InsyaAllah, beberapa perkara telah saya siapkan untuk diberikan secara percuma kepada para pembaca blog smartusaha dan juga kepada rakyat Malaysia umumnya. Tapi, untuk yang pertama, saya telah setup satu carta top site yang mengkhusus kepada laman web yang berbentuk blog sahaja.
Laman carta blog itu di sini: http://cartablog.smartusaha.com
Untuk menyertai carta ini, pastikan anda memahami beberapa syarat di bawah:
1. Hanya laman web jenis blog sahaja boleh menyertai / mendaftar
2. Tidak kisah apa jenis blog, tetapi pastikan blog anda bukan blog yang berunsurkan menjual produk, sebaliknya blog yang memberikan informasi percuma dan berguna
3. Hanya blog di dalam bahasa Melayu SAHAJA diterima. Kenapa? Mudah je jawapan dia, tak perlulah saya setup top site ni sebab yang dalam english dah berlambak!
4. Pastikan blog anda tidak mengandungi unsur-unsur yang salah di sisi Agama dan undang-undang. Pendek kata, bersih, suci, harum dan halal.. hehe..
5. Sekali lagi, HANYA BLOG sahaja yer..
* Jika blog anda tidak menepati syarat di atas, saya terpaksa menolak pendaftaran anda. Minta maaf awal-awal.
Oklah, tujuan diwujudkan carta blog ni bukan nak bertanding ke apa di antara blog yang mendaftar, cuma sebagai wadah perkongsian dan pembelajaran.. ?? Ya, andaikata 100 blog dah ada dalam carta ini, maka kita lihat yang top ten dan kita perhatikan dan membuat analisis, kenapa blog mereka berada dalam senarai top ten? Dan kita soalkan pada diri kita, kenapa bukan blog aku? InsyaAllah, jika tak keberatan, saya akan menjemput antara blog top ten tu memberikan sedikit sepatah dua kata kat blog saya. hehe.. Betul, saya nak mereka kongsi apakah teknik atau sedikit perkongsian mengapa blog mereka ramai pengunjung.. Inilah maksudnya pembelajaran.
Sedikit mengenai carta blog tu, caranya menilai blog yang tersenarai adalah dengan melihat pageviews atau hit blog anda setiap hari dan average kesemua hit tersebut dari hari pertama tersenarai sehingga wujudnya carta blog ini.
Tujuan lain saya setup carta blog ini sebab satu ketika dulu blog saya di-delete dengan sengaja kat satu carta blog xxxx berbahasa Melayu, tanpa makluman dan tanpa sebab munasabah. Saya tanya kenapa, dia kata langsung tak ada unsur pendidikan. Dia cakap sekali tu saja dan lepas tu dia terus tak layan saya. Aduh.. Kecewa betul. Yang tak syoknya, blog saya sentiasa top 5 kat situ termasuk blog saifulsham (saifulsham pun kena delete gak). Bukan kena delete list blog jer, akaun sekali kena delete. Tak apa, sekarang saya dah setup carta blog sendiri dan saya boleh buat sesuka hati saya. hehehe.. Tak gitu?
Antara matlamat lain, anda perasan tak carta blog atau top site lain? Bercampur aduk laman web yang tersenarai. Forum ada, laman iklan ada, blog laman web berunsur 18SX pun ada, semua ada.. Yang berilmu dan tak berilmu bercampur. Yang komersil tak komersil semua ada kat situ. Maka saya mengambil inisiatif untuk buat carta ini agar blog yang berinformasi sahaja yang akan diterima masuk.
Jadi kalau blog anda saya tak verify tu, faham-faham je lah ya. Tapi saya yakin anda faham maksud saya di sini.
Ok, sebaik sahaja anda daftar, blog anda akan terus disenaraikan di dalam carta. Tetapi pastikan anda meletak kod HTML di dalam mana-mana bahagian blog anda (kod) agar sistem carta blog ini dapat track hit blog anda.
Baiklah, tak perlu nak panjang lebar, dengan rasminya saya melancarkan carta blog smartusaha. Tak perlu tepuk tangan, bukannya dengar pon. :p
CARTA BLOG SMARTUSAHA: http://cartablog.smartusaha.com
Incoming search terms:
- blog percuma paling bagus













Komen Terkini