Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Aku Tuding Kau, Kau Tuding Aku… Blogger Vs IM

Blogger – Pemilik Sesebuah Blog

IM (Internet Marketer) – Usahawan Internet

*Ada sedikit kekeliruan istilah Internet Marketer dan Internet Entrepreneur. Tapi tak apalah, kita guna pemahaman biasa iaitu IM adalah usahawan Internet yang menjual produk seperti Ebook. Blogger pula yang ada blog, letak iklan, buat review dan seumpamanya untuk mendapatkan income… Kalau anda kata Blogger tu juga adalah IM, izinkan saya membezakan kedua-duanya untuk memudahkan penulisan saya.

Jika anda memerhati, terdapat banyak golongan manusia di dunia ini. Begitu juga di dalam dunia Internet. Di Internet, anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi usahawan Internet atau menjadi seorang blogger sebagai contohnya. Anda perlu faham beza di antara dua kerjaya tersebut. Walaupun ia nak sama, tapi tidak serupa.

Apa yang saya perhatikan, di dunia menjana pendapatan di Internet ini banyak mazhab atau golongan seperti:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Bagaimana Mendapat Komen Banyak Bagi Tulisan di Blog Anda

Saya sebenarnya banyak perkara yang mahu sentuh mengenai “komen” sahaja. Komen adalah satu ruangan yang anda selalu gunakan apabila ingin memberikan pendapat di satu-satu tulisan di mana-mana blog.

Pengumuman: Sebelum saya meneruskan menulis topik ini, saya ingin mengumumkan bahawa, saya terpaksa menangguhkan pengumuman mengenai “si dia” atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan… Mohon maaf.

Ok, untuk tips dan trik bagaimana untuk mendapatkan komen yang banyak bagi tulisan di blog anda, saya sebenarnya sudah membuka satu topik di forum WangCyber dan saya ada kongsi sedikit tip di sana.

Klik di sini untuk ke perbincangan tersebut.

Saya mempunyai beberapa soalan yang tak ramai blogger memikirkannya. Kebanyakan blogger saya perhatikan, terlalu statik dengan idea-idea dan pemikiran lama. Saya terlalu sukar untuk menemui formula atau pandangan yang baru dan segar. Alih-alih tips yang sama sahaja…

Bukan bermaksud cara yang biasa itu tidak berkesan, bukan… Maksud saya di sini adalah, kita jarang mahu berfikir dan menghasilkan pendapat atau formula sendiri dalam apa-apa perkara termasuk dalam blogging. Kesan kepada hal ini adalah, akan wujud keadaan kau salah aku betul, dia hebat aku tak dan sebagainya. Padahal kesan sebegitu terhasil akibat daripada pemikiran yang pasif dan taklid semata-mata. Apa, ingat taklid ni dalam bab Agama je ke? :)

Ok, kita tangguh dahulu perbincangan mengenai “think out of the box” (pemikiran di luar kebiasaan) itu. Kita bincang lain kali…

Mari kita bincang mengenai cara mendapat komen yang banyak. Apakah teknik atau trik yang anda gunakan untuk mendapatkan komen yang banyak bagi tulisan di blog anda? Sama-sama kongsikan di ruangan komen…

PS. Anda mungkin tak dapat memberikan pendapat untuk topik ini sebab anda tak ada blog. :) Klik di ini untuk memilikinya satu

“1 Soalan, 1 Keinginan…” + Tip Trafik Tetap

Soalan: Saya ingin tahu, di dalam sehari, berapa kalikah anda melawat blog ini?

Keinginan: Saya ingin mencuba untuk menulis dua kali sehari.

Apa kata anda sebagai pelawat tetap blog ini, adakah anda ‘mampu’ untuk membaca dua artikel sekaligus dalam satu hari di blog ini? Dan, ‘mampukah’ anda memberikan komen pada kedua-dua artikel tersebut?

Untuk pengetahuan anda, saya sudah melakukan ‘testing’ di blog ini dengan menulis dua artikel dalam satu hari atau menulis dalam jarak masa yang dekat. Sambutan dari segi pemberian komen, tidak banyak seperti biasa. Tetapi sebaliknya, jika saya menulis satu artikel dalam satu hari, bilangan komen lebih banyak.

Daripada analisa saya, maka didapati:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • soalan keusahawanan

Theme WordPress : 2 Column Vs 3 Column

Kali ni saya nak tanya pendapat daripada para pembaca blog ini semua.

Sebelum itu ingin saya katakan bahawa, saya dalam perancangan untuk menggunakan theme lain dan jika ikut kehendak saya, theme 3 column adalah menjadi pilihan untuk perubahan bagi blog ini.

Namun, saya ingin tahu daripada anda jika boleh, theme jenis mana yang anda suka dan selesa? Yang ada dua kolum macam yang saya guna sekarang ni atau tiga kolum? Jawapan anda amat diperlukan untuk saya membuat keputusan terakhir. :)

Jika anda seorang blogger, mungkin anda ada pengalaman dan pendapat mengenai hal ini. Jika anda tiada blog, atau hanya seorang pelawat blog, boleh juga memberikan pendapat, theme blog jenis mana yang anda suka dan selesa.

Terima kasih di atas pendapat anda.

Nota:

Theme bermaksud bentuk atau ‘design’ blog. Contohnya blog saya ini menggunakan 2 column theme.

Incoming search terms:

  • cara buat 3 column dlam blog
  • mana terbaik 2 column atau 3 column

Awas: Adakah Anda Mangsa Kepada “XYZ.com”?

blog-guide.jpg

“XYZ.com” bermaksud penyedia blog percuma.

Adakah anda mahu menjadi mangsa kepada penyedia blog percuma?

Adakah anda tidak mahu mengambil pelajaran terhadap pengalaman ‘ngeri’ sahabat-sahabat kita yang telah menjadi mangsa sebegitu?

Mengapa perlu menggunakan jalan yang ‘tidak selamat’ jika anda sudah tahu ada jalan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang?

Percuma? Tanpa kos? Jimat? Cepat? Mudah? Ketahuilah, ia hanya sementara dan walau ia kekal lama, ia tetap BUKAN milik anda. Itu hakikatnya.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Mengejar September 2007 | Rangkaian Blog

Sekarang adalah bulan Jun 2007. Dah separuh tahun dah. Cepat betul masa berlalu. Saya yakin, bahkan diri saya sendiri, ada perancangan yang sudah tercapai dan ada yang tak terbuat lagi. Tak apa, ia pelajaran yang baik untuk hidup kita dan perniagaan yang dijalankan. Yang bestnya perniagaan Internet skala kecil ini, risikonya tak lah sebesar projek juta-juta yang mengerikan. Kalau rugi, taklah rugi sangat. Start Small… Nanti-nanti baru buat yang besar-besar.

Seiring masa-masa yang berlalu, sudah semestinya banyak juga pelajaran dan pengajaran yang kita telah dapat bukan?

Begitu juga dengan SmartUsaha.com, apabila masuk sahaja September 2007 nanti, maka genaplah dua tahun ia ‘bernafas’ di dunia online ini. Adakah ia satu tempoh yang lama? Ya, lama. Saya tidaklah perlu membandingkan dengan blog orang lain yang mungkin sudah bertahun-tahun wujud di alam maya ini, tetapi cukuplah saya melihat kepada prestasi sendiri.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Video 7 Blogger Malaysia

Semoga video yang dihasilkan ini memberikan sedikit sebanyak informasi kepada anda. Tujuan video ini adalah untuk memberikan beberapa buah blog yang menggunakan sistem WordPress. Jadikan blog-blog yang dipaparkan untuk panduan anda.

Video asal adalah selama 15 minit. Untuk memudahkan tontonan anda, saya telah wujudkan 2 siri video. Terima kasih.

*Sila bersabar sehingga semua video habis di-’loading’. Bergantung kepada talian internet anda. Anda juga boleh menonton di pc anda dengan mendownload video ini di sini:

http://smartusaha.com/7blogger

Video 1:

[youtube:http://youtube.com/watch?v=mJC3kOG3Z4I]

Video 2:

[youtube:http://youtube.com/watch?v=SJOMcWo6nvQ]

Untuk makluman, banyak lagi siri-siri video yang berkaitan akan dihasilkan dalam waktu akan datang. Pastikan sentiasa melawat ke blog ini atau daftar Newsletter kami untuk mendapat perkembangan terkini. Klik di sini untuk mendaftar newsletter.

Yang Ikhlas,

usahawan internet

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)