Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pendapatan Tambahan : Tak Perlu Berhenti Kerja

Saya pernah berjumpa, diberitahu dan mendengar, ada mereka yang ingin berhenti bekerja akibat begitu teruja dengan perniagaan internet ini. Kononnya bagi mereka, mudahnya buat duit di internet, lantas, mereka ingin ‘memecat’ bos mereka. ;) Maksudnya letak jawatan lah tu (berhenti bekerja)..

Saya tahu, anda tidak tahan bekerja di bawah suruhan dan arahan orang, tak tahan dengan makian bos, tak tahan dengan politik pejabat, tak tahan, tak selesa…… Pelbagai lagi… Betul kan? Saya tahu sebab saya pun pernah bekerja dengan orang. Selain itu, anda juga teruja dengan kata-kata, “nak duit banyak, buat bisnes”, “cara mudah buat duit, melalui internet”. Oh, ini adalah mitos.. Sila baca tulisan saya sebelum ini atau download special report saya melalui pendaftaran di http://smartusaha.com/news.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • berhenti kerja kerajaan
  • kerja sambilan sebelah malam
  • apa nak buat kalau berhenti kerja
  • nak berenti kerja kerajaan
  • kerja sebelah malam
  • Kerja Part-Time Malam
  • kerja part time sebelah malam
  • kerja malam part time
  • kenapa kita perlu tambah sumber pendapatan
  • kenapa kita perlu pendapatan sampingan

Usahawan Internet : Klik-Klik, Tekan-Tekan..

Apa yang klik-klik, tekan-tekan tu? Haa, kalau nak tahu, klik dulu link berikut ;) : Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • apa itu program incubator
  • apa itu program usahawan inkubator

Bagaimana Saya Bermula Menulis Blog + Tsunami Bakal Melanda

Kini, sudah ramai yang ingin memiliki blog sendiri. Dulu, di saat pertama kali saya mengetahui mengenai blog atau jurnal peribadi, saya suka dan kekadang bosan membaca mengenai kisah-kisah peribadi mereka yang menulis di blog masing-masing. Pasal bergaduh dengan awek, masalah dengan kawan, bahkan bangun pagi gosok gigi pun diceritakan juga. ;)

Di saat itu, saya tidak tahu bahawa blog boleh mendatangkan pendapatan samada sampingan atau sepenuh masa. Kini tidak lagi, semua orang sudah tersentak dengan peluang yang sudah wujud bertahun-tahun ini.

Entah bagaimana saya tergerak hati untuk juga memiliki blog sendiri. Dan hasilnya, saya berjaya memiliki blog sendiri di http://smartbiz.tblog.com bermula Julai sehingga awal september. Selepas itu, saya ber-alih kepada smartusaha.com. Di smartusaha.com, saya menulis sehingga bulan disember 2005, tetapi malang tidak berbau, semasa saya mengalih blog ke subdomain, ada sedikit masalah berlaku. Maka, penulisan saya dari september sehingga disember ‘hangus’ begitu sahaja di pangkalan data. Namun, saya ada simpanan untuk database tersebut. ;) Nanti saya up-kan balik sebab sekarang dah expert sikit pasal alih-alih server dan blog ni. ;)

Ok, back to the topic. Blog merupakan satu wadah penyampaian ilmu, pendapat atau ulasan yang amat berkesan di masa sekarang. Dari individu, usahawan sehinggalah kepada syarikat korporat memiliki blog tersendiri. Sebab itulah, jika di luar negara, blogger adalah satu kerjaya, bahkan anda boleh bekerja sebagai blogger jika anda mempunyai penulisan bahasa inggeris yang baik. Pendapatannya juga amat lumayan. :)

Satu contoh, anda boleh ke http://www.performance.com, di situ berkumpulnya mereka yang bekerja sebagai penulis blog. :)

Saya bermula dengan tidak tahu terutama mengenai hal-hal teknikal. Saya banyak belajar daripada kesilapan. Install tak jadi, install lagi tak jadi, senget sana senget sini, error situ dan error sini. Hanya Allah Yang Tahu. Terkadang, penat mengalahkan kesabaran. Namun, alhamdulillah, dengan kesabaran itu, kini masalah teknikal di dalam pengurusan blog saya (wordpress) bukan satu masalah lagi bagi saya.

