan ia sebagai tonggak utama untuk perniagaan internet mereka.

Mungkin kita pernah tertanya-tanya, sejauh manakah daya tahan bidang perniagaan ebook di pasaran Malaysia ini? Berapa lamakah hayatnya? Adakah akan berlakunya ketepuan pasaran?

Jawapan:

1. Segala benda di dunia ini ada jangka hayatnya. Hidup dan kemudian mati. Hanya ALLAH SWT sahaja yang kekal abadi. Bertitik tolak dari kefahaman ini (amat penting bagi seorang Muslim), maka kita perlu redha bahawa ebook juga salah satu benda yang ada jangka hayatnya.

Dengan kefahaman ini juga, maka kita perlu tenangkan hati agar tidak terlalu sakitkan kepala mengenai soal jangka hayat atau pasaran yang tepu. Yang penting, berusaha sebaik mungkin dan lakukan sahaja.

2. Penulis perlu konsisten dalam usaha. Jika kita menulis hari ini dan kemudian senyap, malas dan sebagainya, maka ebook juga akan turut perlahan geraknya, bahkan akan mati. Ebook adalah umpama anak yang dilahirkan. Ia perlu dijaga, diurus dan sebagainya dengan sebaik mungkin.

Ebook yang tidak dikemaskini atau diberi nafas baru pada setiap masa tertentu, biasanya mudah ketinggalan. Jadi, kemaskinilah dari masa ke semasa. Berikan ia nafas baru jika sudah mendapat sambutan yang dingin.

perniagaan ebook

3. Ebook adalah satu permulaan. Daripada ebook, akan terbuka peluang-peluang yang lain. Contohnya boleh adakan bengkel, seminar, konsultasi dan juga personal coaching. Ebook juga boleh dijadikan buku, modul atau manual yang dicetak. Atau boleh juga di-CD-kan. Malah, boleh ditukar kandungan statik itu kepada bentuk video atau audio.

4. Pasaran Ebook di Malaysia masih belum menjadi sebuah industri. Sesuatu bidang hanya akan dikatakan menjadi sebuah industri jika pihak-pihak besar turut menyertai bidang ini. Kita masih tiada banyak penerbit yang membuka peluang untuk para penulis ebook menzahirkan tulisan mereka kepada bentuk komersil.

5. Pasaran berbahasa Melayu bukan bermaksud hanya untuk penduduk di Malaysia, tetapi ia juga untuk mereka yang memahami bahasa Melayu walaupun tidak berada di Malaysia. Orang-orang Malaysia juga ramai di luar negara.

6. Persaingan yang sihat. Semua usahawan ebook perlu menjaga pasaran dengan baik. Salah satunya tidak merosakkan pasaran dengan menjatuhkan harga yang tidak wajar seperti yang berlaku di pasaran luar.

Selain itu, elakkan mengeluarkan ebook yang tidak berkualiti, dan jangan menyokong pengedaran ebook secara haram.

7. Dan ini fakta yang pasti mengembirakan semua pihak penerbit dan penjual ebook. Kadar penggunaan ebook reader (contoh: Kindle) di Malaysia masih lagi rendah. Bermaksud, ia pasti akan meningkat sedikit demi sedikit. Dengan itu, pasaran ebook juga akan terus bertahan lama selaras dengan kadar peningkatan penggunaan alat itu.

Disediakan oleh,
Mohd Zulfadli,
Pengasas Group,
Usahawan Ebook Malaysia.

Incoming search terms:

  • ebook malaysia
  • perniagaan ebook
  • ebook in malaysia
  • penerbit ebook malaysia
  • usahawan ebook malaysia
  • penggunaan ebook di malaysia
  • malaysia ebook
  • facebook perniagaan ebook
  • e-book malaysia
  • ebook
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)