Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat

Walaupun saya sedang kesibukan menyiapkan beberapa produk yang telah lari sikit dari timeline, namun untuk ‘projek akan datang’ saya juga sedang melakukannya.

Sekarang, produk yang sedang dalam proses pembikinan adalah:

1. Teknik Mudah Affiliate – Teknik Simple, BUKAN TEORI. Semalam saya dapat cek yang ke-empat. Jadi saya akan berkongsi teknik yang digunakan ini kepada bilangan yang terhad agar persaingan tidak terlalu tinggi.

2. Video Panduan Blog WordPress – Hak jualan juga akan dibuka. Kemungkinan besar PLR.

3. Projek CD – Produk Resell Rights dalam bentuk CD. Anda hanya perlu duplicate saja untuk jual balik kepada pembeli anda, atau tambah apa-apa produk lain yang anda mahu dan ‘burn’ ke dalam CD.

Target ketiga-tiga produk ini siap adalah SEBELUM hujung bulan ini. Agak-agak sempat siap tak? :lol:

Itu adalah projek yang telah saya umumkan beberapa kali sebelum ini..

Dan projek akan datang saya dalam masa terdekat adalah….

PROJEK PERCUMA. Saya rasa projek ini adalah salah satu projek FREEMIUM saya. Dah lama tak buat produk percuma.

Melalui projek PERCUMA ini, anda akan mendapat:

1. Video Pengenalan

2. Audio Temuramah bersama seorang usahawan Internet tempatan

3. Satu Set Produk Percuma (boleh dijual semula)

Kemungkinan saya akan lancarkan website projek ini dalam sehari dua ini. 70% kerja dah siap.

Audio temuramah pun dah siap 100%. Audio ini sudah pun siap diedit (bagi suara saya sedap sikit, haha – gurau je). Cuma set produk percuma masih lagi dalam proses. Harap-harap dapat siap sebelum hari Selasa ini (esok).

Target projek ini adalah untuk mereka yang masih baru dalam dunia Internet Marketing dan kepada sesiapa saja yang nak tambah pendapatan melalui model perniagaan internet yang lain.

Topik utama projek ini adalah berkaitan dengan satu model perniagaan internet yang tak ramai usahawan internet melakukannya terutama di pasaran Malaysia. Jadi saya termasuk beberapa rakan IM telah bekerjasama untuk memeriahkan pasaran Malaysia dengan model perniagaan ini.

Projek percuma ini selain ada matlamat tersendiri, ia juga merupakan fasa pertama sebelum pelancaran produk berbayar saya kelak. Saya harap dengan adanya projek versi percuma ini, perniagaan internet di Malaysia akan semakin meriah.

Sekian laporan saya pada kali ini.

Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul,
Info. Product Creator

PS. Saya dah lama tak design laman web minisite sendiri. Dan akhirnya semalam saya belajar balik dengan merujuk Video Panduan Grafik Minisite (DVD) yang dikeluarkan oleh sahabat saya, Bearnerd Bondly. Video ini adalah di dalam Bahasa Malaysia. Hasilnya akan anda tengok pada produk yang akan saya lancarkan nanti. Terima kasih Bearnerd.

Incoming search terms:

  • produk perniagaan
  • model perniagaan produk

Menjual Produk ‘Percuma’ : Salah atau Boleh?

Salam bahagia semua, semoga sihat hendaknya.

Artikel kali ini, saya ingin memberikan pendapat mengenai menjual produk percuma.

Produk Percuma: Produk yang didapatkan secara percuma tetapi ada harga (boleh dijual beli) dan bukan produk yang diedarkan percuma dan ia tiada harga (bukan untuk dijual beli)

Saya menulis artikel ini ada dua sebab:

1. Menghilangkan kekeliruan sesetengah orang

2. Ada orang kata saya penipu setelah menjual beberapa produk yang boleh dijual ;)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan Langkah Pertama

stepsBersedia untuk membaca satu tulisan (yang juga mungkin satu leteran) yang panjang… ;)

Pepatah ada mengatakan, “perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama”, tetapi bagaimana pula jika pepatah itu disambung begini?

“Walau langkah telah beribu batu, tetapi sampai masanya, kita perlu pulang kembali ke langkah yang pertama..”.

