Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tip Dan Panduan Pengiklanan di Internet

Artikel kali ini sedikit teknikal dan tahap pertengahan (intermediate). Namun saya cuba menerangkan dengan tulisan yang mudah difahami..

Salah satu cara mendapatkan trafik (pelawat) ke laman web perniagaan adalah dengan mengiklankan di mana-mana laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.

Namun, di dalam keghairahan mengiklan itu, beberapa perkara perlu diambil perhatian agar kita tidak tertipu atau mengalami kerugian di dalam kos pengiklanan yang dikeluarkan. Seboleh mungkin, kita mahu mendapat hasil sekurang-kurangnya memperolehi pelawat ke laman web kita dari pengiklanan tersebut.

Istilah:

Pengiklan (advertiser) adalah pihak atau individu yang mengiklan. Anda adalah advertiser jika anda mengiklan di mana-mana laman web.

Publisher (Site Owner) iaitu pemilik laman web yang mengurus ruang pengiklanan di laman web beliau tersebut.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Designer Banner: Sedia Berkhidmat

Salah satu cara untuk mengiklan di Internet ialah menggunakan banner. Jika anda lihat di blog ini, saya ada letak beberapa buah banner untuk produk tertentu. Soalnya, bagaimana untuk menghasilkan banner yang ‘cantik’ sebegitu?

Jawabnya mudah, serahkan kepada mereka yang boleh melakukannya untuk anda. Lainlah jika anda tahu melakukannya sendiri, maka buatlah sendiri.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat designer, berikut adalah enam designer yang siap sedia menerima ‘kerja’ daripada anda. Hubungi dan berbincang dengan mereka mengenai apa yang anda mahukan.

1. Shuhaimi – huntai77[at]gmail.com

2. Nurul (LuvLee) – designer.luv[at]gmail.com / www.cheapest-design.com

3. Rasyidah Omar – http://design.impianwanita.com

4. Izzuddin – mvpoty18[at]yahoo.com / http://www.18design.co.nr

5. Mawardee – mawardi_mn[at]yahoo.com /

http://www.myproecover.com/banner

6. Asmid – rangkaiansukma[at]yahoo.com

*Tukar tanda [at] kepada @ pada bahagian emel di atas..

Sila hubungi mereka di atas untuk mendapatkan info berkaitan bagi urusan design banner yang anda mahukan. InsyaAllah, mereka menawarkan harga yang berpatutan.

Ebook Percuma..

panduan iklan

Jika anda belum download Ebook Panduan Iklan Banner, sila download sekarang. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook ini.

ps. Kemungkinan besar Video Panduan Upgrade Blog WordPress akan dilancarkan pada minggu depan (Isnin, 10/3/2008). Sama-sama menunggu. Harap maklum. :)

Adakah Anda ‘Track’ Pengiklanan Banner Anda?

Saya amat YAKIN 100%, begitu ramai orang hatta usahawan internet yang otai sekali pun, amat jarang bahkan tidak sesekali melakukan ‘tracking’ kepada usaha pengiklanan mereka. Walhasilnya, mereka tiada fakta atau paling kurang tiada data yang boleh menentukan:

1. Keberkesanan iklan banner mereka
2. Keuntungan mengiklan di ruang iklan tertentu
3. Berapa modal yang perlu dikeluarkan
4. Kadar ROI kempen pengiklanan
5. Apa aspek yang sesuai untuk produk tertentu.

Dengan melakukan ‘tracking’, anda akan dapat meningkatkan prestasi iklan banner anda. Atau dalam bahasa yang lain, meningkatkan kadar klik pada iklan tersebut. Tetapi, bagaimana anda boleh tahu banyak mana klik yang anda dapat jika anda tidak track sendiri?

Boleh dikatakan, kebanyakan penyedia ruang iklan seperti di forum-forum dan juga blog persendirian tidak menyediakan sistem untuk track prestasi iklan anda. Anda tidak boleh menyalahkan mereka kerana yang perlu melakukannya adalah anda sendiri. Mereka hanya menyediakan ruang untuk anda dan selebihnya adalah tanggungjawab anda.

Cuba lihat data contoh berikut:

Minggu 1-Banner 1: 50 klik
Minggu 2-Banner 2: 170 klik
Minggu 3-Banner 3: 97 klik
Minggu 4-Banner 4: 235 klik

Daripada analisis data asas di atas, didapati banner 4 lebih bagus kadar CTRnya (lebih banyak dapat klik). Dengan itu, saya akan terus menggunakan banner 4 secara berkekalan di mana-mana ruang pengiklanan. Malah daripada banner itu juga, saya akan tambah lagi apa-apa unsur yang boleh meningkatkan kadar CTRnya.

*Apa itu CTR? Download Ebook Panduan Iklan banner di sini.

Orang lain tidak tahu data-data saya dan dengan senyum gembiranya saya tahu apa yang menjadi untuk saya. Iklan banner saya terus menerus mendapat klik ‘tanpa henti’ gara-gara saya tahu apa yang sesuai untuk iklan tersebut. Inilah rahsia yang sebenarnya. Sesuatu yang hanya kita sahaja yang tahu.

Data-data sebegini anda boleh gunakan untuk melihat sejauh mana hasil bagi sesebuah banner yang berbeza. Anda boleh tahu iklan banner mana yang paling berkesan untuk anda gunakan secara tetap dan berterusan kelak. Soalnya, bagaimana untuk mendapatkan data-data asas sebegitu? Tidak lain lagi ialah melakukan tracking.

Topik mengenai tracking ini amat menarik untuk diperbincangkan, tetapi biarlah dahulu saya menyatakan kepentingannya sahaja pada kali ini. Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai ‘testing & tracking’ dan bagaimana melakukannya, kunjungilah blog ini selalu.

Kata pakar, “kalau anda tidak melakukan tracking, maka anda tidak akan tahu apa yang terbaik untuk usaha pengiklanan anda, kos akan dikeluarkan begitu sahaja dan hakikatnya, anda telah dan akan melakukan kesilapan yang sama berulang-kali, lagi, lagi dan lagi..

Hakikatnya juga, anda sebenarnya lebih mengharap kepada nasib agar iklan banner anda diklik tanpa ada apa-apa usaha untuk mengetahui apa yang patut anda lakukan agar banner itu diklik oleh ramai orang. Tiada cara lain melainkan anda melakukan ‘testing & tracking’”.

Persoalannya di sini, adakah anda melakukan tracking untuk apa-apa usaha pengiklanan anda?

Panduan Pengiklanan Banner Dilancarkan!

Akhirnya, siap juga projek ini. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya akan lancarkan dua buah Ebook percuma iaitu Panduan Pengiklanan Banner Berkesan dan juga Temuramah Eksklusif Bersama LuvLee.

Anda boleh mendapatkan kedua-dua Ebook tersebut melalui laman web berikut:

http://banner.malaysiasoho.com

Saya tidak mahu menulis panjang-lebar di sini sebab saya ada beberapa kerja lain yang perlu disiapkan. Cuma jika ada sebarang masalah seperti tak dapat download, Ebook tak boleh dibuka dan sebagainya, sila nyatakan di ruang komen Post ini.

designer banner panduan iklan banner

Semoga Ebook-ebook ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Dapatkan sekarang juga ya. :)

Harap maklum.

ps. Kedua-dua ecover di atas dihasilkan oleh LuvLee (Nurul). Jika anda mahu mengenali designer muda ini, dapatkan Ebook temuramah saya bersama beliau tersebut. Ebook itu juga amat berguna untuk anda yang melakukan servis design di Internet. Ada banyak juga tips yang Nurul kongsikan untuk anda.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)