Salah satu sebab saya sukakan perniagaan melalui Internet adalah kerana kita mampu melakukannya secara automatik sama ada sepenuhnya atau sebahagian.
Salah satu cara untuk membina perniagaan internet secara automatik adalah dengan menggunakan Autoresponder. Ya, pemasaran emel (email marketing). Tetapi bagaimana?
Sebelum saya memberitahu caranya, kita perlu memahami fungsi asas autoresponder di mana ia biasanya terdapat dua fungsi utama:
- Broadcast Email (dipanggil juga sebagai Newsletter)
- Follow Up Messages (emel bersiri)
Broadcast maksudnya kita menghantar emel secara terus tanpa menetapkan secara bersiri atau untuk satu tempoh yang panjang (lama). Contohnya, jika saya keluarkan produk baru, saya akan hantarkan emel kepada puluhan ribu subscriber saya pada hari pelancaran. Itu namanya broadcast.

Manakala Follow Up Messages pula, kita tetapkan sejumlah emel secara bersiri yang akan dihantarkan dalam selang tempoh masa yang ditetapkan bermula dari hari subscriber mendaftarkan emelnya. Contohnya, mereka akan mendapat emel setiap 3 hari sekali sehingga sejumlah emel yang ditetapkan oleh kita.
Untuk mudah memahami, imej di bawah adalah 7 siri emel yang saya lakukan:

Perhatikan, terdapat 7 buah emel yang akan dihantar setiap selang tiga hari daripada hari pertama seseorang mendaftar di laman web squeeze page. ‘Day 0′ iaitu emel pertama, ia akan dihantar terus pada hari pendaftaran (selepas pengesahan emel pendaftaran dilakukan). Day 3 pula, emel itu akan dihantar pada tiga hari kemudian. Begitulah seterusnya.
Bagi contoh di atas, saya menetapkan siri emel tersebut pada penghujung tahun 2006 lagi dan terus beroperasi sehingga sekarang (2010). Dan ia beroperasi tanpa sedikit pun memerlukan pemantauan daripada saya. Itulah kelebihan penggunaan autoresponder (sudah nama pun auto). Dan inilah yang dikatakan perniagaan secara automatik.

Tetapi, bagaimana kita boleh buat duit daripada emel susulan (follow up) tersebut? Ada dua cara:
- Orang yang mendaftar biasanya belum membeli produk yang dipromosikan. Emel susulan berfungsi sebagai alat untuk meyakinkan mereka sedikit demi sedikit. Dikatakan oleh pakar pemasaran, melalui emel ke-7 (paling kurang) barulah prospek akan mula berminat untuk membeli. Berdasarkan kepada pengalaman saya, ia betul. Sebab itu kita digalakkan membuat sekurang-kurangnya 7 siri emel.
- Mempromosikan produk di dalam emel yang dihantar itu. Katakan pembeli sudah membeli produk A, kita promosikan lagi produk B, C dan lain-lain di dalam setiap emel itu. Caranya, kita berikan tip dan informasi pada permulaan emel dan di akhirnya kita promosikan sesuatu. Produk yang boleh dipromosikan adalah seperti produk sendiri dan juga produk affiliate.
Contoh promosi dalam emel:

PERSOALAN LAZIM
1. Adakah penggunaan autoresponder (pemasaran emel) ini sesuai untuk semua bentuk perniagaan Online?
Jawapan: Ya, sudah semestinya. Tidak kisah anda menjual produk fizikal, digital, servis dan sebagainya, menggunakan emel adalah kaedah terpantas untuk menghubungi para pelanggan dengan hanya sekali klik sahaja (butang Send). Ia juga tidak memerlukan sebarang kos tambahan.
2. Berapakah kos bayaran autoresponder berbayar?
Jawapan: Setiap jenama autoresponder mempunyai kaedah cajnya yang tersendiri. Lihat senarai berikut:
- Getresponse.com: 500 emel (subscriber) = $18.00 (harga meningkat jika jumlah emel semakin meningkat)
- Aweber.com: 500 emel (subscriber) = $19.00 (harga meningkat jika jumlah emel semakin meningkat)
- TurboAutoResponder.com (milik Aweber juga) = $19.95 untuk 10,000 emel subscriber yang pertama (Servis ini milik Aweber, tetapi diselia oleh Reseller mereka)
- Norabots.com = $14.97 sebulan
TurboAutoresponder:

Getresponse:

Aweber:

Mungkin ditanya, yang mana satukah yang terbaik? Jawapannya, ikut pada kemampuan anda. Jika ada modal, pilih Aweber atau Getresponse.
3. Apa itu subscriber?
Jawapan: Ia adalah panggilan kepada mereka yang mendaftar (subscribe) ke dalam sistem pangkalan data Autoresponder kita. Mereka biasanya subscribe di laman web (dipanggil squeeze page).
4. Bagaimana cara guna sistem Autoresponder?
Jawapan: Perlu masuk ke laman web servis Autoresponder berkenaan (yang anda langgan), dan Login. Semua fungsi yang disediakan ada di sana. Tidak perlu pasang (install) sebarang perisian ke dalam komputer. Ia 100% Online dan boleh Login dari mana-mana sahaja di seluruh dunia. Rujuk bahagian Help dan Tutorial untuk panduan penggunaan.

5. Bagaimana cara membeli (melanggan) sistem Autoresponder?
Jawapan: Ada dua cara: Menggunakan kad debit, kad kredit atau Paypal. Lihat pada laman (page) pembayaran servis autoresponder berkenaan. Biasanya perlu dibayar melalui kad debit / kredit. Untuk Norabots.com, boleh bayar melalui Paypal. Selepas selesai buat bayaran, terus boleh menggunakannya.
6. Saya tiada modal yang banyak untuk bayar langganan Autoresponder tiap-tiap bulan. Ada cadangan?
Jawapan: Sebelum membeli (melanggan) perkhidmatan autoresponder, pastikan anda telah memahami asas perniagaan internet, produk yang akan dijual dan telah melakukan perancangan yang rapi. Dan yang penting juga, ada asas teknikal laman web. Pendek kata, setelah ada persediaan barulah langgan autoresponder.
Kemudian, jika tiada modal, keluarkan dahulu modal untuk kali pertama. Bayaran yang seterusnya pula, boleh dilakukan melalui dua cadangan berikut:
- Jual produk. Jika bayaran bulanan dalam $18.00 (lebih kurang RM60.00), maka promosikan produk melalui emel sehingga mendapat hasil yang tertentu. Katakan mendapat RM500 sebulan. Sebahagiannya gunalah untuk membayar langganan. Sebab itu selepas melanggan servis ini, cepat-cepatlah mengumpul list (emel) melalui laman web squeeze page.
- Affiliate sistem autoresponder. Getresponse, Aweber dan Norabots memberi peluang kita mempromosikan perkhidmatan mereka. Komisen yang diperolehi adalah pada setiap bulan selagi orang yang membeli melalui link affiliate kita melakukan bayaran. Jadi, gunakan duit komisen itu untuk membayar caj perkhidmatan mereka.
Kesimpulan
Bagi anda yang belum menggunakan autoresponder, memilikinya adalah satu keuntungan. Ia adalah salah satu senjata dan rahsia para Internet Marketer yang berjaya. Jangan menangguh atau meletakkan pelbagai alasan untuk memiliki autoresponder berbayar. Ia adalah satu pelaburan terbaik untuk perniagaan kita.
Wassalam.
ps. Daftar Newsletter saya untuk mendapat emel informasi semasa terus ke kotak emel anda. Klik di sini.









Komen Terkini