Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

‘Rahsia’ Mencari Penyelesaian di Google | Adab Bertanya | Lagi Mengenai Ebook Berbayar

Anda mungkin salah seorang yang asyik bertanya soalan remeh temeh kepada orang lain seperti:

Apa itu domain name?

Apa itu add on domain?

Apa itu blog?

Jadi, pada kali ini saya akan menulis satu tip yang amat mudah, tapi akan menjimatkan masa anda. Saya yakin, tak semua orang tahu cara mencari maklumat menggunakan cara mudah ini yang mana cara ini ada diajar oleh Google sendiri termasuklah enjin carian yang lain.

Bagaimana?

Mudah sahaja. Katakan anda nak tahu apakah itu domain name. Jadi, taip begini di Google.com:

“what is domain name”

*Seeloknya masukkan sekali tanda quote “” “” untuk hasil carian yang lebih tepat dan optimum.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • bagaimana caranya untuk bertanya kepada pak cik google

Pentingnya Tahu Teknikal Komputer

Assalamu’alaikum.

Apa khabar semua? Semoga sihat semua hendaknya.

Semalam, sambil khusyuk buat kerja di komputer, tiba-tiba skrin komputer menjadi gelap. Kemudian saya off komputer sebab biasanya itu berpunca dari sistem windows. Biasalah windows ni, bila ada problem kita kena restart. :) Tapi, sebaik sahaja ON balik, komputer saya tak mahu hidup. MasyaAllah, harap-harap hard-disk tak rosak. Alhamdulillah, dengan ilmu yang ada sikit kat dada ni, saya dapat tengok-tengok sikit dan buat troubleshoot. Namun, kecewa, tak jumpa masalah dia. Lagipun, hari dah malam, menjadi cara saya, bila “stress”, saya tidur untuk mencari “ilham”. hehe..

Bangun pagi, dengan harapan menggunung (magic la tu.. Biasanya berlaku!). Terus ON suis utama dan On PC. Juga tidak mahu hidup. Takper, kali ni saya buka semua benda yang ada dalam komputer tu. Bedah lah tu kiranya.. :) Mungkin komputer dah tua dan lama tak cuci, so saya cuci lah mana yang patut terutama debu di celah-celah kipas penyejuk dan power supply. Pasang balik, tak dapat juga.. :( Kalau anda nak tahu, dalam proses troubleshoot komputer, dia ada beberapa cara. Salah satunya, kita tanggalkan semua komponen dan pasang balik. Kalau tak berjaya, baru buat cara lain.

Then, saya dah dapat syak yang problemnya adalah power supply. Sebab power nak tak nak jer masuk. Lagipun kipas power supply tak berpusing. Tengok motherboard ok jer. Komponen lain pun ok jugak. Kemas, takder tanda terbakar ke apa. Ya, 90% saya yakin power supply dah K.O. So, saya gunalah satu teknik lagi iaitu tukar ganti. Maksudnya, kita guna komponen yang disyak bermasalah tu dengan yang ok. Jadi, saya pinjam power supply kawan saya dan pasang di komputer saya. Jeng jeng jeng!! Alhamdulillah, 100% sah yang power supply saya perlu diganti yang baru. :)

Hehe, itulah cerita daripada saya untuk anda. Apa yang saya nak bawakan kepada anda adalah, begitu menjimatkan jika anda tahu troubleshoot komputer anda sendiri apabila berlaku masalah seperti yang saya contohkan. Jika anda hantar ke kedai, mungkin kos yang perlu anda bayar mencecah RM100. Tapi, dengan buat sendiri, paling tidak anda hanya perlu membeli komponen yang rosak sahaja. :)

Hikmahnya jika anda tahu selesaikan masalah yang mudah pada pc anda, di saat “technician” tengah tidur di lamun mimpi, dan anda pula banyak kerja perlu disiapkan, dan pc pula problem. Maka, anda dapat repair sendiri tanpa perlu mengupah orang lain. Di sinilah lebihnya seorang usahawan internet yang tahu soal teknikal seperti ini. Seorang usahawan yang bijak, biasanya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjimatkan kos atau perbelanjaan. Pokok pangkal, anda perlu belajar. :)

PS. Tahukah anda. Pelajar degree sains komputer tidak diajar “bagaimana membaiki komputer”. Kami hanya diajar, “ini adalah mouse”, “ini adalah hard-disk”…, sebaliknya kami belajar sendiri!! Kalau kami boleh, masakan anda tidak? Nak seribu daya..

AWAS: Walaupun membaiki komputer sendiri mudah, tapi dapatkan nasihat pakar jika anda was-was dan ragu-ragu. Saya sendiri pun meminta nasihat kawan-kawan jika saya ragu. Bukan nak menakutkan, tetapi langkah berjaga-jaga sebab kita ‘bermain’ dengan elektrik. Namun, dengan mengamalkan langkah keselamatan, insyaAllah, kita akan selamat. :)

Wassalam.

Incoming search terms:

  • teknikal komputer
  • kursus baiki laptop
  • belajar baiki komputer
  • kursus baiki komputer
  • belajar baiki laptop
  • cara membaiki komputer
  • masalah teknikal komputer
  • komputer teknikal
  • kursus teknikal komputer
  • misi kedai komputer

Pembuka Pintu Rezeki Adalah Taqwa & Iman..

Apa khabar pembaca semua? Moga sihat hendaknya. Mungkin bagi sesetengah orang, dapat merasakan saya kini semakin jarang online dan aktif menulis dan berada di wangcyber.com.

Ya, masa saya untuk menulis dan aktif di wangcyber agak terhad sedikit buat masa sekarang. Tak apa, saya hanya sebahagian atau salah satu yang wujud, kini saya perhatikan, sudah ramai yang berjaya sudah menampilkan diri. Satu demi satu usahawan internet muncul untuk membantu para pemula yang baru.. Baguslah, satu perkembangan yang positif. Maka, tidak menjadi masalah jika saya jarang menulis terutama di forum wangcyber. :) Bahkan, begitu ramai yang lebih pakar dan berjaya daripada saya yang dapat membantu anda memulakan dan menjalankan perniagaan internet.

Baiklah, kali ini saya ingin memberikan satu tips yang semua orang dah tahu, tapi tak salah saya katakan, ramai yang meremehkannya. :) Usaha-usaha juga, yang ‘tak nampak’ jangan diperlekehkan. Taqwa adalah pembuka pintu rezeki.. Ini dinyatakan secara jelas dalam ayat ’1000 dinar’ yang agar terkenal di kalangan orang-orang Islam. Malangnya, ia tidak dihayati dan tidak diamalkan (bukan sekadar dibaca, tapi dilakukan maksud ayat itu), sebaliknya hanya digantung buat perhiasan sahaja di dinding terutama di kedai. Kononnya dengan menggantung, ia boleh menjadi ‘pelaris’.. Itulah nasib kalamullah di zaman ini. Dihias-hias, digantung-gantung, tapi tak dihayati.. :)

Apa itu taqwa? Mudah sahaja walaupun banyak tafsiran. Taqwa adalah mendekatkan diri kepada Allah, menjauhi maksiat dan tidak melakukan perkara yang dimurkaiNya. Lidah tak lepas dari zikrullah, jauh sekali mengumpat dan memfitnah manusia yang seagama dengannya, aib manusia disimpan baik.. Tak semudah dikata, orang yang cuba menguasai taqwa akan diuji. Nafsu, syaitan, harta, manusia, dunia, akan menjadi garis ukur di dalam usaha memiliki taqwa.

Orang yang bertaqwa begitu dikasihi Allah, maka dengan sifat adilNya, yang dikasihi memang wajar diberi balasan yang setimpal. Itulah sebabnya jika kita lihat, orang yang bergaji ratusan ringgit pun, dapat membesarkan ramai anak dengan baik, memiliki keluarga yang bahagia. Berbanding yang berharta ribuan, juta, namun hati tidak tenang, resah, kosong dan keluarga porak-peranda, akibat daripada jauh dari Allah. Yang kaya diuji, yang miskin pun diuji. Namun yang membezakan adalah, TAQWA.

Ketahuilah, rezeki itu bukan hanya wang ringgit semata-mata, ia lebih dari itu.. Namun apa yang saya bicarakan adalah mengenai pendapatan daripada usaha perniagaan kita. Orang-orang yang bertaqwa, insyaAllah rezeki akan datang secara tak disangka-sangka.. Sucikanlah hati, jauhi perkara mungkar, ber-istighfarlah selalu.. Inilah ‘ilmu penarik rezeki’ yang sah di sisi Agama. :) Tak perlu jumpa bomoh atau pawang yang mengarut tu..

Oh, mengapa saya tiba-tiba ber-tazkirah pada hari ini? Nak tunjuk alim ke? Mudah sahaja jawapan saya: Kita adalah orang Islam, maka tak salah nak bercakap hal-hal baik sebegini. :) Lagipun, kita berniaga, dan sudah semestinya panduan no satu adalah agama. Taqwa itu tak nampak, sebab itu ramai yang tak yakin ia boleh ‘menarik’ rezeki. Taqwa itu lebih hebat daripada teknik bayangan minda bawah sedar, psikik, NLP atau yang seumpama dengannya. Ketahuilah, taqwa ‘sudah’ merangkumi sebahagian besar teknik-teknik ‘sains’ yang saya nyatakan itu. :) Bagaimana nak mendapat taqwa? Anda mengetahuinya.. kalau tak tahu, ‘carilah’.. hehe..

