Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » Panduan

‘Rahsia’ Mencari Penyelesaian di Google | Adab Bertanya | Lagi Mengenai Ebook Berbayar
Anda mungkin salah seorang yang asyik bertanya soalan remeh temeh kepada orang lain seperti:

Apa itu domain name?

Apa itu add on domain?

Apa itu blog?

Jadi, pada kali ini saya akan menulis satu tip yang amat mudah, tapi akan menjimatkan masa anda. Saya yakin, tak semua orang tahu cara mencari maklumat menggunakan cara mudah ini yang mana cara ini ada diajar oleh Google sendiri termasuklah enjin carian yang lain.

Bagaimana?

Mudah sahaja. Katakan anda nak tahu apakah itu domain name. Jadi, taip begini di Google.com:

“what is domain name”

*Seeloknya masukkan sekali tanda quote “” “” untuk hasil carian yang lebih tepat dan optimum.

Kemudian akan keluarlah banyak laman web yang menerangkan apa itu domain name. Tapi dalam English-lah kebanyakannya.

Begitulah juga untuk apa sahaja yang anda ingin tahu.

“what is Hosting”, “what is bandwidth”, “what is internet marketing” dan segalanya…

Sebenarnya di Internet ada laman web yang tertentu berfungsi sebagai memberikan tafsiran (seperti kamus) dan maksud bagi sesuatu perkara.

Carian Untuk Error…

Katakan anda menghadapi sesuatu Error pada sistem Windows komputer anda, atau pada blog anda atau pada apa sahaja. Teknik carian penyelesaian amat mudah, tapi bukan 100%.

Katakan anda menghadapi masalah seperti:

“Error establishing a database connection”

Error tersebut biasanya berlaku kepada sesebuah sistem seperti sistem blog WordPress. Jadi, bagaimana mahu mengetahui apa sebabnya dan apakah penyelesaiannya? Ini caranya:

Taip Error tadi pada google.com: “Error establishing a database connection”

Dan kemudian keluarlah laman web yang membincangkan mengenai masalah itu… Bacalah apa-apa cadangan penyelesaian yang ada di laman web tersebut.

Carian Untuk Error Yang Lebih Tepat

Katakan Error tadi berlaku pada sistem WordPress anda, maka cara carian ada sedikit tambahan. Gunakan tanda tambah (+) pada carian anda di Google :

“Error establishing a database connection” + wordpress

InsyaAllah, boleh dikatakan laman web yang tersenarai di dalam carian anda adalah perbincangan atau penyelesaian untuk Error bagi WordPress tadi. Begitulah juga jika anda ada Error untuk windows katakan, taip Error yang keluar dan letakkan tanda tambah beserta jenis Windows yang anda gunakan.

Teknik di atas tak ramai yang tahu! Buktinya?

Semasa saya bekerja ‘part time’ dahulu di sebuah jabatan IT, saya menyelesaikan satu problem dengan begitu mudah yang mana seorang pekerja IT di sana yang dah lama bekerja telah mengaku kalah tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Kemudian dia menyuruh saya cuba melihatnya. Lantas saya gunalah teknik carian di atas untuk Error yang dihadapi.

Nah! Ia kemudian selesai padahal masalah itu sebelum ini saya tak tahu apa-apa pun mengenainya. Begitu juga semasa saya praktikal, saya banyak belajar dan mendapat ilmu dengan hanya menggunakan Google melalui teknik-teknik di atas. Sehinggalah bos saya dan para pekerja tempat praktikal menganggap saya terer dan pakar dalam bab komputer. Padahal saya banyak merujuk ‘pakcik’ Google. hehe… Pecah rahsia saya!

Begitulah tatkala kawan-kawan sepengajian bertanya itu dan ini, saya menghadap komputer, masuk ke Google dan mencari maklumat. Kemudian saya menerangkan kepada mereka dan membantu mereka. “Wah Zul, hebat kau yer!”. Dalam hati saya, “terima kasih Google!”.

Psst, pernah tak menonton satu iklan DiGi di TV? Seorang yang mendaki gunung berjumpa dengan seorang tua di sana untuk bertanyakan petua awek muda. Lantas si tua menggunakan Internet untuk mencari “petua awek muda”… Kalau tak ada Internet, confirm si tua itu tidak tahu untuk menjawab!Boleh dikatakan di Internet, apa sahaja masalah, perkara dan segalanya memang sudah ada yang dibincangkan sekurang-kurangnya sekali. Maka, jika anda ada masa, gunalah Internet melalui enjin carian seperti Google untuk mencari sesuatu…

Saya harap dengan sedikit tip pada hari ini yang menjadi amalan saya dari dahulu berguna untuk anda semua. Gunalah Google setiap kali anda mempunyai persoalan dan masalah sebelum bertanya dan menunggu jawapan daripada orang lain.

Tak semua perkara sesuai dicari di Internet!

Namun biar saya katakan, walaupun kita boleh gunakan Internet, tak semestinya semuanya ada di Internet atau tak semua ada di Internet. Kadang-kadang lebih elok membeli Ebook atau panduan tertentu kerana mungkin ia lebih cepat dan menjimatkan masa anda daripada mencari-mencari sendiri, lagi-lagi anda seorang yang sibuk.

Atau paling kritikal, anda akan mengalami information overload jika terlalu banyak yang anda temui, tambahan maklumat yang anda jumpa tidak tersusun dan bercampur-campur. Maka disiplin dan kemahiran mencari maklumat amat perlu di sini.

Mungkin tidak sesuai perkara yang anda cari adalah mengenai sesuatu yang amat ‘berat’ dan memerlukan pencarian yang mengambil masa yang lama. Malah mungkin perkara yang anda cari itu bukan bidang anda. Setakat nak tahu mengenai domain name, itu bukan masalah. Tetapi jika ingin tahu bagaimana nak setup sebuah server, jalan terbaik adalah belajar dengan seseorang yang pakar! Mungkin Ebook, mungkin video atau menyertai bengkel…

Jika anda ingin tahu, ada laman web yang menawarkan khidmat menjawab soalan. Anda tanya satu soalan tapi anda perlu membayar kepada mereka yang menjawab soalan anda! Kenapa perlu bayar padahal anda boleh cari sendiri? Sebab mungkin anda sibuk, tak ada masa, dan mahu jawapan yang cepat.

