Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kad Debit Visa Maybank – MSOS Cara Baru

Sedikit perkembangan semasa mengenai kad debit Visa Maybank. Jika sebelum ini kita boleh menetapkan kod MSOS (Maybankard Secure Online Shopping) sendiri melalui akaun Online Maybank2u (M2u) kita, namun kini tidak lagi.

Kaedah verifikasi terbaru yang dipraktikkan oleh pihak Maybank adalah, setiap kali pembayaran secara terus melalui kad debit, satu kod MSOS akan dihantar ke telefon kita (nombor telefon yang didaftarkan). Kemudian kod itu dimasukkan ke dalam bahagian yang diarahkan untuk meneruskan proses pembayaran.

Kaedah sebegini akan berlaku bagi kebanyakan laman web syarikat besar. Contohnya, saya melakukan bayaran akaun Internet P1 Wimax melalui laman web mereka. Sebaik saya memasukkan maklumat kad debit, saya akan dibawa ke bahagian seperti ini dan secara automatik kod MSOS akan dihantar ke telefon saya:

kad debit maybank

Bagaimana dengan Pengesahan Akaun Paypal & MSOS?

Jika sebelum ini kita perlu daftarkan dahulu MSOS di akaun M2u sebelum kita ‘add’ (register) kad debit di akaun Paypal, kini tidak perlu lagi. Dahulu, jika kita tidak daftar MSOS iaitu buat sendiri melalui akaun online M2u kita, Paypal tidak akan luluskan pendaftaran kad itu (rejected). Jadi kemungkinan kad akan ditolak selama-lama (Paypal amat sensitif).

Sebaliknya kini, apa yang perlu kita lakukan adalah ‘add’ terus maklumat kad debit kita seperti biasa di Paypal dan kemudian kita akan menerima kod 4 digit dalam masa 24 jam. Kod itu akan dipaparkan di online statement akaun M2u kita. Kemudian kita masukkan kod itu di akaun Paypal kita untuk menjadikan akaun Paypal kita berstatus Verified.

*Saya telah menghubungi pihak Maybank sendiri untuk bertanyakan dan mengesahkan hal-hal di atas.

Rujukan tambahan: Maybank2u.com.my: Rujukan 1 | Rujukan 2

[Dapatkan panduan akaun Paypal di sini]

.

Incoming search terms:

  • kursus keusahawanan 2012
  • kad debit maybank paypal
  • how to register maybank msos
  • msos
  • cara tambah kad maybank di paypal
  • 2011 maybank2u paypal tanpa msos
  • 2012 maybank msos
  • no msos for maybank debit visa
  • msos in m2u
  • visa card blog

RHB-Paypal – Tambah Duit Terus Ke Akaun Paypal

Terkini (Oktober 2011): Didapati daripada sebuah forum, ramai yang mengatakan servis ini menghadapi banyak masalah yang berkaitan. Oleh itu, baca artikel ini untuk pengetahuan sahaja. Jika mahu cuba, guna ia atas risiko sendiri.

Nampaknya, industri perniagaan internet dan jual beli melalui Internet bagi rakyat Malaysia akan semakin meningkat setelah satu demi satu pihak bekerjasama dengan online payment gergasi di dunia iaitu Paypal.

RHB Paypal

Jika sebelum ini EON Bank dan MOL bekerjasama dengan Paypal melalui projek kad prepaid MOL-Paypal, kini giliran bank RHB pula. Apa yang RHB lakukan adalah bukan mewujudkan kad debit atau kad prepaid khas, tetapi fungsi menambah dana (duit) dari akaun bank terus ke akaun Paypal!

Satu persoalan yang terus muncul di benak fikiran pengguna Paypal tegar atau sedia ada adalah, adakah duit yang dipindah masuk itu akan terus masuk ke akaun Paypal? Jawapannya adalah YA.

Jika selama ini kita add funds dengan membeli dana daripada pengguna Paypal lain atau ‘ditarik’ dari akaun kad debit/kredit, kini sudah boleh TERUS ‘top up’ duit ke akaun Paypal melalui akaun bank. Duit akan masuk dengan segera (instant) ke akaun Paypal. Namun perlu ada akaun simpanan + Online Banking RHB.

