Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pengumuman Penting: Hak Jualan Produk SmartUsaha.com

Salam sejahtera semua.

Sebelum ini, saya banyak keluarkan ebook Hak Jualan (resell rights), namun daripada beberapa pengalaman saya, ia agak meletihkan juga memberikan hak jualan ini.

Apa yang ingin saya umumkan di sini adalah, selepas ini saya mungkin tidak akan buka lagi sebarang hak jualan terhadap mana-mana produk saya yang lepas dan yang akan datang. Kalau ada pun, mungkin hanya PLR di mana dengan PLR, saya tidak ada kaitan dengan pemegang hak PLR tersebut.

Menjadi seorang penerbit sesebuah produk dan melesenkannya memang nampak mudah. Tapi pemilik produk tersebut perlu melakukan banyak kerja seperti support (pembeli dan reseller) dan update produk. Malah sebenarnya pemilik produk tersebut juga mempunyai risiko yang tersendiri.

Selepas ini, kalau saya buka peluang hak jualan (resell rights), ia mungkin hanya secara tertutup dan mereka yang terpilih sahaja yang layak untuk jadi reseller. Saya sudah merancang dua cara untuk saya memilih reseller secara bertapis dan terkawal dan bukan seperti sebelum ini di mana saya buka kepada semua orang.

Tujuan saya lakukan cara ini agar perjalanan pemasaran bagi produk tersebut berjalan lancar. Dan yang penting, para reseller tidak memberikan sebarang masalah kepada saya. Setakat ini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa masalah kecil.

Sedikit perkongsian saya, jika anda ingin melesenkan produk anda, pastikan hanya berikan kepada mereka yang ada asas perniagaan internet dan juga perkara teknikal. Dan yang penting, mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan melalui pemasaran internet. Maksudnya, mereka tahu etika dan undang-undang siber.

Daripada pengalaman saya, ada produk-produk saya dijual secara salah, malah dengan cara yang tidak beretika. Inilah salah satu sebab saya tidak akan berikan hak jualan kepada orang yang saya tidak kenal lagi selepas ini. Saya akan utamakan mereka yang ada pengalaman dalam bisnes internet dan mempunyai rekod yang baik.

Dan berikut adalah beberapa perkara penting yang saya ingin umumkan:

1. Saya tidak akan buka lagi peluang hak jualan terhadap ebook Pakej Kit Blogger. Selama-lamanya. Jadi beruntunglah para reseller sedia-ada. Pakej Kit Blogger merupakan produk saya yang terbaik dan terlaris sejak hampir tiga tahun yang lepas.

2. Ebook Panduan FTP dan Sistem EZSurvey akan terus dikekalkan statusnya iaitu MRR. Ebook Panduan FTP diwujudkan bersama dengan ‘sistem EMS’ untuk memudahkan reseller mula menjual. Namun masih ramai yang tidak nampak keunikan pakej ebook yang saya hasilkan ini. Saya akan update ebook ini nanti.

3. Sistem DPP mungkin akan dijadikan sebagai produk PLR di mana tiada lagi istilah reseller. Reseller-reseller sedia ada akan ada hak mutlak terhadap sistem tersebut dan tiada kaitan lagi dengan saya. Namun ini masih dalam perancangan. Saya belum buat keputusan lagi.

Perubahan ini hanya berlaku untuk reseller sedia-ada Sistem DPP sahaja. Dan bermula hari ini, saya telah tutup peluang hak jualan Sistem DPP ini. Saya tidak akan buka lagi.

4. Saya akan lakukan rombakan terhadap beberapa perkara selari dengan perkembangan semasa perniagaan saya. Rombakan ini berbentuk perubahan, pengurangan, ‘penghapusan’ dan juga penambahan (4P).

Kesemua lima perkara di atas dilakukan agar urusan perniagaan saya lebih lancar dan tidak mengalami banyak masalah. Ini juga adalah untuk kepentingan dan manfaat para pelanggan saya juga. Tambahan pula, saya mempunyai ‘blueprint’ terbaru untuk diri saya dan juga perniagaan saya. Selagi beberapa perkara belum selesai, saya tidak dapat melangkah dengan laju untuk capai apa yang saya azamkan.

Sekian, harap maklum.

ps. Kuota untuk hak jualan ebook Kuasa Forum tinggal 34 sahaja lagi. Saya hanya buka kepada 50 orang sahaja. Bila dah cukup, saya akan tutup selama-lamanya. Modal untuk jadi reseller, RM85.00 sahaja. Maaf, harga ini tak boleh dikurangkan dah. Saya dah banyak buat kerja. Kalau saya letak murah, kiranya saya dah menzalimi diri saya sendiri.

pps. Haa, yang ni paling penting. Mana-mana pembeli dan juga reseller yang belum daftar ke list tu, daftar lah ya. Saya dapati, ramai yang tak daftar. Bukan apa, kalau saya ada pengumuman penting, anda tak dapat apa-apa info. Nanti, saya juga yang akan disalahkan. ;) Harap daftarkan diri ya. Link ke page pendaftaran ada dalam emel link download produk yang anda terima. Harap maklum.

Penghantaran Pakej 101 – Batch Pertama

Hari ini saya telah hantar DVD Pakej 101 kepada mereka yang melakukan pesanan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kiranya batch pertama lah.

pos-ekpress

So far sambutan boleh tahan. Saya tak nak buka peluang ini kepada ramai orang sebab kerja-kerja penghantaran ni cerewet sikit. Kadang-kadang sesetengah pejabat pos sukar sikit nak dapat stok sampul Pos Ekspress dalam kuantiti yang banyak. Terpaksalah cari sampai dapat.

[Setahu saya ada mereka yang jadi pembekal sampul Pos Ekspress. Kalau anda ada contact, bagitahu saya ya.]

Saya suka guna Pos Ekspress ni sebab ia mudah, murah dan cepat. Tapi jika sudah tiada pilihan, Pos Laju akan menjadi alternatif.

Setakat ini jualan Pakej 101 masih lagi dibuka. Saya tahu ramai yang minat, tapi gaji belum masuk. :D Apa pun, doa-doakanlah agar anda sempat membelinya sebab ia boleh tamat pada bila-bila masa sahaja.

Jika berminat, sila ke laman jualan Pakej 101. Klik di sini.

[DVD hanyalah sebagai medium penghantaran sahaja. Pakej 101 bermaksud himpunan produk-produk resell rights dan harga jualan adalah harga hak jualan (resell rights), BUKAN harga DVD. Sebab itu tinggi harganya. Harap maklum agar tidak salah faham.]

ps. Sedang memikirkan satu lagi bonus yang tak masuk akal untuk pembeli Pakej 101. :D

Nilai RM20.00 Bagi Anda…

Sebelum saya umumkan sesuatu untuk anda, saya ingin bertanya, apakah nilai RM20.00 untuk anda dalam kehidupan sehari-hari?

Adakah RM20.00 suatu nilai yang agak besar bagi anda?

Saya yakin, dalam kehidupan seharian kita, mungkin ada sejumlah wang dibelanjakan kepada perkara-perkara di luar keperluan.

Jikalau merujuk kepada ebuku Maskahwin Yang Hilang, banyak perkara yang tak perlu kita beli dan boleh dijimatkan wang dalam perbelanjaan.

Topup handphone untuk ‘bergayut’, beli majalah hiburan untuk tahu keretakan rumah tangga artis (oh, rumahtangga aku macam mana?), beli VCD dan DVD, album artis kesayangan, makan makanan segera macam ayam goreng dan burger besar tu dan pelbagai lagi belanja lain yang boleh dikira sebagai kurang perlu atau tidak penting sangat.

Sebaliknya, adakah anda rasa satu kerugian yang amat besar jika membelanjakan RM20.00 untuk mendapatkan sedikit ilmu dan pendapatan sampingan di Internet?

Saya rasa tidak.

Mengapa saya bertanya mengenai RM20.00?

Sebabnya adalah….

Masa untuk pengumuman

Seperti yang dijanjikan semalam, saya akan umumkan sesuatu untuk anda semua.

>> Klik di sini untuk mengetahuinya…

Lipat Gandakan Keuntungan Ebook : Teknik Ke-2

Semalam, saya telah kongsikan satu teknik yang saya sendiri telah melakukannya. Ebook yang berharga RM30.00, anda boleh menaikkan harganya kepada RM45.00 atau lebih lagi dengan menjadikan Ebook anda kepada versi cetakan yang terhad. Jika kena caranya, anda akan mendapat peningkatan dalam keuntunggan sekitar 5 hingga 10%.

Pada kali ini, saya akan kongsikan satu lagi teknik atau strategi bagaimana anda boleh melipat-gandakan keuntungan Ebook anda sekurang-kurangya dua kali ganda daripada harga biasa! Cakap sahaja berapa peratus keuntungan tambahan yang anda mahukan, anda boleh melakukannya.

Jika Ebook anda berharga RM30.00, maka anda akan menjual dengan harga RM60.00. Jika katakan keuntungan jualan biasa bagi Ebook anda adalah RM25.00 (Ebook tidak ada kos yang besar sangat), maka anda telah untung RM55.00 jika menggandakan harga kepada RM60.00!

Harga itu tidak akan dipersoalkan jika anda tahu cara melakukannya. Tanpa menambah apa-apa produk lain, anda mendapat keuntungan yang berganda dengan menjual produk yang sama sahaja… Pelik? Tak percaya? Bagaimana? Teruskan membaca….

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)
expedia coupon flight discount