Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Adakah Anda ‘Track’ Pengiklanan Banner Anda?

Saya amat YAKIN 100%, begitu ramai orang hatta usahawan internet yang otai sekali pun, amat jarang bahkan tidak sesekali melakukan ‘tracking’ kepada usaha pengiklanan mereka. Walhasilnya, mereka tiada fakta atau paling kurang tiada data yang boleh menentukan:

1. Keberkesanan iklan banner mereka
2. Keuntungan mengiklan di ruang iklan tertentu
3. Berapa modal yang perlu dikeluarkan
4. Kadar ROI kempen pengiklanan
5. Apa aspek yang sesuai untuk produk tertentu.

Dengan melakukan ‘tracking’, anda akan dapat meningkatkan prestasi iklan banner anda. Atau dalam bahasa yang lain, meningkatkan kadar klik pada iklan tersebut. Tetapi, bagaimana anda boleh tahu banyak mana klik yang anda dapat jika anda tidak track sendiri?

Boleh dikatakan, kebanyakan penyedia ruang iklan seperti di forum-forum dan juga blog persendirian tidak menyediakan sistem untuk track prestasi iklan anda. Anda tidak boleh menyalahkan mereka kerana yang perlu melakukannya adalah anda sendiri. Mereka hanya menyediakan ruang untuk anda dan selebihnya adalah tanggungjawab anda.

Cuba lihat data contoh berikut:

Minggu 1-Banner 1: 50 klik
Minggu 2-Banner 2: 170 klik
Minggu 3-Banner 3: 97 klik
Minggu 4-Banner 4: 235 klik

Daripada analisis data asas di atas, didapati banner 4 lebih bagus kadar CTRnya (lebih banyak dapat klik). Dengan itu, saya akan terus menggunakan banner 4 secara berkekalan di mana-mana ruang pengiklanan. Malah daripada banner itu juga, saya akan tambah lagi apa-apa unsur yang boleh meningkatkan kadar CTRnya.

*Apa itu CTR? Download Ebook Panduan Iklan banner di sini.

Orang lain tidak tahu data-data saya dan dengan senyum gembiranya saya tahu apa yang menjadi untuk saya. Iklan banner saya terus menerus mendapat klik ‘tanpa henti’ gara-gara saya tahu apa yang sesuai untuk iklan tersebut. Inilah rahsia yang sebenarnya. Sesuatu yang hanya kita sahaja yang tahu.

Data-data sebegini anda boleh gunakan untuk melihat sejauh mana hasil bagi sesebuah banner yang berbeza. Anda boleh tahu iklan banner mana yang paling berkesan untuk anda gunakan secara tetap dan berterusan kelak. Soalnya, bagaimana untuk mendapatkan data-data asas sebegitu? Tidak lain lagi ialah melakukan tracking.

Topik mengenai tracking ini amat menarik untuk diperbincangkan, tetapi biarlah dahulu saya menyatakan kepentingannya sahaja pada kali ini. Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai ‘testing & tracking’ dan bagaimana melakukannya, kunjungilah blog ini selalu.

Kata pakar, “kalau anda tidak melakukan tracking, maka anda tidak akan tahu apa yang terbaik untuk usaha pengiklanan anda, kos akan dikeluarkan begitu sahaja dan hakikatnya, anda telah dan akan melakukan kesilapan yang sama berulang-kali, lagi, lagi dan lagi..

Hakikatnya juga, anda sebenarnya lebih mengharap kepada nasib agar iklan banner anda diklik tanpa ada apa-apa usaha untuk mengetahui apa yang patut anda lakukan agar banner itu diklik oleh ramai orang. Tiada cara lain melainkan anda melakukan ‘testing & tracking’”.

Persoalannya di sini, adakah anda melakukan tracking untuk apa-apa usaha pengiklanan anda?

Fakta ‘Tersembunyi’ Mengenai Iklan Banner

Tiada orang klik iklan banner anda?

Usah kecewa jika iklan banner anda tidak diklik oleh pelawat laman web di mana iklan anda berada. Kenapa? Bukankah perkara penting iklan banner ialah agar orang klik? Ya, betul. Tapi tahukah anda, iklan banner juga amat membantu di dalam membina kredibiliti?

Jika iklan banner anda dilihat berkali-kali oleh sesiapa sahaja yang sebelum ini berkali-kali juga tidak klik pada iklan banner anda itu, paling kurang mereka akan membaca “ayat-ayat” pada banner tersebut.

Sebab itu di dalam ebook Panduan Iklan Banner Berkesan saya ada menyatakan pentingnya untuk kita tidak mengubah terlalu kerap design banner yang digunakan. Mahu ubah boleh, tetapi di peringkat awal sahaja yang mana di dalam usaha (testing & tracking) menentukan banner mana yang lebih berkesan.

Sebaik sahaja anda mengetahui iklan banner yang lebih bagus kadar CTRnya, maka gunakan banner itu secara konsisten. Satu lagi ialah, jika boleh kekalkan iklan anda itu di laman web yang anda iklankan dan pada ruang yang sama. Lakukan iklan di situ berkali-kali dan jangan hanya sekali sahaja. Sebabnya, kita mahu membina “promosi” kepada pelawat-pelawat tetap laman web tersebut.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • iklan banner
  • contoh ayat iklan
  • teknik iklan berkesan
  • contoh banner iklan
  • ayat power untuk iklan
  • ayat iklan
  • contoh iklan perniagaan
  • cara pengiklanan berkesan
  • iklan yg berkesan
  • kaedah iklan berkesan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)