Anda pula bagaimana? Ingin berjaya di dalam satu hari? Ingin membina blog wordpress seperti blog smartusaha.com ini dalam masa satu hari? Ia mustahil dan tidak mustahil. Mustahil jika anda tidak mahu belajar dan tidak musthil jika anda sanggup belajar.

Percayakah anda, saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa anda boleh memasang (install) blog hanya dalam beberapa minit dan terus menggunakannya sebaik sahaja siap installation tersebut. Tidak sampai sehari! Adakah anda mahu? Ya, mestilah mahu.. ;) Anda tidak perlu berkorban masa seperti saya dan lain-lain, berpenat lelah untuk belajar sendiri dari zero. Ada solution untuk anda….. Tunggu.. :)

Lagi….. Adakah anda ingin menjadi pro blogger yang boleh menjana pendapatan di internet? Sepenuh masa atau sampingan? Sudah semestinya mahu.. ;) Alhamdulillah, blog kedua saya telah lahir yang akan berkisar mengenai blogging. Perkenalkan,

bloggingsteps.com

“plan, build, marketing, maintain, generate revenue”

Usah risau, blog tesebut dalam dua versi. Untuk versi BM, anda perlu ke http://bloggingsteps.com/tips. Klik sahaja URL di atas, anda akan dibawa terus ke blog BM. Versi BI pula di domain utama yang mana saya akan gunakan untuk market international. :)

Adakah anda percaya, saya berjaya menyenaraikan blog tersebut di google dalam masa 24 jam sahaja. Untuk yahoo pula, dalam masa kurang dari 48 jam. Bukan seminggu, sebulan atau berbulan-bulan. ;) Tak perlu link exchange, tak perlu backlink yang banyak. Just a simple steps to do. Nantikan special report percuma (ebook free lagi..) bagaimana cara menyenaraikan laman web atau blog anda di google dalam masa yang singkat. Dijamin! InsyaAllah.

Berita Tsunami Bakal Melanda!

Kini, smartusaha akan kembali dengan rentak yang lebih maju ke depan, bak kata sabri saifulsham, “we must push the market..”. :) Bak kata saya, gelombang yang akan saya bawa di fasa kedua ini bukan gelombang tsunami, tetapi…..

SUPER MEGA TERA TSUNAMI!!

** Hehe, inilah info tsunami tu.. :lol: InsyaAllah. Sama-samalah kita memeriahkan industri perniagaan internet ini. Mind our own business. ;)

InsyaAllah. Saya akan bawa dan pimpin anda sekali. Motto smartusaha adalah, “forwards together..”. Maju dan ke hadapan bersama-sama. Prinsipnya, “just do it and focus..”. Lakukan sahaja, dan fokus…

Jika nak berjaya, kita berjaya bersama-sama. Baru best! ;) Kepada newbie, usah risau, usah khuatir, matlamat saya, membantu diri sendiri dan juga membantu anda, sama-sama membantu. Mungkin anda ‘tertekan’ dengan kejayaan orang lain? Atau rasa begitu tertinggal dan terlambat? Oh tidak sesekali.. Anda rasa begitu sebab anda tidak tahu cara untuk sama merasa apa yang telah mereka rasa dan capai. :) Maka, usah risau dan gusar, saya akan bantu anda semampu yang boleh. InsyaAllah. Walaupun saya taklah berjaya sangat, tapi saya ikhlas ingin membantu anda selagi hayat dikandung badan. Orang kata, kalau ilmu tinggi mana tapi tak kongsi, tak guna jugak. Amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan itulah yang akan membantu kita di sana. InsyaAllah.

