Secara asasnya, jika kita membuat bayaran melalui Paypal, kita tidak akan dikenakan sebarang caj. Sebaliknya jika kita menerima bayaran, Paypal akan mengenakan caj dengan formula berikut:
1. Bayaran daripada pembeli dari dalam negara: 3.4% + $0.30
2. Bayaran daripada pembeli luar negara: 3.9% + $0.30
Formula di atas adalah untuk transaksi dalam matawang USD.
Contoh 1: Katakan kita menerima bayaran sebanyak $10 USD daripada pembeli dari Malaysia.
Caj = (3.4% x $10.00) + $0.30 = $0.64
Contoh 2: Terima bayaran sebanyak $10 USD daripada pembeli luar negara.
Caj = (3.9% x $10.00) + $0.30 = $0.69
Seperti yang kita sedia maklum, Paypal telah menyokong nilai Ringgit Malaysia. Bermaksud, kita boleh menerima bayaran melalui nilai RM. Apakah pula formula kiraan cajnya? Ianya sama sahaja seperti formula sebelum ini, cuma nilai tetap tambahan adalah RM2.00:
1. Bayaran daripada pembeli dari dalam negara: 3.4% + RM2.00
2. Bayaran daripada pembeli luar negara: 3.9% + RM2.00
MAKLUMAN: Caj akan berubah mengikut jumlah bayaran yang diterima. Peratusan akan menurun mengikut julat jumlah bayaran yang diterima. Klik di sini untuk melihat kadar caj di laman web Paypal. Untuk senarai panjang, klik di sini.

Pentingkah mengetahui caj transaksi?
Dengan mengetahui caj yang akan dikenakan, kita boleh melakukan perancangan untuk perniagaan kita:
- Boleh menganggar atau menetapkan jumlah keuntungan yang akan diperolehi. Ini amat penting agar jumlah caj transaksi yang akan dikenakan tidak mengganggu keuntungan jualan.
- Mudah untuk meletak harga pada produk jualan. Harga yang diletakkan telah dikira sekali dengan kos yang terlibat.
- Jika ada kaedah lain untuk menerima bayaran daripada pembeli di mana cajnya lebih murah berbanding Paypal, mungkin boleh menggunakan kaedah tersebut.
Pengumuman
Dapatkan ebook Panduan Asas Paypal untuk memudahkan proses pemilikan akaun Paypal tanpa perlu mencari sendiri maklumat di Internet.
-
Incoming search terms:
- caj paypal
- paypal fees
- paypal fees malaysia
- paypal fee malaysia
- caj terima duit paypal
- paypal fee
- cas paypal malaysia
- siapa yang bayar fee paypal 3 4% rm2 00 myr
- kadar caj paypal
- cas dikenakan paypal















Komen Terkini