Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » pemasaran emel

Rahsia Perniagaan Internet Automatik
Salah satu sebab saya sukakan perniagaan melalui Internet adalah kerana kita mampu melakukannya secara automatik sama ada sepenuhnya atau sebahagian.

Salah satu cara untuk membina perniagaan internet secara automatik adalah dengan menggunakan Autoresponder. Ya, pemasaran emel (email marketing). Tetapi bagaimana?

Sebelum saya memberitahu caranya, kita perlu memahami fungsi asas autoresponder di mana ia biasanya terdapat dua fungsi utama:

Broadcast Email (dipanggil juga sebagai Newsletter)

Follow Up Messages (emel bersiri)

Broadcast maksudnya kita menghantar emel secara terus tanpa menetapkan secara bersiri atau untuk satu tempoh yang panjang (lama). Contohnya, jika saya keluarkan produk baru, saya akan hantarkan emel kepada puluhan ribu subscriber saya pada hari pelancaran. Itu namanya broadcast.

Manakala Follow Up Messages pula, kita tetapkan sejumlah emel secara bersiri yang akan dihantarkan dalam selang tempoh masa yang ditetapkan bermula dari hari subscriber mendaftarkan emelnya. Contohnya, mereka akan mendapat emel setiap 3 hari sekali sehingga sejumlah emel yang ditetapkan oleh kita.

Untuk mudah memahami, imej di bawah adalah 7 siri emel yang saya lakukan:

Perhatikan, terdapat 7 buah emel yang akan dihantar setiap selang tiga hari daripada hari pertama seseorang mendaftar di laman web squeeze page. ‘Day 0′ iaitu emel pertama, ia akan dihantar terus pada hari pendaftaran (selepas pengesahan emel pendaftaran dilakukan). Day 3 pula, emel itu akan dihantar pada tiga hari kemudian. Begitulah seterusnya.

Bagi contoh di atas, saya menetapkan siri emel tersebut pada penghujung tahun 2006 lagi dan terus beroperasi sehingga sekarang (2010). Dan ia beroperasi tanpa sedikit pun memerlukan pemantauan daripada saya. Itulah kelebihan penggunaan autoresponder (sudah nama pun auto). Dan inilah yang dikatakan perniagaan secara automatik.

Tetapi, bagaimana kita boleh buat duit daripada emel susulan (follow up) tersebut? Ada dua cara:

Orang yang mendaftar biasanya belum membeli produk yang dipromosikan. Emel susulan berfungsi sebagai alat untuk meyakinkan mereka sedikit demi sedikit. Dikatakan oleh pakar pemasaran, melalui emel ke-7 (paling kurang) barulah prospek akan mula berminat untuk membeli. Berdasarkan kepada pengalaman saya, ia betul. Sebab itu kita digalakkan membuat sekurang-kurangnya 7 siri emel.

Mempromosikan produk di dalam emel yang dihantar itu. Katakan pembeli sudah membeli produk A, kita promosikan lagi produk B, C dan lain-lain di dalam setiap emel itu. Caranya, kita berikan tip dan informasi pada permulaan emel dan di akhirnya kita promosikan sesuatu. Produk yang boleh dipromosikan adalah seperti produk sendiri dan juga produk affiliate.

Contoh promosi dalam emel:

PERSOALAN LAZIM

1. Adakah penggunaan autoresponder (pemasaran emel) ini sesuai untuk semua bentuk perniagaan Online?

Jawapan: Ya, sudah semestinya. Tidak kisah anda menjual produk fizikal, digital, servis dan sebagainya, menggunakan emel adalah kaedah terpantas untuk menghubungi para pelanggan dengan hanya sekali klik sahaja (butang Send). Ia juga tidak memerlukan sebarang kos tambahan.

2. Berapakah kos bayaran autoresponder berbayar?

Jawapan: Setiap jenama autoresponder mempunyai kaedah cajnya yang tersendiri. Lihat senarai berikut:

Getresponse.com: 500 emel (subscriber) = $18.00 (harga meningkat jika jumlah emel semakin meningkat)

Aweber.com: 500 emel (subscriber) = $19.00 (harga meningkat jika jumlah emel semakin meningkat)

TurboAutoResponder.com (milik Aweber juga) = $19.95 untuk 10,000 emel subscriber yang pertama (Servis ini milik Aweber, tetapi diselia oleh Reseller mereka)

Norabots.com = $14.97 sebulan

TurboAutoresponder:

Getresponse:

Aweber:

Mungkin ditanya, yang mana satukah yang terbaik? Jawapannya, ikut pada kemampuan anda. Jika ada modal, pilih Aweber atau Getresponse.

3. Apa itu subscriber?

Jawapan: Ia adalah panggilan kepada mereka yang mendaftar (subscribe) ke dalam sistem pangkalan data Autoresponder kita. Mereka biasanya subscribe di laman web (dipanggil squeeze page).

4. Bagaimana cara guna sistem Autoresponder?

Jawapan: Perlu masuk ke laman web servis Autoresponder berkenaan (yang anda langgan), dan Login. Semua fungsi yang disediakan ada di sana. Tidak perlu pasang (install) sebarang perisian ke dalam komputer. Ia 100% Online dan boleh Login dari mana-mana sahaja di seluruh dunia. Rujuk bahagian Help dan Tutorial untuk panduan penggunaan.

5. Bagaimana cara membeli (melanggan) sistem Autoresponder?

Jawapan: Ada dua cara: Menggunakan kad debit, kad kredit atau Paypal. Lihat pada laman (page) pembayaran servis autoresponder berkenaan. Biasanya perlu dibayar melalui kad debit / kredit. Untuk Norabots.com, boleh bayar melalui Paypal. Selepas selesai buat bayaran, terus boleh menggunakannya.

6. Saya tiada modal yang banyak untuk bayar langganan Autoresponder tiap-tiap bulan. Ada cadangan?

Jawapan: Sebelum membeli (melanggan) perkhidmatan autoresponder, pastikan anda telah memahami asas perniagaan internet, produk yang akan dijual dan telah melakukan perancangan yang rapi. Dan yang penting juga, ada asas teknikal laman web. Pendek kata, setelah ada persediaan barulah langgan autoresponder.

Kemudian, jika tiada modal, keluarkan dahulu modal untuk kali pertama. Bayaran yang seterusnya pula, boleh dilakukan melalui dua cadangan berikut:

Jual produk. Jika bayaran bulanan dalam $18.00 (lebih kurang RM60.00), maka promosikan produk melalui emel sehingga mendapat hasil yang tertentu. Katakan mendapat RM500 sebulan. Sebahagiannya gunalah untuk membayar langganan. Sebab itu selepas melanggan servis ini, cepat-cepatlah mengumpul list (emel) melalui laman web squeeze page.

Affiliate sistem autoresponder. Getresponse, Aweber dan Norabots memberi peluang kita mempromosikan perkhidmatan mereka. Komisen yang diperolehi adalah pada setiap bulan selagi orang yang membeli melalui link affiliate kita melakukan bayaran. Jadi, gunakan duit komisen itu untuk membayar caj perkhidmatan mereka.

Kesimpulan

Bagi anda yang belum menggunakan autoresponder, memilikinya adalah satu keuntungan. Ia adalah salah satu senjata dan rahsia para Internet Marketer yang berjaya. Jangan menangguh atau meletakkan pelbagai alasan untuk memiliki autoresponder berbayar. Ia adalah satu pelaburan terbaik untuk perniagaan kita.

Wassalam.

ps. Daftar Newsletter saya untuk mendapat emel informasi semasa terus ke kotak emel anda. Klik di sini.

Incoming search terms:

strategi pemasaran perniagaan

ganmanabutang

asas autoresponder

marketing secara emel

panduan lengkap penggunaan getresponse

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/rahsia-perniagaan-internet-automatik/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Lagi Kesilapan Di dalam Perniagaan Internet
Pada artikel sebelum ini, saya menyatakan 18 kesilapan yang perlu dielakkan di dalam perniagaan internet. 18 kesilapan itu bukan rekaan atau teori, sebaliknya ia dialami sendiri oleh diri saya dan juga kebanyakan orang.

Pada kali ini, saya dedahkan lima lagi kesilapan yang amat wajar dielakkan oleh usahawan internet di dalam melakukan perniagaan internet:

1. Tidak menjual dengan agresif

Salah satu sebab perkara ini berlaku kerana perasaan takut. Takut ditolak, takut dikritik, takut gagal dan sebagainya. Contohnya, terlalu banyak memberi secara percuma tanpa ada sedikit pun mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Tidak perlu takut, malu atau risau. Sudah tugas kita sebagai peniaga, usahawan atau pemasar Internet untuk mempromosikan sesuatu. Memberi secara percuma (seperti ebook percuma) adalah salah satu strategi, tapi adalah satu kerugian jika tidak melakukan promosi atau jualan.

Antara sebab lain tidak menjual dengan agresif adalah kerana mahu menjaga hati prospek. Contohnya, katakan seorang usahawan internet mempunyai seramai 5000 orang subscriber di dalam mailing list-nya. Namun, disebabkan beliau mahu menjaga hati subscriber, maka tidak dipromosikan apa-apa produk kepada mereka, termasuk tidak kerap menghantar emel. Tidak menghubungi subscriber dengan konsisten akan menyebabkan mereka akan menjadi ‘sejuk’ (cold list).

Tindakan ini ada betulnya, namun ia juga salah satu kesilapan yang amat merugikan. Beritahu awal-awal kepada subscriber (seperti di laman squeeze page), salah satu bentuk emel yang akan dihantar adalah promosi produk. Soalkan diri. Kita bina blog bayar domain hosting, bayar autoresponder, itu semua untuk apa? Untuk marketing (buat duit), atau saja suka-suka?

Begitu juga di blog, tidak perlu takut atau malu-malu untuk menjual. Mudah sahaja sebabnya. Blog yang kita bina adalah milik kita 100%. Jadi hak kita untuk lakukan promosi atau buat apa sahaja. Kita yang bayar domain, hosting, mengurusnya, menulis artikel dan sebagainya. Jadi orang lain tidak ada hak untuk pertikaikan apa yang kita lakukan sepeti menjual di blog. Kalau mereka tidak mahu lagi masuk ke blog kita, tidak mengapa. Satu pergi, 10 datang.

Menjadi orang yang baik itu bagus, tetapi kalau terlalu baik sehingga merugikan diri sendiri, itu menzalimi diri sendiri namanya.

2. Terlalu mencari kesempurnaan

Walaupun kita digalakkan menjadi insan yang sempurna, ketahuilah, tiada mana-mana makhluk yang sempurna di dunia ini. Yang ada hanyalah proses pembaikan dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan produk yang dijual.

Diri kita, perniagaan, cara promosi dan juga produk yang dijual tidak semestinya perlu sesempurna mungkin. Jika tunggu sempurna 100% dahulu, jawabnya sampai ke tualah menunggunya. Cuma mari kita soalkan di sini, apakah ukuran kesempurnaan 100% itu? Bagaimana untuk mengetahui ia telah sempurna? Tiada bukan?

Cuma yang perlu kita lakukan adalah buat yang terbaik setakat yang mampu pada masa ini, dan kemudian pertingkatkan lagi sedikit demi sedikit.

Ada juga mereka yang menjadikan alasan mahu sempurna bukan sebab mereka mahu sempurna, tetapi disebabkan mereka takut. Sempurna hanya alasan sahaja untuk menutup sifat takut mereka itu.

