Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » pendapatan internet

Panduan Menyertai Bengkel Perniagaan Internet
Dewasa ini, bengkel perniagaan dan pemasaran internet tumbuh melata bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ia satu usaha yang bagus. Namun… Di sebalik kebaikan, pasti ada sedikit yang negatif. Saya tidak mahu menyatakan yang negatif atau yang buruk-buruk sebab ia adalah normal kerana kita tidak mungkin boleh sempurna 100%.

Saya menyatakan demikian kerana saya juga pernah mengadakan bengkel dan teramat sukar untuk kita memenuhi semua kehendak orang atau peserta. Hanya pembaikan sedikit demi sedikit berdasarkan kepada respon dan hasil pemerhatian. Orang kata, perubahan yang berterusan.

Tetapi… Kata-kata saya itu hanya untuk mereka yang melakukan bengkel dengan seikhlas hati dan bukan kerana untuk keuntungan semata-mata termasuklah langsung tidak mahu peduli pendapat dan kehendak-kehendak peserta atau bakal peserta. Mereka hanya mahu duit dan peserta itu soal yang kedua.

Di sini, saya hanya mahu berkongsikan beberapa perkara penting sebelum anda atau sesiapa sahaja yang mahu menyertai sesebuah bengkel perniagaan internet atau bengkel yang bertemakan buat duit di internet.

Tulisan saya ini dirasakan amat penting kerana saya dapati, ramai mereka yang kecewa selepas menyertai sesebuah bengkel kerana ia indah khabar dari rupa. Sebahagian besar duit gaji mereka habis dilaburkan untuk menyertai bengkel, tapi yang diharapkan hanya mimpi semata-mata…

1. Jangan hanya menilai sesuatu program seminar atau bengkel pada testimonial mengenai perjalanan dan pengisian program semata-mata. Contohnya, “Bengkel ini sangat menarik”, “Bengkel ini sungguh santai”. Ia bukan penilaian muktamad untuk menyatakan bengkel itu berkesan untuk para peserta.

Sebaliknya, lihat juga kepada hasil mutakhir para peserta yang menyertainya. Adakah mereka ada improvement? Hasil? Ini yang dapat menentukan bagus atau tidak pengisian bengkel tersebut. Namun, penilaian sebegini amat sukar kerana ia bergantung juga kepada usaha si peserta. Maka dengan sebab itu, baca tip berikut..

2. Ada pemantauan yang konsisten daripada pihak penganjur selepas bengkel. Jika bengkel tersebut mahal (harga tinggi), sepatutnya ada pemantauan yang diberikan oleh pihak penganjur. Pemantauan ini dari segi gerak kerja peserta (pelajar) dan juga hasil semasa dan mutakhir. Dengan adanya pemantauan ini, maka ada track record yang mana pihak penganjur boleh jadikan bukti bahawa pengisian itu berkesan atau tidak.

Dan saya sama sekali tidak bersetuju jika para peserta meletakkan beban sepenuhnya pada pihak penganjur seperti mereka perlu dibantu buat website dari A-Z, perlu diberitahu semua perkara, perlu dibantu itu dan ini dan sebagainya. Sebetulnya, sudah memadai pihak penganjur memantau, memberi saranan dan membimbing. Selebihnya, peserta perlulah berusaha dan melakukan sendiri, serta bertanya apabila perlu.

*Pemantauan bukanlah satu kewajipan. Tapi jika ada, ia satu kelebihan untuk para peserta. Pihak penganjur perlu menyatakan awal-awal sama ada program mereka ada pemantauan selepas bengkel atau tidak.

3. Utamakan bengkel yang akan menunjukkan ‘real case study’ dan bukan hanya ‘teori tunjuk-tunjuk’. Melainkan jika seminar itu seminar asas atau teori (dinyatakan awal-awal), maka ia tidak mengapa. Anda sebagai peserta sepatutnya melihat, mendengar dan belajar bagaimana melakukan sesuatu secara ‘tepat’. Contohnya, jika mereka mengatakan promosi di forum, mereka perlu tunjuk bagaimana melakukannya dan memberikan contoh yang pernah mereka lakukan.

4. Bertanya pihak penganjur. Sebagai bakal peserta, anda BERHAK bertanya soalan-soalan berkaitan. Sama ada dari segi sokongan selepas bengkel, material, pengisian dan apa saja soalan. Anda berhak bertanya kerana anda membayar mereka. Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan janji manis di laman web. Saya rasa, tidak ramai peserta melakukan pertanyaan sebelum bersetuju menyertai bengkel.

