Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Laporan Khas Pelaburan Maut oleh Azizi Ali

azizi aliApa khabar semua? Sihat-sihat belaka? Apapun, mulakan setiap hari anda dengan keceriaan walaupun anda ada banyak masalah. :) Saya pernah membaca satu buku dan ia memberikan satu tips, “Tak kisah anda bangun lewat pun, anda tetap perlu ada azam untuk hari tersebut sebaik sahaja selepas bangun!”. Ya, itulah salah satu cara yang saya buat selama ini kalau saya terbangun lewat! ;)

Baiklah, saya bukan nak cerita pasal motivasi hari ni walaupun umur saya baru jer cukup 25 tahun pada hari semalam. :) Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda di sini adalah, laporan khas yang ditulis oleh pakar kewangan dan pelaburan iaitu Azizi Ali. Jika anda minat melabur, maka beliau adalah salah seorang pakar yang boleh dirujuk. Sebaliknya, anda jangan pula merujuk mereka yang buat-buat tahu pasal pelaburan, termasuk saya! Saya bukan pakar pelaburan, tapi saya tahu pelaburan jenis macam mana yang kemungkinan ada unsur penipuan! ;)

Tulisan saya ini adalah respons kepada tulisan Shuth di blognya mengenai laporan ini dan mengenai istilah SCAM & FRAUD. Sila ke blognya untuk membaca tulisan beliau. Ok, tajuk laporan Azizi Ali ialah Mencari Maut: Expose Tentang Swisscash, Skim Cepat Kaya dan Lain-lain Pelaburan Maut.

Saya belum lagi membaca laporan Azizi Ali tersebut, tetapi insyaAllah, dalam sehari dua lagi saya akan menelaah laporan ini. Untuk makluman semua, saya baru sahaja membeli laporan tersebut di laman web Azizi Ali. Untuk rujukan, berikut adalah link laman webnya:

http://www.millionairesplanet.com/books_specialreport.htm#MMBL

Jika anda ingin membeli, sila ke laman web tersebut atau, tunggu saya membuat ulasan setelah saya menelaahnya ok. :)

Setelah ustaz, mufti dan ulama’ bersuara, kini pakar pelaburan/kewangan pula tampil untuk bersuara mengenai skim-skim yang memang MAUT jika disertai. Saya harap, mereka tidak diam sehingga skim-skim ini habis diperangi dan rakyat Malaysia khususnya telah sedar dan tahu. Sebelum ini, geng-geng skim cepat bersorak gembira dengan ‘kemenangan’ sementara mereka, tetapi kini atau dalam masa yang kelak, mereka akan keluh dan kesah, kecewa, bermusuh sesama sendiri, dibenci kerana menipu, hidup tak tenteram atau baru mereka kenal mana langit dan mana bumi. Rupanya, mereka ditipu oleh bangsa sendiri yang tamak haloba.

Anda? Adakah anda juga pelabur-pelabur skim cepat kaya, skim binari, piramid, skim ‘derma-menderma’ atau yang seangkatan dengannya? Ketahuilah, ia tidak kekal lama. Dalam masa hampir 3 atau 4 tahun yang lepas, saya telah tengok satu persatu skim-skim pelaburan atau piramid atau binari telah hancur empayarnya. Kegemilangan hanya untuk si tauke penganjur dan orang-orang terawal sahaja, bukan yang lambat masuk. Syukur kepada Allah, saya bebas daripada perkara-perkara terkutuk ini. Menipu orang, makan duit orang cara batil, riba, judi, menindas, bentuk pelaburan yang tidak sah dalam Islam.. Semua ini ada dalam semua model pelaburan yang tidak berlandaskan kepada hukum Syari’ah.

Sedarlah kepada mereka yang sudah terlanjur, masih ada lagi ruang dan peluang untuk berbalik ke jalan yang benar. Skim cepat kaya sebegini banyak kesan buruknya kepada diri sendiri, keluarga dan juga kepada masa depan negara.

Oklah, cakap banyak tak guna juga kalau kita semua tak ambil kisah. :)

PS. Saya menulis mengenai hal ini bukan sebab dengki melihat kejayaan orang yang buat skim cepat kaya, tetapi saya menganggap ia satu tanggungjawab. Adalah menjadi satu ‘kebodohan’ jika kita mampu ‘menegur’ tapi kita diam. Cara yang saya mampu adalah dengan menulis, terutama di blog ini. Adalah satu kepelikan juga jika kita anggap hanya skim cepat kaya / pelaburan XYZ sahaja cara nak kaya…

Wassalam.

* Seperti biasa, tulisan topik seperti ini saya akan tutup ruangan komen.

Incoming search terms:

  • blog azizi ali
  • azizi ali
  • azizi ali blog
  • ebook percuma azizi ali
  • ebook azizi ali
  • azizi ali scam
  • azizi ali peluang perniagaan
  • azizi ali mencari maut buku
  • azizi ali exposed terbongkar
  • azizi ali ebook

Pelaburan Internet Sudah Sampai Ke Hujung Tanduk?

Iklan: Anda jutawan pelaburan Internet yang mengarut? Siapa peduli? ;)

Sudah lama tak tulis pasal benda-benda panas ni. Setiap kali saya ungkit hal ini, pasti ada yang tak senang duduk atau marah.. Tapi nak buat macam mana, dah hakikat, kenalah kita kongsi-kongsi kebenaran. Setuju? Kata ustaz Zaharuddin, sah atau tidak sesuatu pelaburan ini di sisi undang-undang, itu BUKAN PERSOALANNYA, tapi hakikatnya kita perlu tahu ia halal ATAU haram? Katanya lagi, kilang arak Carlsberg di Malaysia ni sah di sisi undang-undang negara, TAPI arak adalah HARAM dalam Islam (syari’at).

Oklah, bab-bab hukum-hakam, kita serahkan kepada yang lebih berilmu. So, saya just copy & paste dan bagi link yang berkaitan. Semoga kita tak tertipu dengan skim pelaburan yang bermacam-macam di Internet sekarang demi menggapai keredhaanNya. InsyaAllah.

Berikut adalah petikan berita daripada akhbar tempatan :

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • pelaburan internet
  • skim pelaburan internet

Hakikat 9: Anda perlu sanggup melabur (keluar modal)

Ehem, melabur kat sini bukan melabur dalam skim pelaburan menipu yang banyak bersepah-sepah sekarang macam cari dua kaki, tak perlu produk, sekali bayar dan yang seantero dengannya. Tetapi melabur di sini bermaksud, keluar duit, masa dan tenaga untuk memajukan diri dan perniagaan.

Tanya diri anda dahulu, adakah anda nak berjaya? Jika ya, adakah anda sanggup mengeluarkan sedikit atau banyak wang untuk mendapatkan ilmu, membeli perisian (tools), peralatan seperti komputer, buku, seminar, bengkel, consultation, hosting, domain name dan sebagainya? Jika anda tidak sanggup, jawapan yang sebenar untuk soalan tadi adalah, anda tidak mahu berjaya.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • musuh utama perniagaan internet

Pelaburan entah apa-apa? JANGAN offer kat saya!

Saya banyak nak tulis artikel lain dan daripada senarai, saya nak tulis benda ni dulu. :) Tak kisah lah orang nak kata saya ni ego ke apa, tapi yang pasti, ia adalah prinsip saya sampai ke mati.. ;)

Sebab apa saya nak tulis pasal ni, sebab dah naik menyampah dengan emel-emel ‘sampah’ yang mengajak saya melabur ke sini dan ke sana. Tak cukup dengan pelaburan SSSS, datang pula dengan emel ‘jemputan’ untuk saya join pelaburan TeamFFFF yang dikatakan tengah panas tu.. Emel-emel macam ni, saya terus delete sebab ia menyakitkan mata saya dan mengganggu saya. Ia bukan emel spam, sebab ia emel khas untuk saya sahaja. Kononnya saya ada ‘nama’ dan ia merupakan tiket untuk zul berjaya dalam pelaburan ni. Kononnya laa..

Kepada mereka tu, maaflah yer. Saya tak akan buat pelaburan-pelaburan macam ni sampai mati. Mungkin agak kasar bunyinya tetapi ia menunjukkan tahap keseriusan saya terhadap perkara ini. Saya TIDAK BERMINAT dengan benda-benda pelaburan sebegini yang tiada dasar yang jelas dan hujung pangkalnya tak nampak terang. Prinsip saya, saya tak akan masuk ke jalan yang ragu-ragu, tapi ramai yang saya lihat, walau mereka ragu-ragu, mereka tipu diri-sendiri kononnya mereka tidak ragu (lucu bukan?). Saya hanya akan buat sesuatu yang jelas dan dah nampak jalannya. Biarlah saya berpeluh, banyak masa habis, biarlah saya lalui pahit maung, namun yang penting, saya tahu dari mana duit itu datang, berbanding dengan melabur dengan sesuatu skim yang statusnya masih diragukan. Jadi, ini prinsip saya, ini jalan saya. Jika anda tak setuju, anda ikut jalan anda. Habis cerita.

Saya juga tak akan mempergunakan ‘nama’ yang saya ada. TIDAK SESEKALI! (tanda seru tu..). Saya tak akan ajak orang lain buat sesuatu hanya semata-mata WANG, WANG DAN WANG. Saya lebih kepada pembinaan perniagaan yang tulus dan sesiapa yang berminat, boleh sama-sama bina bisnes. Siapa tak minat, mungkin bidang ini bukan untuk anda. :) Bidang bisnes hanya untuk mereka yang tahu apa itu sabar, apa itu kejayaan yang sebenar, yang sedar dan mengerti apa yang dilakukan. Saya rela, walaupun di peringkat permulaan income tidaklah seberapa dalam bidang ini, namun dengan bisnes yang kukuh dan kena caranya, ia dapat mengalahkan pelaburan yang dikatakan hebat itu! Percayalah! Tak perlu susah-susah nak taja-taja orang atau main-main lot atau berteka-teki untung atau rugi. Ia menyeksakan!

Apa yang saya perhatikan sekarang, ramai yang menyalahgunakan perkataan e-commerce. Nama pelajar dipergunakan, kononnya membantu ekonomi pelajar. Mahasiswa menganggur dipergunakan kononnya pelaburan XYZ itu telah membantu mereka. Malah, artis-artis dan datuk-datuk juga turut terlibat! Wahh, mudahnya e-commerce kan? Bayar sekian-sekian untuk sekian lot, taja orang, tunggu duit masuk. Atau, bayar sekian-sekian, duit anda dilaburkan ke bidang sekian-sekian. Tapi bila ditanya, mana bukti pihak terbabit melaburkan wang tersebut ke bidang-bidang itu? Mana data dan maklumat pelaburan pihak terbabit? Mereka sampai sekarang tidak menjawab. Yang dikatakan, pelaburan ni halal, pelaburan ni sah, bukan scam, tak labur ke bidang arak atau yang haram. Tapi, buktinya tiada. Tauke-tauke atasan masih lagi menyorok. Ye la, ada apa-apa. mudah sikit nak cabut. ;) Pokok pangkalnya, istilah ecommerce telah disalah-ertikan. Yang jadi mangsa adalah mereka yang malas berusaha dengan pelbagai jalan lain yang ada.. Macam-macam alasan diberikan..

Tak apa lah. Saya hanya memberi pandangan, bukan memaksa. Cuma apa yang ingin dikatakan, apalah gunanya wang berjuta yang diperolehi dengan ‘jalan mudah’ dengan mempergunakan orang lain? Bila sampai satu masa, ia akan tepu dan wang akan surut. Ya, anda sudah tidak dapat menggunakan ‘seni’ mendapatkan balik wang yang banyak itu kerana ia sudah tepu dan juga seni itu bukan seni yang hakiki! Jika kini dengan pelaburan XYZ itu anda boleh tidur 24 jam sehari dan duit masuk tiap-tiap hari, satu masa kelak, anda tidak dapat tidur 24 jam kerana pelaburan itu sudah terkubur dan anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang dengan jalan yang lain.. Ya, ramai yang telah terkena racun dunia dan harta, mereka terus jadi alpa.. ;) Hanya yang sedar sahaja akan terselamat.

Semua mereka ni sudah tertipu dengan diri sendiri. Macam-macam alasan. “Ala zul, cuba-cuba jer..”. “Hmm, kalau dapat, dapatlah, kalau tak, taklah..”. “Apa salahnya mencuba..”. “Eh, kawan aku masyuk giler duit dia dapat join benda ni.. Nak cuba laa..”. Ada seorang yang katanya pernah belajar Agama dan beliau beritahu pada saya, “pelaburan SSS ni bagi saya, membantu orang Islam juga sebab ramai yang miskin dan ini merupakan satu jalan untuk mereka..”. Soal saya, “encik, jalan lain nak campak kat mana?”. Nampaknya, golongan terdidik sudah mula terkeliru dengan ilmu mereka sendiri. Ini semua kerana: RACUN DUIT. Ilmu yang mereka ada telah diracuni.. Tak cukup dengan itu, yang ada phD pun boleh tertipu.. Sekali anda memulakan pelaburan sebegini, anda sudah nak berhenti. Hati-hati.
Renung-renungkan kata-kata ini:

“Andaikata diri ini gilakan harta, tak perlu daku menulis hal ini. Cukup sudah join pelaburan karut dan buat duit masyuk… Tapi bila dikenang janji Ilahi, aku rela berlapar dahaga, kerna ku tak mahu, terseksa di sana..”. ;)

Jadikanlah pegangan dan prinsip para sahabat Nabi dalam soal makan minum dan rezeki sehari-hari.. Mereka dijanjikan syurga, namun mereka tetap menjaga diri mereka dalam soal itu sebaik mungkin. Inikan pula kita manusia biasa, masih mahu membuat fatwa sendiri!

PS. Ruang komen saya off sebab isu sebegini sudah banyak kali dibicarakan dahulu.. Jadi? TEPUK DADA, TANYA IMAN. Dan jangan buat fatwa sendiri! Jangan emel saya lagi untuk ‘jemput’ saya join benda-benda mengarut sebegini!

Wassalam.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)