Ayat tersebut mempunyai 1001 makna tersendiri, mengikut keadaan diri anda sendiri. Saya mentafsirnya untuk diri saya sendiri, dan anda perlu mentafsirnya untuk diri anda. Jika anda ‘suka’ memikirkan soal dalaman anda, atau dalam maksud lain menghisab diri, maka mungkin ayat tersebut sesuai untuk anda fikirkan dan sesuaikan dengan diri anda. :)

Ia mungkin sedikit berfalsafah. Namun hakikatnya, siapa yang mahu berfikir, dia akan dapat sesuatu makna yang begitu luas pada sambungan pepatah itu tadi. ;)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • PERJALANAN BERIBU BATU
  • ayat contoh kalau takut dilambung ombak
  • beribu langkah kita
  • perjalanan beribu-ribu batu bermula dengan langkah pertama
  • perjalanan bermula dari langkah pertama
  • perjalanan yang beribu batu boleh bermula dengan langkah pertama

Tulisan Terakhir + Ringkasan + Pesanan

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semua.

Sebelum saya balik ke kampung (tak tahu berapa lama), ini adalah tulisan saya yang terakhir sebelum saya bercuti.

Bulan ramadhan kali ini banyak pengalaman sendiri yang telah saya tempuhi samada dari aspek kehidupan dan keusahawanan internet itu sendiri. Pengalaman-pengalaman yang dilalui itu sedikit sebanyak menambahkan lagi kematangan saya di dalam bidang ini dan ia juga memberikan saya satu titik tolak kepada sesuatu perkara yang lain.. InsyaAllah, saya akan kongsikan apa yang saya tempuhi untuk manfaat semua. :)

Sebagai ringkasan, saya senaraikan rentetan beberapa perkara yang telah saya lakukan sebelum ini:

1. ‘Newsletter’ SmartUsaha dilancarkan (awal September)

2. Menghasilkan “ebook panduan paypal” dan memberikannya sebagai percuma hanya kepada subscriber newsletter smartusaha.com

3. Memberikan dua special report percuma yang bertajuk “mitos perniagaan internet” dan “kelebihan perniagaan internet”. Juga khas untuk subscriber newsletter smartusaha.com sahaja

4. Mengeluarkan satu lagi ebook percuma yang bertajuk “buat duit dengan blog”. Hanya yang berdaftar sahaja yang dapat

5. Menghasilkan lagi ebook percuma (special report) iaitu “pengiklanan banner berkesan, satu kajian..”. Boleh didownload secara percuma tanpa perlu mendaftar.

Itulah beberapa rentetan perkara yang telah saya di smartusaha.com lakukan, dan sudah semestinya untuk anda. Saya insyaAllah, seikhlas yang mungkin mahu memberikan yang terbaik untuk anda walaupun yang diberikan adalah percuma. Saya mahu anda benar-benar terdidik dengan cara yang “ilmiah”, bukan di atas angin atau sekadar “borak kosong”. Harap-harap manfaatkanlah pemberian saya tersebut. :)

InsyaAllah, smartusaha.com akan terus mara di dalam bidang ini walaupun kadang-kadang terasa juga “motivation down”-nya, namun saya meletakkan tanggungjawab sebagai no. 1 dan membuat keuntungan sebagai no. 2. Sebab itu saya terus berdiri teguh di dalam bidang ini. InsyaAllah. Sebagai orang yang tahu (sikit jer tahunya), saya terasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberikan didikan melalui saluran yang mampu saya lakukan. Dalam englishnya berbunyi, “it’s not just about business, this is responsibility..”. Kalau salah grammar bi tu, harap maaf, saya tak expert sangat. Tapi mat salleh tak kisah pun grammar broken, orang-orang kita jer sibuk nak komen itu ini, bukan nak bagi semangat pun.. ;) Jangan terasa nooo.. hehe..

Ingin juga saya nyatakan secara umum di sini, buat tempoh tertentu, saya terpaksa “menolak” undangan untuk memberikan ceramah, seminar atau bengkel perniagaan internet. Ya, saya terpaksa menolak seketika kerana, saya ada perancangan tertentu berkaitan dengan seminar atau bengkel perniagaan internet. Nak tahu apa? Tunggu.. Saya pun tak tahu bila saya akan memberitahu apa yang akan saya lakukan. Mungkin paling cepat pun tahun depan.. ;) Cuma apa yang saya dapat katakan secara keseluruhan adalah, saya mahu benar-benar BAKAL peserta bengkel saya boleh membina dan memulakan perniagaan.