Ebook Berbayar…

Dalam Ebiz, golongan yang membenci Ebook berbayar sering memberikan alasan, “tak perlu beli Ebook, semuanya ada kat Internet!”. Itu bagi mereka, tapi bagi orang lain yang kesibukan dan profesional, Ebook adalah satu cara yang cepat untuk belajar dan mempelajari sesuatu berbanding dengan menghabiskan banyak masa di Internet! Nah, fikiran golongan yang negatif tadi amat jumud dan sempit…

Para CEO, profesional dan mungkin anda amat mementingkan masa yang ada untuk perkara yang produktif. Anda tak mahu membazirkan masa dengan menghadap Internet dan mencari sendiri jawapan bagi sesuatu masalah. Maka dengan cara membeli Ebook, melantik konsultan atau mendapatkan personal trainer, anda telah menjimatkan masa dan mendapat input yang tersusun…

Jika anda ada banyak masa dan tak kisah dengan masa, maka sudah tentu anda rasa membazir untuk membayar itu dan ini. Tapi bagi orang lain, mereka tak sama seperti anda. Maka tak usahlah menghasut atau menyuruh orang lain mengikut corak dan gaya pemikiran serta perlakuan kita…

Saya tujukan pernyataan tersebut kepada mereka yang suka menghasut dan mempengaruhi orang lain agar mengikut cara mereka, padahal cara orang lain itu tidaklah salah. Mereka menghasut sebab mereka tidak pandai menghormati pegangan orang lain (pegangan yang betul la). Mereka mahu menjadi hakim bagi semua orang. Diri mereka tak akan tenang selagi orang lain tidak mengikut cara dan kehendaknya…

Adab Bertanya…

Saya dan mungkin juga anda pernah ditanya dengan soalan-soalan yang mudah. Nak jawab pun malas sebab ia terlalu mudah selain selalu menerima soalan sebegitu. Anda bosan dengan situasi sebegini… Bagi si penanya, sudah tentu mereka mahu tahu sesuatu dan mungkin tak tahu cara carian di Internet seperti yang saya kongsikan di atas.

Jika kita mahu bertanya kepada seseorang, berikut adalah ‘adab-adab’nya:

1. Cuba cari dahulu sendiri punca dan cara penyelesaian masalah tersebut melalui Internet atau sumber rujukan lain (buku? majalah? dll…).

2. Jika tidak jumpa dan memang dah usaha sungguh-sungguh, barulah bertanya. Tapi adabnya adalah:

i. Fahami masalah itu dahulu. Apa yang telah terjadi.

ii. Terangkan masalah itu sedetail yang mungkin. Contohnya:

“Zul, saya hadapi masalah Error begini dan begini selepas saya buat begini dan begini…”.

Sebaliknya bukan begini: “Zul, saya dapat Error ni. Tolong saya!”. Ia terlalu pendek.

iii. Jika anda bertanya di forum, pastikan tajuk Post yang anda buka menyimpulkan apa yang anda mahu tanya. Contoh: “Error Connection Refused bagi Blog wordpress”.

Sebaliknya JANGAN begini: “Tolong!“. Entah apa lah yang diminta tolong tu. Kelemasan di lautan Internet ke…?

iv. Jika soalan anda tak cukup info, jawablah jika ada seseorang yang mahu membantu anda jika mereka bertanyakan sesuatu. Berikan kerjasama kepada mereka. Kadang-kadang sesuatu perkara memerlukan persoalan lain dijawab dahulu sebelum soalan / masalah / perkara yang anda tanya dapat dijawab. Ingat, jika tanya secara PERCUMA, maka jangan marah jika anda tidak mendapat jawapan yang cepat seperti yang anda inginkan! Kalau nak cepat, bayarlah…

v. Jangan mendesak! Inilah adab yang paling penting. Saya, bahkan mungkin anda pernah menerima soalan yang menyuruh anda menjawab dengan cepat. “Ewah ewah, ingat aku ni kuli kau ke sedap-sedap suruh jawab cepat!”.   Sungguh tidak elok mendesak orang lain menjawab dengan cepat dan menerangkan sesuatu agar masalah yang ditanya selesai.

Kalau anda mendesak, biasanya orang tak akan layan persoalan anda ATAU mereka akan melayan dengan tidak ikhlas dan dengan hati yang marah bercampur benci.

Tanyalah dengan bersopan dan banyaklah bersabar. Walau Internet adalah 24 jam sehari, tak semestinya orang yang kita bertanya itu Online 24 jam sehari juga! Mereka juga manusia seperti kita yang ada masa untuk makan, minum, berehat, bersama keluarga dan sebagainya… Hormatilah mereka!

vi. Berterima kasih. Cuba ingat kembali. Pernah tak kita berterima kasih kepada mereka yang membantu kita? Berterima kasih kepada mereka yang berkongsi panduan yang mana kita meminta? Berterima kasih kepada mereka yang membantu padahal tak salah pun jika mereka tak bantu. Adalah suatu yang baik jika kita berterima kasih kepada mereka. Tapi pastikan terima kasih itu adalah ikhlas dari hati, bukan sebab lain kali nak tanya lagi.

Itulah beberapa adab yang perlu dijaga jika mahu bertanyakan seseorang mengenai sesuatu. Jangan susahkan orang lain tapi dalam masa yang sama kita hanya mahu kesenangan sendiri. Tak patutlah kan?

Saya rasa setakat ini dahulu pada hari ini… Esok Sabtu dan Ahad, saya mungkin tak menulis, melainkan hati mahu menulis.

Segala apa yang dikongsikan hanyalah perkongsian semata-mata. Ambil mana yang baik, tolak mana yang tak bermanfaat. Saya menulis hanya mahu berkongsi, tetapi bukan mahu menyuruh anda mengikut apa yang saya tulis. Jangan taklid buta. Anda berhak memikirkan dan menentukan apa yang terbaik untuk anda.

Jadi ingat, semua tulisan SmartZul tidak pernah sama sekali mahu mengajak anda mengikut cara SmartZul. Saya bukan jenis suka menghasut atau memaksa orang mengikut cara dan gaya saya. Be yourself…

Tazkirah: Di hari Jumaat ini, perbanyakkan amalan yang soleh dan doa yang baik-baik. “Kalau semalam dan kelmarin (hari yang lepas) ada 100 kesalahan yang dilakukan, apa kata kurangkan 1 pada hari ini…”. Allah sukakan mereka yang berusaha untuk memperbaiki diri dan amal.

Wassalam.

Prolific Blogger,

SmartZul!

Iklan: Nak jadi blogger? Klik di sini!

Incoming search terms:

bagaimana caranya untuk bertanya kepada pak cik google

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/howtotips-ebook-adab-bertanya/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Pentingnya Tahu Teknikal Komputer
Assalamu’alaikum.

