Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Video Panduan Upgrade Blog WordPress Dilancarkan!

Alhamdulillah. Setelah bertangguh dalam 2 minggu, akhirnya produk ini dilancarkan juga pada hari ini.

Tapi, untuk permulaan ini, saya hanya menjual versi personal use sahaja dulu. Untuk versi Resell Rights, saya akan buka dalam masa terdekat ini juga (insyaAllah, dalam minggu ini).

panduan upgrade blogJika sebelum ini saya menyatakan harga yang akan saya kenakan ialah RM50.00 (untuk personal use), tapi setelah membuat perkiraan tertentu, saya menurunkan harga tersebut kepada RM30.00 sahaja dalam masa yang terhad. Saya mungkin akan meletakkan harga RM40.00 dan ke atas selepas ini.

Jadi kepada anda yang mahu belajar cara upgrade blog WordPress secara manual, anda boleh dapatkan video panduan ini. Secara mudah, video ni akan tunjukkan langkah demi langkah melakukan proses upgrade blog wordpress dengan lebih terancang dan selamat.

Jika anda bertanya sejauh mana kepakaran saya dalam soal sebegini, saya pernah membantu beberapa orang usahawan internet dan blogger di dalam upgrade blog mereka. Saya tidak kata saya amat pakar, tapi setakat proses upgrade, saya tahu triknya tersendiri dan ada pengalaman (portfolio).

Jadi, saya hasilkan video ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Yang menariknya, video ini bukan direka-reka, tetapi apa yang akan anda tonton adalah proses upgrade blog saya sendiri. Masa tu, saya dalam proses upgrade blog kepada versi 2.1. So, alang-alang buat benda tu, saya pun record kepada bentuk video.

Apa yang akan anda dapat ialah:

+ 12 video bersiri (langkah 1 hingga 12)
+ 1 video tambahan – upgrade guna Fantastico
+ Senarai Semak Upgrade
+ Pelan Cadangan Pembelajaran
+ Support percuma melalui emel (maybe saya akan buka forum support)
+ Kemaskini percuma produk
+ Bonus (buat masa ni ada dua bonus – nilai lebih RM30.00)

Rasanya memang amat berbaloi dengan kos RM30.00 yang anda keluarkan. Harga ni saya akan naikkan pada bila-bila masa sahaja bila saya mahu.

Untuk melihat contoh video ini, saya ada letak di laman web jualan video ini. Anda boleh lihat di sana.

Sila lawati laman web berikut:

http://bloggingsteps.com/up/

Kepada para pembeli Pakej Kit Blogger, memang anda sudah memiliki video panduan upgrade ini. Tapi perbezaannya tetap ada terutama dari segi support, kemaskini dan sebagainya. Video yang anda dapat itu hanya satu bonus untuk Kit Blogger sahaja, tapi bukan produk sokongan daripada saya. Maksudnya, saya tak ada support untuk anda bagi proses upgrade. Jadi, jika anda mahu dapatkan support dan kemaskini video ini daripada saya, anda perlu beli pakej video terbaru ini.

Bila sebut bab support ni, saya ingin beritahu awal-awal. Support yang diberikan adalah dalam bentuk nasihat sahaja untuk perkara berkaitan (yang tak berkaitan, biasanya saya tak layan). Anda tanya, saya jawab. Sebaliknya, saya tidak akan melakukan proses upgrade untuk anda. Anda yang perlu melakukannya sendiri. Tapi kalau saya ringan tangan, biasanya saya akan bantu. Anda boleh tanya pembeli Kit Blogger, dalam sesetengah kes, saya akan bantu mereka tanpa sebarang caj. InsyaAllah, itu pun kalau ada masa.

Jadi, saya harap tak adalah pembeli produk ni tanya pasal benda lain yang tak ada kaitan dengan proses upgrade blog. Harap-harap, soalan tu fokuslah pada topik. Saya bagitahu ni, sebab untuk produk kit blogger, ramai yang tanya macam-macam, tapi soalan tu tak berkait dengan proses pemasangan blog.