– How fast would I receive the top up amount in my PayPal Account? The top up is instant. Once you have top up via RHB Internet Banking, you can immediately login to your PayPal Account to check your PayPal Balance and shop online. –

Keperluan kemudahan ini:

1. Perlu ada akaun simpanan atau semasa di bank RHB. Dan akaun itu ada akaun Internet Banking.

2. Perlu ada akaun Paypal. Seeloknya akaun yang didaftarkan dengan alamat Malaysia. Bagi anda yang belum ada akaun Paypal, boleh dapatkan Panduan Paypal di sini.

3. Seterusnya, ikut langkah yang disediakan oleh pihak RHB Bank di sini.

Buat masa ini saya masih ‘mengkaji’ dan belum memiliki sebarang akaun di bank RHB. Bagi yang sudah ada akaun di sana, boleh cuba kemudahan ‘Top Up PayPal Account’ yang disediakan ini.

Selamat mencuba.

Bacaan lanjut: http://www.rhb.com.my/internet_banking/paypal/

-

Incoming search terms:

  • TAMBAH DUIT
  • www danaduit my
  • rhb paypal
  • kiriman wang dari rhb ke maybank berapa lama baru dapat
  • tambah duit paypal
  • paypal transfer ke rhb berapa lama
  • transfer duit di paypal ke debit kad rhb
  • rhb bank paypal
  • rhb boleh terus ke paypal?
  • rhb paypal add funds

Panduan Paypal: Harga Pengenalan Tamat

Alhamdulillah. Dalam dua hari sahaja (tidak sampai 48 jam), iaitu bermula pada 27hb (Jun) malam sehingga 29hb petang, tawaran harga pengenalan RM20.00 Panduan Asas Paypal untuk 50 orang pembeli pertama telah pun dipenuhi. Maka secara automatiknya tawaran ini ditutup, dan harga telah pun dinaikkan kepada RM30.00.

Ada mereka yang terlewat (tidak sempat) untuk melakukan bayaran dengan harga promosi, namun saya tidak membukanya lagi untuk mereka. Saya perlu berpegang pada janji.

Terima kasih saya ucapkan kepada para pembeli bagi fasa pertama pelancaran ebook ini. Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan JV dan agen affiliate kerana membantu promosikan ebook ini.

“Perjalanan” ebook ini masih terlalu muda. Baru dua hari dan akan masuk hari ketiga. Saya berharap dengan wujudnya panduan ini, ia merancakkan lagi bidang perniagaan internet di Malaysia. Malah, Paypal akan masuk ke Malaysia tidak lama lagi dan bekerjasama dengan pelbagai pihak. Contohnya kelak, pengguna talian Maxis boleh membayar bil melalui Paypal.

Persoalannya, apakah perancangan saya seterusnya untuk projek ebook ini? Buat masa ini, saya mahu berehat seketika dan mahu siapkan beberapa projek lain dahulu. Biar sahaja jualan ebook ini secara autopilot buat sementara tanpa promosi besar-besaran. Selain itu, saya juga mahu fokus kepada promosi Sistem MiniNiaga.

Panduan Paypal Laris

PS. Ada yang tanya saya: “Tiada versi Resell Rights (RR) untuk ebook ini?” Jawab saya ringkas, “ADA. Tunggu makluman saya nanti.” INFO RINGKAS: Peluang RR ini dibuka kepada 28 orang sahaja dan terus terang saya katakan, harganya bukan seperti kebanyakan produk RR lain yang murah-murah. Saya amat ‘sayangkan’ ebook ini dan ia dihasilkan bukan dalam sehari dua atau secara tangkap muat.

PPS. Bagi yang belum menjadi agen untuk produk ini, boleh daftar dengan klik di sini. Komisyen untuk satu jualan adalah RM15.00.

Artikel berkaitan:

-

Incoming search terms:

  • panduan paypal
  • pengenalan paypal
  • panduan paypal smartzul
  • panduanpaypal
  • paypal smartusaha

Ebook Panduan Asas Paypal: Jualan Dibuka

Makluman ringkas

Jualan Ebook Panduan Asas Paypal telah pun dibuka. Untuk 50 orang pembeli pertama, harga adalah RM20.00. Selepas cukup 50 orang itu, harga akan dinaikkan kepada RM30.00.