3. Terlalu sibuk dengan aspek teknikal dan mengabaikan promosi

Apa guna mempunyai website yang baik, surat jualan yang memukau dan produk yang bagus jika tiada TRAFIK? Di dalam perniagaan internet, trafik adalah nyawa utama. Tiada trafik, tiada pendapatan. Ada trafik, insyaAllah akan ada pembeli.

Kita tidak perlu terlalu sibuk dengan hal-hal teknikal seperti laman web, blog dan sebagainya. Itu semua boleh dipertingkatkan sedikit demi sedikit. Elakkan meluangkan masa seharian atau masa yang banyak semata-mata untuk hal teknikal sahaja. Mungkin 30 minit sehari sudah memadai untuk ‘improve’ laman web atau blog.

Cara promosi begitu banyak sekali. Namun utamakan cara yang terbukti berkesan seperti penggunaan email marketing, forum, blog dan juga pengiklanan berbayar.

4. Tidak mempunyai sistem / aturan proses

Sistem yang dimaksudkan di sini adalah dokumentasi, aliran atau aturan proses. Sebagai contohnya, jika ingin melakukan promosi di forum, apakah langkah demi langkahnya, bila masanya termasuk kekerapan, apa bentuk promosi dan juga tempoh setiap kali promosi.

Contoh lain adalah, jika ingin melakukan pengiklanan di Internet, apakah yang perlu dilakukan? Apakah laman web-laman web untuk diletak iklan? Jika menggunakan PPC seperti Google Adwords, apakah prosesnya, teknik yang perlu digunakan, dan sediakan template teks iklan yang perlu diubahsuai sahaja. Dokumentasi proses akan menjimatkan masa.

Begitu juga di dalam promosi produk affiliate katakan, apakah teknik-teknik yang akan digunakan dan bagi setiap teknik itu, apakah langkah demi langkahnya? Kita juga boleh memanggil semua ini sebagai ‘cetak biru’ (blueprint).

Jadi dengan adanya aturan proses bagi setiap sesuatu perkara, kita tidak perlu terkial-kial dan membazir masa setiap kali melakukannya. Sebaliknya, kita perlu rujuk dan mengikut aturan prosesnya sahaja. Malah yang hebatnya, dengan adanya aturan proses sebegitu, orang lain (seperti staf) mampu melakukannya untuk kita.

5. Pengurusan masa

Masalah pengurusan masa adalah normal bagi kebanyakan manusia. Silap di dalam percaturan masa, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada individu seperti kesihatan terjejas, perniagaan merosot dan hubungan kekeluargaan juga boleh turut terjejas.

Bagi yang sedang menghadapi situasi sebegini (pengurusan masa yang tidak teratur), usah risau. Ini kerana pengurusan masa adalah kemahiran yang boleh dipelajari dan dikuasai. Cuma sahaja kita perlu konsisten di dalam melakukan sesuatu secara berterusan sehingga ia menjadi darah daging kita. Kelak, ia tidak perlu dipaksa-paksa lagi kerana ia telah menjadi rutin.

Pengurusan masa bagi setiap individu adalah amat berbeza. Contohnya bagi orang bujang, mereka tiada komitmen anak-anak dan isteri-isteri. Orang bujang lebih fleksibel makan minum, tidurnya, geraknya dan sebagainya. Tetapi yang sudah berumahtangga, lain pula aktviti seharian, mingguan dan bulanannya.

Begitu juga bagi para usahawan internet, pengurusan masa bagi setiap orang atau perniagaan adalah berbeza mengikut bentuk bisnes yang dilakukan. Bisnes Affiliate berbeza dengan bisnes di Ebay. Pengurusan masa untuk bisnes produk fizikal mungkin berbeza dengan perniagaan produk digital.

Luangkan masa seketika untuk mengatur hidup dan bisnes sebaik mungkin. Perjalanan masa teramat pantas dan kita akan ketinggalan dalam kerugian jika menangguh-menangguh atau melambat-lambatkan sesuatu yang baik.

IKLAN: Panduan Pengurusan Masa

Salah satu ebook yang ada di pasaran khas untuk usahawan internet adalah ebook Pengurusan Masa tulisan saudara Shukor Subahir.

Klik di sini berikut untuk maklumat lanjut.

Selain tidak mengurus masa, tidak cukup masa juga salah satu perkara sampingan. Saya pernah menulis satu artikel bertajuk “Mencari Masa Tambahan.”

Penutup

Semoga kita mengurangkan kesilapan di dalam usaha perniagaan. Walaupun kita tidak mampu mengelak kesilapan, tetapi kita diberi peluang kedua untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang pernah dilakukan. Pilihan di tangan kita.

Incoming search terms:

kesilapan bisnes internet

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/lagi-kesilapan-di-dalam-perniagaan-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Teknik Membina Senarai Emel Dengan Cepat
Terdapat banyak cara untuk membina senarai emel. Cuma yang membezakan di antara kesemua teknik itu adalah cepat atau lambat sahaja.

Bagi anda yang mahu membina senarai emel besar dalam masa yang singkat, sudah pasti ada caranya. Kelebihan membina senarai emel yang besar dalam tempoh masa yang cepat adalah anda boleh mula menghasilkan keuntungan dalam masa yang singkat.

Seorang usahawan internet iaitu saudara Suhairi dan melalui Team beliau sendiri (Team Aspirasi Cyber) telah mengeluarkan satu panduan bagaimana untuk mengumpul emel secara sah dan cepat. Saya telah pun membaca panduan ini dan saya berpuas hati dengan kandungannya.

Teknik yang beliau kongsikan adalah kaedah yang beliau gunakan sendiri sehingga memberikan beliau hasil yang begitu banyak dalam tempoh yang singkat. Salah satu pendapatan beliau yang tinggi adalah komisen untuk promosi pakej rahsia clickbank yang mana jumlah komisen yang beliau dapat sebanyak RM13,000.

Itu baru satu kejayaan dan belum lagi dengan hasil pendapatan beliau yang lain dengan hanya menggunakan promosi melalui emel sahaja.

Berita buruknya… Beliau hanya akan membuka peluang sehingga 8 Julai 2009 ini sahaja untuk anda mendapatkan panduan tersebut. Selepas itu beliau akan fokus memberikan bantuan (training) kepada mereka yang telah mendapatkan panduan itu.

Usah menunda lagi untuk mengaplikasikan teknik pemasaran emel kerana ia terbukti memberikan hasil yang besar kepada kebanyakan usahawan yang menggunakan cara ini.

Anda boleh dapatkan panduan tersebut melalui link berikut:

http://malaysiasoho.com/binalist

Dapatkan segera dan belajarlah daripada beliau yang mengetahui apa yang berkesan untuk meraih hasil yang besar.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/teknik-membina-senarai-emel-dengan-cepat/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Peluang Membina List Cara Cepat!
Update (Jam 12.51pm): Ruang akses untuk download produk-produk percuma telah dibuka. Sila klik link berikut untuk mendaftar dan seterusnya memindah-turun (download) item secara percuma:

http://www.semarakazambaru.com

Saya telah menulis banyak kali juga kepentingan membina list (list building) iaitu mengumpul emel prospek. Dengan list, anda boleh menghubungi prospek anda pada bila-bila masa yang anda mahukan. Sekali klik, selesai.

Jika anda masih belum bina list, atau ingin menambah bilangan senarai emel prospek anda, kini akan dilancarkan satu program ‘giveaway’ yang mana para Internet Marketer Malaysia akan sama-sama mempromosikan program ini kepada list atau komuniti mereka.

Saya tidak mahu menerangkan panjang lebar mengenai hal ini kerana ia semua telah ada diterangkan di laman web program tersebut. Sila klik link berikut:

http://www.semarakazambaru.com

Klik link di atas jika anda mahu menjadi contributor (mahu bina list). Jangan lepaskan peluang ini.

Incoming search terms:

membina list

cara bina list

contoh membina list

kepentingan membina list

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/bina-list-cara-cepat/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />