Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Hakikat 14: Perniagaan Internet, tak semudah disangka

Apa khabar anda semua? Moga sihat hendaknya.

Akhirnya, kita sudah sampai ke hakikat 14 mengenai perniagaan Internet. Daripada hakikat 1, saya telah banyak menyatakan hakikat-hakikat yang ada dalam perniagaan Internet sama ada dari segi pro dan kontranya. Mungkin tulisan saya nampak lebih kepada ‘berleter’ tetapi itulah hakikatnya, saya tak mahu simpan apa yang patut diberitahu.

Kali ini, saya akan ulangi lagi apa yang telah saya pernah sebut dahulu, perniagaan Internet tidaklah semudah yang disangka. Ye ker zul? Habis, kenapa ramai yang kata, “buat duit mudah dengan perniagaan internet!”?? Ya, betullah tu, mudah bagi mereka yang dah ada asas komputer, Internet dan juga pengetahuan ebiz.

Ingin saya tekankan, apabila saya kata belajar dan ambil tahu tentang sesuatu perkara, bukanlah bermaksud anda perlu belajar secara mendalam. Cukuplah dulu asas dan tahu guna, itu sudah memadai, dan teruskanlah belajar dan belajar… Orang kata, pandai-pandailah fikir apa yang patut, sebab anda perlu ukur baju di badan sendiri.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Baru Nak Bina Ebiz.. Langkah Terbaik?

Apa khabar semua? Moga sihat hendaknya.

Kini saya sedang berada di bengkel perniagaan internet, UKM Bangi. Sedikit harapan, moga semua peserta faham apa yang disampaikan terutama asas perniagaan internet dan juga produk apa yang patut dijual. Ini keypoint penting.

Persoalannya, jika seseorang itu tiada idea produk (part susah nak create), maka ada cara-cara lain yang boleh dilakukan. Hal ini saya telah explain kepada para peserta bengkel. Ya, salah satunya adalah Resell Rights. Ia jalan mudah dan cepat untuk kita membina ebiz kerana biasanya produk (seperti ebook, software..) telah pun siap sedia, malah laman web pun sudah disertakan, termasuk grafik!

Buktinya? Saya telah bina satu lagi ebiz saya yang untungnya 100% melalui menjual produk resell rights. Ada orang tanya, kena tak buat program affiliate je? Kan mudah? Hohoho.. Jawapan saya, banyak model yang boleh kita buat dan saya lebih suka model yang memberikan untung 100%. Ya, program affiliate juga amat saya rekemenkan kerana kita tak perlu buat web.. Eh, betul ke tak perlu buat web? Salah. Nak tak nak, teknik efektif untuk berjaya dalam program affiliate adalah kita bina blog sendiri atau laman web untuk promosi produk affiliate itu. Dan promosi bukan hanya melalui iklan semata-mata.. ;)

Apapun, lakukan apa yang anda mampu. Jika tak nak handle customer, buat affiliate. Nak untung 100% dan bina biz sendiri, guna model resell rights atau hasilkan produk sendiri. Dan kalau tak nak main produk, buat adsense. Pendek kata, tepuk dada tanya selera.

Tapi berdasarkan topik, kina nak BINA EBIZ SENDIRI. Maka cara-caranya adalah seperti:

1. Jual produk sendiri

2. Jual produk Resell Rights atau Private Label Rights

Ini jalan cepat dan ‘mudah’, dan ia sesuai untuk anda yang baru nak belajar selok-belok membina perniagaan internet sendiri. Rujuk tulisan-tulisan saya mengenai cara membina ebiz menggunakan model resell rights.

Semoga anda berjaya.

Wassalam.

PS. Nantikan versi re-launch pakej kit-blogger saya yer.. Ya, memang amat ramai yang tak sabar-sabar menanti.. ;)

Incoming search terms:

  • membina perniagaan baru

Penyertaan Agen Baru Untuk Program Affiliate KitBlogger Ditutup

Sekadar makluman kepada semua,

Saya telah menutup penyertaan untuk agen-agen baru bagi program affiliate KitBlogger saya di http://bloggingsteps.com/kit/agen.

Penutupan ini kerana jumlah penyertaan sudah banyak dan saya akan ‘melatih’ agen-agen sedia-ada ini untuk promosi dan pemasaran bagi produk affiliate saya (ebook panduan wordpress).

Saya hanya tidak mahu melihat kepada banyaknya kuantiti agen tetapi saya lebih suka melihat kepada kualiti. Jelas, begitu ramai agen-agen yang tidak bertindak dengan konsisten dan efektif untuk promosi produk bagi program affiliate ini.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)