Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » pengurusan masa

Produktif
Segala perkara (aktiviti) yang dilakukan di Internet haruslah menghala sepenuhnya kepada hasil positif terhadap perniagaan.

Jika kita memasuki Facebook, sebaiknya apa yang kita lakukan di sana akan memberi kesan baik sama ada jangka pendek ataupun panjang terhadap bisnes.

Jika kita memasuki forum dan bersosial di sana, sebaiknya ia akan memberikan impak positif terhadap diri kita, bisnes dan jualan produk.

Dalam perniagaan, kita perlu pantas mendapat hasil. Mungkin benar kata pepatah “biar lambat asalkan selamat”. Tetapi ia benar dalam sesuatu hal sahaja. Sebaliknya dalam dunia pada masa kini yang serba pantas, siapa lambat biasanya akan ketinggalan.

Namun tidak bermaksud kita perlu gelisah dan tertekan. Maksudnya adalah kita perlu produktif. Apa sahaja yang kita lakukan seboleh mungkin akan memberi manfaat dan hasil kepada perniagaan kita. Sebaliknya bukan membuang masa dan melakukan sesuatu yang langsung tidak berguna. Umpama memakan “jajan” yang langsung tiada zat, tetapi hanya rasa sedap di lidah sahaja.

Selepas ini, senaraikan perkara utama yang perlu dibuat pada setiap hari, seminggu dan sebulan, dan senaraikan juga perkara yang jangan dibuat. Baca, rujuk dan buat pada setiap hari agar diri kita semakin produktif. Jika kita mendisiplinkan diri melakukan perkara produktif sekurang-kurangnya 28 hari, selepas itu ia akan menjadi rutin yang terbiasa (habit).

ps. Tiada lagi masa untuk dibazirkan.

Sertai FB Page SmartUsaha: http://www.facebook.com/smartusaha

Incoming search terms:

pengurusan masa dalam perniagaan

ceramah pengurusan masa dalam tugasan

kajian pengurusan masa

artikel pemasaran untuk pengurus mengurus dalam perniagaan

manfaat pengurusan masa

objektif kajian pengurusan masa

orang yang rajin amat menjaga masa

pegurusan masa

pengurusan internet

pengurusan masa

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/produktif-perniagaan-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Jangan Buang Masa
Jangan buang masa dengan:

1. Membazir berjam-jam sehari di Facebook tanpa sebarang matlamat.

2. Berlegar-legar tanpa tentu arah di forum komuniti, berdebat, mengumpat dan memfitnah di sana. Termasuklah membuka ‘thread’ perbincangan yang membuang masa tanpa sebarang objektif yang berpijak pada bumi nyata.

3. Mengkritik orang lain. Kritik dan muhasabah dahulu diri sendiri. Apabila kita betul, orang lain akan jadikan kita sebagai teladan dan contoh.

4. Bersaing dengan menjatuhkan orang lain. Berapa banyak masa untuk kerja jahat ini?

5. Kerap membuka emel tanpa arah tujuan. Mengikut kajian, emel adalah salah satu sebab kebanyakan manusia tidak produktif.

6. Dengkikan usaha orang lain. Tidak perlu membazir masa untuk ini. Mereka berjaya sebab mereka kuat berusaha tanpa mengenal putus-asa dan takut. Kalau mahu berjaya seperti mereka, kenalah tambah usaha.

7. Berdebat. Jalan terbaik adalah tidak pedulikan kritikan orang lain. Tidak perlu berdebat. Rasulullah SAW berkata, sesiapa yang meninggalkan debat walaupun dirinya betul, akan dijamin sebuah rumah di syurga kelak. Maksudnya, orang yang meninggalkan debat adalah orang yang mulia dan terbaik.

8. Bercakap kosong. Jadilah ‘usahawan tin berisi’ yang sedikit cakapnya, tetapi banyak hasilnya. Elakkan menjadi ‘usahawan tin kosong’ yang kuat bunyinya, tetapi tiada apa-apa di dalamnya.

9. Bermain-main dengan idea yang belum pasti. Siapkan dahulu kerja dan projek yang sedia ada. Fokus dan buat sampai siap. Idea lain, biarkan dahulu.

10. Buat cara pemasaran yang tidak efektif. Masa adalah amat berharga, jadi utamakan teknik yang terbukti berkesan.

11. Jangan buang masa dengan terlalu banyak membaca dan belajar. Perlu seimbangkan dengan tindakan juga. Membaca sahaja tidak cukup, tindakan perlu diambil agar ilmu itu bermanfaat.

12. Terlalu risau tentang hidup, pekerjaan dan usaha perniagaan. Tenangkanlah diri. Jika kita benar-benar beriman kepada ALLAH, kita tidak perlu gusar kerana kita yakin ALLAH Maha Adil dan Bijaksana di dalam menentukan yang terbaik buat kita. Tetapi kita juga perlu berusaha sebaik mungkin.

Mari kita mengisi masa dengan:

1. Fokus pada kerja kita sahaja. Kata orang putih, “stick to it”. Buat sampai siap, buat sampai dapat.

2. Menulis. Orang-orang soleh dahulu kala suka mengisi masa mereka dengan menulis. Bermanfaat untuk mereka dan bermanfaat untuk orang lain. Sebab itu orang dahulu banyak menulis buku (kitab) kerana mereka banyak mengisi masa dengan belajar dan menulis.