Dan, video ini sebenarnya telah pun ditambah-baik yang mana paparan dia lebih jelas dan terang berbanding versi lama. Dan ada juga editing yang telah saya lakukan kepada video lama. Jadi, amat digalakkanlah anda mendapatkan video versi terbaru ini.

Ingin saya maklumkan, jumlah file yang bakal anda download adalah lebih daripada 260MB. Maka, penggunaan talian internet broadband amat-amatlah dicadangkan. Tapi saya dah pecah-pecahkan file itu kepada file yang berasingan. InsyaAllah, bila saya dah kelapangan sikit, saya akan buatkan dalam bentuk CD (jika perlu).

Jenis video: Flash video. Komputer anda perlu dipasang dengan Flash Player.

Sebarang masalah, boleh bertanya di sini, PM atau emel saya melalui contact form di laman web jualan.

Harap maklum.

ps. Kepada yang mahu lesen RR, anda digalakkan mendapatkan video personal use ini dahulu untuk melihat produk ini. Nanti bila saya dah keluarkan versi RR, anda hanya perlu bayar balance sahaja. Maksudnya, harga RR tolak harga personal use.

>> Kepada para blogger dot com (WordPress), kini tiada alasan lagi untuk anda tidak upgrade blog anda.

Tambahan: Saya juga ada sediakan servis upgrade blog. Bagi anda yang ‘malas’, tak ada masa atau tak yakin nak upgrade blog sendiri, serahkan tugas itu kepada saya. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Video Panduan Upgrade Blog WordPress

Makluman Pra-Pelancaran

InsyaAllah, jika tiada apa-apa halangan, saya akan lancarkan produk “Video Panduan Upgrade Blog WordPress” apabila segala persiapan telah siap sedia sepenuhnya.

panduan upgrade wordpress

Video ini merupakan produk ‘brand new’ yang mana ia sebelum ini disertakan bersama Pakej Kit Blogger, tetapi kini ia telah diwujudkan kepada satu bentuk produk yang tersendiri.

Terdapat beberapa penambahan baru yang dilakukan yang tiada pada video yang disertakan bersama Kit Blogger tersebut.

Terdapat dua pakej harga iaitu:

1. Personal Use (RM50.00)
+ Bonus, Forum Support, Update Percuma.

2. Resell Rights (RM170.00 – termasuk laman web & imej)
+ Support, Update Percuma
*Harga jualan belum muktamad. Mungkin ada diskaun atau tawaran yang pelbagai..

Lesen RR ini dibuka kepada 50 orang sahaja buat masa sekarang. Saya mungkin tidak akan membuka kepada terlalu ramai orang kerana produk sebegini adalah teknikal dan memerlukan support menyeluruh daripada saya.

Peluang RR ini akan dibuka kepada warga WangCyber.com dan pembaca blog saya dahulu sebelum saya buka kepada LIST saya yang amat aktif di dalam mencari peluang perniagaan sebegini.

Dan sebelum saya terlupa, pastikan anda ada asas blog WordPress dan ada pengetahuan komputer untuk menjadi Reseller. Saya sama sekali tidak akan memberikan tunjuk ajar mengenai perkara ini. Saya hanya membekalkan produk sahaja di samping memberikan support yg berkaitan.

Saya nyatakan begini sebab berdasarkan pengalaman sebelum ini, ada reseller yang tiada asas laman web/internet/komputer bertanyakan saya perkara2 yang asas. Jadi jika boleh, pastikan anda ada sedikit pengetahuan dan jika ada blog dot com (WordPress) sendiri lagi bagus. So, saya tidak bertangungjawab jika anda tiada asas teknikal sebegini tapi tetap mahu menjadi reseller juga.

