Saya ulangi, di dalam penulisan bersiri saya ini selama 14 hari, tiada bahasa tersirat atau manis-manis, tiada ayat untuk menjaga perasaan orang termasuk anda (bukan tak nak jaga, tapi cuma kemungkinan tulisan saya sedikit membuat ada yang terasa, mungkin termasuk anda)..
Saya dahulukan dengan permohonan maaf jika ada hati yang terasa, tetapi saya terpaksa meluahkan hakikat sebenar yang perlu anda ketahui dan kita hayati agar yang keruh dibuang, yang jernih kita ambil, yang buruk kita jauhkan, yang baik kita usahakan. Kita mulakan dengan hakikat pertama..
Ramai yang nak buat perniagaan internet atau dalam bahasa lain, buat duit di internet. Erm, sebelum tu saya nak bagitahu, istilah buat duit dan perniagaan internet ada perbezaan walaupun ada sedikit samanya. Lain kali saya sentuh apa yang bezanya..
Hakikat 1 dalam perniagaan internet, anda perlu tahu asas komputer dan internet. WAJIB! Pengalaman saya, ramai yang nak buat ebiz tapi tidak mahu belajar komputer dan asas-asas internet yang perlu diketahui. “Eh zul, saper kata saya tak nak?”. Mesti ada yang kata macam tu sebab tercabar dengan kata-kata saya kan?
Oklah, untuk puaskan hati anda yang tak ada usaha nak belajar asas komputer sungguh-sungguh tu, saya tanya satu soalan sahaja. Apa yang anda dah buat untuk perkara ini? Terus lompat belajar pasal perniagaan internet? Download ebook tu dan ini tapi satu pun tak rujuk? Ada tak beli ebook/buku pasal asas komputer atau ikut kursus? Berhenti. Mula dari awal sebelum anda memulakan perniagaan internet JIKA anda tidak mahu sakit kepala, menyusahkan orang lain atau paling teruk, menyalahkan orang lain.
Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…
Incoming search terms:
- belajar asas komputer
- perkara asas komputer
- Asas penggunaan komputer
- asas komputer dan internet
- asas belajar komputer
- perkara asas dalam komputer
- pekara yang perlu ada untuk format laptop
- perkara asas dalam pengkomputeran
- panduan asas mengguna komputer
- manual belajar komputer asas
Komen Terkini