Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » Pendapatan Tambahan
Kenapa Pilih Yang Susah Jika Sudah Ada Yang Termudah?
Kadang-kadang, kita terlalu teruja dengan perkara-perkara di luar bidang kita terutama yang tidak mampu kita lakukan. Yang tidak tahu kita mahu ambil tahu dan yang kita tahu, ia terbiar begitu sahaja tanpa mendatangkan apa-apa keuntungan atau duit kepada kita.
Di dalam bidang perniagaan Internet, terlalu banyak model perniagaan dari produk fizikal, servis dan juga produk digital.
Bagi saya setakat ini, saya merasakan masih banyak ruang yang belum terisi di dalam bidang produk digital. Apabila menyebut produk digital, jangan hanya melihat hanya ebook semata-mata, tapi ia lebih daripada itu.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, fokuslah pada kekuatan dan keupayaan anda yang ada pada masa sekarang. Usahlah terlalu mengejar-ngejar sesuatu yang belum anda tahu. Ini kerana ilmu baru sudah semestinya memerlukan usaha dan masa untuk memahirkan diri dengan perkara tersebut.
Walaupun katakan ada panduan untuk bidang yang anda baru ingin lakukan itu, tidak semestinya anda akan terus berjaya. Tahu dan bertindak adalah dua perkara yang berbeza. Untuk tahu, dua tiga jam pun dah boleh belajar. Tapi untuk melakukan perkara baru tersebut, tidak mungkin seminit dua, tapi mungkin berhari-hari atau berminggu-minggu lamanya.
Lain jika menggunakan ilmu dan apa yang telah anda lama pelajari, anda boleh hasilkan produk dengan mudah atau menjana pendapatan dengan skill yang sedia ada tersebut. Malah dengan ilmu dan pengetahuan sedia ada, anda boleh ‘leverage’kan ia untuk keuntungan jangka panjang.
Jika anda sudah ada asas dalam apa-apa model perniagaan Internet, cuba lakukan satu projek yang mudah untuk dilakukan TETAPI memberikan hasil yang lumayan. Memang agak sukar bunyinya (projek mudah tapi hasil lumayan). Sebenarnya tidaklah begitu payah. Yang penting adalah bagaimana kita ‘deliver’ sesuatu projek/produk itu kepada bakal pembeli.
Jika kita menyampaikannya dalam bentuk yang menarik minat orang, maka projek yang mudah pun akan mendapat sambutan yang hangat. Contoh termudah maksud ‘deliver’ adalah design atau ‘packaging’ produk. Anda mungkin pernah membeli produk yang bagus bungkusannya tapi barang di dalamnya bukanlah bagus sangat. Soalnya, kenapa anda beli? Ya, kerana bungkusan produk itu amat cantik dan menarik.
Akhir kata daripada saya, “buat apa pilih cara yang lain kalau anda sudah ada sesuatu yang sudah boleh digunakan untuk buat duit?” Hanya keyakinan diri yang akan menentukan segala-galanya. Sekali lagi… Tahu dan melakukan adalah dua perkara yang berbeza.
Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Wassalam.
Incoming search terms:
teknik-teknik berhadapan dengan pelanggan yang bermasalah
<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/model-perniagaan-internet-susah-mudah/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />
Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda
Bayangkan pendapatan bulanan anda melalui Internet adalah seperti berikut:
1. Produk digital = RM3500
2. Produk fizikal = RM2500
3. Program Affiliate = RM2000
4. Google Adsense/Pengiklanan = RM1000
5. Servis = RM1000
Mungkin jumlah di atas sedikit, tapi ia sesuai untuk dijadikan contoh yang realistik yang amat tidak mustahil untuk dicapai. Jadi, jumlah pendapatan keseluruhan ialah (berdasarkan contoh di atas):
RM10,000.00!
Mungkin jumlah tersebut sedikit, tapi mungkin bagi orang lain ia banyak. Malah bagi sesetengah orang, dah terlebih daripada apa yang perlu ( kalau lebih simpan la untuk bekal hari tua   ). Terserah kepada keperluan dan kehidupan diri sendiri. Tak perlu banding dengan orang lain.
Cuma, apabila kita menggunakan Internet sebagai sarana menjana pendapatan, lebih-lebih lagi secara sepenuh masa, maka pelbagai sumber pendapatan amatlah penting.
Penting di sini salah satu contohnya ialah, katakan satu cabang itu mempunyai persaingan yang tinggi atau tiba-tiba ada masalah, cabang/sumber lain tetap wujud mengalirkan duit. Jadi, tak lah risau sangat.
Sebulan dua yang lepas, saya banyak mendapat pendapatan daripada program affiliate. Alhamdulillah, sedikit sebanyak pendapatan affiliate tersebut dapat ‘cover’ sedikit ‘ketirisan’ yang berlaku dalam jualan produk sendiri.
Sekarang ni, saya akan fokus pada program affiliate juga selain jual produk sendiri. Ia mudah, tak pening kepala dengan karenah pelanggan dan hanya tunggu duit masuk sahaja. Pendek kata, buat program affiliate ni amat menyeronokkan. Tapi dalam masa yang sama, saya akan tetap membina bisnes untuk ‘long term’ punya strategi.
