Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » pasaran niche

Apa Itu Pasaran Lumayan?
Saya dilanda ‘banyak kerja’ sekarang. Sehingga ‘kesuntukan’ untuk menulis di blog ini. Namun begitu, saya cuba meluangkan sedikit masa untuk menulis ‘berita terbaru’ di blog ini. Saya tidak mahu pembaca-pembaca ‘akhbar harian Ebiz’ ini kecewa jika tiada sesuatu yang baru pada setiap hari.

Niche, Niche, Niche.. Tak Habis Habis..

Anda sering kali didedahkan dengan istilah ‘Niche’. Saya juga telah banyak juga menulis mengenai niche market, niche marketing, niche product dan sebagainya. Apa itu niche, apa tujuannya, mengapa dan juga bagaimana telah pun pernah saya tulis sebelum ini.

Namun pada hari ini saya ingin mengulangi lagi agar kita semakin nampak akan keuntungan menjual sesuatu kepada pasaran yang ‘niche’. Baik, apa itu ‘niche’? Ia adalah perkataan bahasa Inggeris dan ada yang ‘menterjemahkan’ ke dalam bahasa Melayu sebagai fokus, bertumpu atau spesifik.

Tapi setelah difikirkan istilah yang sesuai UNTUK perniagaan internet, maka saya ingin memanggil istilah ‘niche’ itu sebagai LUMAYAN. Jadi, niche market bolehlah diberi maksud pasaran spesifik yang lumayan.

Mengapa Utamakan Lumayan?

Tidak salah untuk menjual apa sahaja di internet. Tetapi sebagai seorang usahawan internet yang bijak, kita kenalah mengutamakan pasaran yang lumayan. Bukan pasaran yang hanya seorang dua sahaja yang mahukan produk tersebut.

Dan sudah adat dunia perniagaan, salah satu matlamat perusahaan adalah keuntungan yang tinggi dalam penjualan sesuatu produk, bukan keuntungan yang hidup segan mati tak mahu.

Apa Itu Pasaran Lumayan?

Ia adalah satu pasaran yang ada permintaan terhadap sesuatu perkara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sesuatu pasaran spesifik itu pula dikatakan amat lumayan jika tinggi permintaannya dan kurang persaingan.

Inilah yang sering anda dengar iaitu carilah pasaran dahulu sebelum menentukan produk, sebaliknya jangan tentukan produk dahulu baru cari pasaran. Maksudnya, buat kajian dahulu apakah permintaan yang ada dan kemudian baru sediakan apa-apa produk (penyelesaian) untuk mereka.

Untuk mengetahui sesuatu permintaan itu adalah niche atau tidak, lumayan atau tidak, maka anda perlulah melakukan kajian pasaran (market research) dahulu.

Mengapa Perlukan Pasaran Yang Spesifik?

Mudah sahaja jawapannya. Pasaran yang khusus dan ‘kecil’, biasanya memerlukan kos yang kecil juga untuk penyediaan produk dan juga proses promosi/pemasaran. Kalau pasaran anda besar (mass market), anda begitu sukar untuk bersaing dengan perniagaan-perniagaan yang besar.

Tapi anda jangan salah sangka dengan istilah ‘kecil’ atau ‘spesifik’ ini. Ia bukanlah kecil yang apa kita faham, tapi ialah satu pasaran atau segmen yang spesifik/khusus. Contoh mudah, ubat jerawat batu. Ia hanya untuk mereka yang ada jerawat batu sahaja, bukan untuk jerawat yang lain.   Jadi, mereka yang memerlukan ubat jerawat batu itulah yang dikatakan sebagai ‘pasaran’ yang spesifik.

Istilah dan Maksud

Berikut ialah beberapa istilah yang perlu anda faham maksudnya:

Niche product – produk yang spesifik untuk memenuhi pasaran yang spesifik

Niche market – pasaran atau sasaran untuk produk niche tersebut. Produk ini adalah untuk mereka sebab mereka yang memerlukannya.

Niche Market Research – usaha mencari pasaran yang spesifik dan lumayan

Contoh:

Setelah dibuat sedikit kajian, didapati ramai yang mahu membina laman web perniagaan internet. Mereka lebih suka membina sendiri sebab sumber modal yang terhad untuk mengupah orang lain. Jadi, setelah dikenalpasti permintaan ke atas keperluan ini, maka saya hasilkan satu panduan (ebook) membina laman web minisite khas untuk perniagaan internet.

Poin penting di sini, ebook ini bukan untuk semua orang. Tetapi ia adalah untuk mereka yang ingin membina laman mini (minisite). Laman web terdapat banyak jenis seperti laman web korporat, laman web komuniti, laman web artikel dan sehinggalah kepada laman web minisite (contoh minisite: http://www.ftpcaramudah.com).

Maka, bermulalah proses menyediakan panduan tersebut sehingga siap. Beberapa perkara berkaitan juga ditambah untuk melengkapkan panduan itu agar usahawan internet yang mahu menggunakan minisite sebagai medium pemasaran produk berjaya menghasilkan satu laman web yang lengkap.

Produk pun siap. Maka bermulalah pula proses promosi dan pemasaran. Kemudian apa lagi? Sudah tentulah duit masuk mencurah-curah. Itupun jika pasaran yang anda kaji betul-betul sebuah pasaran yang lumayan.

*Ya, sudah semestinya perlu promosi yang berkesanlah. Baru akan dapat ramai prospek dan juga pembeli.

Artikel Yang Berkaitan:

1. Dua contoh produk yang niche

2. 5 sebab perniagaan internet tidak berjaya

3. ‘Lubuk Emas’ Perniagaan Internet

p.s. Ramai orang yang mahu belajar mengenai FTP dan mahu menjual ebook. Jika anda juga berminat, saya ada sediakan peluang ini di http://www.ftpcaramudah.com.

Incoming search terms:

fokus pasaran

definisi fokus pasaran

maksud fokus pasaran

pasaran niche

maksud pasaran fokus

maksud pasaran baru

niche pasaran

maksud \pasaran niche

apakah maksud mass market

apa itu kajian pasaran

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/apa-itu-pasaran-lumayan/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />