Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Cara Cepat ‘Menghasilkan’ Produk untuk Perniagaan Internet

Apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya.

Baik. Apa yang saya ingin perkatakan pada hari ini, adalah sambungan kepada topik yang telah saya bincangkan baru-baru ini mengenai ‘resell rights’ (RR). Produk RR merupakan satu cara mudah untuk kita menjimatkan masa bagi memulakan perniagaan Internet di mana kita boleh mendapat hak untuk menjual sesuatu produk.

Masa yang mungkin berbulan-bulan untuk menghasilkan produk sendiri, telah dijimatkan dengan mendapatkan produk-produk yang disertakan dengan lesen resell rights, master resell rights atau private lable rights. Biasanya, produk-produk sebegini adalah produk digital seperti ebook, audio dan video.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Pilih Satu, Kaji & Buat

Apa khabar semua, moga sihat hendaknya.

Post kali ini saya akan menyentuh mengenai memulakan perniagaan internet. Ramai orang berprinsip, ingin memulakan tindakan sebaik sahaja bermula tahun 2007 yang mana tindakan ini bermaksud, mengkaji dan seterusnya memulakannya. Pendapat saya, perancangan begini hanya membazir masa anda sahaja, kerana sebenarnya masa yang sesuai untuk mengkaji bidang perniagaan internet adalah pada waktu sekarang. Jadi, sebaik sahaja bermula tahun 2007, anda sudah bersedia melakukan pra-pelancaran atau terus melancarkan perniagaan anda.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Pendapatan Tambahan : Tak Perlu Berhenti Kerja

Saya pernah berjumpa, diberitahu dan mendengar, ada mereka yang ingin berhenti bekerja akibat begitu teruja dengan perniagaan internet ini. Kononnya bagi mereka, mudahnya buat duit di internet, lantas, mereka ingin ‘memecat’ bos mereka. ;) Maksudnya letak jawatan lah tu (berhenti bekerja)..

Saya tahu, anda tidak tahan bekerja di bawah suruhan dan arahan orang, tak tahan dengan makian bos, tak tahan dengan politik pejabat, tak tahan, tak selesa…… Pelbagai lagi… Betul kan? Saya tahu sebab saya pun pernah bekerja dengan orang. Selain itu, anda juga teruja dengan kata-kata, “nak duit banyak, buat bisnes”, “cara mudah buat duit, melalui internet”. Oh, ini adalah mitos.. Sila baca tulisan saya sebelum ini atau download special report saya melalui pendaftaran di http://smartusaha.com/news.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Undang-Undang : Daftar Perniagaan Anda

Persoalan perlu daftar atau tak perniagaan internet kita adalah salah satu soalan yang sentiasa berlegar di kepala kita. Ada dua ‘mazhab’ / pendapat dalam hal ini, perlu daftar dan tak daftar pun tak apa.

Tapi pendapat saya pula, lebih baik kita daftar (saya belum daftar lagi, insyaAllah dalam masa terdekat).

Saya ada tanya pihak SSM sendiri dengan soalan berikut:

Assalamu’alaikum / salam sejahtera,

Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa.

Saya ingin bertanya, adakah perlu bagi perniagaan yang berasaskan internet sepenuhnya (tiada kedai, tetapi hanya di rumah – SOHO) mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM?

Terima kasih.

Dan ini Jawapannya;

Tuan

Jika kita lihat pada tafsiran seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 berhubung dengan perniagaan adalah

“Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan..”

Malahan perniagaan tersebut di buat di rumah di mana ianya termasuk dalam Jadual (seksyen 2) iaitu di bangunan atau struktur

Oleh itu, saya menasihat tuan mendaftar perniagaan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Maka, saya rasa amat wajar kita mendaftar perniagaan kita sebab, jika ada apa-apa yang berlaku, tak susah nanti. Sebab kita ada perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Selain itu, pelanggan kita pun lebih yakin dengan kita.

Wassalam.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)