Nantikan produk saya yang saya harapkan akan menambahkan lagi warna-warni bidang perniagaan internet (wahh, berwarna-warninya..) di Malaysia ini. Matlamat produk saya tersebut adalah merungkai dan menyelesaikan satu permasalahan kebanyakan orang terutama newbie, di samping menambahkan lagi keceriaan industri ini. Satu hint: I’m technical guy, who know me, kenallah saya.. :)

Lupakan dengki, lupakan benci, hapuskan dendam. Kita bersatu agar hidup kita aman bahagia, bangsa dan ummat terus berjati diri dan maju ke hadapan. Jika anda pernah bersalah kepada saya, termasuk hacker yang illegal yang hack (crack) server hosting saya, saya maafkan anda. Saya nak dendam nak marah, tak ada gunanya. Buat sakit kepala ada lah.. Dan kalau saya ada tersalah kata, buat anda terasa, sakit hati, maafkan saya. Saya juga insan biasa.

Jika anda sentiasa diselubungi oleh cas negatif oleh mereka yang negatif, datanglah selalu ke blog ini, saya akan memberikan caj positif kepada anda!! InsyaAllah.

Seperti biasa yang kita dengar orang-orang bermotivasi tinggi mengakhirkan ucapannya, “jumpa di puncak kejayaan!”. ;)

Salam ikhlas daripada saya,

Mohd Zulfadli @ SmartZul

zul smartusaha

Pakej Web Berbaloi Untuk Usahawan Internet: http://www.virtualniaga.com

Langkah Demi Langkah Menjadi Pro Blogger : http://www.bloggingsteps.com

Bengkel EBiz Praktikal : http://ebizmalaysia.com/bengkel

Pendapat Peribadi Berbeza..

Di dalam menulis blog, saya lebih suka berterus-terang sesuatu perkara tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Saya mengambil sikap atau jalan tengah, kerana bagi saya itu yang terbaik. Menulis atau menyatakan apa pendapat di hati secara jujur dan adil.

Namun, kadang-kadang kita didatangi mereka yang mempunyai pendapat yang bertentangan dengan kita lantas kadang-kadang kita dicemuh, dimaki, malah membawa kepada pergaduhan. Ini akan berlaku apabila tiadanya sikap terbuka dan “aku sahaja yang betul”. Sebenarnya, anda tidak perlu berselindung sesuatu jika anda tidak sependapat dengan mana-mana penulis seperti saya, sebaliknya anda perlu menyatakan pendapat anda dengan membina dan sopan. Itu sahaja.

Tetapi pengalaman saya hampir setahun menulis blog, membuatkan sesetengah orang rasa ‘tercabar’ dengan perkara yang mereka lakukan. Lantas, saya dimaki, dicabar malah diugut. Saya tidak kisah, cuma apa yang saya ingin nyatakan, jika inilah sikap kita di dalam bertukar pendapat, jalan penyelesaian akan menjadi buntu dan tertutup.

Anda perlu tahu, selagi sesuatu pendapat itu benar, ada fakta dan bukti, maka terimalah dengan hati yang terbuka bahawa itulah pegangan dia. Begitu juga jika pegangan anda benar, ada fakta yang kukuh, maka teruskan. Cuma, kita tidak boleh memaksa orang lain menerima pendapat kita, tidak boleh dipaksa. Apa yang tidak patut adalah, luahan pendapat dengan maki hamun, seperti ‘baling batu sorok tangan’ dan berkata belakang. Seperti di blog ini, ramai yang memberi komen tanpa memberikan emel sebenar, apa yang ditulis, adalah maki hamun. Maaf, saya delete sahaja komen sebegini. ;) Kita orang Islam dan orang timur, ada nilai adab tersendiri.

Kesimpulan di sini, jika pendapat orang lain berbeza dan pendapatnya benar bagi dia atau bagi orang lain, tetapi tidak untuk anda, terimalah dengan terbuka. Pegangan anda, teruskan, dan jika ingin memberi pendapat, pastikan anda menyatakan dengan pernuh adab dan ada akhlak, bukan dengan kata-kata kesat dan caci-maki. Be profesional. ;)

Wassalam.

Incoming search terms:

  • adab memberi pendapat
  • adab memberi pendapat internet
  • bengkel forex irfan khairi

Pelaburan Swisscash, FOREX Online = Dipertikaikan..

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Kali ini, saya ingin menulis mengenai sesuatu yang sedang ‘hot’ pada masa sekarang. Nak tahu lebih lanjut? Klik..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • swisscash
  • swisscash malaysia
  • swiss cash
  • pelaburan online
  • swisscash 2011
  • swisscash com
  • apa itu swiss cash
  • swiscash
  • swisscash 2010
  • swisshcash

Rakaman Audio Best 104 bersama Usahawan Internet

::8 September 2006

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Semoga pembaca semua di dalam rahmat perlindungan Ilahi.

Baiklah, di kali ini, seperti yang kebanyakan menunggu, berikut adalah petikan rakaman audio temuramah Radio Best 104 terhadap saya pada bulan Ogos lepas. Selain saya, terdapat lagi dua orang yang ditemuramah iaitu kawan saya, saudara Ahmad dan saudara Zamrin dari Jutacash.Com.

Seperti yang saya katakan, temuramah ini bukan temuramah untuk berkongsi kejayaan, tetapi lebih kepada memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kerjaya usahawan internet dan perniagaan internet itu sendiri. Di dalam rakaman ini, bahagian saya hanya dalam sekitar 3 minit sahaja, tetapi jika ikut masa sebenar, hampir sejam saya ditemuramah.

Untuk makluman, mengapa bahagian saya sedikit sahaja, kerana versi audio ini adalah untuk siaran sempena hari merdeka dan versi penuh adalah untuk projek lain bagi pihak radio tersebut.

Di dalam tulisan ini, saya sertakan audio streaming yang boleh anda dengar terus di blog ini, tetapi hanya bahagian saya sahaja dan saya telah ‘cut’ versi mukaddimah yang mempunyai lagu, serta bahagian dua orang lagi. Untuk mendengar versi penuh, anda perlu download audio tersebut. Saya terpaksa meletakkan bahagian saya sahaja sebab nak jimat bandwidth server. ;)

PERHATIAN: Anda hanya dibenarkan mendownload dan mendengar untuk diri sendiri sahaja dan tidak dibenarkan untuk tujuan komersil dan diedarkan dalam apa jua cara sekalipun. Hakcipta audio rakaman ini adalah hak milik sepenuhnya Radio Best 104.

Oklah, klik butang Play untuk mendengar:

[audio:smartusaha-104-s-2.mp3]

smartzul

Smartzul sedang ditemubual..

zamrin

Saudara Zamrin turut menyertai..

Jika anda berminat untuk mendengar versi penuh, sila hubungi saya melalui contact form di atas

.

PS. Kepada Radio Best 104 dan abang DJ EmR, terima kasih dan teruskan usaha yang murni.

Incoming search terms:

  • best 104
  • audio temu ramah
  • radio best 104
  • tujuan best 104

6 Sept 05 – 6 Sept 06 : 1 Tahun SmartUsaha :)

* Automatik Post jam 8.49 pagi, 6/9/06. Anda akan tahu kenapa 8.49 pagi. :)

Yeaa, smartusaha.com dah ‘tumbuh gigi’ dah! ;)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Pejam celik smartusaha.com dah berusia setahun, dan dalam masa yang sama pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang perniagaan internet juga turut bertambah. Setahun.. Nak sampai ke tahap ini, begitu banyak cabaran yang telah saya lalui. Jika hati tak kental, saya mungkin anda tidak kenali dan entah siapa dan di mana saya sekarang. Namun, inilah takdir, Allah yang menentukan segalanya. Saya pernah kecewa dan ‘merajuk-hati’ dengan bidang ini, hampir meninggalkannya di waktu awal dulu…

Bagaimana saya bermula? Bila? Dah berapa lama saya dalam bidang ini (soalan paling saya tak suka – tempoh bukan penentu segalanya) :) ??

Sedikit rentetan saya..

