Terkini (Oktober 2011): Didapati daripada sebuah forum, ramai yang mengatakan servis ini menghadapi banyak masalah yang berkaitan. Oleh itu, baca artikel ini untuk pengetahuan sahaja. Jika mahu cuba, guna ia atas risiko sendiri.
Nampaknya, industri perniagaan internet dan jual beli melalui Internet bagi rakyat Malaysia akan semakin meningkat setelah satu demi satu pihak bekerjasama dengan online payment gergasi di dunia iaitu Paypal.

Jika sebelum ini EON Bank dan MOL bekerjasama dengan Paypal melalui projek kad prepaid MOL-Paypal, kini giliran bank RHB pula. Apa yang RHB lakukan adalah bukan mewujudkan kad debit atau kad prepaid khas, tetapi fungsi menambah dana (duit) dari akaun bank terus ke akaun Paypal!
Satu persoalan yang terus muncul di benak fikiran pengguna Paypal tegar atau sedia ada adalah, adakah duit yang dipindah masuk itu akan terus masuk ke akaun Paypal? Jawapannya adalah YA.
Jika selama ini kita add funds dengan membeli dana daripada pengguna Paypal lain atau ‘ditarik’ dari akaun kad debit/kredit, kini sudah boleh TERUS ‘top up’ duit ke akaun Paypal melalui akaun bank. Duit akan masuk dengan segera (instant) ke akaun Paypal. Namun perlu ada akaun simpanan + Online Banking RHB.
– How fast would I receive the top up amount in my PayPal Account? The top up is instant. Once you have top up via RHB Internet Banking, you can immediately login to your PayPal Account to check your PayPal Balance and shop online. –
Keperluan kemudahan ini:
1. Perlu ada akaun simpanan atau semasa di bank RHB. Dan akaun itu ada akaun Internet Banking.
2. Perlu ada akaun Paypal. Seeloknya akaun yang didaftarkan dengan alamat Malaysia. Bagi anda yang belum ada akaun Paypal, boleh dapatkan Panduan Paypal di sini.
3. Seterusnya, ikut langkah yang disediakan oleh pihak RHB Bank di sini.
Buat masa ini saya masih ‘mengkaji’ dan belum memiliki sebarang akaun di bank RHB. Bagi yang sudah ada akaun di sana, boleh cuba kemudahan ‘Top Up PayPal Account’ yang disediakan ini.
Selamat mencuba.
Bacaan lanjut: http://www.rhb.com.my/internet_banking/paypal/
-
Incoming search terms:
- TAMBAH DUIT
- www danaduit my
- rhb paypal
- kiriman wang dari rhb ke maybank berapa lama baru dapat
- rhb bank paypal
- transfer duit di paypal ke debit kad rhb
- tambah duit paypal
- paypal transfer ke rhb berapa lama
- sebelum rhb bank
- rhb-paypal


















Komen Terkini