Pertanyaan juga boleh dilakukan kepada bekas-bekas para peserta. Bandingkan pro dan kontra pendapat-pendapat mereka. Anda perlu bertanya dan mengkaji terlebih dahulu kerana biasanya di laman web, hanya pendapat yang baik-baik sahaja yang diletakkan.

Pertanyaan teramat penting agar kita tahu bengkel itu sesuai untuk kita, dapat bersedia beberapa perkara sebelum ke hari bengkel, malah dapat membantu pihak penganjur bengkel menambah topik atau pengisian yang mungkin mereka terlepas pandang.

5. Faktor-X Kejayaan. Jangan mudah terpengaruh dengan testimoni-testimoni mereka yang berjaya melalui sesebuah bengkel. Ini kerana, mungkin mereka itu sudah ada asas perniagaan internet, komputer dan juga Internet. Bagaimana pula dengan peserta yang langsung tiada asas?

Kaji dan siasat untuk kepastian. Jika mereka yang didedahkan itu (testimonial) ada faktor-x seperti sudah ada asas atau sudah ada sedikit pengalaman, kemungkinan besar bengkel tersebut kurang sesuai untuk para pemula (newbie) atau mungkin mengambil sedikit masa untuk mendapat hasil dan melaksanakan proses.

6. Jangan membuat keputusan dengan emosi. Gunakan fakta, analisa dan kaji selidik. Ramai yang mahu jalan mudah dan hasil cepat. Maka mereka rela membayar ratusan atau ribuan ringgit untuk menyertai bengkel, asalkan mereka dapat hasil dengan mudah dan cepat. Namun, mereka jatuh tersungkur kerana tertipu. Tertipu dengan orang dan tertipu dengan diri sendiri.

7. Bengkel perniagaan internet biasanya ada pemanisnya iaitu screenshot pendapatan. Hati-hati dengan perkara ini. Antara yang perlu anda tahu:

Screenshot pendapatan apa yang digunakan itu? Ada yang letak contoh pendapatan, tapi itu bukan pendapatan melalui model ebiz yang mereka mahu ajarkan di bengkel. Ramai juga IM yang gunakan cara ini terutama dari luar negara.

Ada juga screenshot yang dibuat-buat (diedit). Biasanya screenshot berbentuk imej amat mudah untuk diedit.

Pendapatan mereka itu bercampur-campur. Bahkan ada pendapatan yang bukan melalui perniagaan internet pun dimasukkan sekali…

Pokok pangkal, jangan jadikan contoh pendapatan sebagai penilaian utama. Banyak lagi aspek lain yang perlu dipertimbangkan.

8. Utamakan bengkel yang praktikal. Praktikal di sini tidak semestinya menggunakan komputer dan internet semasa bengkel berlangsung. Praktikal di sini bermaksud latihan. Memberikan latihan kepada peserta semasa bengkel adalah amat digalakkan. Contohnya, selepas selesai satu modul atau topik, berikan mereka latihan agar mereka faham apa yang telah dipelajari. Dari situ, pihak penganjur akan tahu perkara yang peserta kurang faham..

Kesimpulan

Nasihat kepada diri saya sendiri dan juga kepada mana-mana penganjur bengkel perniagaan internet atau apa jua bengkel cara buat duit di internet, sampaikanlah ilmu sebaik mungkin. Jangan utamakan keuntungan semata-mata, tetapi sediakanlah modul dan pelajaran yang berkesan. Kebanyakan peserta adalah ditaja oleh duit gaji bulanan mereka. Bimbinglah mereka sebaik mungkin dan pantaulah mereka dari semasa ke semasa.

Akhir kata, tiada guna bengkel yang bagus jika para peserta malas bertindak, malas belajar dan malas serba serbi. 90% hasil kejayaan adalah daripada usaha diri kita sendiri dan 10% lagi adalah bantuan bimbingan (tunjuk-ajar) daripada orang lain.

No pain, no gain.

Utamakan pertimbangan akal, bukan emosi.

Semoga artikel di atas memberikan serba sedikit manfaat.

Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan di blog atau atau di mana sahaja tetapi dengan syarat meletak info ini dan juga pautan (link) berikut di akhir post blog anda tersebut:

Sumber: SmartUsaha.com: Panduan Menyertai Bengkel Perniagaan Internet

Incoming search terms:

bengkel perniagaan

Bengkel Pemasaran Perniagaan Online

bengkel internet

bengkel perniagaan internet december 2011

hasil bengkel keusawanan

perbezaan antara bengkel dan seminar

perniagaan bengkel

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/panduan-menyertai-bengkel-perniagaan-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />