Saya amat suka menulis topik ini, walaupun berkali-kali. Sejak dahulu lagi sama ada di blog atau forum, saya sering menulis begini, “Bisnes bukan sekadar menjual.” Kata-kata itu walaupun pendek, tetapi ia sengaja dipendekkan agar mereka yang membacanya berfikir seketika.
Ramai yang masih keliru dengan beranggapan, perniagaan internet itu adalah satu cabang yang unik, lain dan berbeza berbanding perniagaan bukan internet. Kekeliruan ini diakibatkan oleh begitu banyaknya maklumat di Internet yang tidak menjelaskan dasar sebenar perniagaan melalui internet.
Perniagaan internet atau apa jua nama yang digunakan seperti perniagaan melalui internet, perniagaan di internet, bisnes internet, bisnes melalui internet, niaga online dan sebagainya, ia semua membawa maksud yang sama, iaitu mempromosikan produk di Internet dan menerima bayaran tanpa bertemu dengan pembeli.
Tidak kisah bentuk perniagaan yang dilakukan sama ada menjual apa jua jenis produk atau perkhidmatan, ia adalah PERNIAGAAN. Internet hanya satu medium untuk mempromosi, berkomunikasi dan menerima bayaran. Namun segala urusan dan transaksi itu kita rumuskan kepada satu perkataan, iaitu perniagaan.
Akibat mempercayai bahawa Internet sebagai satu model bisnes yang berbeza dan satu perkara baru, maka akibatnya:
- Perniagaan tidak didaftarkan.
- Hanya menumpu pada jualan dan mengabaikan aspek lain seperti pengurusan.
- Hanya mampu bermula dengan baik, tetapi GAGAL mempertahankan perniagaan untuk satu tempoh yang lama.
Perniagaan bukan hanya menjual, ia lebih daripada itu. Perniagaan yang dibina perlulah betul-betul berpijak pada bumi yang nyata. Maksudnya, ia perlu didaftarkan, ada dasar yang kuat, ada perancangan dan diurus dengan baik.
Sebaliknya, sebahagian besar yang berniaga di Internet hanya sekadar menjual. Ia hanya selesai di situ. Buat produk, jual dan dapat hasil. Dan proses yang sama berulang lagi. Kalaulah begitu, saya berani mengatakan, perniagaan sebegitu tidak mampu berkembang.
Saya masih cuba ‘mengkaji’ dan memerhatikan ‘pola’ atau corak perniagaan yang dipraktikkan oleh kebanyakan peniaga Online di Malaysia. Setakat ini, seperti yang saya katakan di atas, ia hanya setakat menjual sahaja. Tiada asas dan dasar perniagaan yang berpijak pada bumi yang nyata.
Maksudnya, mereka tiada rancangan perniagaan, tiada pengurusan kewangan yang teratur, tiada dokumentasi perniagaan, malah tiada matlamat jangka panjang. Sebaliknya, mereka hanya menjual, dapat duit dan simpan. Sekadar berniaga sahaja tetapi tidak mempunyai ciri keusahawanan yang lengkap.
Apa pun, tidak salah sekadar menjual kerana segalanya bergantung kepada keperluan masing-masing. Tetapi bagi mereka yang mahu pergi jauh dan mengembangkan perniagaan yang dibina, menjual sahaja tidak memadai. Dunia keusahawanan lebih luas daripada itu.
Jika anda bertanya kepada mana-mana Internet Marketer dengan soalan ini: “Apakah itu perniagaan internet sebenar?” Kebanyakan mereka akan menjawab dengan jawapan yang hampir sama, “Perniagaan yang tidak menipu orang dan menjual produk yang betul.”
Jawapan itu benar, tetapi saya mahukan jawapan lain dari yang lain seperti yang ada di dalam benak fikiran saya, iaitu “perniagaan internet yang sebenar adalah perniagaan yang dibina atas dasar yang kukuh, ada perancangan dan mempunyai pengurusan yang baik.”
Perniagaan internet yang sebenar meliputi segala perkara penting yang wajib ada bagi sesebuah perniagaan dan juga bagi usahawan itu sendiri. Tetapi malangnya, kebanyakan Internet Marketer (IM) hanya sekadar mengajar cara menjual. Mereka tidak salah, sebab sudah nama pun Marketer.
![]()
Sebab itulah saya menulis artikel ini: Usahawan Internet Vs Internet Maketer
Jadi, kalau mahu belajar menjual dan mempromosi, boleh belajar dengan Internet Marketer. Kalau mahu menjadi usahawan yang berjaya, perlu belajar dengan usahawan yang berjaya.
Keluarlah daripada kepompong (dunia internet semata-mata), kerana dunia ini terlalu luas. Kalau mahu jadi usahawan, miliki minda usahawan, bukan sekadar minda Internet Marketer.
…bersambung…. Pada sambungan nanti, saya akan berikan contoh kelebihan memiliki MINDA USAHAWAN berbanding sekadar MINDA ‘INTERNET MARKETER’ semata-mata. Dari situ anda akan mula fahami, kenapa saya jarang meletak gelaran Internet Marketer untuk diri saya.
PS. Tiada cara lain untuk menjadi usahawan yang ‘lengkap’ dan terurus, melainkan dengan membaca dan belajar dari semasa ke semasa. Keusahawanan itu tiada titik noktah.
PPS. Artikel di atas juga adalah nasihat dan peringatan untuk diri saya sendiri. Perjalanan saya juga masih jauh dalam bidang keusahawanan.
Artikel berkaitan: Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan
Produk Saranan: Panduan Pengurusan Perakaunan Untuk Perniagaan.
-
Incoming search terms:
- cara pengurusan perniagaan
- perakaunan perniagaan
- cara pengurusan syarikat
- cara mengurus perniagaan
- tips pengurusan perniagaan
- kaedah pengurusan syarikat
- cara menguruskan perniagaan
- apa itu pengurusan perniagaan
- definisi pengurusan perniagaan
- panduan pengurusan perniagaan
















Komen Terkini