Saya tak nak bayaran ratus-ratusan untuk join bengkel atau seminar itu masuk ke perut saya, tapi anda sebagai peserta terkontang-kanting dan saya pula dalam kekenyangan.. Tidak sama-sekali.. Saya mahukan “they know what they learn”. Faham bukan dalam keadaan mimpi, tapi betul-betul faham.. Saya menyatakan hal ini apabila melihat, begitu ramai yang teruja dan diakibatkan oleh hal itu, ilmu tidak diutamakan, sistem pembelajaran tiada standard, tak ada flow yang membantu dan akhirnya, impian berkubur begitu saja dan seterusnya bidang ini akan dipersalahkan.. Stop here, kita sambung lain kali pasal ini. :)

Banyak nak taip sebenarnya ni. Ya lah, lepas ni nak cuti. Saper-saper yang online time raya tu, tengok-tengoklah smartusaha.com ni yer. Kalau kena hack lagi ke, cepat-cepat hantar SMS kat saya. :) Kalau anda hacker-nya (cracker), huhu, “saya ucapkan selamat hari raya kepada anda dan semoga Allah merubah kelakuan burukmu itu. Tinggal-tinggalkanlah kerja hack server orang tu. Nanti susah nak jawab depanNYA kelak, banyak sangat buat salah.. Dan saya tak simpan dendam pun. Gunakanlah ilmu yang ALLAH bagi tu untuk kebaikan bersama, bukan saling memusnahkan orang kita sendiri. Tak baik, berdosa. Kelak ilmu tu sendiri makan tuan, tak percaya tengok.. Amin..”.

Apa lagi yer.. Rasanya dah tak ada dah kot. Cuma nak bagitahu, lepas cuti raya ni, saya ada sedikit info yang akan saya berikan kepada anda. :) Tunggulah apa info tersebut..

Baiklah, saya berhenti di sini sahaja dan semoga anda selamat sampai ke destinasi. Bergembiralah di hari raya.. Gembira kerana kita masih bernafas, diberi ruang dan waktu oleh ALLAH untuk memperbaiki lagi amal kita. Di kesempatan ni, saya mohon maaf banyak-banyak kepada kawan dan lawan saya. Sebagai manusia biasa, maka tak boleh untuk kita elak sesuatu yang salah.

Kalau saya TER-sindir, anda terasa, maafkan saya, ia tak sengaja. Kalau saya sentuh sesuatu perkara dan terkena batang hidung anda, saya juga minta maaf. Saya tak tuju pada anda, tapi saya tuju kepada semua. Kekadang saya tegas, kekadang saya berlembut, dan jika kita ingin berjaya, jangan terlalu “manja”.. Orang ‘jentik’ sikit pun dah nak berjauh hati dan berputus-asa.. Kekadang, kita kena menerima teguran daripada orang lain. Kita kena keluar dan latih diri agar tidak begitu manja dengan zon selesa kita selama ini. Amat berbahaya jika anda tidak cuba berusaha keluar dari comfort zone anda. Jangan jadi orang yang manja, sebaliknya hati kena kuat.. InsyaAllah.

Dan saya juga, memaafkan anda jika anda ada salah dengan saya. Kalau ada lah. Kalau tak ada tak per.. ;)

Oklah, jumpa lagi nanti. Semoga Allah memberikan kita umur yang panjang dan rezeki yang murah.. Jika ada benci di hati, buangkanlah.. Kita semua sama, manusia biasa, tak mampu menjadi yang sempurna sepenuhnya.

Wassalam.

Ikhlas,

Mohd Zulfadli @ SmartZul.
“insan yang biasa-biasa saja..”
PS. Daftar percuma newsletter smartusaha.com dan dapatkan ebook percuma yang saya nyatakan di atas. http://smartusaha.com/news.

Incoming search terms:

  • ringkasan internet
  • ringkasan kebaikan internet

Bisnes VS Program : Anda Wajib Faham

Kebelakangan ini, industri ‘buat duit di internet’ heboh mengenai satu report khusus yang membicarakan tentang kematian adsense (the death of adsense). Sehubungan dengan itu (macam karangan lak), ramai yang takut dan gelisah terutama di kalangan newbie kerana tak dapatlah mereka merasa pendapatan melalui program adsense. Atau sekurang-kurangnya dapat hidu sekali bau cek adsense pun jadilah. :lol: Baru jer nak start, adsense dah nak mati lak!! Hohoho.. Relaks.. Relaks..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

7 Petua Usahawan Berjaya

Nak tahu petua kejayaan kebanyakan usahawan yang telah berjaya di dalam perniagaan internet? Klik link berikut:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • tips berjaya dalam perniagaan
  • tips kejayaan dalam perniagaan
  • petua berjaya dalam perniagaan
  • tip usahawan berjaya
  • tip berjaya dalam perniagaan
  • tips kejayaan usahawan
  • petua perniagaan berjaya
  • petua perniagaan
  • petua kejayaan perniagaan
  • tips berjaya pernigaan

Bagaimana Saya Bermula Menulis Blog + Tsunami Bakal Melanda

Kini, sudah ramai yang ingin memiliki blog sendiri. Dulu, di saat pertama kali saya mengetahui mengenai blog atau jurnal peribadi, saya suka dan kekadang bosan membaca mengenai kisah-kisah peribadi mereka yang menulis di blog masing-masing. Pasal bergaduh dengan awek, masalah dengan kawan, bahkan bangun pagi gosok gigi pun diceritakan juga. ;)

Di saat itu, saya tidak tahu bahawa blog boleh mendatangkan pendapatan samada sampingan atau sepenuh masa. Kini tidak lagi, semua orang sudah tersentak dengan peluang yang sudah wujud bertahun-tahun ini.

Entah bagaimana saya tergerak hati untuk juga memiliki blog sendiri. Dan hasilnya, saya berjaya memiliki blog sendiri di http://smartbiz.tblog.com bermula Julai sehingga awal september. Selepas itu, saya ber-alih kepada smartusaha.com. Di smartusaha.com, saya menulis sehingga bulan disember 2005, tetapi malang tidak berbau, semasa saya mengalih blog ke subdomain, ada sedikit masalah berlaku. Maka, penulisan saya dari september sehingga disember ‘hangus’ begitu sahaja di pangkalan data. Namun, saya ada simpanan untuk database tersebut. ;) Nanti saya up-kan balik sebab sekarang dah expert sikit pasal alih-alih server dan blog ni. ;)

Ok, back to the topic. Blog merupakan satu wadah penyampaian ilmu, pendapat atau ulasan yang amat berkesan di masa sekarang. Dari individu, usahawan sehinggalah kepada syarikat korporat memiliki blog tersendiri. Sebab itulah, jika di luar negara, blogger adalah satu kerjaya, bahkan anda boleh bekerja sebagai blogger jika anda mempunyai penulisan bahasa inggeris yang baik. Pendapatannya juga amat lumayan. :)

Satu contoh, anda boleh ke http://www.performance.com, di situ berkumpulnya mereka yang bekerja sebagai penulis blog. :)

Saya bermula dengan tidak tahu terutama mengenai hal-hal teknikal. Saya banyak belajar daripada kesilapan. Install tak jadi, install lagi tak jadi, senget sana senget sini, error situ dan error sini. Hanya Allah Yang Tahu. Terkadang, penat mengalahkan kesabaran. Namun, alhamdulillah, dengan kesabaran itu, kini masalah teknikal di dalam pengurusan blog saya (wordpress) bukan satu masalah lagi bagi saya.

Anda pula bagaimana? Ingin berjaya di dalam satu hari? Ingin membina blog wordpress seperti blog smartusaha.com ini dalam masa satu hari? Ia mustahil dan tidak mustahil. Mustahil jika anda tidak mahu belajar dan tidak musthil jika anda sanggup belajar.

Percayakah anda, saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa anda boleh memasang (install) blog hanya dalam beberapa minit dan terus menggunakannya sebaik sahaja siap installation tersebut. Tidak sampai sehari! Adakah anda mahu? Ya, mestilah mahu.. ;) Anda tidak perlu berkorban masa seperti saya dan lain-lain, berpenat lelah untuk belajar sendiri dari zero. Ada solution untuk anda….. Tunggu.. :)

Lagi….. Adakah anda ingin menjadi pro blogger yang boleh menjana pendapatan di internet? Sepenuh masa atau sampingan? Sudah semestinya mahu.. ;) Alhamdulillah, blog kedua saya telah lahir yang akan berkisar mengenai blogging. Perkenalkan,

bloggingsteps.com

“plan, build, marketing, maintain, generate revenue”