Apa khabar semua? Semoga sihat semua hendaknya.

Semalam, sambil khusyuk buat kerja di komputer, tiba-tiba skrin komputer menjadi gelap. Kemudian saya off komputer sebab biasanya itu berpunca dari sistem windows. Biasalah windows ni, bila ada problem kita kena restart.   Tapi, sebaik sahaja ON balik, komputer saya tak mahu hidup. MasyaAllah, harap-harap hard-disk tak rosak. Alhamdulillah, dengan ilmu yang ada sikit kat dada ni, saya dapat tengok-tengok sikit dan buat troubleshoot. Namun, kecewa, tak jumpa masalah dia. Lagipun, hari dah malam, menjadi cara saya, bila “stress”, saya tidur untuk mencari “ilham”. hehe..

Bangun pagi, dengan harapan menggunung (magic la tu.. Biasanya berlaku!). Terus ON suis utama dan On PC. Juga tidak mahu hidup. Takper, kali ni saya buka semua benda yang ada dalam komputer tu. Bedah lah tu kiranya..   Mungkin komputer dah tua dan lama tak cuci, so saya cuci lah mana yang patut terutama debu di celah-celah kipas penyejuk dan power supply. Pasang balik, tak dapat juga..   Kalau anda nak tahu, dalam proses troubleshoot komputer, dia ada beberapa cara. Salah satunya, kita tanggalkan semua komponen dan pasang balik. Kalau tak berjaya, baru buat cara lain.

Then, saya dah dapat syak yang problemnya adalah power supply. Sebab power nak tak nak jer masuk. Lagipun kipas power supply tak berpusing. Tengok motherboard ok jer. Komponen lain pun ok jugak. Kemas, takder tanda terbakar ke apa. Ya, 90% saya yakin power supply dah K.O. So, saya gunalah satu teknik lagi iaitu tukar ganti. Maksudnya, kita guna komponen yang disyak bermasalah tu dengan yang ok. Jadi, saya pinjam power supply kawan saya dan pasang di komputer saya. Jeng jeng jeng!! Alhamdulillah, 100% sah yang power supply saya perlu diganti yang baru.

Hehe, itulah cerita daripada saya untuk anda. Apa yang saya nak bawakan kepada anda adalah, begitu menjimatkan jika anda tahu troubleshoot komputer anda sendiri apabila berlaku masalah seperti yang saya contohkan. Jika anda hantar ke kedai, mungkin kos yang perlu anda bayar mencecah RM100. Tapi, dengan buat sendiri, paling tidak anda hanya perlu membeli komponen yang rosak sahaja.

Hikmahnya jika anda tahu selesaikan masalah yang mudah pada pc anda, di saat “technician” tengah tidur di lamun mimpi, dan anda pula banyak kerja perlu disiapkan, dan pc pula problem. Maka, anda dapat repair sendiri tanpa perlu mengupah orang lain. Di sinilah lebihnya seorang usahawan internet yang tahu soal teknikal seperti ini. Seorang usahawan yang bijak, biasanya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjimatkan kos atau perbelanjaan. Pokok pangkal, anda perlu belajar.

PS. Tahukah anda. Pelajar degree sains komputer tidak diajar “bagaimana membaiki komputer”. Kami hanya diajar, “ini adalah mouse”, “ini adalah hard-disk”…, sebaliknya kami belajar sendiri!! Kalau kami boleh, masakan anda tidak? Nak seribu daya..

AWAS: Walaupun membaiki komputer sendiri mudah, tapi dapatkan nasihat pakar jika anda was-was dan ragu-ragu. Saya sendiri pun meminta nasihat kawan-kawan jika saya ragu. Bukan nak menakutkan, tetapi langkah berjaga-jaga sebab kita ‘bermain’ dengan elektrik. Namun, dengan mengamalkan langkah keselamatan, insyaAllah, kita akan selamat.

Wassalam.

Incoming search terms:

teknikal komputer

kursus baiki laptop

belajar baiki komputer

kursus baiki komputer

belajar baiki laptop

cara membaiki komputer

kursus teknikal komputer

masalah teknikal komputer

komputer teknikal

misi kedai komputer

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/pentingnya-tahu-teknikal-komputer/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Pembuka Pintu Rezeki Adalah Taqwa & Iman..
Apa khabar pembaca semua? Moga sihat hendaknya. Mungkin bagi sesetengah orang, dapat merasakan saya kini semakin jarang online dan aktif menulis dan berada di wangcyber.com.

Ya, masa saya untuk menulis dan aktif di wangcyber agak terhad sedikit buat masa sekarang. Tak apa, saya hanya sebahagian atau salah satu yang wujud, kini saya perhatikan, sudah ramai yang berjaya sudah menampilkan diri. Satu demi satu usahawan internet muncul untuk membantu para pemula yang baru.. Baguslah, satu perkembangan yang positif. Maka, tidak menjadi masalah jika saya jarang menulis terutama di forum wangcyber.   Bahkan, begitu ramai yang lebih pakar dan berjaya daripada saya yang dapat membantu anda memulakan dan menjalankan perniagaan internet.

Baiklah, kali ini saya ingin memberikan satu tips yang semua orang dah tahu, tapi tak salah saya katakan, ramai yang meremehkannya.   Usaha-usaha juga, yang ‘tak nampak’ jangan diperlekehkan. Taqwa adalah pembuka pintu rezeki.. Ini dinyatakan secara jelas dalam ayat ’1000 dinar’ yang agar terkenal di kalangan orang-orang Islam. Malangnya, ia tidak dihayati dan tidak diamalkan (bukan sekadar dibaca, tapi dilakukan maksud ayat itu), sebaliknya hanya digantung buat perhiasan sahaja di dinding terutama di kedai. Kononnya dengan menggantung, ia boleh menjadi ‘pelaris’.. Itulah nasib kalamullah di zaman ini. Dihias-hias, digantung-gantung, tapi tak dihayati..

Apa itu taqwa? Mudah sahaja walaupun banyak tafsiran. Taqwa adalah mendekatkan diri kepada Allah, menjauhi maksiat dan tidak melakukan perkara yang dimurkaiNya. Lidah tak lepas dari zikrullah, jauh sekali mengumpat dan memfitnah manusia yang seagama dengannya, aib manusia disimpan baik.. Tak semudah dikata, orang yang cuba menguasai taqwa akan diuji. Nafsu, syaitan, harta, manusia, dunia, akan menjadi garis ukur di dalam usaha memiliki taqwa.

Orang yang bertaqwa begitu dikasihi Allah, maka dengan sifat adilNya, yang dikasihi memang wajar diberi balasan yang setimpal. Itulah sebabnya jika kita lihat, orang yang bergaji ratusan ringgit pun, dapat membesarkan ramai anak dengan baik, memiliki keluarga yang bahagia. Berbanding yang berharta ribuan, juta, namun hati tidak tenang, resah, kosong dan keluarga porak-peranda, akibat daripada jauh dari Allah. Yang kaya diuji, yang miskin pun diuji. Namun yang membezakan adalah, TAQWA.

Ketahuilah, rezeki itu bukan hanya wang ringgit semata-mata, ia lebih dari itu.. Namun apa yang saya bicarakan adalah mengenai pendapatan daripada usaha perniagaan kita. Orang-orang yang bertaqwa, insyaAllah rezeki akan datang secara tak disangka-sangka.. Sucikanlah hati, jauhi perkara mungkar, ber-istighfarlah selalu.. Inilah ‘ilmu penarik rezeki’ yang sah di sisi Agama.   Tak perlu jumpa bomoh atau pawang yang mengarut tu..

Oh, mengapa saya tiba-tiba ber-tazkirah pada hari ini? Nak tunjuk alim ke? Mudah sahaja jawapan saya: Kita adalah orang Islam, maka tak salah nak bercakap hal-hal baik sebegini.   Lagipun, kita berniaga, dan sudah semestinya panduan no satu adalah agama. Taqwa itu tak nampak, sebab itu ramai yang tak yakin ia boleh ‘menarik’ rezeki. Taqwa itu lebih hebat daripada teknik bayangan minda bawah sedar, psikik, NLP atau yang seumpama dengannya. Ketahuilah, taqwa ‘sudah’ merangkumi sebahagian besar teknik-teknik ‘sains’ yang saya nyatakan itu.   Bagaimana nak mendapat taqwa? Anda mengetahuinya.. kalau tak tahu, ‘carilah’.. hehe..

Semoga perniagaan internet kita bertambah maju dan diberkati. Bagi yang tak mula-mula, bedoalah kepada Allah agar dipermudahkan untuk anda bermula. Doa adalah langkah awal dalam melakukan sesuatu agar Allah mempermudahkan apa yang kita lakukan, pemikiran kita juga tenang. Mudah menuntut ilmu, mudah mempraktikkan dan mudah mencapai kejayaan.. Berdoalah. InsyaAllah.

Wassalam.

Incoming search terms:

doa pembuka 12 pintu rezeki

doa pelaris perniagaan

ayat 12 pintu

mula-mula cari kerja tiba-tiba terjumpa doa rezeki

nama pembuka rezeki dlm islam

pelaris perniagaan

Pelaris perniagaan dalam islam

pelaris perniagaan yang digantung di kedai

rahsia ayat seribu dinar

rezeki internet

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/pembuka-pintu-rezeki-adalah-taqwa-iman/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Ebook : Keluar Dari Skop EBiz!
Apa khabar semua? Hmm, pejam celik, dah nak 2 minggu yer kita puasa. Cepat betul masa berlalu, pantas, cepat… Bagi seorang muslim, ‘you know what should you do..’ hehe..

Ok, kali ini saya ingin memberikan satu pandangan terhadap satu perkara yang mana ramai yang masih keliru dan alpa. Kebanyakan orang menganggap bahawa, untuk menghasilkan ebook, hanya ebook mengenai perniagaan internet atau cara buat duit di internet sahaja yang perlu dihasilkan. Pada pandangan mereka, itulah satu jenis topik yang mendapat perhatian dan kehendak ramai. Jika anda berpandangan begini, anda telah membutakan diri kepada lubuk emas yang lain.

Bukan bermaksud anda tidak boleh menulis ebook bagi bidang tersebut, tetapi mampukah anda bersaing? Pada pandangan peribadi saya, jika anda banyak pengalaman, atau anda mempunyai strategi / teknik yang unik atau anda ada sistem yang menghasilkan pendapatan yang banyak atau anda seorang sahaja yang tahu mengenai sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan / pemasaran internet, maka, silakan.. Tetapi, jika anda orang baru, tetapi sudah mahu menulis mengenai perniagaan internet dan mensasarkan ke pasaran antarabangsa, saya kurang yakin anda dapat meyakinkan orang di luar sana.

Anda perlu tahu, begitu banyak ebook yang telah dihasilkan dalam bahasa inggeris bagi topik perniagaan internet, dan kebanyakannya hanya mengulang-ulang perkara yang sama, cuma diolah dengan cara yang berbeza. Orang di luar dah mula bosan, hanya benda yang sama diulang-ulang dan mereka lebih mahu membeli information products yang unik dan dikeluarkan oleh top internet marketer.

Cuba kita senaraikan, apakah bidang-bidang lain yang boleh kita hasilkan sebuah ebook yang NICHE. Ok, tak per, saya tahu anda letih berpuasa, hehe.. Biar saya yang fikir dan senaraikan. Namun ini hanya contoh sahaja:

1. Martial arts

2. Telecommunications

3. Fishing

….. anda senaraikan lagi boleh? :p

Ok, saya ambil topik kedua. Dalam bidang telekomunikasi, cuba senaraikan bidang-bidang yang kecil skopnya. Contoh? Oklah, saya senaraikan…

1. VOIP

2. Cellular Phone

….. apa kata anda tambah lagi senarai ni… hehe..

Ok, sekarang kita ambil skop no 2 tu. Pada hemat dan fikiran anda, apakah jenis maklumat yang boleh dihasilkan mengenai cellular phone?? Hmm, yer lah, biar saya tolong fikirkan:

1. Cellular Phone Buying Guides *

2. How To Repair Cellular Phone YourSelf

* Saya akan gunakan tajuk ini sebagai contoh untuk tulisan seterusnya..

…. lagi? Hmm, anda mungkin expert mengenai handphone kan? Cuba listkan benda yang berkaitan..

Nampak tak flow nak cari idea yang niche? Ok ok, jom kita buat website jualan! Opps, tunggu saudara/i, anda perlu buat kajian pasaran dulu + kajian pesaing… Macam mana? Kalau nak tahu, selalulah datang ke blog kesayangan anda ni… hehe..

Jadi, anda perlu sedar bahawa begitu banyak lagi topik-topik lain yang boleh kita terokai dan kuasai. Bina empayar anda bagi bidang tersebut! Mudah sahaja, hasilkan topik yang niche bagi sesuatu bidang.. Namun pastikan, produk yang ingin anda hasilkan itu ada permintaan.