Boleh melihat sepintas lalu isi kandungan ebook ini pada video berikut:

*Video di atas memang sengaja dikaburkan.* :)

Layari laman web ebook ini di: http://www.duitdigital.com

Kepada anda yang mahu menyertai program affiliate, boleh daftarkan diri di sini:

http://www.duitdigital.com/affjv/

Seperti yang anda maklum, Sistem MiniNiaga akan dilancarkan pada pagi nanti (28/6/2010). Anda boleh memiliki ebook Panduan Asas Paypal secara PERCUMA dengan membeli sistem itu melalui link promosi saya.

Harap maklum, terima kasih.

MOHD ZULFADLI (SMARTZUL)

PS. Mengapa anda perlu akaun Paypal? Tonton video sepanjang 8 minit lebih ini:

Incoming search terms:

  • panduan asas facebook
  • paypal ebook

Lima Pemenang Komen “Terpilih”

Terima kasih kepada 25 orang yang telah mengambil bahagian di dalam memberikan komen “terbaik” sempena pra-pelancaran ebook Panduan Asas Paypal. Seperti tajuk di atas, saya tulis “terpilih” kerana kesemua 25 komen tersebut adalah terbaik.

Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih juga kepada mereka yang sekadar membaca dan memberikan sokongan, sama ada rakan-rakan di Facebook dan juga subscribers. Walaupun tidak mengambil bahagian, namun sokongan yang diberikan itu, saya amat berterima kasih.

panduan paypal kad debit

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah lima peserta yang terpilih (tanpa megikut turutan terbaik). Anda boleh klik pada nama mereka untuk memabaca komen yang telah mereka tulis.

  1. Izalin Ismail
  2. Abu Jarir
  3. Azlin Yusoff
  4. Zulhilmi Ibrahim
  5. Ijamidayu

Itulah lima peserta yang telah saya pilih berdasarkan komen yang diberikan. Sebenarnya, sukar untuk saya pilih komen yang terbaik, kerana bagi saya semuanya terbaik. Sebab itu saya buka kepada 25 orang sahaja agar saya tidak pening kepala memilih para pemenang.

Beberapa aspek yang saya gunakan di dalam pemilihan pemberi komen “terpilih” adalah keunikan komennya berbanding yang lain, keinginan, keterujaan atau keperluan untuk memiliki akaun Paypal, menerangkan dengan padat mengenai Paypal dan menceritakan kisah unik tersendiri.

Sebagai contoh, Abu Jarir menceritakan mengapa beliau ingin kembali menggunakan Paypal setelah menyesal tidak menggunakannya selama setahun. Azlin Yusoff pula selama ini hanya mendengar dan membaca sahaja mengenai Paypal, dan bertambah teruja apabila mengetahui saya akan terbitkan ebook panduan. Manakala Zulhilmi pula memberi komen yang unik terhadap pakej Panduan Asas Paypal.

Kepada lima pemenang di atas, saya akan hantarkan link download ebook Panduan Asas Paypal dalam masa terdekat. Tahniah saya ucapkan dan terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Semoga ebook ini memberi serba sedikit bantuan dan manfaat di dalam melebarkan perniagaan yang dilakukan.

Kepada yang tidak terpilih, jangan kecewa. Seperti yang saya nyatakan di Facebook, peserta yang tidak terpilih berhak untuk mendapat diskaun sebanyak 50% daripada harga jualan ebook ini. Jika mahu beli nanti, bayar dengan harga selepas ditolak dengan diskaun. Saya akan sedia maklum dengan merujuk nama anda.

Sekali lagi, tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan aktiviti mini ini sempena pra-pelancaran ebook Panduan Asas Paypal.

-

Panduan Asas Paypal: Percuma Untuk 5 Orang

TERKINI (12.45PM): PENYERTAAN TELAH DITUTUP.

Penyertaan telah ditutup. Maka ruangan komen juga telah ditutup. Pengumuman lima orang pemenang akan dilakukan dalam masa terdekat dan mereka akan dihubungi terus melalui emel. Terima kasih.

Ebook Panduan Asas Paypal yang digembar-gemburkan baru-baru ini telah pun siap. Hanya tunggu masa untuk dibuka jualan kepada umum dengan harga pengenalan kepada 50 orang sahaja.