Tahun 1996 – 1999:

Sudah ada sifat ingin mencari pendapatan sendiri melalui mail order dan sudah terdedah dengan affiliate program, tapi zero pengetahuan, tak tahu apa-apa pun apa itu affiliate program dan teknik yang betul. Join, tinggal.. ;) Banyak duit belanja sekolah habis untuk membeli bahan rujukan especially mail order. Dalam panduan tu, ada disentuh mengenai peluang buat duit di internet..

Tak terkecuali, banyak tertipu dengan skim cepat kaya dan surat berantai. ;)

Kecewa, putus-asa, stop kejap.

Pertama kali masuk internet, tahun 1999. Aplikasi pertama yang digunakanka, MiRC. :lol:

Tahun 2000 – 2004:

Masuk ke UTM. Saya sesat dan sesat di dunia siber. Ada juga join program klik-klik emel dan autosurf (bukan studio trafic), tapi jenis tak terkenal.

BANYAK masa habis!

Terdedah dengan banyak peluang skim cepat kaya, binari dan piramid. Di UTM masa tu ramai bebudak buat program cepat kaya macam Help2U dan derma-derma tu.. ;)

Sebagai student, kadang-kadang poket kering, maka saya terjebak dengan satu program derma tu walau hati kuat kata jangan. Bila buat sekali, Allah Maha Pengasih, saya sakit sebaik sahaja menggunakan duit hasil program tu. Saya bertaubat dan pulangkan balik duit tu. Nasib tak banyak, puluhan ringgit jer. Anda, harap ambil pengajaran. Kisah benar ni.. Saya sakit dalam seminggu.. Saya STOP dan jalan kebenaran mula terbuka…

Awal 2004:

Bertemu dengan satu laman web dalam bahasa Melayu, tulisan kidino. To kidino, thanks. :) Laman web tu kengkawan.net. Sekarang rasanya dah tak ada. Artikel yang dia tulis pasal affiliate program. Dan saya rasa, masa tu Kidino baru start kot bidang ebiz ni. ;) Dari artikel itulah, saya mula buat research sikit-sikit dan semangat kembali datang.. (Sedikit selingan, inilah keuntungan jangka panjang menulis ilmu yang kita tahu, ia membantu orang lain. Sebaliknya, kalau tulis blog kutuk-kutuk orang, musuh yang kita dapat bukan?) ;)

Sudah tahu membezakan the true business dan program penipu.

Namun masih belum mula.

2005:

Dalam awal 2005, bertemu pula dengan blog budak ‘kembar’ tu. Anak saper ekk. hehe, ya, saifulsham.com. Juga berbanyak terima kasih kepada mereka. Banyak yang telah saya pelajari dari blog mereka. Masa tu, saya dan diaorang tak kenal pun lagi. Dan ikhlas, saya mengikuti perkembangan mereka umpama melihat anak kecil tumbuh membesar. Kini, mereka semakin berjaya!

Pendek cerita, Julai 2005, saya bina blog di tblog.com dengan URL http://smartbiz.tblog.com. Hmm, di situlah saya bermula menulis blog. Melatih diri. Masa tu, sikit sangat ilmu pasal blogging dan penggunaan wordpress. Berkat kesabaran, kini dah ok sikit.

14.08.05: Menyertai seminar perniagaan internet oleh Irfan Khairi di UTM. Minda saya semakin jelas!! Dah nampak jalan yang betul.. Thanks Dr! Moga Allah merahmati anda.

Note: Hampir seratus orang yang menyertai seminar itu, tetapi, seperti kata saya, walau ilmu itu tinggi manfaatnya, jika anda tiada usaha, malas, fikir -ve, terpengaruh, maka kegagalan milik anda dan ia adalah KESALAHAN anda sendiri! Selain saya, siapa lagi yang mengambil jalan melakukan peniagaan internet? Ramai yang tidak menghormati ilmu dan tidak pandai menilai ilmu serta “meletak ilmu itu di tempat yang tinggi”. Maka, hasilnya tiada.. Jika anda mencemuh ilmu yang diberikan, maka ia terpalik kepada anda sendiri. Anda gagal. :)

Tepat jam 8.49 pagi 39 saat, 6 September 2005, smartusaha.com tercipta. ;)

Labur sikit duit beli hosting dan domain. Actually, setahun sebelum saya beli, saya dah survey company hosting dan belajar selok belok perkara tertentu. Setahun…. :) Dalam setahun itu, saya simpan impian, catat kemahuan. Keyakinan dan kesungguhan, kini sudah terbalas walau sedikit. Namun ia tetap rezeki dan nikmat dari Yang Esa bukan? Kita wajib bersyukur.

Kenapa nama smartusaha.com? Entah, Allah Lebih Tahu, masa brainstorm idea nama domain, nama ni jer asyik keluar dan keluar. Hati kata nama ni paling sedap. Alhamdulillah, kini tip top (harap-harap tak syok sendiri lah, hehe).

Pada mulanya nak guna untuk buat online store, jual apa yang patut. Tapi, tukar kepada blog sebab melihat kurangnya penulisan mengenai perniagaan internet dalam bahasa melayu. Masa tu, blog pasal ebiz ni sikit sangat, tapi sekarang sudah beratus malah beribu.. :) Pendek kata, blog saya adalah perintis blog ebiz dalam bahasa Melayu. InsyaAllah.

- – - – 6 September 2006: Genap setahun. Alhamdulillah.

Itu saya cerita rentetan bagaimana saya dan smartusaha.com bermula, tak cerita lagi cabaran pahit manisnya.. Setahun, banyak cerita… ;)

Fuuh, tahun pertama, saya hanya ‘berjalan kaki’. Ia sudah selesai.

Tahun kedua ini (fasa kedua), ingin naik taraf kepada kereta ‘proton perdana’ lak.

Tahun ketiga, tukar kepada ‘Mercedes’ ker… hehe..

Itu hanya analogi, bukan maksud nak beli kereta ke apa.. Dalam usaha, kita mesti ada perkembangan bukan hanya secara mendatar, tetapi graf juga mesti naik dari masa ke semasa. Macam saifulsham, diaorang dah tukar model flight lagi.. ;) Betapa maju dan berjayanya mereka sekarang.

Anda? Bagaimana? Baru sehari? Tidak mengapa, masa bukan penentu utama, ini prinsip saya. Apa yang penting adalah, apa dan bagaimana kita melakukannya. Pastikan buat dengan betul dan tepat. Itu sahaja.. :) Pastikan ada ilmu yang boleh dipakai dan ada perancangan yang jelas, ada matlamat jangka pendek dan panjang. Jika anda ada apa-apa persoalan, sudikanlah bertanya saya dan saya sedia menjawab setakat yang termampu.

Saya tidak mahu anda mengambil masa bertahun seperti mana yang telah saya lalui, dan saya tidak mahu anda melalui jalan yang gelap. Satu pesan saya, kita jangan ego, kita kena belajar daripada mereka yang tahu, terutama yang telah berjaya. Juga, kita perlu mendengar dan menerima ilmu daripada sesiapa sahaja. Kita bukan dan tidak akan tahu semua benda.. Setuju?

Baiklah, saya pun tidak tahu lagi nak taip apa, cuma mengharapkan Allah memberikan kejayaan kepada kita semua terutama di dalam perniagaan yang dibina. InsyaAllah.

Wassalam.

zul smartusaha

Mohd Zulfadli (smartzul)

PS. Tunggukan satu produk pertama daripada saya dengan harga yang istimewa. ;)

** Produk pertama ini adalah mengikut modul bengkel asas perniagaan internet saya secara langkah demi langkah. Jika saya berjaya menjual dengan baik produk pertama ini, bermakna modul tulisan saya boleh digunapakai. InsyaAllah.

PPS. Inginkan panduan asas paypal? Dapatkan juga tools, software dan ebook percuma dengan mendaftar di http://smartusaha.com/news

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)