Maka, apa yang saya ingin simpulkan adalah, walaupun anda hebat dalam bidang pemasaran internet, dan boleh mengajar orang lain lagi, namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk anda menutup peluang-peluang lain yang terbentang luas.

Wassalam.

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/ebook-keluar-dari-skop-ebiz/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

10 Model Bisnes Internet
Berjumpa lagi di hari ini.   Ehem, puasa elok-elok yer.. hehe.. Mata jaga, mulut jaga, semua kena jaga..

Baiklah, kali ni saya nak review salah satu ebook terbaru yang dah dilancarkan dalam beberapa hari yang lalu. Ebook tersebut bertajuk “10 Model Bisnes Internet”, yang ditulis oleh Tazilan Ibrahim. Hmm, kalau anda tahu ebook “idea bisnes luar biasa”, maka saya pasti anda akan kenal penulis ini.

Actually, saya dah baca ebook ini dan apa yang saya dapat katakan adalah seperti berikut:

1. Banyak model perniagaan internet atau cara buat duit di internet. Ebook ini, memberikan 10 cara untuk anda buat duit di internet.   Anda boleh pilih mana satu yang sesuai dengan anda.

2. Ebook ini mudah difahami, ringkas dan padat, tetapi penuh dengan isi.

3. Anda bukan hanya dinyatakan jenis-jenis model, namun dinyatakan juga apakah pro dan kontra bagi setiap model. Bermaksud, penulis telah membuat analisa ringkas untuk anda, dan ini akan membantu anda memilih model yang sesuai dan mampu dilakukan.

Kesimpulannya, kebanyakan model ebiz yang disampaikan di dalam ebook ini, ramai di kalangan kita yang tidak mengambil hirau selama ini. Kebanyakan kita mengganggap membuat duit di internet hanya dengan menjual barangan digital dan fizikal semata-mata, padahal ada lagi model-model atau cara yang lain.

Ebook ini berharga RM20.00 sahaja dan saya tidak tahu, mungkin suatu masa nanti penulis akan menaikkan harga lebih dari yang sekarang.   Anda boleh dapatkan ebook tersebut di http://www.modelbisnesinternet.com.

P/S. Jika anda tidak mahu membeli lagi, penulis ebook ini memberikan anda preview percuma untuk kandungan ebook tersebut. Sila lawati laman web modelbisnesinternet untuk mendownload (perlu masukkan nama dan emel).

P/P/S: Sekali lagi diulangi, begitu banyak cara untuk buat $$$$$$$ di internet. Kalau anda masih keliru, tak tahu, blurr, whats model for you, i recommend this ebook. Dah baca, pilih satu model, mulakan dan fokus… Kata Ewen Chia (internet marketer singapore), nak berjaya kena ada 3 sifat, fokus, komitmen dan konsisten.

Komen Jujur: Ebook ini tidak akan ajar anda BAGAIMANA melakukan satu-persatu bagi setiap model yang disampaikan. Tapi ia amat sesuai bagi anda yang masih blurr dan masih baru dalam bidang ebiz ini. Saya yakin ia akan membantu anda memahami dengan mudah.

Incoming search terms:

keusahawanan it-bisnes model

model bisnes

model bisnes internet

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/10-model-bisnes-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Perniagaan Internet : Produk vs Servis
Kepada anda yang telah atau akan (dalam perancangan) menjana pendapatan di internet, mungkin anda memikirkan, apakah cara ‘terpantas’ untuk membuat banyak duit dalam masa yang singkat. Ehem, singkat di sini bergantung kepada keadaan tertentu ok (disclaimer nih, hehe).

Ada dua jenis model bisnes yang boleh anda buat di internet iaitu PRODUK dan PERKHIDMATAN (servis). Yang mana satukah dapat memberikan keuntungan yang besar dalam masa yang ‘singkat’?

Jawapannya sudah tentu PERKHIDMATAN. Ya, mari kita lihat perkiraan matematik ini:

Untung bersih satu unit produk = RM10

Caj untuk satu servis = RM350

Maka, untuk menghasilkan RM900, cara manakah yang lebih cepat dan ‘mudah’??

Sudah pasti perkhidmatan bukan? Dan inilah yang telah saya rasai dan lalui. Satu projek atau caj perkhidmatan saya paling rendah adalah RM300. Mahalnyaa… Hohoho… Mintak maaf tuan puan, saya rasa kat Malaysia ni, saya antara yang ‘baik hati’ dan ‘crazy’ letak harga murah macam ni. Orang lain letak ratus-ratus, saya letak puluh-puluh.. Tak cayer tak per, my client know it.

So, merujuk contoh di atas, bila saya siap tiga projek atau perkhidmatan saya tu, maka saya akan dapat RM1050! Atau kadang-kadang, duit dah dapat sebelum projek bermula lagi. Dalam contoh ini, 3 projek bukan RM900, tapi lebih dari itu!

Sebaliknya, jika saya jual produk yang untungnya RM10 untuk satu unit, maka saya perlu jual sebanyak 90 unit untuk dapat RM900. Mampukah anda menjual produk sebanyak 90 unit dalam masa yang singkat?? Mungkin ya, mungkin tidak. Psst, jika anda tahu cara dan ‘syarat-syarat’nya, 90 unit jualan tu boleh dihasilkan dengan ‘mudah’ jer..

Namun!! Perkiraan memang mudah saudara mara semua, hehe, tapi hakikat realitinya, model servis memerlukan masa yang banyak untuk menyiapkan projek atau perkhidmatan kita tersebut. Ya, it’s happen to me.. Saya buat servis design laman web, setup blog, sistem affiliate, dan lain-lain, memerlukan masa yang banyak dan perancangan yang baik.

Tidak seperti produk, mudah sekali kerjanya. Ada order, dapat bayaran, hantar. Just that.. Tidak untuk perkhidmatan, kita kena melayan dan berurusan dengan client dalam beberapa kali sampai siap projek itu.

Kesimpulannya, kedua-dua model ini ada pro dan kontranya, dan anda perlu rebut kedua-dua jika anda mampu. Saya dah buat model servis dan kini saya nak create produk sendiri pula.. Kena ada multiple sources of income.

Jadi, bagi anda yang baru nak mula ebiz, fikirkan yang terbaik, model mana yang sesuai untuk anda.. Ingat pesan saya dulu, pilih satu, fokus..

Wassalam.

Selingan: Kebanyakan pendapatan saya banyak digunakan utuk re-invest semula kepada bisnes saya agar lebih kukuh dan fleksibel.   Antaranya membeli domain untuk projek yang mendatang dan membeli tools yang dapat membantu. Orang kata, biar sakit dahulu, senang kemudian. Saya tak banyak belanja untuk kehendak, tapi saya gunakan wang yang ada untuk keperluan yang penting dahulu.

Incoming search terms:

perniagaan servis

bcb dikenali cimb

laman web berkaitan adab menuntut ilmu

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/produk-vs-servis/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

BCB –> CIMB = :)
Sekadar makluman untuk anda semua, mungkin masih ada yang belum mengetahui bahawa, bank commerce berhad (BCB) kini telah dikenali sebagai CIMB.

Maka, jika dulu laman web bank BCB adalah di http://www.bcb.com.my, maka kini anda sudah boleh mengakses laman web dan sistem yang berkaitan di http://www.cimbbank.com.my.

Bagi pengguna channel-e, kini ia dikenali sebagai CIMBClicks. Anda boleh mengakses sistem ini di http://www.cimbclicks.com.my. Apa yang saya perhatikan, hanya interface / design laman web sahaja yang berubah, tetapi sistem cimbclick lebih kurang sama dengan interface sebelum ini di channel-e.

Ada yang bertanya, bagaimana dengan kad debit mastercard sebelum ini? Adakah ada perubahan polisi atau sebagainya? Saya belum mendapat tahu lagi akan hal ini dan jika saya dah tahu, saya akan maklumkan di sini.Wassalam.

PS. Jangan lupa tukar nama bank BCB kepada CIMB di form order produk anda.

Incoming search terms:

pengasas cimb bank

bcb to cimb

asas cara menggunakan e master kad cimb

tukar kepada kad debit cimb

how bcb change to cimb

from bcb to cimb

daftar cimb bank debit card

cimb mastercard electronic

cimb debit mastercard paypal

cimb dan bcb

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/bcb-cimb/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Lubuk Emas $$$ dan Idea Produk – Wajib Baca ;)
*Contoh yang diberikan di dalam artikel ini mungkin sudah tidak ‘relevan’ lagi pada masa ini. Ambil isi artikel ini iaitu mengenai mencari pasaran/permintaan.Â

Kali ini, saya akan membawakan satu kaedah mudah untuk kita menentukan produk apa yang boleh kita jual di internet. Ingat keypoint utama di dalam menentukan produk:

ADA PERMINTAAN

Ya, pastikan produk yang anda ingin jualkan di internet itu ada sambutan atau permintaan yang tinggi. Dalam bahasa orang putihnya dipanggil demand. Ya lah, jika anda jual sesuatu yang tak ada atau sikit orang yang memerlukannya, maka sudah pasti sales (jualan) anda sikit bukan? Maka, pastikan anda mengikut ‘peraturan’ utama ini jika anda ingin betul-betul membuat wang di internet dengan menjual produk atau servis.

Ok, produk di sini tidak kisah samada fizikal ataupun digital mahupun perkhidmatan, ia dapat ditentukan oleh anda sendiri berdasarkan masalah atau permintaan para pengguna internet. Salah satu cara untuk kita mengenalpasti apakah perkara yang dihadapi oleh kelompok orang yang tertentu adalah menggunakan forum. Bagaimana?

Mudah sahaja. Anda masuk ke forum-forum tertentu dan anda lihat, apakah masalah yang paling banyak dibincangkan oleh forumers (ahli forum) tersebut. Banyak di sini bermaksud, perbincangan bagi topik tersebut sentiasa diulang-ulang atau sudah lama dibincangkan. Inilah lubuk emas anda. Betul ke lubuk emas? Hmm, tak percaya tak per. Mari kita tengok satu contoh mudah..

Masalah mengeluarkan duit dari paypal!

Anda masuklah ke ruangan forum ebay Malaysia atau di forum wangcyber.com, topik mengenai masalah ini terus menerus dibincangkan sampai sekarang. Sebelum wujudnya beberapa penyelesaian, masalah ini begitu memuncak, duit di akaun paypal tak dapat atau susah untuk dikeluarkan. Tetapi, mereka yang tahu cepat mengambil peluang baik ini, maka mereka mewujudkan produk atau perkhidmatan mereka sendiri seperti:

1. Ebook Chapter-M, oleh Gobala Krishnan. Ebook yang ringkas, tetapi praktikal menerangkan beberapa cara untuk mengeluarkan duit dari paypal

2. Accent Card. Di Malaysia hanya ada satu agen (jika saya tak salah). Mereka mengeluarkan kad debit yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus di mesin ATM.

*Nota terkini 1: Perkhidmatan Accent Card sekarang ramai yang mengadu mempunyai masalah.Â

3. Khidmat mendaftarkan akaun bank US. Ini adalah cara penyelesaian pertama jika tidak silap saya untuk masalah ini sebelum wujud produk lain.

*Nota terkini 2: Paypal telah pun menyediakan kemudahan mengeluarkan wang terus ke kad debit/kredit (Visa card).

Dan lain-lain lagi produk atau servis yang telah wujud dan AKAN wujud untuk PENYELESAIAN bagi MASALAH ini. Hmm, anda ada cara lain lagi untuk mengeluarkan duit dari paypal??

Nampak dan faham dengan jelas? Cuba anda masuk ke forum / ruang komuniti ebay.com.my, dalam banyak2 topik, masalah paypal inilah yang banyak dibincangkan.

Kenapa? Sebab RAMAI yang memerlukan PENYELESAIAN kepada MASALAH mereka!

Sekali lagi, masalah!

Maaf, dalam bahasa yang ‘jahat’ sedikit, mereka (termasuk saya dan kita lah, hehe) yang memerlukan penyelesaian terhadap paypal itu, umpama di dalam keadaan tersangat LAPAR! Hungry kalau kalau dalam bahasa inggerisnya.. Perumpamaan ini tidak pelik jika anda tahu, sebab, sebagai pencari peluang, kita mesti melihat mereka yang sedang amat-amat memerlukan sesuatu untuk memudahkan mereka.

Jadi, selepas anda membaca tulisan saya ini, cuba masuk ke beberapa forum dan lihat, apakah masalah atau perkara yang selalu dibincangkan atau perbincangan itu dah lama dibincangkan tetapi solusinya belum lagi ada. Atau jika dah apa pun, masih diperlukan penyelesaian yang lebih efektif, tersusun dan mudah.