Berkenaan dengan harga yang saya kenakan, ia amat berpatutan kerana produk ini adalah video teknikal yang sedikit ‘sulit’ di dalam memberikan support. Dan produk ini sudah pun ada perancangan jangka-panjangnya terutama dari segi kemas-kini video kepada versi yang lebih terkini.

Kepada yang berminat, nantikan pengumuman saya.

Proton Persona : Kereta Terbaik Keluaran Proton?

Kali ni, SmartZul nak cerita pasal kereta pulak. :D

Hoho, tidak sama sekali, ia bukan kepakaran saya!

Saya bukanlah pakar atau tahu sangat mengenai kereta, tetapi saya tetap kagum dengan usaha Proton walaupun ada sejuta satu kata-kata negatif itu dan ini. Go Proton, Go!

Terkini, Proton telah mengeluarkan sebuah lagi model terbaru yang diberi nama, Persona. Sekali tengok, ia memang mempersonakan!

proton persona

Sumber imej: http://www.proton.com.my

Oleh kerana saya tidak tahu sangat mengenai kereta atau dunia permotoran, biar yang pakar sahaja bercakap mengenainya. Siapa lagi kalau tidak salah satu blog yang femes di Malaysia iaitu PaulTan.org. Cakap jer apa jenis kereta terkini, beliau akan menulis di blognya.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • kereta persona
  • proton persona
  • persona
  • kereta pesona
  • kereta keluaran proton
  • kereta persona terbaru
  • kereta proton persona
  • komen proton persona
  • kereta proton terbaik
  • www proton com my

Bagaimana ‘Melayan’ Komen Negatif Di Blog Anda

Di dunia maya ini, orang boleh tulis apa sahaja yang mereka suka, malah termasuk kita. Di dunia Internet, tiada siapa yang nampak anda, tiada siapa tahu di mana anda berada. Tetapi jika kritikal tahapnya, anda tidak boleh lari ke mana jika membuat jenayah siber. Undang-undang tetap akan mengejar anda. Kalau terlepas kat dunia ni pun, ‘kat sana’ tak payah mimpi untuk lepaskan diri… Pengadilan di sana lebih adil dan telus.

Ok, saya amat yakin, mungkin anda pernah menerima komen atau pendapat bagi penulisan di blog anda walau sekali bukan? Soalnya, bagaimana untuk menguruskan atau melayan pemberi komen dan juga komen yang negatif itu? Mereka ni ada tiga jenis:

1. Datang sekali, bagi komen negatif yang ‘kaw-kaw’ punya dan kemudian pergi tak kembali. Mereka ni biasanya adalah pembaca sesat. Entah macam mana jumpa blog anda, terbaca tulisan anda dan terus bagi komen negatif.

2. Pembaca ‘tetap’ blog anda dan tunggu masa untuk bagi komen negatif bagi menghasut minda anda dan juga pembaca yang lain.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • pemberi komen blog berhemah

Bakal Pelanggan – Harap Bersabar :)

Cuma berita terkini sahaja…

Saya tahu, ramai orang dan mungkin termasuk anda tidak sabar-sabar untuk membeli Pakej Kit Blogger versi terkini atau sekadar mahu melihat sahaja. :)

Sebenarnya semua sudah siap, namun saya perlu selesaikan sedikit masalah teknikal lagi sebelum boleh melancarkan jualan. Mengikut pengalaman saya, di saat awal pelancaran, orang akan ‘berpusu-pusu’ membeli.

Maka dari situ, amat penting semua aspek terutama bahagian teknikal sudah diuji berkali-kali sebelum digunakan.

Tambahan lagi, saya sebenarnya ‘amat kecewa’ dengan pihak yang saya ‘upah’ untuk lakukan satu ‘job’ yang sebelum ini servis mereka amat bagus tetapi kali ini berlaku satu kesilapan teknikal pada ‘produk’ yang saya perlukan. Saya tidak salahkan mereka kerana mungkin kesilapan itu tidak sengajakan.

Dan sebelum membolehkan saya launch, ‘produk’ tersebut perlu siap terlebih dahulu.

Disebabkan hal itu, pelancaran Pakej Kit Blogger sekali lagi tertangguh. Namun, insyaAllah jika tiada apa-apa halangan, saya akan lancarkan pada tengahari ini. Harap-harap server tak down lah. ;)

Jadi, diharapkan semua bersabar dengan pelancaran ini. Pesan saya, jangan anggap lebih-lebih sebab versi terkini tak banyak beza pun, cuma ada modify sedikit sahaja.

Oklah yer. Saya perlu settlekan beberapa perkara lagi.

- SmartZul

Sumber Percuma:

1. Dapatkan Video Percuma. Klik di sini.

2. Dapatkan Ebook-Ebook Percuma di sini.

Nota: Jika anda mahukan berita dan tips terus ke emel anda, daftarkan diri anda di sini. Percuma…

panduan bina blog

Pastikan Anda Memilikinya!

Pelancaran Pakej Kit Blogger Ditangguh + “Si Dia” + Motivasi + Keusahawanan

Bersedia sekali lagi untuk membaca tulisan yang agak panjang juga ini… Akibat motivasi saya naik dan meledak, saya mahu menulis lebih panjang pada hari ini. :)

Pelancaran Kit Blogger Ditangguhkan

Seperti yang saya janjikan semalam, sepatutnya Pakej Kit Blogger dilancarkan pada hari ini. Namun, akibat daripada beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menangguhkannya dahulu.

Persoalannya bila? Saya tidak dapat menjawab persoalan ini. Cuma bagi anda yang berminat, pastikan anda sentiasa datang ke blog ini atau mendaftarkan Emel anda di sini untuk mengetahui status pelancaran melalui Emel. Cuma jika diikutkan pertimbangan sekarang, saya mahu ia dilancarkan esok, 1/8/2007. “No” tangguh-tangguh lagi.

Semuanya telah siap. Cuma ada beberapa masalah yang timbul di akhir-akhir masa…

Siapakah Si Dia?

Jika anda masih ingat beberapa minggu yang lepas, saya ada membuat ‘teaser’ mengenai “si dia”. Inilah imej yang saya berikan dan rasanya tiada siapa pun yang dapat meneka dengan yakin walaupun ada seorang yang meneka secara tepat.

Perniagaan Internet

Baiklah, sebagai mengubati penantian anda, inilah si dia…

Tarik nafas panjang-panjang…

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Apakah Itu Blog?

Apakah itu blog?

Saya tidak akan huraikan secara detail akan hal ini kerana saya telah siapkan satu ‘laporan’ ringkas (ebook) mengenai persoalan Asas ini.

Sila dowload di sini: http://malaysiasoho.com/dwnload/Apa-itu-Blog.zip

Ebook tersebut merupakan sebahagian daripada Ebook “Buat Duit Dengan Blog”. Jika anda mahukan Ebook ini secara lengkap, ia disertakan bersama dengan Pakej Kit Blogger.

Untuk mengetahui apakah yang terkandung di dalam Ebook tersebut, sila klik di sini untuk membaca mengenainya. Bersempena dengan Kit Blogger versi terbaru, Ebook Buat Duit Dengan Blog ini akan dikemaskini dan disertakan beberapa item yang useful…

PS. Jangan lupa esok, 31/7/2007 (Selasa), jam 10.00 pagi. Sama-sama memeriahkan pelancaran Pakej Kit Blogger versi terbaru.

PPS. Boleh baca sedikit ‘teaser’ saya di forum WangCyber. Klik di sini.

Nota:

1. Kepada reseller, saya akan hubungi anda untuk Ebook versi terkini.

2. Kepada pembeli, anda akan diberikan secara PERCUMA segala item yang terkini. Tanpa sebarang kos. Pastikan daftarkan diri sebagai pembeli agar saya dapat menghubungi anda melalui emel.

Terima kasih.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)