Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tekanan Ekonomi: Apa Tindakan Anda?

Sekarang, di sana sini heboh memperbincangkan mengenai isu makanan sedunia yang dikatakan sedang di tahap serius. Manakala, harga minyak pula turun naik harganya di pasaran dunia. Di Malaysia, kemungkinan besar harga minyak akan naik lagi. :)

Sejurus harga minyak naik, sudah pasti harga barang lain pun akan naik juga. Ya lah, dalam segenap bidang minyak adalah keperluan utama. Kos naik, sudah pasti harga barang turut naik. Kalau tak, rugilah peniaga.

Yang berpendapatan rendah, semakin tertekan. Manakala yang berpendapatan tinggi pula, terus mencari usaha menambah lagi wang lebih banyak.

Di saat tahap ekonomi yang semakin mencengkam ini, apakah tindakan anda? Atau masih bersenang-lenang dan goyang kaki? Adakah sudah ada perancangan jangka pendek dan panjang?

Bagi saya, kita tidak dapat lari daripada perkara ini semua. Nak tak nak, kita perlu menghadapinya juga walau seperit mana pun. Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak kerajaan, kerana di belah kita, ada juga tindakan yang perlu dilakukan. Antaranya:

1. Berjimat-cermat

Mana barang yang tidak perlu, tak perlulah membelinya. Paksa diri agar hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Lainlah kalau ada kawalan dan perancangan, menggunakan duit untuk ‘menghiburkan diri’ tiada salahnya.

Selain itu, janganlah membazir terutama makanan. Masak atau beli apa yang perlu sahaja. Biasanya kita akan lihat pembaziran ini akan berlaku di bulan puasa. Sepatutnya di bulan puasa lah kita tidak membazir.

Jika di negara lain, amat susah untuk dapatkan secupak nasi, tapi kita sebaliknya di sini, amat mudah untuk membuang makanan begitu sahaja.

Berjimat-cermat dan janganlah membazir. Kedua-dua sifat ini adalah tanda syukur kita terhadap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan sampai Allah rampas balik nikmat tersebut. Menyesal sudah tak berguna..

2. Simpanan

Walaupun gaji atau pendapatan anda beribu-ribu sebulan, ia tidak bermakna jika ia masuk dan keluar sahaja. Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda mesti disimpan dan ‘dilupakan’. Ia adalah untuk masa depan anda atau di saat memerlukan.

3. Pendapatan Tambahan

Mungkin gaji anda sekarang tidak mampu bertahan untuk sebulan. Rancang dan usahakan sesuatu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Sudah pasti, salah satu caranya ialah melalui Internet. :)

Manakala bagi usahawan, gandakan lagi pendapatan harian dan bulanan anda. Caranya mungkin dengan menambah produk baru atau mempertingkatkan usaha promosi produk.

4. Jangan Tambah Hutang

Jangan berhutang jika tidak perlu. Lagi-lagi anda sedang menanggung hutang. Adalah satu perkara yang amat tidak digalakkan jika membuat hutang baru semasa masih ada hutang lain.

Namun jika terpaksa berhutang juga, rancanglah sebaik yang mungkin agar ia dapat dibayar tanpa sebarang masalah.

5. Beriman dan Bertaqwa

Sepatutnya ini adalah yang pertama dan utama sekali. Tak perlu saya hurai panjang sebab anda sudah tahu. Orang yang beriman dan ‘dekat’ dengan Allah, sudah pasti rezekinya mencurah-curah dan memiliki hati yang tenang. InsyaAllah.

6. …

Point ke-6, 7, 8 dan seterusnya saya serahkan kepada anda. Nyatakan pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menghadapi hari ini dan hari mendatang yang amat mencabar ini dengan sebaik-baiknya.

Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan Langkah Pertama

stepsBersedia untuk membaca satu tulisan (yang juga mungkin satu leteran) yang panjang… ;)

Pepatah ada mengatakan, “perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama”, tetapi bagaimana pula jika pepatah itu disambung begini?

“Walau langkah telah beribu batu, tetapi sampai masanya, kita perlu pulang kembali ke langkah yang pertama..”.

Ayat tersebut mempunyai 1001 makna tersendiri, mengikut keadaan diri anda sendiri. Saya mentafsirnya untuk diri saya sendiri, dan anda perlu mentafsirnya untuk diri anda. Jika anda ‘suka’ memikirkan soal dalaman anda, atau dalam maksud lain menghisab diri, maka mungkin ayat tersebut sesuai untuk anda fikirkan dan sesuaikan dengan diri anda. :)

Ia mungkin sedikit berfalsafah. Namun hakikatnya, siapa yang mahu berfikir, dia akan dapat sesuatu makna yang begitu luas pada sambungan pepatah itu tadi. ;)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Usahawan – Kena Usaha Kuat!

Tulisan kali ini saya akan guna satu style lain sikit. Saya akan tulis satu ayat rujukan, dan saya ‘komen’..

Dalam buku “Menyingkap Rahsia Kejayaan”, tulisan Syaikh Dr. Aidh Al-Qarni, terbitan Jahabersa, beliau menulis,

1. Bekerja dan bersungguh-sungguh adalah cara yang utama menuju kemuliaan, yang memberikan kesejukan bagi jiwa dan mengubati sekalian penyakit bahkan ia dapat menguatkanmu.

Kata Hati SmartZul: Siapa yang usaha kuat dan tidak kenal putus-asa, dia berhak memiliki kejayaan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Ini Blog Keusahawanan dan Perniagaan Internet :)

Apa khabar anda semua? Semoga sihatlah yer.. Dua tiga hari ni saya melihat perkembangan di internet di Malaysia seperti menurun sedikit, mungkin semua dah mula sibuk nak balik kampung dan beraya kot. hehe.. Apapun, pandu kereta hati-hati dan semoga selamat sampai.

Ok, kali ini saya ingin menyatakan bahawa, blog ini memfokus kepada keusahawanan dan perniagaan internet, dan sebab itulah jika anda perasan, saya amat jarang membincangkan perkara lain lain seperti adsense, affiliate dan cara-cara lain buat duit. Bukan tak akan disentuh langsung, tetapi akan ditulis juga sebagai perkara sampingan.

Mengapa bisnes? Kerana saya sudah katakan di tulisan yang lepas, bisnes sendiri lebih untung tinggi dan tahan lama, tak perlu bergantung harap kepada orang lain sepenuhnya. Walaupun begitu, saya tidak nafikan membuat duit melalui cara lain seperti adsense dan affiliate lebih ‘mudah’, tak perlu susah-susah fikirkan produk. Ya, semuanya ada pro dan kontra, bahkan saya sendiri melakukan benda-benda tu. ;)

Namun, saya ingin pastikan anda dan juga saya sendiri memiliki sekurang-kurangnya satu perniagaan internet sendiri, bukan hanya ‘menumpang’ produk orang lain sahaja. Kita perlu ada satu sumber pendapatan yang mantap, tidak boleh bergantung kepada program sampingan semata-mata.

Dan ingin saya nyatakan, saya tidak sesekali berminat untuk menyentuh mengenai perkara yang saya tidak minat seperti forex. Kenapa saya menyatakan hal ini? Kerana saya ada juga menerima emel yang meminta panduan daripada saya mengenai forex, padahal saya tidak buat pun benda ni.. hehe.. Lantas, saya tak balas pun emel mereka. Jadi, kalau anda orang tu yang hantar emel kat saya tanya pasal forex, saya minta maaf, forex bukan pilihan hati saya dan blog ini tidak akan menyentuh mengenai hal itu sama-sekali.. Maksudnya, saya tak akan ajar atau bagi tips mengenai ‘program-program’ sebegitu.. ;)

Akhir kata, jika anda masih keliru, tak tahu nak bermula ebiz, tak apa. Jangan risau, sebab ia perkara normal, begitu juga saya dulu dan begitu juga dengan mereka yang dah berjaya sekarang. Semuanya bermula dengan kekeliruan dan tak tahu.. Maka, gerakkan langkah anda perlahan-lahan dan penuh sabar. Kelak, insyaAllah anda akan dapat ‘rentak’ yang dicari.

Sekian dahulu daripada saya, jumpa lagi.

P/S: Mencari ruang iklan banner berpotensi? Keterangan lanjut, sila klik di sini.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)