Orang zaman sekarang bagaimana pula? Shopping, wayang, lepak, sesi teh tarik (ngeteh), sesi mengumpat, borak kosong, Game, DVD/VCD, konsert hiburan dan macam-macam lagi.

3. Membaca dan belajar. Orang dahulu juga amat ‘gilakan’ buku. Hidup mereka sentiasa bersama dengan buku.

4. Bagi orang Islam, selain solat fardhu, ada juga amalan sunat seperti baca Quran, berzikir, solat sunat dan lain-lain lagi amalan khusus.

5. Mengajar (berkongsi ilmu). Kalau anda ada ilmu dan pengalaman, boleh buat ceramah, kelas atau kursus. Tidak perlu tunggu jadi otai atau pakar. Pastikan anda faham dan ilmu itu bermanfaat.

6. Mengisi masa bersama keluarga. Isteri, anak-anak, ibu bapa dan lain-lain. Termasuklah menziarahi sanak saudara jika asa masa terluang.

7. Bersenam atau beriadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

8. Menyertai atau menganjurkan program-program komuniti yang bermanfaat.

9. Buat duit di Internet. Daripada bercakap kosong buang masa, baik buat duit dari RM200-RM500 sebulan yang boleh digunakan untuk bayar bil dan belanja tertentu. Ada banyak cara buat duit di internet seperti affiliate program dan dengan menjual ebook.

10. Dan banyak lagi bentuk pengisian berfaedah… Tentukan yang sesuai dan perlu untuk diri sendiri. Lain orang lain keadaan. Yang di atas hanya contoh sahaja. Pastikan tidak terlalu banyak. Buat senarai pendek dan fokus pada pengisian tersebut secara konsisten.

Orang soleh terdahulu amat menjaga masa mereka. Sampai satu tahap mereka amat tegas walaupun dengan rakan baik sendiri. Contohnya apabila datang seorang rakan, mereka terus bertanya, “Kamu ada urusan pentingkah?” Jawab rakan itu, “Tiada, saja datang mahu borak-borak.” Lantas orang alim itu terus berkata, “Maaf, aku tidak ada masa untuk itu.”

Kesimpulan

Untuk mengisi masa dengan baik, kita perlu ada pengisian yang spesifik. Kebanyakan orang mahu buat semua. Itu mahu buat, ini mahu buat, segalanya mahu buat. Hidup perlu ada matlamat dan kerja yang spesifik. Kerja dan tanggungjawab lain, serahkan pada orang lain.

Tamak yang bertempat itu boleh, tetapi dalam keadaan tertentu, sikap tamak itu akan memakan diri sendiri. Sesungguhnya sikap besederhana dan seimbang itu jua yang terbaik.

Contoh amalan yang spesifik untuk seharian:

Membaca dan belajar.

Menulis (buku, artikel…).

Mengajar (ceramah, kursus, bengkel, personal coaching, seminar…).

Amalan khusus (solat, baca Quran, berzikir, majlis ilmu Agama…).

Fokus pada bidang usaha semasa sehingga berjaya. ‘Abaikan’ dahulu peluang lain.

Apa pun, setiap orang perlu tentukan sendiri perkara yang perlu mereka lakukan kerana lain orang lain keadaan, keperluan, masa yang ada, pekerjaan dan pelbagai faktor lain. Artikel ini hanyalah umum sahaja untuk mengetengahkan konsep asas pengisian dan pengurusan masa.

Isilah masa sebaik-baiknya kerana mati itu biasanya berlaku tanpa terduga.

Incoming search terms:

jangan buang masa

amalan sogeh

janganbuangmasa com

tidak membuang masa

membuang masa adalah

jangan membuang masa

jangan buang masa waktu

contoh mengisi masa yang bermanfaat

buang masa dgn facebook

amalan sogeh com

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/jangan-buang-masa/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Lagi Kesilapan Di dalam Perniagaan Internet
Pada artikel sebelum ini, saya menyatakan 18 kesilapan yang perlu dielakkan di dalam perniagaan internet. 18 kesilapan itu bukan rekaan atau teori, sebaliknya ia dialami sendiri oleh diri saya dan juga kebanyakan orang.

Pada kali ini, saya dedahkan lima lagi kesilapan yang amat wajar dielakkan oleh usahawan internet di dalam melakukan perniagaan internet:

1. Tidak menjual dengan agresif

Salah satu sebab perkara ini berlaku kerana perasaan takut. Takut ditolak, takut dikritik, takut gagal dan sebagainya. Contohnya, terlalu banyak memberi secara percuma tanpa ada sedikit pun mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Tidak perlu takut, malu atau risau. Sudah tugas kita sebagai peniaga, usahawan atau pemasar Internet untuk mempromosikan sesuatu. Memberi secara percuma (seperti ebook percuma) adalah salah satu strategi, tapi adalah satu kerugian jika tidak melakukan promosi atau jualan.

Antara sebab lain tidak menjual dengan agresif adalah kerana mahu menjaga hati prospek. Contohnya, katakan seorang usahawan internet mempunyai seramai 5000 orang subscriber di dalam mailing list-nya. Namun, disebabkan beliau mahu menjaga hati subscriber, maka tidak dipromosikan apa-apa produk kepada mereka, termasuk tidak kerap menghantar emel. Tidak menghubungi subscriber dengan konsisten akan menyebabkan mereka akan menjadi ‘sejuk’ (cold list).

Tindakan ini ada betulnya, namun ia juga salah satu kesilapan yang amat merugikan. Beritahu awal-awal kepada subscriber (seperti di laman squeeze page), salah satu bentuk emel yang akan dihantar adalah promosi produk. Soalkan diri. Kita bina blog bayar domain hosting, bayar autoresponder, itu semua untuk apa? Untuk marketing (buat duit), atau saja suka-suka?

Begitu juga di blog, tidak perlu takut atau malu-malu untuk menjual. Mudah sahaja sebabnya. Blog yang kita bina adalah milik kita 100%. Jadi hak kita untuk lakukan promosi atau buat apa sahaja. Kita yang bayar domain, hosting, mengurusnya, menulis artikel dan sebagainya. Jadi orang lain tidak ada hak untuk pertikaikan apa yang kita lakukan sepeti menjual di blog. Kalau mereka tidak mahu lagi masuk ke blog kita, tidak mengapa. Satu pergi, 10 datang.

Menjadi orang yang baik itu bagus, tetapi kalau terlalu baik sehingga merugikan diri sendiri, itu menzalimi diri sendiri namanya.

2. Terlalu mencari kesempurnaan

Walaupun kita digalakkan menjadi insan yang sempurna, ketahuilah, tiada mana-mana makhluk yang sempurna di dunia ini. Yang ada hanyalah proses pembaikan dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan produk yang dijual.

Diri kita, perniagaan, cara promosi dan juga produk yang dijual tidak semestinya perlu sesempurna mungkin. Jika tunggu sempurna 100% dahulu, jawabnya sampai ke tualah menunggunya. Cuma mari kita soalkan di sini, apakah ukuran kesempurnaan 100% itu? Bagaimana untuk mengetahui ia telah sempurna? Tiada bukan?

Cuma yang perlu kita lakukan adalah buat yang terbaik setakat yang mampu pada masa ini, dan kemudian pertingkatkan lagi sedikit demi sedikit.

Ada juga mereka yang menjadikan alasan mahu sempurna bukan sebab mereka mahu sempurna, tetapi disebabkan mereka takut. Sempurna hanya alasan sahaja untuk menutup sifat takut mereka itu.

3. Terlalu sibuk dengan aspek teknikal dan mengabaikan promosi

Apa guna mempunyai website yang baik, surat jualan yang memukau dan produk yang bagus jika tiada TRAFIK? Di dalam perniagaan internet, trafik adalah nyawa utama. Tiada trafik, tiada pendapatan. Ada trafik, insyaAllah akan ada pembeli.

Kita tidak perlu terlalu sibuk dengan hal-hal teknikal seperti laman web, blog dan sebagainya. Itu semua boleh dipertingkatkan sedikit demi sedikit. Elakkan meluangkan masa seharian atau masa yang banyak semata-mata untuk hal teknikal sahaja. Mungkin 30 minit sehari sudah memadai untuk ‘improve’ laman web atau blog.

Cara promosi begitu banyak sekali. Namun utamakan cara yang terbukti berkesan seperti penggunaan email marketing, forum, blog dan juga pengiklanan berbayar.

4. Tidak mempunyai sistem / aturan proses

Sistem yang dimaksudkan di sini adalah dokumentasi, aliran atau aturan proses. Sebagai contohnya, jika ingin melakukan promosi di forum, apakah langkah demi langkahnya, bila masanya termasuk kekerapan, apa bentuk promosi dan juga tempoh setiap kali promosi.

Contoh lain adalah, jika ingin melakukan pengiklanan di Internet, apakah yang perlu dilakukan? Apakah laman web-laman web untuk diletak iklan? Jika menggunakan PPC seperti Google Adwords, apakah prosesnya, teknik yang perlu digunakan, dan sediakan template teks iklan yang perlu diubahsuai sahaja. Dokumentasi proses akan menjimatkan masa.

Begitu juga di dalam promosi produk affiliate katakan, apakah teknik-teknik yang akan digunakan dan bagi setiap teknik itu, apakah langkah demi langkahnya? Kita juga boleh memanggil semua ini sebagai ‘cetak biru’ (blueprint).

Jadi dengan adanya aturan proses bagi setiap sesuatu perkara, kita tidak perlu terkial-kial dan membazir masa setiap kali melakukannya. Sebaliknya, kita perlu rujuk dan mengikut aturan prosesnya sahaja. Malah yang hebatnya, dengan adanya aturan proses sebegitu, orang lain (seperti staf) mampu melakukannya untuk kita.

5. Pengurusan masa

Masalah pengurusan masa adalah normal bagi kebanyakan manusia. Silap di dalam percaturan masa, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada individu seperti kesihatan terjejas, perniagaan merosot dan hubungan kekeluargaan juga boleh turut terjejas.

Bagi yang sedang menghadapi situasi sebegini (pengurusan masa yang tidak teratur), usah risau. Ini kerana pengurusan masa adalah kemahiran yang boleh dipelajari dan dikuasai. Cuma sahaja kita perlu konsisten di dalam melakukan sesuatu secara berterusan sehingga ia menjadi darah daging kita. Kelak, ia tidak perlu dipaksa-paksa lagi kerana ia telah menjadi rutin.

Pengurusan masa bagi setiap individu adalah amat berbeza. Contohnya bagi orang bujang, mereka tiada komitmen anak-anak dan isteri-isteri. Orang bujang lebih fleksibel makan minum, tidurnya, geraknya dan sebagainya. Tetapi yang sudah berumahtangga, lain pula aktviti seharian, mingguan dan bulanannya.

Begitu juga bagi para usahawan internet, pengurusan masa bagi setiap orang atau perniagaan adalah berbeza mengikut bentuk bisnes yang dilakukan. Bisnes Affiliate berbeza dengan bisnes di Ebay. Pengurusan masa untuk bisnes produk fizikal mungkin berbeza dengan perniagaan produk digital.

Luangkan masa seketika untuk mengatur hidup dan bisnes sebaik mungkin. Perjalanan masa teramat pantas dan kita akan ketinggalan dalam kerugian jika menangguh-menangguh atau melambat-lambatkan sesuatu yang baik.

IKLAN: Panduan Pengurusan Masa

Salah satu ebook yang ada di pasaran khas untuk usahawan internet adalah ebook Pengurusan Masa tulisan saudara Shukor Subahir.

Klik di sini berikut untuk maklumat lanjut.

Selain tidak mengurus masa, tidak cukup masa juga salah satu perkara sampingan. Saya pernah menulis satu artikel bertajuk “Mencari Masa Tambahan.”

Penutup

Semoga kita mengurangkan kesilapan di dalam usaha perniagaan. Walaupun kita tidak mampu mengelak kesilapan, tetapi kita diberi peluang kedua untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang pernah dilakukan. Pilihan di tangan kita.

Incoming search terms:

kesilapan bisnes internet

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/lagi-kesilapan-di-dalam-perniagaan-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Formula Kejayaan Usahawan Internet
Bagi saya, tiada rahsia kejayaan di dalam mana-mana bidang, termasuklah di dalam perniagaan internet. Rata-rata yang kita baca atau dengar, rahsianya tidak banyak berbeza.

Jika kita perhatikan kepada kebanyakan usahawan internet yang berjaya, terutama dengan cepat, formula mereka adalah sama sahaja.

Di antara rahsia-rahsia kejayaan mereka adalah:

1. Cepat Belajar

Mereka tidak menangguh-nangguhkan proses pembelajaran walaupun sesukar mana perkara yang perlu dipelajari. Mereka rela berkorban atau bersusah-susah dahulu kerana mereka yakin, kelak mereka akan mendapat hasil yang banyak dan besar.

Inilah beza orang yang berjaya dengan cepat berbanding mereka yang belum atau lambat mencapai sesuatu hasil. Orang yang cepat berjaya tidak menangguh-nangguh untuk belajar sesuatu yang perlu dipelajari. Manakala mereka yang masih di takuk lama sering menangguh untuk belajar perkara tersebut.

2. Cepat Bertindak dan Praktik

Semua orang banyak membaca dan belajar, tetapi yang membezakan orang yang berjaya dengan yang masih di tahap yang sama adalah mereka cepat bertindak atau pantas mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang mereka pelajari.

Adalah satu kerugian jika lambat bertindak kerana:

Sesuatu teknik atau ilmu biasanya akan berubah dari semasa ke semasa. Jika ia berkesan pada hari ini, kemungkinan tidak lagi pada hari esok.

Persaingan: Adalah lebih bagus menjadi yang terawal menggunakan sesuatu teknik atau strategi sebelum ia ditiru atau dilakukan oleh ribuan dan jutaan orang yang lain.

Teknologi mudah dan cepat berubah.

Motivasi dan semangat atau momentum usaha biasanya turun dan naik. Ia tidak selalu berada di tahap yang kita harapkan. Jadi apabila motivasi di tahap terbaik, pada masa itulah tindakan perlu dilaksanakan sebaik dan seoptimum mungkin.

Perniagaan akan lambat berkembang.

Penangguhan satu demi satu kerja akan menyebabkan berlakunya timbunan kerja yang banyak. Akhirnya keserabutan akan mula melanda yang akan menyebabkan diri akan keliru untuk bertindak. Malah, akan memberi kesan sampingan kepada usaha penting yang lain.

Hari esok yang belum pasti. Kita tidak tahu esok kita akan kekal sihat, kemalangan atau jatuh sakit. Atau dalam hal teknikal, kita tidak tahu server (hosting) akan bermasalah.

Itulah sebahagian daripada bahayanya lambat bertindak atau melakukan sesuatu perancangan. Jika penyakit ini menguasai kita, usahalah sesuatu dengan segera sebelum ia merugikan hidup kita sepenuhnya.

3. Tidak Takut

Mereka tidak takut “apa kata orang”. Malah mereka tidak berfikir pun apa kata orang nanti setelah mereka lakukan sesuatu. Sebaliknya, mereka hanya sibuk memikirkan soal bisnes dan hidup mereka sahaja, serta apakah sumbangan berguna untuk Agama, keluarga dan masyarakat.

Saya yakin, rata-rata pernah menghadapi situasi takut dikritik, termasuk saya. Akibatnya, ebook atau produk yang baik yang telah siap tidak dilancar dan dijual.

Hidup di dunia ini, terlalu sukar untuk menjaga hati semua orang. Malah, ia sesuatu yang amat mustahil. Jadi, lakukan sahaja kerja kita dan abaikan sahaja kata-kata negatif orang lain. Sudah fitrah manusia kebanyakannya suka mengata dan mengkritik, tetapi tidak pula suka membantu.

Orang-orang yang berjaya hanya memikirkan matlamat dan kerja mereka sahaja. Apa sahaja kata orang lain, mereka tidak ambil peduli. Jika diambil peduli, apa yang mereka dapat? Tidak ada apa-apa, kerana sebahagian besar kata-kata orang hanyalah perkara negatif dan mahu mereka berhenti daripada melakukan perkara tersebut.

Saya sering menyebut berulang kali di dalam artikel-artikel sebelum ini bahawa, “makan minum kita, hanya kita yang tanggung sendiri, bukan orang lain.” Jadi, utamakan diri sendiri dahulu. Mungkin kita pernah lalui dan hadapi, atau pernah melihat, berapa banyak orang yang tiba-tiba  merana hidupnya, semata-mata mendahulukan orang lain. Dan orang lain itu menghilangkan diri entah ke mana.

4. Fokus dan Komitmen 100%

Cuba perhatikan kebanyakan usahawan internet seperti di Malaysia ini. Mereka fokus kepada nadi utama perniagaan mereka. Yang buat ebay, fokus pada ebay. Yang buat produk fizikal, mereka fokus kepada produk fizikal dan yang buat produk informasi, mereka fokus sepenuhnya.

Namun mereka bukan sekadar fokus sahaja, tetapi memberikan komitmen 100% (sepenuhnya) terhadap usaha mereka tersebut. Bukanlah fokus ala kadar atau sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Walaupun mereka melakukan model perniagaan internet yang lain, namun pasti (biasanya) mereka akan fokus dan memberikan komitmen 100% terhadap model bisnes mereka yang utama. Fokus + Komitmen (usaha kuat) adalah amat berbeza dengan fokus tetapi malas.

Contoh: Model Bisnes Produk Informasi (Information Marketing)

Ini adalah model utama dan pertama saya sehinggalah kini. Seperti yang saya nyatakan di entri sebelum ini, model bisnes ini adalah yang terbaik untuk saya, tetapi mungkin tidak untuk orang lain.

Saya pernah mahu melakukan model bisnes yang lain atau cuba mengambil segala peluang yang datang, namun akhirnya bak kata pepatah, “yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.” Akhirnya saya sedar, rakus pada perkara yang baik pun boleh mendatangkan kerugian.

Melalui model bisnes produk informasi, ia bukan sekadar menjual ebook, tetapi ia lebih daripada itu. Boleh baca artikel ‘buat duit dengan kepakaran‘.

Tip di sini, jika mahu lakukan model bisnes yang lain, pastikan model pertama dan utama sudah mendapat hasil yang konsisten dan terurus dengan baiknya.

5. Pengurusan Masa

Kita tidak memerlukan buku yang tebal atau bertimbun-timbun buku mengenai pengurusan masa. Sebenarnya tiada rahsia di dalam pengurusan masa, sebaliknya ia berkaitan dengan fokus dan tindakan.

Jika kita tahu apa yang perlu dilakukan, bila dan di mana, maka tiada masalah pengurusan masa akan berlaku. Sebaliknya jika kita tidak tahu perkara-perkara tersebut (tidak merancang), itulah penyebabnya kita akan menghabiskan masa begitu sahaja, atau menyebabkan usaha akan menjadi longlai sekali.

Kita perlu tahu matlamat hidup dan bisnes kita. Kemudian fokus kepada matlamat tersebut. Rancang tindakan yang perlu dilakukan bagi mencapainya seperti tindakan dalam satu hari, seminggu, sebulan dan setahun. Fokus sepenuhnya dan berikan komitmen.

Abaikan juga segala peluang yang boleh menghancurkan segala perancangan yang telah diaturkan. Utamakan diri sendiri. Hati-hati dengan manusia yang suka memanipulasi orang lain untuk kepentingan diri mereka sendiri. Tolak tawaran mereka dengan baik dan berakhlak.

Kesimpulan

Tiada rahsia untuk berjaya. Kalau diri pemalas, itulah punca kegagalan. Kalau diri rajin dan komited, serta kaedah yang dilakukan adalah betul, insyaAllah kejayaan akan berada di dalam tangan.

Lima perkara yang dinyatakan tadi adalah di antara ‘rahsia-rahsia’ yang dimiliki oleh kebanyakan usahawan-usahawan internet yang berjaya. Tanyalah mereka, dan mereka akan berkata perkara yang sama.

Cepat Belajar

Cepat Bertindak

Tidak Takut

Fokus dan Komitmen 100%

Pengurusan Masa

Seperti yang dinyatakan, lima perkara di atas hanya di antara atau sebahagian. Banyak lagi perkara atau faktor yang menyebabkan seseorang itu berjaya sama ada dari segi fizikal, mental, spiritual, mahu pun kemahiran.

Semoga kita menjadi manusia yang tidak mengsia-siakan masa, seperti yang Allah tegaskan di dalam surah Al-’Asr.

Sekian.

Incoming search terms:

kejayaan usahawan

rahsia kejayaan usahawan

rahsia kejayaan usahawan islam

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/formula-kejayaan-usahawan-internet-2/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Mencari Masa Tambahan…
Semua orang ada 24 jam sahaja dalam sehari. Tidak lebih, tidak kurang. Sebahagian daripada masa itu digunakan untuk kerja atau perniagaan yang dilakukan.

Bagi para usahawan yang inginkan masa lebih (extra time), mungkin cadangan-cadangan berikut dapat membantu. Masa tambahan biasanya dapat diperolehi daripada perkara-perkara tertentu yang kita boleh minimakan prosesnya atau menggunakan sesuatu dengan cara yang lebih efektif.

Tip 1. Buat dua akaun emel. Satu akaun peribadi dan satu lagi emel untuk bisnes.

Kelebihan  mewujudkan dua akaun emel adalah emel yang masuk tidak akan bercampur-campur dan kita tidak perlu mencari-cari emel bisnes (pelanggan). Kita dapat membaca emel-emel pelanggan dengan terus mengakses akaun emel bisnes tadi.

Bagi diri saya sendiri, saya akan membuka akaun emel bisnes saya terlebih dahulu dan kurang kerap membuka emel peribadi.

Apabila bercakap mengenai emel ini, utamakan membalas emel yang lebih penting dahulu. Emel-emel yang kurang penting boleh dibalas kemudian. Atau, balas dahulu emel-emel yang boleh dijawab dalam bentuk ringkas. Emel yang memerlukan jawapan yang panjang lebar boleh dibalas kemudian.

Kedua, sediakan ‘template emel’ untuk emel-emel yang soalannya adalah perkara yang kerap ditanya dan jawapannya adalah sama. Kita hanya perlu ‘copy & paste’ sahaja tanpa perlu menaip semula jawapan itu. Dan perlu edit jika perlu seperti memasukkan nama penerima emel itu atau untuk menyesuaikan dengan persoalan yang ditanya.

Tip 2. Lakukan kerja yang produktif terlebih dahulu.

Pada awal pagi terutama pada masa memulakan kerja, elakkan melakukan perkara yang tidak produktif seperti membaca emel, membuka facebook dan membaca mesej-mesej ahli FB yang lain, dan apa jua aplikasi yang lain.

Sebaliknya, utamakan ‘task’ atau perkara yang lebih penting dahulu seperti tugas menyiapkan projek, membaca buku dan lain-lain perkara yang bermanfaat untuk diri atau bisnes.

Elakkan membuka emel di sebelah pagi kerana ia sudah pasti mengambil masa yang banyak untuk membaca dan membalas emel-emel tersebut. Utamakan kerja yang lebih produktif dahulu seperti yang saya nyatakan di atas.

Membuka emel di sebelah pagi bukan sahaja mencuri masa kita, malah jika membaca emel yang berbentuk negatif seperti emel pelanggan yang beremosi (marah, tidak puas hati…), sudah pasti ia dapat mengganggu emosi kita dan menurunkan tahap tenaga fokus pada satu hari tersebut.

Tip: Buka emel selepas menyiapkan kerja yang memerlukan masa produktif. Masa produktif biasanya pada sebelah pagi. Buka emel selepas masa tersebut.

Bagi Facebook atau aplikasi lain, letakkan ia di senarai terakhir di mana ia hanya dibuka selepas kerja-kerja lain telah selesai. Atau, anda masuk sekadar meletakkan status informasi untuk dikongsikan dengan rakan-rakan di FB dan bukan menghabiskan masa di FB seperti bermain aplikasi Game dan lain-lain yang kurang menjana produktiviti.

Tip 1 Produktviti Facebook: Jika kita mempunyai ramai rakan di FB, kita boleh mewujudkan ‘group’ rakan FB yang lebih kita mahu tahu informasi yang mereka masukkan. Saya sendiri mewujudkan satu group atau list di mana list itu adalah terdiri daripada penulis-penulis buku, mentor, usahawan dan motivator.

Dengan mempunyai list sebegitu, kita tidak perlu membazir masa mencari-mencari pada paparan Wall umum atau memasuki satu persatu ke Wall rakan/ahli FB itu tadi. Contoh:

Maksudnya, jika saya klik pada menu “Senarai Utama” tadi, saya hanya akan dipaparkan dengan status atau informasi daripada mereka yang saya letak dalam senarai utama sahaja. Kelebihan melakukan hal ini:

Kita dapat fokus kepada informasi daripada ‘rakan’ yang utama sahaja.

Kita tidak terlepas info yang mereka masukkan atau mudah untuk membacanya.

Tidak terganggu dengan mesej-mesej rakan-rakan FB yang lain yang tidak kita perlukan. Ya, di sini kita telah menyelamatkan masa kita.

Rakan-rakan FB di dalam Senarai Utama saya biasanya mereka yang memasukkan informasi yang positif sahaja. Dan ini tidak akan mengganggu minda, emosi dan pemikiran saya. FB jika diguna sebaik mungkin, ia boleh memberikan semangat dan motivasi kepada kita dengan membaca mesej-mesej yang berguna. Tetapi ia perlulah daripada orang yang betul.

*Kemaskini: 17/10/2010. Saya dapati, sudah ada sedikit perubahan terhadap fungsi di atas.

Manakala untuk rakan-rakan FB saya yang lain, saya letakkan mereka di dalam senarai “Umum” atau saya akan ciptakan satu group list yang sesuai untuk mereka. Contohnya list “Pelanggan”. Jadi saya bolehlah mengenal siapa pelanggan saya dan bukan pelanggan.

Inilah salah satu fungsi Facebook yang amat berguna jika digunakan sebaik mungkin.

Tip 2 Produktiviti Facebook: Elakkan berdebat tentang sesuatu isu. Jangan mudah terperangkap! Cara saya mudah. Jika ada orang tidak suka dengan pendapat saya di FB, ia Ok sahaja. Cukup saya berikan satu dua pendapat dan jika mereka tidak bersetuju, itu adalah pilihan mereka. Selepas itu saya tidak menyatakan pendapat lagi untuk perkara tersebut.

Jika mereka masih terus-menerus mahu berdebat tidak puas hati, saya biasanya membiarkan sahaja mereka itu. Namun dalam keadaan tertentu, apabila tahap keegoaan mereka melebihi segalanya seperti menyerang peribadi, ‘melukakan’ rakan FB saya yang lain, biasanya saya terpaksa Remove mereka daripada senarai Friend.

Bagi saya, FB adalah tempat untuk berkenal-kenalan dan saling dorong-mendorong memberi semangat di antara satu sama lain. Tetapi adalah satu kesilapan besar jika ia digunakan untuk melampiaskan nafsu ego dan membuat orang lain sakit hati atau tersinggung.

Tip 3. Kurangkan menonton video berbentuk hiburan, politik dan sebagainya…

Hiburan itu (yang baik-baik) tidak salah. Ia boleh merehatkan minda dan otak yang keletihan selepas bekerja. Namun, apabila ia dilakukan secara berlebih-lebihan, hasilnya hanyalah pembaziran waktu.

Di internet, laman web seperti youtube.com adalah salah satu contoh di mana banyak video-video berbentuk hiburan yang tidak kita perlukan pun. Maka, pilihlah video-video yang bermanfaat dan sekadar diperlukan sahaja.

Termasuk di sini adalah rancangan televisyen (TV). Saya tidak mahu bercakap mengenai pembaziran masa kerana setiap orang ada hak masing-masing. Cuma, alangkah ruginya jika kita mengutamakan rancangan TV (terutama hiburan) berbanding daripada membiarkan kerja-kerja yang belum siap tersadai begitu saja, atau menganak-tirikan program-program ilmu atau aktiviti yang lebih bermanfaat untuk hidup, hati dan jiwa.

Utamakanlah aktiviti yang menyihatkan seperti program ‘outdoor’, majlis ilmu (tidak semestinya ilmu Agama sahaja, tetapi ilmu lain juga), membaca buku dan sebagainya lagi.

Ya, saya tidak mahu menjadi seorang yang ‘skematik’ di sini. Saya juga menonton rancangan TV, filem (termasuk di pawagam), mendengar lagu/muzik, membeli DVD jika perlu dan sebagainya. Yang penting di sini adalah menguruskan kerja dan masa sebaik mungkin. Hiburan bukan keutamaan, tetapi ia hanya satu pilihan.

Tip 4. Berhenti mengeluh dan mengenang nasib yang tidak memuaskan.

Ada mereka yang mempunyai banyak masa. Namun masa mereka dihabiskan dengan mengenang dan mengeluh diri mereka yang tidak berubah-rubah kepada kejayaan atau keadaan yang lebih baik.

Hentikan perlakuan ini dan keluarlah mencari sesuatu yang boleh memberikan inspirasi seperti kawan-kawan yang sama bidang. Sebenarnya kita tidak perlu pun kerap ke kursus motivasi. Motivasi itu telah ada dalam diri. Yang tinggal hanyalah perlu bertindak sahaja. Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak bertindak.

Lihat orang-orang yang berjaya. Adakah motivasi mereka mengalahkan orang lain? TIDAK. Mereka hanya berusaha dan bertindak apa yang perlu. Inilah beza orang yang berjaya dengan orang yang tidak ke mana-mana. Yang gagal hanya merenung nasib dan yang berjaya terus bertindak. Jika usaha mereka tidak berhasil, mereka tetap bangkit kembali.

Dari segi masa, mengenang-ngenang nasib yang ‘malang’ bukanlah satu perkara yang bermanfaat. ‘Berhentilah’ terlalu mencari-cari siapa diri kita, tetapi utamakan usaha dan tindakan. Masa itu emas.

Tip 5. Unsubscribe emel newsletter.

Unsubscribe sahaja newsletter yang tidak diperlukan. Setakat ini saya telah unsubscribe banyak newsletter yang saya tidak perlukan termasuklah newsletter Internet Marketer yang sebahagian besar emel mereka sekadar promosi semata-mata.

Jika kita unsubscribe 10 newsletter, berapakah masa yang telah kita dapat jimatkan? Selepas ini bukan setakat isi emel, malah tajuknya pun kita tidak akan membacanya lagi. (Baca tajuk emel pun ambil masa juga walau sesaat).

Emel adalah satu alat yang terpenting pada masa kini dan ia perlu diuruskan sebaik mungkin agar penggunaannya benar-benar produktif dan bermanfaat untuk perniagaan.

Tip 6. Instant Messaging seperti Yahoo Messenger (YM)

Aplikasi sebegini amat bagus. Namun, jika ia tidak digunakan dengan betul atau atas keperluan, maka ia dapat mencuri masa yang terlalu banyak.

Saya sendiri amat-amat jarang menggunakan aplikasi YM ini. Saya hanya menggunakannya apabila perlu sahaja dan itu pun saya menetapkan masa dan tujuan terlebih dahulu.

Tip 7. Katakan “TIDAK” kepada peluang-peluang yang tidak berkaitan.

Bukan satu, bahkan banyak peluang yang datang kepada kita dalam sehari. Jika peluang-peluang tersebut seperti peluang buat duit, perniagaan dan sebagainya tidak berkaitan dengan usaha semasa, katakan saja “tidak”.

Jika kita menerima peluang itu, bermaksud kita telah memeterai perjanjian untuk memberikan banyak masa kepada perkara baru itu. Manakala usaha sedia ada pula kemungkinan besar akan dianak-tirikan.

Tip 8. Gunakan RSS Reader.

Jika anda seorang pembaca blog yang tegar atau mempunyai banyak buah blog yang dibaca, gunakan RSS Reader.

Dengan RSS Reader, kita tidak perlu mengakses blog tersebut satu persatu, sebaliknya semua artikel semasa akan dimasukkan ke dalam aplikasi Reader tersebut. Dengan cara ini, kita dapat menjimatkan masa kerana membaca blog pada satu tempat sahaja (pada aplikasi tersebut).

Salah satu aplikasi ini adalah Google Reader. Saya tidak akan menerangkan panjang lebar di sini kerana saya telah menulis panduan ringkas langkah demi langkah bagaimana membuka akaun dan menggunakan aplikasi ini.

Klik pautan berikut untuk membacanya: Panduan Penggunaan Google Reader

Amaran: Subscribe blog yang diperlukan sahaja untuk diletak pada aplikasi Reader. Subscribe banyak buah blog tiada gunanya kalau sebahagian besarnya tidak dibaca.

Penutup

Dengan lapan kaedah di atas, kita dapat mencari atau mewujudkan sedikit ‘masa tambahan’ untuk melakukan kerja-kerja yang lebih produktif.

Disediakan oleh,

Mohd Zulfadli (smartzul)

www.smartusaha.com

Incoming search terms:

masa tambahan blogspot

masa untuk menjalan kerja

penambahbaikan menjual di laman web

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/mencari-masa-tambahan/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Sibuk atau Penyibuk?
Adakah kita sibuk? Atau hanya penyibuk? Saya sedang menghabiskan bacaan sebuah buku yang bertajuk “Sibuk atau Penyibuk?” tulisan Ahmad Fadzli Yusof, terbitan PTS. Bila difikirkan balik, apabila kita mengatakan kita sibuk, benarkah kita sibuk? Atau kita yang buat-buat sibuk?

Tak ada masa nak jalan-jalan dengan kawan, tak ada masa nak bersosial, tak ada masa dengan keluarga (kononnya sibuk dengan bisnes!), tak ada masa nak beristirehat, tak ada masa nak riadah… Sebaliknya, kerja kerja kerja kerja…..

Pengalaman saya di saat awal melakukan perniagaan Internet, soal masa memang tidak terurus. Ini saya tak mahu menafikannya sebab perniagaan bukanlah bidang saya (saya jurusan Sains Komputer). Jadi sebab baru melangkah masuk ke bidang perniagaan, saya start dari zero tanpa ada perancangan dan ilmu yang mencukupi. Saya hanya main buat sahaja. Bila rasa nak buat, saya buat, bila rasa bosan, saya tak buat. Sebabnya, saya tak ada perancangan masa.

Sehinggalah ke hari ini, saya masih sentiasa meng’optimize’kan penggunaan masa saya agar ada masa untuk semua perkara yang diperlukan sebagai seorang manusia. Ada masa untuk ibadat khusus, ada masa untuk beriadah, ada masa nak rehat, ada masa untuk kawan-kawan, ada masa untuk buat research dan yang penting bersama keluarga.

Jadi, jika anda baru memulakan bisnes atau ingin melakukan perniagaan, PASTIKAN anda sudah ada perancangan yang sekurang-kurangnya ada rangka pengurusan masa. Senaraikan apakah perkara-perkara yang perlu dan yang utama untuk dilakukan.

Elakkan menjadi kaki penyibuk iaitu semua benda nak buat. Elakkan juga menjadi seorang yang ada penyakit nak buat semua perkara dalam satu masa. Rancang apa yang nak dibuat di hari esok sebelum tidur agar anda dapat tidur dengan tenang.

Kepada bakal usahawan, jangan jadi macam saya yang bermula tanpa perancangan yang rapi… Mulalah dengan langkah kanan dan persiapan yang mencukupi. Kita adalah usahawan, bukan hanya peniaga. Seorang usahawan, perlu ada perancangan dan strategi yang baik walaupun ‘simple’, tetapi ia tetap ampuh.

Jadilah diri sendiri dan utamakan yang utama. Buatlah sesuatu yang perlu sahaja dan usah sibuk dengan perkara yang tak ada kena mengena dengan kita. Lakukan sahaja tanggungjawab yang perlu kita buat dan biarkan perkara lain dilakukan oleh orang lain. Mudah bukan?

Ingat pesan saya: Jika anda menjadi usahawan tanpa ada perancangan yang baik (tak advance pun tak apa, janji clear, ada rangka dan flow), anda pasti akan kelam-kabut, keliru, kerja tak tersusun, tak tahu mana satu yang perlu diutamakan, fokus akan kurang, kerja tak berkualiti,  sering terkejar-kejar, dan akhirnya….. Anda akan jadi PENYIBUK.

PS. Jika anda tanya saya, bagaimana cara menguruskan masa untuk anda, jawapannya adalah setiap orang perlu melihat (menilai/mengukur) kepada diri sendiri kerana lain orang, lain yang perlu dilakukan dan lain jalan hidupnya. Saya adalah diri saya, anda adalah anda. Saya ada jalan hidup saya, anda ada jalan hidup anda. Be yourself.

Wassalam.

Incoming search terms:

kaki penyibuk

penyibuk

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/sibuk-atau-penyibuk/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />