Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pelaburan SCK Internet HARAM! – Fatwa Rasmi

*SCK = Skim Cepat Kaya

Saya tak pasti ada ke tak pelaburan Internet yang halal, kalau ada, fatwa ni hanya untuk yang haram jer.. ;) Mari kita tengok fatwa rasmi yang telah dikeluarkan dan telah disiarkan di berita (TV):

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=TP4viviYQjY]

Semoga fatwa rasmi yang telah dikeluarkan ini adalah satu titik noktah agar umat Islam tak lagi bermalas-malasan, banyak alasan, tak mahu kerja, nak mudah, dan agar fatwa ini mengekang kita daripada sumber yang jelas HARAM.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • pelaburan internet swisscash
  • hukum 1whp haram 2012
  • cara melabur forex
  • fatwa mengenai forex
  • tips berdagang di forex
  • hukum pelaburan forex
  • expose swisscash pelaburan maut abru
  • skim binari
  • PELABURAN MATAWANG ASING
  • pelaburan matawang

Laporan Khas Pelaburan Maut oleh Azizi Ali

azizi aliApa khabar semua? Sihat-sihat belaka? Apapun, mulakan setiap hari anda dengan keceriaan walaupun anda ada banyak masalah. :) Saya pernah membaca satu buku dan ia memberikan satu tips, “Tak kisah anda bangun lewat pun, anda tetap perlu ada azam untuk hari tersebut sebaik sahaja selepas bangun!”. Ya, itulah salah satu cara yang saya buat selama ini kalau saya terbangun lewat! ;)

Baiklah, saya bukan nak cerita pasal motivasi hari ni walaupun umur saya baru jer cukup 25 tahun pada hari semalam. :) Apa yang saya ingin kongsikan dengan anda di sini adalah, laporan khas yang ditulis oleh pakar kewangan dan pelaburan iaitu Azizi Ali. Jika anda minat melabur, maka beliau adalah salah seorang pakar yang boleh dirujuk. Sebaliknya, anda jangan pula merujuk mereka yang buat-buat tahu pasal pelaburan, termasuk saya! Saya bukan pakar pelaburan, tapi saya tahu pelaburan jenis macam mana yang kemungkinan ada unsur penipuan! ;)

Tulisan saya ini adalah respons kepada tulisan Shuth di blognya mengenai laporan ini dan mengenai istilah SCAM & FRAUD. Sila ke blognya untuk membaca tulisan beliau. Ok, tajuk laporan Azizi Ali ialah Mencari Maut: Expose Tentang Swisscash, Skim Cepat Kaya dan Lain-lain Pelaburan Maut.

Saya belum lagi membaca laporan Azizi Ali tersebut, tetapi insyaAllah, dalam sehari dua lagi saya akan menelaah laporan ini. Untuk makluman semua, saya baru sahaja membeli laporan tersebut di laman web Azizi Ali. Untuk rujukan, berikut adalah link laman webnya:

http://www.millionairesplanet.com/books_specialreport.htm#MMBL

Jika anda ingin membeli, sila ke laman web tersebut atau, tunggu saya membuat ulasan setelah saya menelaahnya ok. :)

Setelah ustaz, mufti dan ulama’ bersuara, kini pakar pelaburan/kewangan pula tampil untuk bersuara mengenai skim-skim yang memang MAUT jika disertai. Saya harap, mereka tidak diam sehingga skim-skim ini habis diperangi dan rakyat Malaysia khususnya telah sedar dan tahu. Sebelum ini, geng-geng skim cepat bersorak gembira dengan ‘kemenangan’ sementara mereka, tetapi kini atau dalam masa yang kelak, mereka akan keluh dan kesah, kecewa, bermusuh sesama sendiri, dibenci kerana menipu, hidup tak tenteram atau baru mereka kenal mana langit dan mana bumi. Rupanya, mereka ditipu oleh bangsa sendiri yang tamak haloba.

Anda? Adakah anda juga pelabur-pelabur skim cepat kaya, skim binari, piramid, skim ‘derma-menderma’ atau yang seangkatan dengannya? Ketahuilah, ia tidak kekal lama. Dalam masa hampir 3 atau 4 tahun yang lepas, saya telah tengok satu persatu skim-skim pelaburan atau piramid atau binari telah hancur empayarnya. Kegemilangan hanya untuk si tauke penganjur dan orang-orang terawal sahaja, bukan yang lambat masuk. Syukur kepada Allah, saya bebas daripada perkara-perkara terkutuk ini. Menipu orang, makan duit orang cara batil, riba, judi, menindas, bentuk pelaburan yang tidak sah dalam Islam.. Semua ini ada dalam semua model pelaburan yang tidak berlandaskan kepada hukum Syari’ah.