Ehem, saya sekarang dalam proses menyiapkan satu produk yang mana ‘idea’ ini diperolehi daripada forum. Ramai yang memerlukan ‘penyelesaian’ terhadap masalah mereka, maka insyaAllah saya cuba memenuhinya. Masalah mereka sering dibincangkan di forum dan kadang-kadang topik baru dibuka, terutama newbie. Tak cukup di forum, ada juga yang menghantar emel kepada saya memohon bantuan.

Nota terkini 3: Produk itu ialah Pakej Kit Blogger.

Dipendekkan cerita, jika anda dah jumpa lubuk emas tu, jangan menangguh, tetapi rebutlah dengan segera dengan menyediakan produk/perkhidmatan kepada yang memerlukan itu.

Sekian, wassalam.

PS. Ada beberapa cara lagi untuk menentukan ‘hot product’ yang ada demand atau apa yang boleh anda jual di internet.

Incoming search terms:

lubuk emas

lombong emas gobala

di mana lubuk emas

gobala krishnan lubuk emas

lubok luas enterprise

lubuk emas gobala

produk yang mendapat permintaan tinggi di internet

vidio sempadan lubuk antu

www lubuk emas

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/lubuk-emas-dan-idea-produk-wajib-baca/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

“Nak Mula EBiz Tak Perlu Tahu Banyak Pun..”
Dah 3 hari kita berpuasa, kejap je kan masa berlalu? Inilah akhir zaman namanya..

Ok, kali ni saya nak menyatakan satu ‘penyakit’ kebanyakan newbie, termasuklah saya dulu, iaitu nak mula perniagaan internet. Nak mula punyalah susah, takut, tak yakin, rasa tak cukup ilmu lagi, belum bersedia.. Macam-macam ‘alasan’..

Satu perkara yang menjadi ‘halangan’ kepada yang baru nak bermula adalah perasaan rasa tidak cukup ilmu lagi dan rasa ilmu sikit sangat. Hmm, adakah anda sama seperti apa yang saya nyatakan ini? Jika ya, satu berita gembira untuk anda adalah, “anda tak perlu tahu banyak sangat pun untuk bermula..”. Memadailah dahulu yang asas-asas yang tak advance.. Ya, inilah hakikatnya.

Kadang-kadang, jika anda membaca sesuatu tulisan mereka yang telah berjaya, mereka menulis dengan begitu teknikal sekali, orang kata tulisannya itu umpama jurus tahap 7 (tahap tertinggi) dalam persilatan. hehe.. Anda baca sekali, hmm, terus anda lemah semangat sebab apa yang beliau bicarakan amat-amat teknikal yang mana di luar kemampuan anda. Ya lah, yang asas pun tak tahu, inikan pula nak buat yang advance dan cara tahap tinggi. Sebab itulah penulisan saya, saya amat jarang menulis perkara yang agak teknikal, sebab target saya adalah mereka yang bermula dari zero atau golongan newbie.

Hmm, ketahuilah saudara/i semua, untuk bermula, mulalah dengan beberapa cara mudah dahulu. Ilmu akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa, jangan takut dan gusar. Saya juga sehingga kini menggunakan beberapa cara sahaja, cara yang mudah. Jangan pening-peningkan diri anda dengan cara yang begitu teknikal dan advance. Jika tidak, anda akan berputus-asa dan mula bosan..

Kesimpulannya, mulalah langkah anda dengan beberapa yang mudah dan simple dahulu. Tingkatkan teknik dan ilmu anda sedikit demi sedikit. InsyaAllah, anda akan mendapat ‘rentak’ di dunia perniagaan dan pemasaran internet ini. Saya juga terus dan terus belajar sehingga kini. Moga kita semua sama-sama berjaya.

Jumpa lagi.

PS. Anda patut bersyukur kerana mendapat tahu peluang membuat duit di internet ini berbanding mereka yang tidak tahu langsung akan peluang ini. Maka, usahalah sebaik mungkin.. Anda boleh! InsyaAllah.

Incoming search terms:

cara nak mula business online

macam mana nak mula buat bisnes online

macam mana nak start online bisnes

mula berniaga

mulabisnes-mulaberniaga

nak mula niaga internet macamana

teknik teknik nak mula ber niaga

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/nak-bermula-tak-perlu-tahu-banyak-pun/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Adab Menuntut Ilmu
Kini, sudah ramai yang ingin memiliki perniagaan internet sendiri atau membuat duit di internet yang caranya ber-aneka bentuk atau kaedah. Nak kata senang, tak juga, nak kata susah, tak juga. Banyak faktor berkait yang akan menentukan susah senang itu..

Di kali ini, sebelum di tulisan-tulisan yang seterusnya saya membincangkan mengenai teknik atau perkara yang berkaitan dengan perniagaan dan pemasaran internet, saya suka ‘membasuh’ minda pembaca terlebih dahulu. Saya teramat takut membayangkan, seorang usahawan yang kaya raya, tetapi tidak mengenal diri sendiri dan tiada unsur dalaman yang kuat, termasuk ilmu-ilmu asas yang penting. Sebab itulah jika anda membaca blog saya, saya banyak menulis mengenai benda-benda simple dan tidak begitu teknikal. Saya tidak mahu ‘menakutkan’ anda dengan perkara-perkara yang nampak ‘susah’ bagi anda.

Maka, saya akan menulis fasa demi fasa dengan cara yang mudah difahami dan boleh dilakukan oleh anda. InsyaAllah. Harap anda tidak lari dan jemu dengan penulisan saya ini dan satu perkara lagi, blog ini 80% kandungannya adalah untuk newbie. Bagi mereka yang dah expert, mungkin blog ini hanyalah sekadar tempat persinggahan anda, kandungannya hanya biasa-biasa sahaja dan lebih sesuai untuk newbie..

Baik, berbalik kepada topik iaitu “adab menuntut ilmu”. Hmm, kebanyakan orang sekarang menuntut ilmu ibarat mendapatkan sebiji burger, ‘rakus’ dan kurang kesabaran. Berbeza dengan orang dulu-dulu dalam usaha mendapatkan ilmu, mereka rela bersusah payah, berjalan beribu batu, tapi kini tak perlu berjalan, macam-macam cara ada seperti emel, telefon, kenderaan dan lain-lain lagi. Seperti ulama hadits di zaman awal dulu, mereka mengembara jauh, hanya semata-mata untuk mendapatkan satu hadits. Tapi, jika kita bandingkan dengan manusia di dewasa ini, mereka membayar ratusan ringgit kepada seseorang pengajar, maka mereka mengharapkan sesuatu yang banyak dalam masa yang singkat, tapi tiada kesedaran yang tinggi. Itulah yang saya kata macam burger, dalam burger tu macam-macam ada.

Ketahuilah, walaupun anda membayar seseorang untuk mendapatkan ilmu, memanglah dari dasar ke-pengguna-an, anda ada hak untuk mendapatkan sesuatu, nak komen itu dan ini, namun dari segi NILAI ILMU dan ADAB, anda juga perlu tahu dan amalkan. Adab bagaimana? Mudah sahaja:

1. Jika pengajar atau mereka yang anda minta bantuan lambat memberikan jawapan atau sesuatu ‘ilmu’, anda perlu bersabar. Jangan berkata belakang, mengumpat atau mengeluh, jika tidak, mungkin ilmu yang mereka berikan tak berguna untuk anda.

2. Ikhlas di dalam menuntut ilmu

3. Tidak menghebahkan cacat-cela dan kekurangan guru/pengajar tadi. Simpan elok-elok keburukan mereka, dan berdoalah kepada Allah agar kekurangan mereka itu diganti dengan kebaikan. Ketahuilah, mereka pun manusia biasa!

4. Hormatilah ilmu walaupun ia secebis ayat yang mudah. Hmm, tapi jika anda perhatikan sekarang, begitu banyak ilmu yang mudah kita dapat, tapi satu pun tak memberi hasil kepada kita, kenapa? Itulah jawapannya, tidak ‘menghormati’ ilmu..

5. Manfaatkan ilmu yang ada sebaik-baiknya. Jangan disalahgunakan.

6. Semasa menuntut ilmu seperti di seminar, berikan perhatian kepada pengajar. Ini adalah satu adab.

7. Jika anda menuntut ilmu dan kemudian anda merasakan anda lebih tahu, lantas anda merendah-rendahkan orang itu, ketahuilah, secara tidak langsung anda merendah-rendahkan ilmu yang dimilikinya. Anda telah menghina ilmu. Tahukah anda? Ilmu yang manusia ketahui adalah milik dan dari Allah? Tidakkah berat kesalahannya jika kita menghina ilmu yang bernilai itu??

8. Balik dari seminar, jangan campak nota-nota, modul dan pemberian ‘si guru’. Letaklah di tempat-tempat yang tinggi, atau sekurangnya di tempat yang sesuai. Simpan dan guna elok-elok. Hormatilah imu, hormatilah ilmu..

9. Bersabar di dalam mempraktikkan ilmu dan di dalam tempoh untuk mendapatkan hasil

10. Bersabar dengan ‘guru’ anda atau dengan mereka yang anda minta bantuan. Jika cara atau ‘tindakan’ mereka tidak bagus atau kurang disukai oleh diri anda, bersabarlah..

Walaupun apa yang saya katakan di atas amat mudah pada akal manusia, tetapi itulah, yang mudah inilah yang manusia tak peduli. Ya lah, ego, aku punya sukalah.. Tetapi, ketahuilah, ilmu yang baik akan memberikan kesan buruk dan tidak memberikan manfaat pun kepada anda jika anda tidak menjaga baik-baik dan tidak menghormatinya.

* Masa saya belajar dulu di universiti, saya tengok selepas final exam, ramai student membuang nota-nota dan buku ke dalam tong sampah. Ya lah, exam dah habis kan. Buang je lah, buat apa nak simpan-simpan. Aduhai, malangnya nasib ilmu. Hmm, adakah itu salah satu sebab mereka terus menganggur, susah mendapat kerja??   Satu balasan? Wallahu ‘alam, hanya Allah Yang Lebih Tahu.

Apakah kesan jika tiada ADAB?

Satu soalan yang baik.

Apa yang saya perhatikan, mereka yang ‘melaburkan’ ratusan ringgit untuk ke seminar perniagaan internet, susah atau ‘tidak dapat’ memulakan perniagaan mereka, atau tidak berjaya ( gagal? ) malah ada yang semakin kabur (blank)!! Mengapa ini terjadi?? Mudah sahaja tuan puan, mereka tidak ada adab di dalam menuntut ilmu. Mereka pergi ke seminar hanya semata-mata inginkan ilmu untuk hasil yang cepat, rakus, di dalam seminar tidak memberikan tumpuan, mencari cacat-cela pengajar dan menghebohkan kepada orang lain kekurangan ‘guru’ itu, tidak menghormati ilmu yang asas / mudah (kononnya dah expert lah) dan…. mengeluh, seminar tu “hype” jer lebih.

Akhirnya… Kerana tiada penghormatan kepada ilmu dan kepada ‘guru’ tadi, impian untuk menjadi usahawan internet terbengkalai, fikiran semakin kabur, tidak nampak jalan dan akhirnya terpengaruh dengan mereka yang dengki kepada si guru tadi untuk menyebarkan kekurangan si guru tersebut. Nah, bertambah-tambah keburukan si anak murid tadi gara-gara TIADA ADAB!

Beradablah, beradablah.. Walaupun anda membayar si guru tadi, adab tetap nombor 1. Mesti diutamakan. Inilah yang saya perhatikan mengapa yang pergi ke seminar, atau bertanya apa-apa dengan seseorang, mereka ‘tak berjaya’ kerana tiada adab di dalam menuntut ilmu. Ketahuilah, ilmu itu amat tinggi nilainya walau satu panduan dalam satu ayat. Anda tetap perlu menghormati ilmu itu dan juga mereka yang memberikan anda ilmu. Hormatilah mereka.. InsyaAllah, kejayaan akan datang menyusul.

“Oh manusia zaman sekarang, di mana budi pekerti-mu? Di manakah nilai jati-diri ketimuranmu? Di manakah dikau letak nilai kerohanian agamamu?? Ber-adablah dengan sesiapa sahaja yang memberikan ilmu kepadamu, jika kamu ingin berjaya!”.

Kesimpulannya,

BER-ADABLAH DI DALAM MENUNTUT ILMU. Sesungguhnya ilmu itu adalah milik Yang Maha Esa. Dapatkanlah ilmu dengan cara yang baik dan beradab.

Wallahu ‘alam.

Incoming search terms:

adab seorang murid dalam menuntut ilmu

adab semasa menuntut ilmu

macam macam adab

adab menuntut ilmu

mengapakah kita perlu menuntut ilmu ?

senarai rujukan untuk adab-adab menuntut ilmu

adab yang betul semasa menuntut ilmu

macam-macam adab

4 0 lima kelebihan orang yang menuntut ilmu

menuntut ilmu dan jati diri

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/adab-menuntut-ilmu/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />