Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Belajar Bahasa Inggeris : Susah Ke? – Siri 2

Jika anda belum membaca siri 1 artikel ini, anda boleh membacanya di post yang lepas.

Klik di sini untuk membaca siri 1 tersebut.

Semoga artikel mengenai bahasa Inggeris ini memberikan manfaat untuk semua.

Terima kasih kepada Cikgu Azleen kerana berkongsikan artikel yang menarik ini.

—————————————————————————————-

Tidak Pandai Grammar

Masihkah anda ingat kali pertama anda meminta ibu anda makanan? Atau kali pertama anda memberitahunya bahawa anda ingin memakai seluar? Jika anda tidak ingat, cuba anda perhatikan kanak-kanak kecil berusia 4-5 tahun bercakap dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu juga ada Grammar nya – iaitu tatabahasa. Sebab itu bila meminta makanan anda akan kata “Mak, saya nak makan nasi”. Tetapi adakah kanak-kanak 4-5 tahun bercakap begitu? Tidak. Biasanya mereka hanya menyebut “Mak, makan”. “Mak, seluar pakaikan”. Sedangkan ayat yang betul adalah “Mak, tolong pakaikan seluar saya ni”.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • belajar bahasa inggeris untuk kanak kanak
  • belajar bahasa inggeris untuk kanak-kanak
  • blog belajar bahasa inggeris
  • belajar bertutur bahasa inggeris
  • belajar cakap bahasa inggeris
  • belajar bercakap inggeris
  • rencana bahasa inggeris
  • belajar bercakap bahasa inggeris
  • belajar bahasa english untuk kanak-kanak
  • belajar cakap english

Bahasa Inggeris : Susah Sangat Ke? – Siri 1

—————————————————————————————

Artikel kali ini adalah bukan tulisan saya, tetapi telah disumbangkan oleh seorang guru bahasa Inggeris yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azleen. Artikel beliau yang bertajuk “Bahasa Inggeris : Susah Sangat Ke?” ini akan mempunyai dua siri dan ada lagi artikel lain yang akan menyusul. Semoga dengan adanya tulisan sebegini, semua usahawan Internet bukan sahaja menumpu kepada pasaran Malaysia, malah boleh pergi jauh ke peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan, bahasa Melayu tetap bahasa ibunda kita. :)

Selamat membaca…

—————————————————————————————

Mengikut WikiPedia, Bahasa Inggeris adalah bahasa Jermanik Barat yang dominan penggunaannya di United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan Negara Komanwel (termasuk Malaysia) dan negara-negara bekas koloni British. Menurut WikiPedia lagi, kebanyakan pelajar di seluruh dunia adalah digalakkan untuk belajar sekurang-kurangnya sesetengah Bahasa Inggeris (terdapat banyak dialek). Manakala pengetahuan kerja dalam Bahasa Inggeris amat digalakkan dalam banyak bidang dan pekerjaan.

Saya tidak berniat untuk mengagungkan Bahasa Inggeris dan mengenepikan Bahasa Melayu, tetapi dengan jumlah sumber dan bahan bacaan serta perbincangan teknologi dan sains dalam Bahasa Inggeris, menjadikan bahasa ini sebagai satu keperluan hidup. Pengaruh global Bahasa Inggeris dalam pawagam, kapal terbang, penyiaran, sains dan internet menjadikannya sebagai bahasa kedua yang paling banyak dipelajari di dunia.

Berdasarkan soal-selidik tidak formal yang saya lakukan terhadap individu yang mengalami masalah menguasai bahasa ilmu ini, saya telah merumuskan alasan-alasan utama berikut sebagai sebab mereka gagal menguasainya dengan baik:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • forum bahasa inggeris sebagai bahasa kedua
  • modul pemulihan bahasa inggeris
  • bahasa inggeris susah
  • ajar bi kat kolej
  • mandi dlm bahasa english
  • modul mudah bahasa inggeris
  • modul pengajaran bahasa inggeris sekolah menengah
  • pergi mandi dalam bahasa ingeris ialah
  • perkataan inggeris yang susah
  • perkataan mari kita mandi dalam bahasa inggeris

Tips Berjimat-Cermat Untuk Usahawan Internet..

Di posting kali ini, anda akan dibawa satu tulisan yang agak panjang juga namun amat berguna untuk anda berjimat-cermat di dalam perniagaan internet anda.

Penulis jemputan kali ini akan membincangkan mengenai satu tips yang amat praktikal dan berguna untuk anda.

Penulis kali ini adalah dari Team SaifulSham iaitu saudara Sabri, penulis buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Semoga anda semua mengambil manfaat daripada tajuk yang dibincangkan.

==================================================

Artikel ini akan bercerita mengenai satu rahsia yang tidak boleh anda dapati di mana-mana lagi, terutamanya dalam Bahasa Malaysia.

Menarik mengenai artikel ini, ia menyentuh mengenai kepakaran Team SaifulSham.com sendiri, bagaimana menjual fizikal produk di Internet. Teknik ini akan berbicara;

  1. Bagaimana untuk menarik lebih ramai pengunjung a.k.a pelanggan ke laman web kita.
  2. Di manakah kita boleh mengiklan laman web ecommerce kita dengan lebih berkesan.
  3. Teknik ini secara primernya adalah untuk menjual produk-produk fizikal, namun boleh diaplikasikan untuk produk-produk digital juga. (pernah dibuat, contohnya penjualan hosting, domain name,etc. The possibility are limitless)
  4. Kehebatan teknik ini adalah kerana ia ibarat sambil menyelam minum air. Ia berfungsi sebagai promosi untuk menarik “targetted customer” dan juga sebagai satu langkah link building untuk laman web kita. Kedua-duanya akan memberi faedah yang cukup besar untuk perniagaan kita.
  5. Saya pasti, ramai usahawan Internet Malaysia menjual kek, bunga, pelan hosting, dan aneka produk lain. Cuba senjata rahsia Team SaifulSham.com ini dan nikmati perbezaanya.

    Baiklah supaya anda boleh memahami konsep teknik ini, biar saya beri intro dahulu. Kebanyakan pembeli di Internet ni sudah biasa membeli-belah online. Persoalan bagi mereka, bukan lagi samada “Selamat ke tidak kredit kad aku”, “penjual ni hantar ke tidak order aku”, “kalau order hilang macam mana” dan pelbagai persoalan lain yang sering bermain di minda kita sebagai masyarakat yang baru diperkenalkan dengan konsep online shopping ni.

    Apa yang mereka fikirkan adalah, “Bagaimana saya boleh berjimat semaksimum mungkin ketika berbelanja online?” Mereka akan mencari diskaun-diskaun, tawaran-tawaran menarik yang boleh menjimatkan mereka wang.

    Di Internet selalunya, untuk memudahkan proses memberi diskaun ini, penjual selalunya menyediakan kupon-kupon khas yang boleh ditukarkan sebagai diskaun kepada produk yang dibeli. (ada kupon dalam bentuk digital-berupa kod, dan ada juga kupon dalam bentuk fizikal-berupa kertas biasa)

    Tak percaya? Lihat saja jumlah carian untuk “coupon” bulan lepas;

    coupon 358949
    online coupon 94928
    grocery coupon 57036
    printable coupon 28180
    free coupon 27928
    folica.com coupon 26985
    jc penney coupon 20970
    coupon code 19646
    pizza hut coupon 19522
    restaurant coupon 19500
    target coupon 19426
    office depot coupon 18678
    love coupon 18447
    chuck e cheese coupon 17287
    hotel coupon 17094
    las vegas coupon 15253
    bed bath and beyond coupon 12807
    discount coupon 12800

    Supaya anda lebih jelas lagi mengenai konsep pembelian online dengan kupon ini (mungkin masih asing bagi anda), saya bawakan satu cerita: Saya selalu membeli domain name di Namecheap.com. Bagi kebanyakan orang harga yang ditawarkan USD 8.88 sudah cukup murah. Tetapi prinsip saya, mengapa bayar lebih? Saya mencari diseluruh pelusuk internet coupon untuk NameCheap.com. Akhirnya saya bertemu juga. “BESTVALUE” anda akan mendapat domain pada harga USD 7.99 . Jimat 89 cent!

    Mungkin pada anda 89 cent itu apalah sangat, tapi dalam RM, ia adalah RM 3 lebih! Tambah pula jika anda ada 10 domain atau lebih? Wah! Itu penjimatan kira-kira RM 30 untuk saya…

    Ini hanya contoh yang mudah. Sebagai seorang pembeli-belah online yang berjaya (satu lagi kegiatan masa lapang saya) saya sentiasa berjaya mendapatkan tambahan diskaun jika membeli belah di Amazon.com. Orang lain dapat diskaun 20%, saya bleh dapat sekurang-kurangnya 30%. Orang lain dapat 50%, saya boleh dapat 60%. Bayangkan jika anda membeli produk bernilai USD 100 di Amazon, berapa banyak anda boleh jimat dengan menggunakan kupon?

    Jangan tercengang!

    (bagaimana nak berjimat apabila membeli belah online, itu boleh jadi topik artikel yang lain. Mungkin pada masa akan datang, saya akan berkongsi tips&rahsia tersebut. Sekarang kita tumpu, tindakan kita sebagai seorang usahawan internet)

    Jadi sebagai seorang usahawan internet yang tajam fikirannya, ada beberapa idea yang boleh timbul di fikiran kita untuk memenuhi peluang dan permintaan kepada kupon yang sekian banyak ini.