Usah risau, blog tesebut dalam dua versi. Untuk versi BM, anda perlu ke http://bloggingsteps.com/tips. Klik sahaja URL di atas, anda akan dibawa terus ke blog BM. Versi BI pula di domain utama yang mana saya akan gunakan untuk market international. :)

Adakah anda percaya, saya berjaya menyenaraikan blog tersebut di google dalam masa 24 jam sahaja. Untuk yahoo pula, dalam masa kurang dari 48 jam. Bukan seminggu, sebulan atau berbulan-bulan. ;) Tak perlu link exchange, tak perlu backlink yang banyak. Just a simple steps to do. Nantikan special report percuma (ebook free lagi..) bagaimana cara menyenaraikan laman web atau blog anda di google dalam masa yang singkat. Dijamin! InsyaAllah.

Berita Tsunami Bakal Melanda!

Kini, smartusaha akan kembali dengan rentak yang lebih maju ke depan, bak kata sabri saifulsham, “we must push the market..”. :) Bak kata saya, gelombang yang akan saya bawa di fasa kedua ini bukan gelombang tsunami, tetapi…..

SUPER MEGA TERA TSUNAMI!!

** Hehe, inilah info tsunami tu.. :lol: InsyaAllah. Sama-samalah kita memeriahkan industri perniagaan internet ini. Mind our own business. ;)

InsyaAllah. Saya akan bawa dan pimpin anda sekali. Motto smartusaha adalah, “forwards together..”. Maju dan ke hadapan bersama-sama. Prinsipnya, “just do it and focus..”. Lakukan sahaja, dan fokus…

Jika nak berjaya, kita berjaya bersama-sama. Baru best! ;) Kepada newbie, usah risau, usah khuatir, matlamat saya, membantu diri sendiri dan juga membantu anda, sama-sama membantu. Mungkin anda ‘tertekan’ dengan kejayaan orang lain? Atau rasa begitu tertinggal dan terlambat? Oh tidak sesekali.. Anda rasa begitu sebab anda tidak tahu cara untuk sama merasa apa yang telah mereka rasa dan capai. :) Maka, usah risau dan gusar, saya akan bantu anda semampu yang boleh. InsyaAllah. Walaupun saya taklah berjaya sangat, tapi saya ikhlas ingin membantu anda selagi hayat dikandung badan. Orang kata, kalau ilmu tinggi mana tapi tak kongsi, tak guna jugak. Amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan itulah yang akan membantu kita di sana. InsyaAllah.

Nantikan produk saya yang saya harapkan akan menambahkan lagi warna-warni bidang perniagaan internet (wahh, berwarna-warninya..) di Malaysia ini. Matlamat produk saya tersebut adalah merungkai dan menyelesaikan satu permasalahan kebanyakan orang terutama newbie, di samping menambahkan lagi keceriaan industri ini. Satu hint: I’m technical guy, who know me, kenallah saya.. :)

Lupakan dengki, lupakan benci, hapuskan dendam. Kita bersatu agar hidup kita aman bahagia, bangsa dan ummat terus berjati diri dan maju ke hadapan. Jika anda pernah bersalah kepada saya, termasuk hacker yang illegal yang hack (crack) server hosting saya, saya maafkan anda. Saya nak dendam nak marah, tak ada gunanya. Buat sakit kepala ada lah.. Dan kalau saya ada tersalah kata, buat anda terasa, sakit hati, maafkan saya. Saya juga insan biasa.

Jika anda sentiasa diselubungi oleh cas negatif oleh mereka yang negatif, datanglah selalu ke blog ini, saya akan memberikan caj positif kepada anda!! InsyaAllah.

Seperti biasa yang kita dengar orang-orang bermotivasi tinggi mengakhirkan ucapannya, “jumpa di puncak kejayaan!”. ;)

Salam ikhlas daripada saya,

Mohd Zulfadli @ SmartZul

zul smartusaha

Pakej Web Berbaloi Untuk Usahawan Internet: http://www.virtualniaga.com

Langkah Demi Langkah Menjadi Pro Blogger : http://www.bloggingsteps.com

Bengkel EBiz Praktikal : http://ebizmalaysia.com/bengkel

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)