Panduan Asas Paypal

Baik, berbalik kepada tajuk entri ini, saya mahu memberikan ebook ini secara percuma kepada lima orang yang memberikan komen terbaik. Tetapi ada syaratnya:

  • Belum ada akaun Paypal
  • Sudah ada akaun Paypal, tapi masih belum ‘menguasai asas-asasnya’.
  • Memberi paling kurang tiga point mengenai Paypal (seperti kepentingan Paypal, mengapa Paypal dan lain-lain), atau mengapa ebook ini diperlukan.
  • Memasukkan emel yang betul pada bahagian komen.

Tiada format komen tertentu. Anda bebas menulis dalam apa jua gaya, kaedah atau kreativiti.

Bagi pemberi komen yang terpilih, anda berhak mendapat ebook ini secara percuma dan juga berhak mendapat kelebihan-kelebihan yang lain seperti bonus dan menyertai forum komuniti tertutup untuk pembeli ebook ini.

Saya akan menutup ruangan komen ini sebaik sahaja jumlah komen mencecah 25 orang. Pemenang akan diumumkan di entri baru dan hadiah pula akan diberikan terus ke emel selepas pengumuman dibuat.

Selamat mencuba!

PS. Peluang untuk menjadi agen affiliate bagi ebook Panduan Asas Paypal juga akan dibuka kepada umum. Nantikan pengumumannya.

Incoming search terms:

  • kad debit untuk paypal
  • kad debit paypal
  • ebook panduan asas paypal percuma
  • bagaimana cara menerima bayaran melalui paypal di negara brunei
  • paypal akaun kena limited
  • panpduan paypal percuma
  • keistimewaan paypal
  • kad debit untuk affialiate
  • kad debit for paypal
  • fungsi paypal malaysia

Contoh caj oleh Paypal

Secara asasnya, jika kita membuat bayaran melalui Paypal, kita tidak akan dikenakan sebarang caj. Sebaliknya jika kita menerima bayaran, Paypal akan mengenakan caj dengan formula berikut:

1. Bayaran daripada pembeli dari dalam negara: 3.4% + $0.30

2. Bayaran daripada pembeli luar negara: 3.9% + $0.30

Formula di atas adalah untuk transaksi dalam matawang USD.

Contoh 1: Katakan kita menerima bayaran sebanyak $10 USD daripada pembeli dari Malaysia.

Caj = (3.4% x $10.00) + $0.30 = $0.64

Contoh 2: Terima bayaran sebanyak $10 USD daripada pembeli luar negara.

Caj = (3.9% x $10.00) + $0.30 = $0.69

Seperti yang kita sedia maklum, Paypal telah menyokong nilai Ringgit Malaysia. Bermaksud, kita boleh menerima bayaran melalui nilai RM. Apakah pula formula kiraan cajnya? Ianya sama sahaja seperti formula sebelum ini, cuma nilai tetap tambahan adalah RM2.00:

1. Bayaran daripada pembeli dari dalam negara: 3.4% + RM2.00

2. Bayaran daripada pembeli luar negara: 3.9% + RM2.00

MAKLUMAN: Caj akan berubah mengikut jumlah bayaran yang diterima. Peratusan akan menurun mengikut julat jumlah bayaran yang diterima. Klik di sini untuk melihat kadar caj di laman web Paypal. Untuk senarai panjang, klik di sini.

paypal fee malaysia

Pentingkah mengetahui caj transaksi?

Dengan mengetahui caj yang akan dikenakan, kita boleh melakukan perancangan untuk perniagaan kita:

  • Boleh menganggar atau menetapkan jumlah keuntungan yang akan diperolehi. Ini amat penting agar jumlah caj transaksi yang akan dikenakan tidak mengganggu keuntungan jualan.
  • Mudah untuk meletak harga pada produk jualan. Harga yang diletakkan telah dikira sekali dengan kos yang terlibat.
  • Jika ada kaedah lain untuk menerima bayaran daripada pembeli di mana cajnya lebih murah berbanding Paypal, mungkin boleh menggunakan kaedah tersebut.

Pengumuman

Dapatkan ebook Panduan Asas Paypal untuk memudahkan proses pemilikan akaun Paypal tanpa perlu mencari sendiri maklumat di Internet.

-

Incoming search terms:

  • caj paypal
  • paypal fees
  • paypal fees malaysia
  • paypal fee malaysia
  • caj terima duit paypal
  • siapa yang bayar fee paypal 3 4% rm2 00 myr
  • cas paypal malaysia
  • paypal malaysia BAYARAN
  • paypal fee
  • kadar caj paypal
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)