Pada tahun 2011, bisnes internet semakin dipandang serius oleh kebanyakkan usahawan-usahawan kecil, yang menjalankan bisnes konvensional. Menurut buku Online Marketing Heroes, salah satu faktor utama usahawan memilih internet adalah kerana kos pemasarannya adalah jauh lebih rendah.
Salah satu contoh pemasaran internet adalah pengiklanan. Untuk peniaga mengiklankan produk mereka di majalah atau akhbar, ia memerlukan kos sehingga RM1,000 hingga RM15,000.
Harga yang dicaj bergantung pada tahap populariti sesebuah majalah atau akhbar. Berbeza pula dengan pengiklanan di internet, blog yang mempunyai 10,000 pelawat setiap bulan hanya mengecaj sekitar RM250 hingga RM950 sahaja setiap bulan.
Perbezaan Ketara Pengiklanan Internet dan Media Konvesional
Meskipun pengiklanan di internet menawarkan harga yang jauh lebih rendah daripada pengiklanan di media konvesional, ia dapat memberikan kesan terhadap perniagaan kita dengan lebih baik.
Sebagai contoh, jika kita ingin meletakkan iklan di blog, kita boleh menghubungi pemilik blog, untuk melakukan sedikit reviu terhadap produk kita. Ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi pembaca blog tersebut, untuk mendapatkan produk tersebut.
Mari kita buat sedikit pengiraan, bayangkan pemilik blog tersebut mempunyai 1,000 pembaca setia. Kemudian 10% daripada pembaca tersebut mempunyai minat untuk membeli produk kita yang bernilai RM50, setelah ia direviu oleh pemilik blog.
RM100 didarabkan dengan RM50, bisnes kita sudah mencapai keuntungan jualan sebanyak RM5,000, menerusi satu blog.
Kajian Kes Blog Ain Maisarah
Penulis novel remaja nombor satu Malaysia, Ain Maisarah menyatakan bahawa blog beliau mampu mencapai sasaran jualan sehingga RM5,000 setiap bulan, dengan hanya mengiklankan produk, yakni buku beliau, di blog sendiri.
Jika kita ingin beriklan di internet, khususnya menggunakan blog, kita perlu menilai faktor utama dalam sesebuah blog tersebut. Faktor utama tersebut adalah jumlah pembaca setia yang dimiliki oleh sesebuah blog.
Bagi mengenalpasti jumlah pembaca setia, kita boleh mengkaji blog tersebut menerusi jumlah trafik setiap bulan menggunakan Alexa.com, atau hubungi sahaja pemilik blog tersebut, kemudian minta beliau jelaskan sedikit sebanyak mengenai blog beliau.
Dengan ini, kita akan dapat menjimatkan kos pengiklanan, serta mengiklankan produk dan perkhidmatan bisnes kita, pada sasaran spesifik.
Tentang Penulis
Aqif Azizan merupakan usahawan internet dan penulis sepenuh masa. Beliau kini bertugas sebagai Content Developer & Business Manager di Flarebiz Network, sebuah syarikat teknologi maklumat yang dipelopori oleh usahawan muda. Layari blog perniagaan internet beliau untuk maklumat lanjut.
Incoming search terms:
- kos pengiklanan
- kos pengiklanan di facebook
- kos pengiklanan di akhbar
- sistem perkhidmatan yang digunakan dalam radix fried chicken
- bagaimana beriklan di facebook
- kos iklan
- kos pengiklanan majalah
- blog penulis novel ain maisarah
- strategi pemasaran majalah akhbar
- nama perniagaan tepi pantai















Komen Terkini