Apa pun, setiap model atau sumber pendapatan tersebut ada pro dan kontra. Saya tak akan pilih satu, tapi saya pilih sebanyak yang semampu saya boleh.
Bagaimana pula dengan anda?
ps. Nak buat duit tanpa perlu berhadapan dengan karenah pelanggan yang amat memeningkan kepala? Klik di sini jika YA.
Incoming search terms:
perniagaan affiliate
Pendapatan juruterbang
perniagaan affliate
pendapatan
sumber pendapatan
perniagaan internet affilieat
perniagaan affilitade
perniagaan affiliate internet
affiliate perniagaan
pendapatan seorang juruterbang
<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/pelbagaikan-sumber-pendapatan-anda/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />
Kelengkapan Asas Perniagaan Internet
Daripada survey yang saya lakukan semalam, bahkan pengalaman saya yang lepas, ada mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan internet bermasalah di dalam soal kelengkapan asas.
Alat-alat asas yang saya maksudkan di sini ialah komputer dan juga talian internet. Berikut adalah serba sedikit saranan saya untuk anda yang masih belum mempunyai komputer dan talian internet sendiri.
Komputer
Terdapat dua jenis komputer iaitu jenis desktop dan juga laptop (komputer riba). Jenis mana yang perlu anda guna adalah bergantung kepada cara penggunaan dan gaya kerja anda. Jika anda sering bergerak atau travel, maka laptop adalah amat sesuai untuk anda miliki. Sebaliknya, jika anda lebih kerap melakukan kerja-kerja perniagaan di rumah, maka adalah lebih sesuai menggunakan komputer jenis desktop.
Berapakah harga komputer? Bergantung kepada spesifikasi yang anda mahu. Saya bukanlah pakar perkakasan komputer di sini, tetapi apa yang dapat saya katakan ialah, cukuplah sebagai pendahuluan anda beli komputer yang dapat diguna untuk menaip dan melayari internet.
Harga sebuah komputer sekarang teramatlah murah. Tak cecah RM2000 pun anda sudah boleh dapat komputer yang spesifikasinya sudah agak bagus. Terdapat dua jenis desktop iaitu jenis klon dan juga berjenama (seperti Dell, Acer..). Kedua-duanya tidak ada masalah, bahkan ramai yang menggunakan komputer jenis klon kerana mudah untuk mendapatkan alat ganti.
Anda boleh ke mana-mana kedai komputer berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai komputer. Ingat, jangan sampai tertipu. Tip saya, bawa bersama sesiapa yang tahu selok belok mengenai komputer semasa ingin membeli komputer. Jadi, risiko untuk anda ditipu adalah lebih sukar. Atau anda juga boleh membeli di laman web Dell.
Begitu juga untuk laptop, anda boleh beli di laman web Dell. Terdapat banyak pakej yang boleh anda pilih. Anda boleh lawati laman web Dell melalui link berikut.
Talian Internet
Terdapat banyak pilihan sekarang. Daripada dial up sehinggalah kepada broadband, semuanya terserah kepada anda untuk menggunakan yang mana satu. Namun saranan saya, gunalah broadband kerana ia lebih laju.
Sama seperti komputer, jenis broadband juga ada dua iaitu yang bergerak dan juga tetap. Jika anda kerap keluar (travel) atau gaya kerja anda yang tidak tetap di satu tempat, maka gunalah 3G Broadband. Jika anda melakukan kerja ebiz dari rumah sepanjang masa, gunalah talian Streamyx atau dial up.
Yang mana satu bagus? Semuanya bagus. Usah dilihat atau dicari apa yang lemah pada setiap jenis talian Internet, tapi lihat kepada corak kerja anda dan tahap keperluan anda. Itu yang lebih penting daripada asyik mencari-cari kelemahan sesuatu teknologi. Sebab, kelemahan itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.
Untuk Streamyx, anda boleh layari laman web mereka di http://www.streamyx.com.my, manakala 3G Celcom Broadband anda boleh dapatkan maklumat di laman web ini. Selain produk Telekom dan Celcom, anda boleh juga mencuba talian Broadband dari Maxis dan DiGi.
Semasa saya menaip artikel ini, saya sedang menggunakan talian Internet Celcom Broadband yang kosnya RM68.00 sebulan. Kos permulaan hanyalah alat 3G card (dalam RM480 – harga lebih murah pun ada) dan bayaran untuk talian 3G broadband ini. Lupa untuk saya nyatakan, jika anda berada di luar bandar, kemungkinan kawasan anda itu tidak mendapat kelajuan broadband, tapi hanya setakat GPRS sahaja (lebih kurang laju talian dial up TMNet).
Sebaliknya, jika anda tinggal di kawasan bandar seperti KL, JB atau Kota Bahru, maka insyaAllah ada signal 3G Broadband tersebut. Saranan saya, gunalah dulu khidmat Streamyx kerana rangkaian dia lebih meluas. Anda boleh lakukan semakan untuk memastikan sama ada kawasan anda itu ada ‘coverage’ Streamyx atau tidak. Syaratnya anda mesti ada talian telefon tetap. Gunakan khidmat SMS mereka berikut untuk melakukan semakan coverage:
- Dan hantar ke 33535
Contoh: STX 071234567
Kemudian tunggu sistem mereka membalas SMS anda. Jika kawasan anda ada coverage Streamyx, maka bolehlah anda mendaftar. Untuk maklumat lanjut, silalah ke cawangan Telekom yang berdekatan. Tanyalah soalan yang mahu anda tanya dan mereka akan jawab.