    Namun, saya akan tumpukan kepada satu aspek sahaja ketika ini.

    Mengiklan dan meletakkan post di laman-laman web kupon di Internet.

    Di internet ada berjuta-juta laman web yang menawarkan kupon untuk pembelian online ini. Mengikut Google, ada 71’000’000

    Antaranya:

    http://www.currentcodes.com/

    http://www.ecoupons.com/

    http://www.couponcraze.com/

    Bagaimana jika anda mengiklan secara percuma di laman web-laman web ini? Faedah yang anda dapat adalah:

    1. Promosi anda dilihat oleh orang-orang yang “gila” membeli-belah online dan mempunyai potensi untuk membeli dari anda.
    2. Anda dapat link percuma ke laman web anda.

      Selalunya, laman web-laman web kupon ini sentiasa mencari kupon-kupon baru untuk dimasukkan ke database mereka dan mereka sentiasa mengalu-ngalukan sumbangan pembaca. Maka? Apa lagi! Hantarlah kupon anda supaya dapat mereka pertimbangkan.

      Tapi pastikan anda menjalankan perniagaan dengan beretika! Ada laman kupon ini hanya menerima FREE Coupon sahaja dan bukan diskaun, jadi jangan hantar ke laman web seperti ini. Ada juga yang memninta bayaran untuk menyenaraikan kupon anda. Apa? Bayar mereka untuk memberi pelawat mereka diskaun? Ewah, banyak cantik! Jauhi juga laman web sebegini.

      Sekurang-kurangnya, ada dapat “link free” dan promosi ke laman web anda. Jangan lupa, kebanyakan laman web kupon in, adalah laman web yang tinggi bilangan pengunjungnya!

      Sedikit variasi, anda boleh praktikkan idea yang sama tetapi dengan audiens yang lain. Berikanlah kod kupon anda di laman web-laman web yang “sealiran” dengan perniagaan Internet anda.

      Contoh: anda menjual pelan hosting.

      Iklankan kod kupon anda di www.webhostingtalk.com

      Mereka ada ruangan khusus untuk promosi. Dan sebagainya, potensinya limitless.

      Kami telah menggunakan teknik ini kepada beberapa laman web kami. Dan hasilnya memang jelas berbeza. Laman web yang idak menggunakan teknik ini “slow” sedikit hasilnya berbanding laman web yang kami praktikkan teknik internet marketing efektif ini (tiada di mana-mana lagi) yang lebih “kencang”

      Baiklah, sebagai satu hadiah untuk anda, anda boleh menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau apa sahaja kegunaan dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah. Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my. Jika anda rasa artikel ini perlu sedikit perubahan dari segi ayat untuk disesuaikan denan laman web anda (perubahan kecil sahaja), sila hubungi Support Team kami di http://support.saifulsham.com untuk melakukannya bagi pihak anda.

      ==================================================

      Maklumat Penulis

      Sabri Hassan Assa’ari adalah Pengasas SaifulSham.com, Portal Informasi Keusahawan No. 1 Malaysia. Beliau juga merupakan penulis buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun tempah online di

      Untuk lebih banyak lagi rahsia-rahsia dalaman seperti ini, anda boleh mendaftar sebagai ahli kelab SaifulSham.com di http://www.saifulsham.com/subscribe.php

      ==================================================

      Incoming search terms:

      • artikel berjimat cermat
      • BERJIMAT CERMAT seorang usahawan
      • cara usahawan berjimat cermat
      • discount kupon juga boleh
      • pitsa kek kopun
      • senarai laman beli belah online
      • teknik berjimat cermat

      Penulis Jemputan

      Saya menerima sesiapa sahaja yang ingin menulis perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan internet. Tidak kisahlah anda newbie ataupun pakar, saya menerima tulisan anda. Tapi ada bersyarat:

      1. Tulisan anda bukan berbentuk promosi. Untuk tujuan ‘promosi’, letakkan link laman web anda di bawah artikel + info ringkas mengenai anda.

      2. Tulisan bukan mengenai perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan bisnes internet dan bukan perkara yang merugikan para pembaca

      3. Ermm, siapa yang sedia maklum, blog saya ni fokus kepada penggunaan bahasa Melayu di dalam penyampaian. Jadi, hanya penulisan dalam BM sahaja yang saya terima buat masa sekarang.

      3. Dan, berikan keizinan untuk saya edit apa yang patut. ;)

      Sebarang pertanyaan atau jika berminat, sila hubungi saya di Pusat Khidmat Pelanggan SmartUsaha.

      | Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
      SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)