Semoga perniagaan internet kita bertambah maju dan diberkati. Bagi yang tak mula-mula, bedoalah kepada Allah agar dipermudahkan untuk anda bermula. Doa adalah langkah awal dalam melakukan sesuatu agar Allah mempermudahkan apa yang kita lakukan, pemikiran kita juga tenang. Mudah menuntut ilmu, mudah mempraktikkan dan mudah mencapai kejayaan.. Berdoalah. InsyaAllah.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • doa pembuka 12 pintu rezeki
  • doa pelaris perniagaan
  • apa itu psikik
  • mula-mula cari kerja tiba-tiba terjumpa doa rezeki
  • nama pembuka rezeki dlm islam
  • pelaris perniagaan
  • Pelaris perniagaan dalam islam
  • pelaris perniagaan yang digantung di kedai
  • pintu rejeki perniagaan
  • rahsia ayat seribu dinar

Ebook : Keluar Dari Skop EBiz!

Apa khabar semua? Hmm, pejam celik, dah nak 2 minggu yer kita puasa. Cepat betul masa berlalu, pantas, cepat… Bagi seorang muslim, ‘you know what should you do..’ hehe.. ;)

Ok, kali ini saya ingin memberikan satu pandangan terhadap satu perkara yang mana ramai yang masih keliru dan alpa. Kebanyakan orang menganggap bahawa, untuk menghasilkan ebook, hanya ebook mengenai perniagaan internet atau cara buat duit di internet sahaja yang perlu dihasilkan. Pada pandangan mereka, itulah satu jenis topik yang mendapat perhatian dan kehendak ramai. Jika anda berpandangan begini, anda telah membutakan diri kepada lubuk emas yang lain.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

10 Model Bisnes Internet

Berjumpa lagi di hari ini. :) Ehem, puasa elok-elok yer.. hehe.. Mata jaga, mulut jaga, semua kena jaga.. ;)

Baiklah, kali ni saya nak review salah satu ebook terbaru yang dah dilancarkan dalam beberapa hari yang lalu. Ebook tersebut bertajuk “10 Model Bisnes Internet”, yang ditulis oleh Tazilan Ibrahim. Hmm, kalau anda tahu ebook “idea bisnes luar biasa”, maka saya pasti anda akan kenal penulis ini.

Actually, saya dah baca ebook ini dan apa yang saya dapat katakan adalah seperti berikut:

1. Banyak model perniagaan internet atau cara buat duit di internet. Ebook ini, memberikan 10 cara untuk anda buat duit di internet. :) Anda boleh pilih mana satu yang sesuai dengan anda.

2. Ebook ini mudah difahami, ringkas dan padat, tetapi penuh dengan isi.

3. Anda bukan hanya dinyatakan jenis-jenis model, namun dinyatakan juga apakah pro dan kontra bagi setiap model. Bermaksud, penulis telah membuat analisa ringkas untuk anda, dan ini akan membantu anda memilih model yang sesuai dan mampu dilakukan.

Kesimpulannya, kebanyakan model ebiz yang disampaikan di dalam ebook ini, ramai di kalangan kita yang tidak mengambil hirau selama ini. Kebanyakan kita mengganggap membuat duit di internet hanya dengan menjual barangan digital dan fizikal semata-mata, padahal ada lagi model-model atau cara yang lain.

Ebook ini berharga RM20.00 sahaja dan saya tidak tahu, mungkin suatu masa nanti penulis akan menaikkan harga lebih dari yang sekarang. ;) Anda boleh dapatkan ebook tersebut di http://www.modelbisnesinternet.com.

P/S. Jika anda tidak mahu membeli lagi, penulis ebook ini memberikan anda preview percuma untuk kandungan ebook tersebut. Sila lawati laman web modelbisnesinternet untuk mendownload (perlu masukkan nama dan emel).

P/P/S: Sekali lagi diulangi, begitu banyak cara untuk buat $$$$$$$ di internet. Kalau anda masih keliru, tak tahu, blurr, whats model for you, i recommend this ebook. Dah baca, pilih satu model, mulakan dan fokus… Kata Ewen Chia (internet marketer singapore), nak berjaya kena ada 3 sifat, fokus, komitmen dan konsisten.

Komen Jujur: Ebook ini tidak akan ajar anda BAGAIMANA melakukan satu-persatu bagi setiap model yang disampaikan. Tapi ia amat sesuai bagi anda yang masih blurr dan masih baru dalam bidang ebiz ini. Saya yakin ia akan membantu anda memahami dengan mudah.

perniagaan internet

Incoming search terms:

  • keusahawanan it-bisnes model
  • model bisnes
  • model bisnes internet

Perniagaan Internet : Produk vs Servis

Kepada anda yang telah atau akan (dalam perancangan) menjana pendapatan di internet, mungkin anda memikirkan, apakah cara ‘terpantas’ untuk membuat banyak duit dalam masa yang singkat. Ehem, singkat di sini bergantung kepada keadaan tertentu ok (disclaimer nih, hehe).

Ada dua jenis model bisnes yang boleh anda buat di internet iaitu PRODUK dan PERKHIDMATAN (servis). Yang mana satukah dapat memberikan keuntungan yang besar dalam masa yang ‘singkat’?

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • perniagaan servis
  • laman web berkaitan adab menuntut ilmu
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)