Sedarlah kepada mereka yang sudah terlanjur, masih ada lagi ruang dan peluang untuk berbalik ke jalan yang benar. Skim cepat kaya sebegini banyak kesan buruknya kepada diri sendiri, keluarga dan juga kepada masa depan negara.

Oklah, cakap banyak tak guna juga kalau kita semua tak ambil kisah. :)

PS. Saya menulis mengenai hal ini bukan sebab dengki melihat kejayaan orang yang buat skim cepat kaya, tetapi saya menganggap ia satu tanggungjawab. Adalah menjadi satu ‘kebodohan’ jika kita mampu ‘menegur’ tapi kita diam. Cara yang saya mampu adalah dengan menulis, terutama di blog ini. Adalah satu kepelikan juga jika kita anggap hanya skim cepat kaya / pelaburan XYZ sahaja cara nak kaya…

Wassalam.

* Seperti biasa, tulisan topik seperti ini saya akan tutup ruangan komen.

Incoming search terms:

  • blog azizi ali
  • azizi ali
  • azizi ali blog
  • azizi ali ebook
  • azizi ali scam
  • ebook azizi ali
  • azizi ali exposed terbongkar
  • azizi ali mencari maut buku
  • azizi ali peluang perniagaan

Ini Blog Keusahawanan dan Perniagaan Internet :)

Apa khabar anda semua? Semoga sihatlah yer.. Dua tiga hari ni saya melihat perkembangan di internet di Malaysia seperti menurun sedikit, mungkin semua dah mula sibuk nak balik kampung dan beraya kot. hehe.. Apapun, pandu kereta hati-hati dan semoga selamat sampai.

Ok, kali ini saya ingin menyatakan bahawa, blog ini memfokus kepada keusahawanan dan perniagaan internet, dan sebab itulah jika anda perasan, saya amat jarang membincangkan perkara lain lain seperti adsense, affiliate dan cara-cara lain buat duit. Bukan tak akan disentuh langsung, tetapi akan ditulis juga sebagai perkara sampingan.

Mengapa bisnes? Kerana saya sudah katakan di tulisan yang lepas, bisnes sendiri lebih untung tinggi dan tahan lama, tak perlu bergantung harap kepada orang lain sepenuhnya. Walaupun begitu, saya tidak nafikan membuat duit melalui cara lain seperti adsense dan affiliate lebih ‘mudah’, tak perlu susah-susah fikirkan produk. Ya, semuanya ada pro dan kontra, bahkan saya sendiri melakukan benda-benda tu. ;)

Namun, saya ingin pastikan anda dan juga saya sendiri memiliki sekurang-kurangnya satu perniagaan internet sendiri, bukan hanya ‘menumpang’ produk orang lain sahaja. Kita perlu ada satu sumber pendapatan yang mantap, tidak boleh bergantung kepada program sampingan semata-mata.

Dan ingin saya nyatakan, saya tidak sesekali berminat untuk menyentuh mengenai perkara yang saya tidak minat seperti forex. Kenapa saya menyatakan hal ini? Kerana saya ada juga menerima emel yang meminta panduan daripada saya mengenai forex, padahal saya tidak buat pun benda ni.. hehe.. Lantas, saya tak balas pun emel mereka. Jadi, kalau anda orang tu yang hantar emel kat saya tanya pasal forex, saya minta maaf, forex bukan pilihan hati saya dan blog ini tidak akan menyentuh mengenai hal itu sama-sekali.. Maksudnya, saya tak akan ajar atau bagi tips mengenai ‘program-program’ sebegitu.. ;)

Akhir kata, jika anda masih keliru, tak tahu nak bermula ebiz, tak apa. Jangan risau, sebab ia perkara normal, begitu juga saya dulu dan begitu juga dengan mereka yang dah berjaya sekarang. Semuanya bermula dengan kekeliruan dan tak tahu.. Maka, gerakkan langkah anda perlahan-lahan dan penuh sabar. Kelak, insyaAllah anda akan dapat ‘rentak’ yang dicari.

Sekian dahulu daripada saya, jumpa lagi.

P/S: Mencari ruang iklan banner berpotensi? Keterangan lanjut, sila klik di sini.

Pelaburan Swisscash, FOREX Online = Dipertikaikan..

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Kali ini, saya ingin menulis mengenai sesuatu yang sedang ‘hot’ pada masa sekarang. Nak tahu lebih lanjut? Klik..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • swisscash
  • swisscash malaysia
  • swiss cash
  • pelaburan online
  • swisscash 2011
  • swisscash com
  • apa itu swiss cash
  • swiscash
  • swisscash 2010
  • swisshcash

Pelaburan ‘HARAM’..

Hehe, tarik nafas dulu… Apa yang saya nak citer hari ni bukan fatwa atau hukum syari’at. Saya nak kongsi dari segi hukum undang-undang negara. ;)

Semalam saya sudah berjanji untuk kongsi satu fakta mengenai pelaburan haram mata wang asing di dalam negara kita samada secara online mahupun offline.

Apapun, apa yang akan saya taip ini hanya overview sahaja dan saya akan mengedarkan salinan pdf yang lengkap mengenai hal ini. Ops, ini bukan cerita dongeng saya, tapi saya merujuk kepada satu prospektus oleh bank Negara Malaysia yang saya dapatkan dari bank semasa pergi berurusan beberapa hari lepas.

Jadi, mari kita lihat apa yang dinyatakan dalam prospektus tersebut:

1. Di Malaysia, semua urusan di dalam mata wang asing mesti dibuat dengan atau melalui peniaga mata wang asing yang diberi kuasa. Seseorang (individu atau syarikat) yang bukan peniaga mata wang asing yang diberi kuasa tidak dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan atau berdagang dalam mata wang asing.

2. Berdagang dalam mata wang asing ialah aktiviti pelaburan dalam mata wang asing dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang tinggi daripada pergerakan kadar tukaran mata wang asing. Oleh itu, jika anda diajak untuk melabur wang anda dalam mata wang asing, tidak syaklah ia adalah satu sindiket dagangan HARAM mata wang asing.

3. Tindakan ke atas Pedagang haram mata wang asing. Bank Negara Malaysia sentiasa memantau kegiatan dagangan mata wang asing untuk mengesan kegiatan haram. Tindakan yang diambil adalah termasuk menjalankan serbuan dari masa ke semasa ke atas pengusaha haram oleh Unit Penyiasatan Bank Negara Malaysia. Wang yang disita semasa sebuan ini akan dirampas dan pengusaha akan dihukum mengikut saluran undang-undang. 8)

Sumber rujukan:
Prospektus Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing
Program pendidikan pengguna oleh Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia.

Komen SmartUsaha:

Bagaimana? Terkesima mendengar cerita best di atas? Satu persoalan saya, adakah FOREX di internet dan juga pelaburan SwissCash termasuk dalam pelaburan haram di atas? Saya bertanya, bukan mengata.. ;)

PS. Kepada yang aktif atau dalam istilah menjadi dalang / ‘kepala’ perdagangan mata wang asing ni, hati-hatilah sebab dalam tak sedar, ada mata-mata manusia yang sedang memerhati kita yang menunggu masa sahaja untuk menyerbuuuu.. hehe. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan akhiri hidup anda di dalam lokap. :)

PPS. Seorang kawan saya menyatakan, di Malaysia hanya beberapa buah pihak sahaja yang dibenarkan oleh bank negara melakukan perdagangan / pelaburan mata wang asing atau FOREX. Tapi katanya amat pelik, begitu banyaknya wujud syarikat atau pihak yang menguruskan pelaburan ini. Mengapa begitu? Hehe, anda sebagai pengguna, berhati-hatilah.

Disclaimer: Segala info di atas adalah mengikut cetakan prospektus dan bukan nasihat rasmi dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan muktamad atau rujukan dalam kewangan dan pelaburan anda. Segala fakta dan maklumat boleh berubah bila-bila masa. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman.

UPDATE TERKINI: Kepada pelabur forex, jangan cepat melenting kerana tulisan ini tak menuju kepada forex. Tulisan ini adalah umum mengenai pelaburan matawang asing yang tidak sah di sisi undang-undang! Cuma, di dalam tulisan ini saya hanya bertanya sahaja mengenai forex! Bukan menuduh dan menuding.. Harap memahami, kerana ada beberapa pelabur forex begitu ‘hot’ dan marah terhadap tulisan ini. Please be profesional.. Jika anda benar, kenapa nak takut kan? ;)

Satu lagi, baca 3 kali part disclaimer tu..

Kalau anda faham apa yang saya nak sampaikan melalui tulisan ini, saya yakin anda tak akan marah-marah. ;)

Puasa dah tak lama.. :lol: So, berbukalah dengan rezeki yang halal dan jelas. InsyaAllah.

Jangan malas untuk bekerja, tiada jalan mudah untuk mudah. Nak seribu daya.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • adakah forex itu haram
  • pelaburan mata wang
  • punca kegiatan pelaburan haram
  • pelaburan mata wang asing
  • 1whp adakah sah di sisi bank negara malaysia
  • melabur dalam tukaranwang asing
  • membuka money changer
  • pelaburan bank dalam forex
  • pelaburan haram dalam internet
  • pelaburan melalui internet di luar negeri brunei
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)