Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Lubuk Emas $$$ dan Idea Produk – Wajib Baca ;)

*Contoh yang diberikan di dalam artikel ini mungkin sudah tidak ‘relevan’ lagi pada masa ini. Ambil isi artikel ini iaitu mengenai mencari pasaran/permintaan. 

Kali ini, saya akan membawakan satu kaedah mudah untuk kita menentukan produk apa yang boleh kita jual di internet. Ingat keypoint utama di dalam menentukan produk:

ADA PERMINTAAN

Ya, pastikan produk yang anda ingin jualkan di internet itu ada sambutan atau permintaan yang tinggi. Dalam bahasa orang putihnya dipanggil demand. Ya lah, jika anda jual sesuatu yang tak ada atau sikit orang yang memerlukannya, maka sudah pasti sales (jualan) anda sikit bukan? Maka, pastikan anda mengikut ‘peraturan’ utama ini jika anda ingin betul-betul membuat wang di internet dengan menjual produk atau servis.

Ok, produk di sini tidak kisah samada fizikal ataupun digital mahupun perkhidmatan, ia dapat ditentukan oleh anda sendiri berdasarkan masalah atau permintaan para pengguna internet. Salah satu cara untuk kita mengenalpasti apakah perkara yang dihadapi oleh kelompok orang yang tertentu adalah menggunakan forum. Bagaimana?

Mudah sahaja. Anda masuk ke forum-forum tertentu dan anda lihat, apakah masalah yang paling banyak dibincangkan oleh forumers (ahli forum) tersebut. Banyak di sini bermaksud, perbincangan bagi topik tersebut sentiasa diulang-ulang atau sudah lama dibincangkan. Inilah lubuk emas anda. Betul ke lubuk emas? Hmm, tak percaya tak per. Mari kita tengok satu contoh mudah..

Masalah mengeluarkan duit dari paypal!

Anda masuklah ke ruangan forum ebay Malaysia atau di forum wangcyber.com, topik mengenai masalah ini terus menerus dibincangkan sampai sekarang. Sebelum wujudnya beberapa penyelesaian, masalah ini begitu memuncak, duit di akaun paypal tak dapat atau susah untuk dikeluarkan. Tetapi, mereka yang tahu cepat mengambil peluang baik ini, maka mereka mewujudkan produk atau perkhidmatan mereka sendiri seperti:

1. Ebook Chapter-M, oleh Gobala Krishnan. Ebook yang ringkas, tetapi praktikal menerangkan beberapa cara untuk mengeluarkan duit dari paypal

2. Accent Card. Di Malaysia hanya ada satu agen (jika saya tak salah). Mereka mengeluarkan kad debit yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus di mesin ATM.

*Nota terkini 1: Perkhidmatan Accent Card sekarang ramai yang mengadu mempunyai masalah. 

3. Khidmat mendaftarkan akaun bank US. Ini adalah cara penyelesaian pertama jika tidak silap saya untuk masalah ini sebelum wujud produk lain.

*Nota terkini 2: Paypal telah pun menyediakan kemudahan mengeluarkan wang terus ke kad debit/kredit (Visa card).

Dan lain-lain lagi produk atau servis yang telah wujud dan AKAN wujud untuk PENYELESAIAN bagi MASALAH ini. Hmm, anda ada cara lain lagi untuk mengeluarkan duit dari paypal?? ;)

Nampak dan faham dengan jelas? Cuba anda masuk ke forum / ruang komuniti ebay.com.my, dalam banyak2 topik, masalah paypal inilah yang banyak dibincangkan.

Kenapa? Sebab RAMAI yang memerlukan PENYELESAIAN kepada MASALAH mereka!

Sekali lagi, masalah!

Maaf, dalam bahasa yang ‘jahat’ sedikit, mereka (termasuk saya dan kita lah, hehe) yang memerlukan penyelesaian terhadap paypal itu, umpama di dalam keadaan tersangat LAPAR! Hungry kalau kalau dalam bahasa inggerisnya.. Perumpamaan ini tidak pelik jika anda tahu, sebab, sebagai pencari peluang, kita mesti melihat mereka yang sedang amat-amat memerlukan sesuatu untuk memudahkan mereka.

Jadi, selepas anda membaca tulisan saya ini, cuba masuk ke beberapa forum dan lihat, apakah masalah atau perkara yang selalu dibincangkan atau perbincangan itu dah lama dibincangkan tetapi solusinya belum lagi ada. Atau jika dah apa pun, masih diperlukan penyelesaian yang lebih efektif, tersusun dan mudah.

Ehem, saya sekarang dalam proses menyiapkan satu produk yang mana ‘idea’ ini diperolehi daripada forum. Ramai yang memerlukan ‘penyelesaian’ terhadap masalah mereka, maka insyaAllah saya cuba memenuhinya. Masalah mereka sering dibincangkan di forum dan kadang-kadang topik baru dibuka, terutama newbie. Tak cukup di forum, ada juga yang menghantar emel kepada saya memohon bantuan.

Nota terkini 3: Produk itu ialah Pakej Kit Blogger.

Dipendekkan cerita, jika anda dah jumpa lubuk emas tu, jangan menangguh, tetapi rebutlah dengan segera dengan menyediakan produk/perkhidmatan kepada yang memerlukan itu.

Sekian, wassalam.

PS. Ada beberapa cara lagi untuk menentukan ‘hot product’ yang ada demand atau apa yang boleh anda jual di internet.

Incoming search terms:

  • lubuk emas
  • lombong emas gobala
  • di mana lubuk emas
  • lubok luas enterprise
  • lubuk emas gobala
  • produk yang mendapat permintaan tinggi di internet
  • vidio sempadan lubuk antu
  • www lubuk emas

“Nak Mula EBiz Tak Perlu Tahu Banyak Pun..”

Dah 3 hari kita berpuasa, kejap je kan masa berlalu? Inilah akhir zaman namanya.. ;)

Ok, kali ni saya nak menyatakan satu ‘penyakit’ kebanyakan newbie, termasuklah saya dulu, iaitu nak mula perniagaan internet. Nak mula punyalah susah, takut, tak yakin, rasa tak cukup ilmu lagi, belum bersedia.. Macam-macam ‘alasan’..

Satu perkara yang menjadi ‘halangan’ kepada yang baru nak bermula adalah perasaan rasa tidak cukup ilmu lagi dan rasa ilmu sikit sangat. Hmm, adakah anda sama seperti apa yang saya nyatakan ini? Jika ya, satu berita gembira untuk anda adalah, “anda tak perlu tahu banyak sangat pun untuk bermula..”. Memadailah dahulu yang asas-asas yang tak advance.. Ya, inilah hakikatnya.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cara nak mula business online
  • macam mana nak mula buat bisnes online
  • macam mana nak start online bisnes
  • mula berniaga
  • mulabisnes-mulaberniaga
  • nak mula niaga internet macamana
  • teknik teknik nak mula ber niaga

Adab Menuntut Ilmu

Kini, sudah ramai yang ingin memiliki perniagaan internet sendiri atau membuat duit di internet yang caranya ber-aneka bentuk atau kaedah. Nak kata senang, tak juga, nak kata susah, tak juga. Banyak faktor berkait yang akan menentukan susah senang itu..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • adab seorang murid dalam menuntut ilmu
  • macam macam adab
  • adab menuntut ilmu
  • adab semasa menuntut ilmu
  • mengapakah kita perlu menuntut ilmu ?
  • senarai rujukan untuk adab-adab menuntut ilmu
  • adab yang betul semasa menuntut ilmu
  • macam-macam adab
  • 4 0 lima kelebihan orang yang menuntut ilmu
  • menuntut ilmu dan jati diri

Pendapatan Tambahan : Tak Perlu Berhenti Kerja

Saya pernah berjumpa, diberitahu dan mendengar, ada mereka yang ingin berhenti bekerja akibat begitu teruja dengan perniagaan internet ini. Kononnya bagi mereka, mudahnya buat duit di internet, lantas, mereka ingin ‘memecat’ bos mereka. ;) Maksudnya letak jawatan lah tu (berhenti bekerja)..

Saya tahu, anda tidak tahan bekerja di bawah suruhan dan arahan orang, tak tahan dengan makian bos, tak tahan dengan politik pejabat, tak tahan, tak selesa…… Pelbagai lagi… Betul kan? Saya tahu sebab saya pun pernah bekerja dengan orang. Selain itu, anda juga teruja dengan kata-kata, “nak duit banyak, buat bisnes”, “cara mudah buat duit, melalui internet”. Oh, ini adalah mitos.. Sila baca tulisan saya sebelum ini atau download special report saya melalui pendaftaran di http://smartusaha.com/news.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • berhenti kerja kerajaan
  • kerja sambilan sebelah malam
  • apa nak buat kalau berhenti kerja
  • nak berenti kerja kerajaan
  • kerja sebelah malam
  • Kerja Part-Time Malam
  • kerja part time sebelah malam
  • kerja malam part time
  • kenapa kita perlu tambah sumber pendapatan
  • kenapa kita perlu pendapatan sampingan

Buat Duit Dengan Ebook

Saya ada menulis satu artikel yang bertajuk buat duit dengan ebook dalam 2 siri. Setakat ni saya letak di wangcyber.com dan kalau anda nak guna artikel ni pun boleh, dengan syarat tak ubah kandungan dan tak buang info penulis. Selamat membaca.

Buat Duit Dengan Ebook : Siri 1

Buat Duit Dengan Ebook : Siri 2

Di samping tu, anda juga boleh baca satu lagi artikel saya:

Gandakan Hasil Jualan Dengan Kad Kredit

- zul

Rahsia Utama Kejayaan Usahawan

Sebelum ni saya tulis 7 petua kejayaan usahawan internet, kali ni saya tulis pula satu lagi rahsia utama kejayaan usahawan. Tak kisahlah usahawan siber atau usahawan offline, satu benda ni lah yang akan menentukan cepat lambat, kukuh ke tak usaha perniagaan seseorang itu. Nak tahu? Kik link ini :

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • kejayaan seorang usahawan
  • kejayaan usahawan muda
  • artikel kejayaan keusahawanan
  • seminar kejayaan perniagaan
  • rahsia kejayaan usahawan terkini
  • rahsia kejayaan seorang usahawan
  • rahsia kejayaan perniagaan onlie
  • kejayann Digi
  • kejayan seorang usahawan
  • artikel kejayaan usahawan

7 Petua Usahawan Berjaya

Nak tahu petua kejayaan kebanyakan usahawan yang telah berjaya di dalam perniagaan internet? Klik link berikut:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • tips berjaya dalam perniagaan
  • tips kejayaan dalam perniagaan
  • petua berjaya dalam perniagaan
  • tip usahawan berjaya
  • tip berjaya dalam perniagaan
  • tips kejayaan usahawan
  • petua perniagaan berjaya
  • petua perniagaan
  • petua kejayaan perniagaan
  • tips berjaya pernigaan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)