Soalan: “Saya nak tanya, adakah sekarang SSM masih ada lesen untuk perniagaan melalui internet? Saya nak menjual barang cosmetic di internet, adakah susah nak memohon lesen?? Hari ini saya ada pergi majlis daerah untuk pertanyaan menggenai lesen ini, tapi pekerja sana beritahu saya lesen ini sudah tiada.
Adakah majlis daerah sama dengan SSM?
Terima kasih kerana menjawab soalan saya.”
Jawapan:
1. Untuk jual produk kosmetik atau apa jua produk yang tidak salah di sisi undang-undang, melalui Internet, tidak perlu ada lesen. Kita hanya perlu mendaftar perniagaan sahaja di SSM. Pada borang pendaftaran itu, tulis aktiviti bisnes seperti “Menjual produk kosmetik” dan lain-lain jika ada. Tidak perlu beritahu bahawa kita menjualnya di internet. Cukup beritahu begitu sahaja.
2. Lesen di Majlis Daerah hanya untuk mereka yang ada premis sahaja seperti kedai, warung dan sebagainya.
3. Majlis daerah dan SSM adalah tidak sama. Majlis daerah menguruskan perniagaan yang ada premis khas untuk perniagaan sahaja. Bisnes kecil-kecilan yang dilakukan dari rumah tidak memerlukan kita mendaftar bersama mereka. Manakala SSM pula tempat untuk kita mendaftar perniagaan sahaja. Mereka tidak akan bertanya sama ada kita berniaga dari rumah ataupun di kedai. Tugas mereka hanya mendaftarkan perniagaan kita sahaja.
Baca artikel berikut untuk maklumat lanjut: Pendaftaran Perniagaan Internet di SSM
Dapatkan buku saya, “Urus Sendiri SOHO Anda” untuk memahami konsep bisnes dari rumah.
Layari dan Like page Facebook saya di bawah untuk tip-tip terkini terus di Facebook.
Terima kasih.
SmartZul
http://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM
Incoming search terms:
- daftar jenis perniagaan internet ssm
- perlukah mendaftar untuk perniagaan online
- cara chek nama pernigaan yang dah didaftarkan
- paypal maybank cara baru tanpa msos
- peniaga online perlu lesen
- perbezaan ssm dan lesen niaga
- perlu daftar perniagaan
- perlukah mendaftar perniagaan online
- perlukah mendaftar untuk memulakan homestay
- adakah homestay memerlukan lesen?
















Komen Terkini