Selain Streamyx, pihak Telekom Malaysia ada menyediakan pakej-pakej yang lain. Anda boleh lawati laman web mereka di http://www.tm.net.my.
Di ruangan yang terhad ini, saya tidak dapat menerangkan secara detail mengenai setiap pakej talian internet yang saya nyatakan di atas. InsyaAllah, saya akan tulis artikel yang detail kelak untuk setiap perkara di atas agar anda lebih faham.
Kesimpulan
Komputer + Talian Internet adalah wajib. Kebanyakan pengguna Internet di Malaysia menggunakan komputer dan Internet dari tempat kerja mereka. Walaupun mungkin tidak salah, tapi bagi saya ia sedikit sebanyak akan mengganggu tugas di tempat kerja. Bagaimana pula jika pihak majikan tidak mengizinkan? Anda tahu apa yang patut. Mungkin hasil kerja anda kurang berkat.
Memiliki komputer sendiri memang lebih produktif daripada menggunakan komputer orang lain. Simpanlah duit atau lakukan sedikit pinjaman. Cuma syaratnya, jangan hangat-hangat tahi ayam di dalam usaha melakukan perniagaan Internet. Mula-mula bersemangat, tetapi kemudian komputer entah ke mana, Internetnya entah ke mana. Rancanglah dulu sebelum bertindak. Perlu atau tidak anda melakukan perniagaan Internet? Ini soalan pertama yang perlu anda jawab.
Bila dikira semula, kos untuk mendapatkan sebuah komputer baru dan talian Internet tidak pun mencecah RM3500.00. Saya yakin, bagi anda yang bekerja (tertama dengan kerajaan), anda boleh melakukan pinjaman peribadi bukan?   Jika kena cara dan strateginya, RM3500 yang anda laburkan itu boleh diperolehi kembali melalui projek perniagaan Internet anda yang pertama.
Nak seribu daya. Rancanglah dengan bijak dan berusahalah.
Wasssalam.
Incoming search terms:
asas perniagaan internet
perniagaan LAPTOP
asas keperluan perniagaan internet
kebenaran kerja menaip di rumah
perniagaan menggunakan komputer
perniagaan menggunakan komputer di rumah
perniagaan mengunakan komputer
pinjaman perniagaan asas tahi
tempat kerja tak ada talian tetap
<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/kelengkapan-asas-perniagaan-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />
Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik? Takder Masalah!
Saya banyak belajar mengenai pengurusan kewangan daripada kawan-kawan di Internet malah daripada pembacaan buku. Dengan sedikit kefahaman yang saya ada, apa yang dapat saya katakan, walaupun harga minyak naik dan terus naik, dan dalam masa yang sama harga barang naik tak habis-habis, itu bukanlah masalah besar.
Bagi mereka yang faham pengurusan kewangan atau teknik kewangan, saya yakin mereka tak pelik dengan kenyataan saya tersebut. Bahkan saya ingin menambah satu lagi kenyataan: Duit gaji yang anda dapat, anda boleh simpan 100% dan tak perlu guna pun. Sebaliknya, anda boleh guna duit dari sumber lain. Soalnya, dari mana duit tersebut?
Buat Ebiz Secara Part Time!
Di Malaysia, tak ramai yang buat ebiz secara sepenuh masa (full time). Boleh dikira dengan jari. Tapi, kalau yang buat secara part time, memang ramai sangat. Dan inilah yang saya mahu ceritakan sikit pada hari ni.
Jika anda asyik mengeluh harga minyak naik dan menekan pihak kerajaan agar menurunkan harga minyak, itu bukan satu-satunya tindakan yang bijak. Tak perlulah kita melaung kuat-kuat kepada ‘bukit’ yang pasti tak akan mendengar untuk melakukan sesuatu kepada kita. Dengar pun tak, apatah lagi mahu menerima kehendak kita..
Harga barang naik, harga minyak naik, itu bukan lagi masalah bagi anda yang bekerja makan gaji melalui cara yang saya mahu dedahkan di sini. Secara biasa, gaji RM1000 hingga RM3000 boleh habis macam tu sahaja, lagi-lagi kalau tak ada perancangan kewangan. Dengan bayar bilnya, hutangnya, shoppingnya dan macam-macam lagi, gaji anda lesap begitu saja.
Caranya? Apa yang mahu saya nyatakan di sini ialah, buatlah ebiz secara part time. Jangan berhenti kerja. Bekerja tu seronok sebenarnya. Yang menjadikan ia tak seronok adalah diri anda sendiri, melainkan persekitaran kerja yang menjadi faktornya. Bekerjalah, jangan berhenti.
Ramai yang buat ebiz secara part time mendapat perolehan atau pendapatan yang lebih daripada gajinya. Kalau gaji RM1000, melalui ebiz yang dibuat sejam dua dalam sehari dia dapat RM3000 sebulan. Jadi inilah maksud saya, gaji yang anda dapat tu, simpan elok-elok dalam akaun simpanan anda. Sebaliknya, guna duit yang anda dapat daripada usaha ebiz untuk bayar bil, bayar sewa kereta, rumah dan sebagainya.
Inilah strategi bijak. Tak perlulah menghabiskan masa bergantung harap kepada pihak yang tak akan mendengar kehendak kita agar harga minyak diturunkan. Sebaliknya, lakukanlah reverse punya strategi untuk menjadi seorang yang ada kuasa beli yang tinggi. Caranya? Tambah pendapatan melalui perniagaan internet secara part time.
Melakukan ebiz secara part time hanya memerlukan masa sejam dua sahaja dalam sehari. Sebab boleh dikatakan semuanya dah automate. Tak perlu ada depan komputer 24 jam.Bentuk ebiz yang saya sarankan ialah yang bermodelkan produk digital. Anda boleh jual ebook, audio, video, template web, menulis artikel dan macam-macam lagi.
Banyak cara sebenarnya. Kalau nak buat program affiliate dan google adsense pun boleh juga. Nah, dah lebih daripada tiga cara buat duit dah anda lakukan. Kalau satu cara bagi hasil RM200 seminggu, dalam sebulan anda boleh dapat RM2000 lebih. Lumayan tak? Bolehlah diguna untuk bayar bil dan sebagainya. Harga minyak mahal tak lagi memeningkan kepala.
Namun…
Cakap memang mudah. Anda perlukan asas. Hari demi hari, ramai yang SMS dan emel saya untuk belajar buat ebiz. Maaf, buat masa sekarang saya tak dapat buat personal training. Perancangan memang ada, tapi tahun ni saya mahu fokus pada bisnes saya dulu. InsyaAllah pada tahun depan saya akan mula buat seminar, bengkel dan personal training.
Malah kawan-kawan saya pun ramai yang berminat untuk buat ebiz. Yang serius, yang tak serius, semuanya ada. Secara mudah, saya memang ada beberapa orang yang saya bantu mereka. Ya, mereka yang ada sifat serius sahaja. Yang inilah saya pilih. Kalau mereka yang kejap nak, kejap tak nak, saya pasti tak akan ambil kisah pasal mereka. Kalau nak duit, kena kerja kuat, jangan harapkan duit besar dengan mudah dan dalam masa yang singkat.
Satu hint yang saya nak bagitahu kat sini, saya sentiasa memerhati anda yang ada potensi. Saya akan hubungi anda untuk buat projek bersama. Saya akan bantu anda secara underground. RM1000++ tak mustahil dalam beberapa hari. Saya memang boleh bantu anda. Tapi saya hanya mahu yang serius, ada kehendak yang tinggi dan keinginan belajar yang tak henti-henti. Tak semua orang ada sifat-sifat ini.
Saya ada beberapa projek yang mana saya akan jemput mereka yang ada potensi. Jaga-jaga, mungkin anda salah seorang yang akan saya jemput untuk buat projek bersama dengan saya. Saya tak akan kenakan caj untuk anda. Sebaliknya saya akan guna konsep win-win situation. Sama-sama dapat manfaat. Cuma yang pasti, lepas anda sukses, saya akan ‘lepaskan’ anda survive sendiri.
Sebelum saya melalut dari topik asal, saya mahu berhenti menulis dulu untuk kali ini. Saya ada beberapa kerja yang perlu disiapkan sebelum saya pindah rumah pada awal bulan depan. Banyak kerja nak kena buat.
Kesimpulan..
Kepada mereka yang berjawatan atau dalam istilah makan gaji, bekerjalah dengan penuh keseronokan dengan kerja semasa anda. Hargailah kerja yang anda ada sekarang. Soal duit tak cukup bukan lagi satu alasan yang boleh diterima pada zaman sekarang. Kalau anda nak berjaya survive, anda perlu kreatif dan ada usaha penyelesaian. Bukan bergantung harap kepada pihak kerajaan semata-mata.
Carilah pendapatan sampingan. Internet adalah salah satu caranya. Ada komputer, ada talian Internet, gerbang untuk menghasilkan pendapatan terbuka luas untuk anda. Namun, segalanya terserah kepada anda. Nak atau tak nak, semua keputusan berada di tangan anda.
Selamat berjaya.
Incoming search terms:
harga barang naik lagi
<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/minyak-naik-harga-barang-naik-takder-masalah/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />
Letih Melayan Karenah Pelanggan? Inilah bisnes!
Jangan anda anggap perniagan Internet hanya manis-manis belaka. Orang yang cakap income berpuluh-puluh ribu sebulan itu biasanya akan sembunyikan apakah kesusahan dan kesedihan di dalam perniagaan Internet ini. Kalau mereka cakapkan pun, hanya selepas anda membeli produk panduan buat duit mereka sahaja.
Seperti yang saya katakan di tulisan yang lepas, apabila saya menyebut perniagaan Internet, maka saya lebih kepada perniagaan ‘two way communication’ (dua hala) iaitu kita berhubung dengan pelanggan. Jenis perniagaan beginilah ramai yang gagal, putus-asa, fade up dan mahu larikan diri. Saya tahu, sebab saya dah hampir 3 tahun jadi usahawan!
Ya, walaupun tempoh 3 tahun itu umpama setahun jagung, tapi satu demi satu saya telah melihat usahawan Internet jatuh, gagal, stop, kecewa, melarikan diri entah ke mana, hilang lesap dan pelbagai lagi…
Inilah realiti perniagaan yang ada perhubungan dengan pelanggan. Kalau kita hanya tahu menjual dan menjual tetapi tidak belajar dan mempraktikkan bagaimana untuk berkomunikasi atau melayan pelanggan, maka sebab itu kita akan mudah kecewa.
Pelanggan adalah manusia yang mempunyai emosi dan perasaan. Ada masa mereka marah dan geram dengan kita (usahawan) dan ada masa mereka suka dengan mereka. Maka pentingnya kita tahu bagaimana untuk mengawal perasaan mereka tersebut. Sebab itulah ada pepatah orang putih kata, “the customer is king“. Tapi bagi saya papatah itu ada sedikit ketidaktepatan. Saya ada ulas hal ini dulu…
Jalan Alternatif
Sebenarnya, tiada jalan mudah atau alternatif untuk lari daripada tidak berhadapan dengan pelanggan. Namun anda boleh meminimakan masalah sebegini. Antaranya adalah seperti:
1. Join program Affiliate
Melalui program Affiliate, anda hanya ‘agen’ promosi sahaja. Tidak sesekali terlibat dengan support pelanggan. Cukup masa, anda dapat komisen (duit). Tapi kekurangan model ini adalah produk yang anda promosikan bukan milik anda. Maka tiada jaminan yang kuat untuk pendapatan anda seperti yang saya katakan di tulisan lepas.
2. Jadi Webmaster seperti Alang, John Chow dan LiewCF
Nak jadi webmaster, ada juga syarat dia. Jangan anggap ia mudah selagi belum mencuba. Disiplin dan perancangan tetap diperlukan lagi-lagi kalau jadi seorang webmaster sepenuh masa. Nama-nama yang saya sebut kat atas tu adalah full time webmasters.
Melalui model ini, anda biasanya mendapat pendapatan daripada jualan space iklan di laman web atau blog seperti Google Adsense, Text Link Ads, Adbrite dan banyakkk lagi. Ini termasuklah program review seperti ReviewMe.com. Maksudnya, kerja anda hanyalah mengemaskini blog sahaja dan sama sekali tidak melibatkan komunikasi dengan pelanggan sebab ia diuruskan oleh pihak terbabit.
Namun dalam kes Alang, dia bukan setakat webmaster, malah dia adalah seorang usahawan. Kebanyakan produknya adalah web directory, maka dia juga ada komunikasi dengan pelanggan.
Dua jenis model di atas hanya sebahagian, mungkin ada lagi cara-cara yang lain.
Tiada Kekuatan?
Tanpa produk sendiri, hakikatnya anda tiada jaminan yang kuat dan tiada kekuatan tersendiri. Kalau anda kata, “takper zul, buat duit banyak-banyak, then kita bukalah apa-apa bisnes offline”.
Sekali lagi anda telah terjerat. Mahu duit, tapi tidak mahu melayan karenah pelanggan. Anda pusinglah macam mana pun, anda tetap akan berhubungan dengan manusia. Nak buka bisnes offline? Sudah pasti ia melibatkan manusia (pelanggan). Malah ia lebih ‘seksa’ berbanding perniagaan Internet.
Jelas, kalau anda serius dalam perniagaan, usahlah anda mahu melarikan diri. Walaupun tahun dan masa yang memisahkan, namun perkara yang anda larikan itu akan tiba jua.
Untuk menjadi seorang usahawan, sifat BERANI amatlah perlu. Sebab macam-macam boleh terjadi. Pelanggan beraneka ragam dan perangai. Kalau anda jenis penakut dan tidak boleh dimarah sedikit, ambillah masa untuk buang sifat tersebut.
Pelanggan Malaysia Vs Pelanggan International
Kita kenal orang kita (Malaysia). Ya, ramai juga yang kurang enak perangainya, tapi jangan dilupa yang baik-baik.   Dalam bab perniagaan, cuba cakap manusia (pelanggan) mana yang tidak mahu dilayan dengan baik?
Bahkan kita sendiri pun walaupun sebagai usahawan, kita dalam masa yang sama menjadi pelanggan. Katakan anda pergi ke kedai makan dan memesan apa-apa makanan. Kalau di kedai lain siap dalam masa 10 minit tapi di kedai tersebut siap dalam 30 minit, saya yakin anda tidak selesa atau akan marah-marah. Paling kurang pun dalam hati…
Inilah yang diperlukan oleh pelanggan. Tidak kisah ia dari Malaysia atau luar negara, SAMA SAHAJA SEMUANYA. Apa ingat semua orang luar negara tu baik-baik? Sama sahaja, tiada beza… Hakikatnya dari mana negara pun, mereka juga adalah manusia, ada emosi dan perasaan.
Jadi, tidak perlulah anda lari ke pasaran luar dan meninggalkan pasaran tempatan semata-mata mahu mengelak daripada karenah orang Malaysia. Semakin anda lari, hakikatnya masalah itu semakin bertambah dan mendekati anda. Lastly, anda tersepit dan keliru, “betul ke yang aku buat ni?”.
Sebagai seorang usahawan yang sebenar, mengapa tidak hadapi sahaja masalah tersebut? Ke manakah hilangnya prinsip ‘melihat masalah sebagai satu peluang’ yang biasanya menjadi pegangan seorang usahawan? Kalau benar kita usahawan, mengapa perlu larikan diri? Ia bukan langkah yang bijak.
Cukup dahulu di kali ini. Ia hanya sekadar perkongsian. Tak semestinya apa yang saya tulis semuanya anda perlu setuju…
-SmartZul
Incoming search terms:
cara melayan pelanggan
bagaimana melayan pelanggan dengan sepenuh hati
cara cara melayan pelanggan
cara berkomunikasi dengan pelanggan
cara cara berkomikasi dengan pelanggan
cara komunikasi dengan pelanggan
cara berhadapan dengan pelanggan
cara melayan pelanggan bermasalah
cara melayan pelanggan dengan profesional
kaedah melayan pelanggan
<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/perniagaan-letih-melayan-karenah-pelanggan-inilah-bisnes/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />
Perniagaan Internet : Konsep 24/7 yang disalah-fahami
Apabila menyebut perniagaan internet, maka ramai yang berpandangan atau meletakkan di dalam minda bahawa perniagaan internet = 24 jam sehari menghadap komputer.
Anggapan ini AMAT salah sama-sekali. Apa yang dimaksudkan dengan 24 jam ialah, laman web jualan yang ‘live’ berterusan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dalam masa setahun yang boleh menerima bayaran dan pesanan. Sebaliknya, BUKAN si usahawan internet tadi yang menghadap PC dan internet berjam-jam lamanya atau paling lama 24 jam sehari. Ia satu kerja yang… hmmm… entah. Dalam bahasa sopannya, satu kerja yang amat tidak menyihatkan, satu tanda pengurusan masanya bermasalah dan mungkin dia tidak ada jadual hidup.
Saya menyatakan hal ini kerana, ada mereka yang salah-faham samada yang buat ebiz mahupun pembeli itu sendiri. Pengalaman saya, waktu maghrib pun ada orang (pembeli) call. Bila tak dijawab, dimarahnya pula. Ya Allah, saya pun manusia, nak mandi, solat dan makan.   Kepada pembeli saya contohnya, selepas anda submit maklumat pembayaran menggunakan order form, saya telah nyatakan bahawa berikan saya masa paling lama 48 jam atau dua hari untuk saya urus pesanan anda. Ketahuilah, pelanggan saya bukan seorang, tapi lebih dari itu. Ikut giliran lah.   Tetapi, ada mereka yang bertubi-tubi menghantar emel atau SMS atau call tak kira masa bertanyakan bila nak proses order.
Sebagai pembeli, anda jangan risau. Simpan bukti pembayaran anda, dan jika produk anda tak sampai, anda ada bukti untuk tuntut bayaran atau melaporkan kepada penjual bahawa anda sudah bayar, tapi belum menerima produk yang dipesan. Sebaliknya, janganlah menghubungi usahawan tadi di waktu-waktu ‘privasi’ mereka seperti waktu solat, makan, hari minggu atau lebih-lebih lagi waktu tidur.. Mereka juga manusia biasa seperti kita.
Cara saya, saya hanya akan melayan panggilan telefon dari pukul 9 pagi hingga 5 petang sahaja. SMS pula saya balas sehingga jam 11 malam sahaja kecuali jika ada hal penting. Waktu-waktu yang saya sebutkan tersebut saya kecualikan waktu rehat saya (solat, makan, dan lain-lain). Jika saya mengatakan sila lapor masalah di ruang support atau emel, janganlah SMS saya pula jika anda boleh melaporkannya di ruang support. SMS kurang sesuai untuk saya support hal-hal teknikal yang tertentu, lagi-lagi jika perlu ditaip panjang.
Bagaimana dengan emel pula? Saya hanya akan balas secepat mungkin jika emel tersebut penting dan akan membalas kemudian untuk emel yang tidak begitu penting. Sekali lagi, polisi saya dalam penghantaran produk digital adalah paling lambat 2 hari jika saya tidak outstation. Sebagai pembeli memang saya tahu, kita nak cepat, kita bayar, tapi sebagai pembeli juga kita mesti fahami polisi atau cara usahawan tersebut. Anda akan faham apa yang saya terangkan ini jika anda menjadi usahawan kelak. Anda akan kata, “susah juga jadi usahawan ni yer..”.
Itu hal pembeli. Sebagai usahawan pula, anda perlu ada pengurusan masa dan kadang-kadang anda perlu juga tegas dengan pelanggan. Jika anda kata cara kami begini, pegang betul-betul prinsip atau polisi anda itu. Bagi saya, tidak rugi jika kita hilang pelanggan yang keras kepala dan ada 1001 karenah. Saya rela ada pelanggan yang sedikit berbanding ada ramai, tetapi memeningkan kepala. Itu cara saya, anda mungkin ada cara tersendiri. Selama ini kita disogokkan dengan hak pembeli, tetapi jarang mendengar akan hak-hak usahawan. Kedua-dua pihak perlu ada hak yang seimbang, tidak boleh lebih atau kurang. Adil bukan?
Kesimpulannya:
1. Jika anda menjadi pembeli, tengok masa dulu sebelum menghubungi usahawan internet tadi. Mereka juga ada waktu privasi sendiri seperti anda.
2. Jika anda usahawan, anda perlu membuat satu waktu berurusan dan beritahu kepada para pelanggan anda. Jika mereka tak ikut jadual urusan anda, abaikan mereka jika hal mereka tidak urgent. Tangguh urusan mereka itu kepada keesokkannya atau pada waktu yang lain.
3. Menjadi usahawan perlu ada satu sistem kerja yang terurus walaupun perniagaan melalui internet. Ia bukan 24 jam menghadap komputer, tetapi dalam 24 jam, kita mesti bahagi-bahagikan masa untuk sesuatu kerja dan aktiviti dengan sebaiknya.
“Sesungguhnya, kita adalah manusia, bukan mesin..”.
Wassalam.
Incoming search terms:
konsep internet marketing
konsep perniagaan melalui internet
<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet-konsep-247-yang-disalah-fahami/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />
Usahawan : Kerjaya Yang Mencabar
Saya pernah berjumpa dan juga diberitahu oleh mereka yang begitu terkesima dan teruja dengan bidang perniagaan internet.. “zul, saya nak berhenti kerja. Nak buat full time internet business..”. Saya terus jawab, “jangan.. Kerja dulu biar semua aspek dah cukup..”.
Ok, cerita tu kita stop dulu, apa yang saya nak cakap adalah, apabila dikatakan sebagai usahawan, satu perkara yang akan ada dalam kamus hidup usahawan adalah SABAR dan TIDAK PUTUS-ASA.
Sabar bukan sahaja di dalam mencapai kejayaan dan meraih keuntungan dalam jualan, malah sabar di dalam menghadapi karenah pembeli produk yang dijual. Seorang pembeli, atau pelanggan, mereka tidak mahu mendengar apa-apa alasan anda sekali-pun. Janji, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. “Itu hal awak, yang penting apa yang saya bayar, saya dapat..”.
Kebanyakan orang menganggap bahawa, berniaga di internet semuanya indah-indah dan senang-senang belaka. Jarang kita mendengar atau membaca hal-hal sebegini bukan? Menjadi seorang usahawan bukan hanya setakat “saya jual awak beli” semata-mata. Ia lebih dari itu..
Jika anda memulakan bidang keusahawanan tanpa persediaan mental dan ilmu di dada, kemungkinan untuk anda putus-asa itu amat tinggi. Melainkan usahawan adalah cita-cita sehidup semati anda (macam saya), maka sudah pasti anda sanggup melalui apa sahaja termasuk menerima caci-maki orang atau komen-komen pedas daripada pelanggan, kawan mahupun lawan.
Apa yang saya katakan di atas lebih kepada usahawan sepenuh masa, iaitu kerjayanya adalah usahawan. Namun, tidak kisah anda menjual di internet secara part time atau ful time, anda perlu banyak sabar.
Sabar jika produk tak ada orang beli, sabar dengan1001 karenah pelanggan, sabar dengan internet yang slow, sabar dengan pelanggan yang nak guna produk kita tapi tak tahu, sabar jika sesuatu yang dibuat tak jadi, sabar dengan segala perkara.
Jika nak diceritakan benda-benda yang tak indah ini, boleh sahaja saya kongsikan.. Saya bukan mahu lemahkan semangat anda, tetapi saya tidak mahu kelak anda akan menuding jari kepada orang lain..
Maka hari ini, tanya diri anda, adakah aku layak jadi usahawan internet? Jika anda malas melayan pelanggan, jika anda nak lepas tangan memberi support kepada pembeli, jika anda tak sanggup menghadapi pembeli yang beraneka ragam, maka dunia keusahawanan mungkin bukan dunia anda.
Ramai yang nak berniaga, tapi semuanya tak nak dan malas.. Perkataan-perkataan sebegini, tidak ada dalam kamus usahawan. Mereka perlu rajin, rela berkorban, tidak kenal penat dan sanggup melayan karenah-karenah pelanggannya.
Adakah anda sanggup? Jawapannya pada diri anda.
Perniagaan internet, tak semudah disangka. Tapi jika anda telah memulakannya, lakukanlah dengan terbaik dan akhirinya dengan baik juga.
Wassalam.
Incoming search terms:
cabaran dunia perniagaan
10 kerjaya paling mencabar
<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/usahawan-kerjaya-yang-mencabar/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />
Pakej Kit Blogger Versi Re-launch!
TERKINI : Pakej Kit Blogger telah dilancarkan! Sila lawati ke laman web jualan untuk maklumat lanjut dan proses pembelian :
http://bloggingsteps.com/kit
KEPADA PEMBELI SEBELUM INI : Sila masuk ke ruang khas. Ada pengumuman untuk anda!
Ok ok. Saya tahu anda dah tak sabar bukan? Maafkan saya buat anda tertunggu, bahkan ada yang tak berenggang dengan komputer dan internet semata-mata untuk mendapatkan pakej kit blogger, samada untuk membelinya sahaja atau mendapatkan versi resell rights.
Harap maklum.- ZuL
<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/pakej-kit-blogger-versi-re-launch/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />
Cabaran 3 Hari Perniagaan Internet
Seperti yang saya janjikan, kita akan sama-sama pelajari secara ‘live’ bagaimana membina sebuah perniagaan internet dengan mudah dan cepat dalam masa 3 hari.
3 hari?? Ya. Saya ‘mencabar’ diri saya dan anda semua untuk membina sebuah perniagaan dalam masa sesingkat ini dengan 4 langkah termasuk proses marketing tanpa kos. Perlu diingatkan, kita membina dan bukan terus mendapatkan hasil (tapi kalau dapat sale itu petanda yang baik!). Proses promosi dan pemasaran perlu dilakukan sebaik mungkin dan kadang-kadang memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan hasil. Namun, adalah tidak mustahil jika anda melakukan promosi dan pemasaran yang efektif dan konsisten, hasilnya akan datang dengan ‘cepat’.
Namun begitu, ingin saya memesan, jangan lihat kepada $$$$, tetapi fokus kepada usaha untuk membina sebuah perniagaan yang berdaya saing dan fokus kepada usaha pemasaran yang berkesan. Duit akan datang sendiri.. Jika anda hanya inginkan duit, maka jalan terbaik adalah pergi membuat pinjaman sahaja di bank atauuu dengan along? (jangan ekk!)   Dalam perniagaan, kita memerlukan sedikit masa. Proses pengurusan laman web, meningkatkan mutu sales letter dan melakukan promosi yang efektif, perlu dilakukan sebaik yang mungkin. Apa yang akan saya tunjukkan adalah benda-benda asas yang boleh kita lakukan dalam masa 3 hari dan yang diperlukan. Lain-lain perkara, perlu dilakukan di lain masa.
Saya menyatakan hal ini awal-awal kerana tidak mahu anda melakukan ‘kesilapan’ di awal-awal proses pembinaan perniagaan internet. Jika di awalnya sudah ada kesilapan penetapan matlamat dan fikiran, maka di dalam usaha pembinaan dan semasa pengurusan perniagaan, anda akan KECEWA.
Jadi, apa yang akan kita lakukan dalam masa 3 hari ini adalah PEMBINAAN. Bukan terus mendapat hasil ok..   Dalam 3 hari bermula Selasa ini, anda cuma perlu ikuti (pelajari) apa yang saya buat. Dalam ‘kursus’ ini, saya akan menggunakan paypal.com untuk tujuan pembelian produk dan juga payment processor untuk pembayaran. Atau, anda juga memerlukan kad kredit atau kad debit untuk melakukan apa-apa pembelian di internet. Haa, saya dah cakap dulu, nak jadi usahawan internet, anda perlu ada sekurang-kurangnya kad debit! Mudah nak beli sesuatu di internet termasuk untuk mendaftar akaun paypal. Kalau tak ada, daftar segera yang mungkin.. Agak sukar tanpa adanya kad debit. Tak tahu? Download ebook panduan paypal percuma di sini: http://smartusaha.com/news.
Seperti yang saya maklumkan di tulisan sebelum ini, kita mulakan esok – 23/1/07, selasa. -. Harap semua catat nota dan ruang sedikit masa untuk pelajaran kita ini. Tak cuba, tak tahu & mencuba adalah lebih baik daripada tak buat apa-apa.
Jumpa esok yer..
PS. Tak nak jumpa esok, jom jumpa saya di UKM Bangi Sabtu ini, 27/1/07. Klik di sini.
Incoming search terms:
cabaran pemasaran perniagaan
<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/cabaran-3-hari-perniagaan-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />
Tak Cuba Tak Tahu
Teringat di saat awal saya berkecimpung dalam bidang perniagaan internet ini. Kosong, tak tahu, takut, keliru, dan macam-macam lagi… Tapi kini, selalu ajer ada macam-macam idea untuk buat duit, cuma kena buat satu-satu jer..
Dr. Irfan dalam artikelnya “Cuba, jangan tak cuba” di blognya, mengatakan kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu dan jika kita asyik bermain dengan fikiran yang negatif, sampai bila kita tak akan sampai ke mana.
Begitu juga saya dulu, dari keliru kini sudah tahu (walau sedikit), dari tak tahu buat laman web jadi kepada tahu buat laman web (masih belajar sehingga sekarang!) dan macam-macam lagi yang cuba dilakukan untuk mengenal-pasti potensi diri dan peluang yang ada. Kini, apa sahaja peluang yang ada, saya akan merebutnya sebaik yang mungkin!
Anda pula bagaimana? Masih belum bertindak? Atau mahu menunggu awal tahun depan?   Tiada siapa yang dapat membantu anda melainkan diri anda sendiri.. Kalau ada orang nak suapkan makanan untuk anda pun, tapi kalau anda tidak mahu membuka mulut, maka tak ada gunanya juga.
Salam kejayaan untuk semua!
SmartZuL
“Orang yang kuat berusaha berhak merasai nikmat kesenangan daripada hasil usahanya, dan orang yang pemalas berhak merasai kesusahan hasil kemalasannya..”.
PS. Jumpa saya di UKM Bangi 27 Januari ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/tak-cuba-tak-tahu/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />