Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Dibongkarkan: Rahsia memukau pembaca blog

Untuk mendapat banyak pelawat ke blog, sesiapa pun boleh. Tetapi, untuk mengekalkan pembaca-pembaca itu sentiasa melawat ke blog kita, ia adalah satu cabaran yang besar. Jika ia dilakukan dengan berjaya, bermaksud kita telah mempunyai blog yang berjaya.

Untuk mewujudkan pembaca yang kekal setia mengakses blog kita, maka kita perlu sediakan SEBAB. Orang tidak akan masuk ke blog tanpa sebab dan tanpa keperluan.

1. Tulis dengan gaya sendiri

Ini adalah syarat pertama. Kita perlu menjadi diri sendiri dan tidak perlu menjadi orang lain. Dua akibat buruk apabila kita cuba meniru orang lain:

  • Kita tidak akan mempunyai motivasi yang berpanjangan kerana akan mula bosan dan terseksa.
  • Pembaca akan rasa ada sesuatu yang pelik pada tulisan kita.

2. Pengisian blog yang mempunyai unsur MB:

  • Memudahkan pembaca.
  • Benar-benar berguna.

M adalah memudahkan. Ia bermaksud, pembaca kita tidak perlu membeli banyak buah buku, majalah ataupun menyelongkar blog-blog lain untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Sebaliknya, blog kita sudah memadai untuk mereka rujuk dan baca. Jika blog kita mengenai pengurusan kewangan peribadi, maka sebahagian besar maklumat asas dan penting mengenai topik itu telah ataupun akan ditulis.

B pula adalah berguna. Bagi saya, inilah faktor utama. Jadikan blog kita umpama makanan dan minuman di mana pembaca blog kita akan menjadikan ia satu kewajipan dan keperluan dalam hidup mereka. Jika tidak baca tulisan kita, mereka serba tidak kena dan seperti tidak sempurna hari mereka.

Ini dapat dilakukan dengan menghasilkan tulisan yang benar-benar memberi nilai hidup dan pengetahuan berguna kepada mereka (pembaca). Semakin mereka baca, semakin mereka menjadi manusia yang berilmu dan mampu hidup dengan ilmu-ilmu itu.

3. Gaya penulisan menarik

Topik penulisan yang biasa-biasa tetapi diolah dengan gaya yang menarik, maka ia seolah-olah akan memukau pembaca untuk membaca lagi dan lagi tulisan-tulisan kita. Satu caranya adalah dengan belajar ilmu ‘copywriting’.

Contohnya, tajuk artikel pada blog adalah satu bahagian terpenting untuk menentukan ia dibaca ataupun tidak. Jika tajuk biasa-biasa sahaja, maka sukar menarik perhatian. Tajuk artikel ini contohnya, “Rahsia memukau pembaca blog” mungkin lebih menarik berbanding “Unsur blog yang menarik”.

Ingin tahu strategi lain? Dapatkan panduan Strategi Blog Berpengaruh di sini.

Jika anda belum mempunyai blog, panduan buat blog ini dapat membantu.

Incoming search terms:

  • teknik memukau
  • cara memukau orang
  • tip memukau orang
  • kereta di malaysia
  • teknik memukau manusia
  • rahsia prospek
  • rahsia memukau prospek
  • Rahsia memukau
  • proton
  • plr buat blog blog smartusaha com

Pakej Kit Blogger – Revolusi

Pakej Kit Blogger terus bertahan jualannya dari tahun 2006 sehinggalah ke hari ini. Ya, sudah 4 tahun! Alhamdulillah. Itu bukan sahaja kata-kata saya, malah saya dilaporkan juga oleh beberapa orang Reseller Kit Blogger. Kata mereka, jualan pakej ini adalah amat konsisten.

Pakej Kit Blogger - Panduan WordPress

Sejak produk ini dilancarkan, ia telah membantu ramai usahawan dan perniagaan mengembangkan perniagaan mereka melalui Internet. Di antara perkembangan yang saya dapat tahu adalah:

  1. Daripada tidak tahu blog menjadi tahu. Blog dibina bukan hanya satu, tetapi banyak buah blog.
  2. Setelah pandai berblog, mereka membimbing orang lain pula melalui kursus dan bimbingan peribadi.
  3. Membuka peluang lain. Contohnya, selepas pandai berblog, pintu untuk mempelajari perkara lain terbuka luas seperti Affiliate Marketing, Online Advertising dan perniagaan melalui Internet.
  4. Pakej Kit Blogger adalah produk pertama yang mereka beli dan bermula dari situ, mereka mula mengenali pelbagai perkara lain.

Ke mana saja saya pergi, apabila menemui pembeli-pembeli Kit Blogger, itulah di antara yang mereka kongsikan. Saya tumpang gembira dan bersyukur.

Walaubagaimanapun, saya tidak mahu begitu mudah berpuas-hati kerana masih banyak yang perlu saya perbaiki dan tambah nilaikan. Di antara apa yang akan saya lakukan adalah:

  1. Lesen Resell Rights akan ditukar kepada PLR. Reseller sedia ada perlu tambah sejumlah tertentu sahaja untuk memiliki hak PLR, jika mereka berminat. Dengan PLR, mereka bebas melakukan beberapa perkara yang selama ini terlarang. *Namun ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi demi kebaikan semua*.
  2. Saya akan batalkan Resell Rights. Bermakna, saya akan tiada kaitan lagi dengan mana-mana Reseller. Saya sarankan mereka mengambil tawaran PLR nanti. Saya tidak akan bertanggung-jawab lagi untuk sebarang kemas kini ebook Kit Blogger untuk mereka.
  3. Selepas saya melaksanakan perkara di atas, saya akan keluarkan versi Kit Blogger saya sendiri yang akan dijenamakan semula dan nilai tambah kandungan yang lebih terkini dan lebih banyak ‘content’. Ya, pembeli sedia ada akan mendapat secara percuma sahaja.
  4. Saya akan laksanakan satu perkara yang sepatutnya saya lakukan sejak dahulu lagi. Tunggu pengumumannya kelak.

Untuk makluman semua, saya sekarang dalam proses mengurangkan komitmen dan tanggungjawab. Mana-mana produk Resell Rights akan saya jadikan sebagai PLR. Dengan itu, bebanan dan tanggungjawab saya akan semakin berkurangan. Maka dapatlah saya berbisnes dengan lebih fokus dan konsisten.

Akhir kata tetapi bukan yang terakhir, terima kasih untuk sokongan anda semua yang selama ini banyak menyokong saya walaupun secara senyap. Saya amat menghargainya, dan hanya ALLAH yang sahaja mampu membalas jasa-jasa baik itu. Semoga ALLAH membalas dengan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.

Ikuti perkembangan saya di Facebook: http://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM

Terima kasih.

-

Incoming search terms:

  • razali zecka

Pakej Kit Blogger Versi 2.7!

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus, akhirnya siap juga Pakej Kit Blogger versi 2.7.

Sebaik sahaja release WordPress 2.7, saya terus melakukan kemaskini ebook. Hampir 100 muka surat juga kemaskini tersebut! Bukan sahaja lebih 200 imej screenshot yang dilakukan dan dimasukkan ke dalam ebook, malah ayat-ayat di dalam ebook sekali lagi di’proof-read’!

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • duit affiliate niagakit

Lapan Teknik Menulis Artikel Yang Hebat

Ramai yang mengatakan mereka tidak pandai menulis di blog. Sebenarnya itu hanya alasan semata-mata. Menulis di blog tidak memerlukan kita memiliki ijazah atau pun sijil penulisan.

Sebaliknya, kita perlu sedikit kreatif dan tahu mendapatkan idea untuk menulis. Itu sahaja. Kreatif di sini bermaksud bagaimana cara kita menulis untuk berinteraksi dengan pembaca. Artikel itu seboleh mungkin akan membuatkan pembaca merasakan kita bercakap dengan mereka (berinteraksi).

Penulisan di blog sebenarnya adalah satu perkara yang amat ‘kritikal’. Ia bukan sekadar tulisan, tetapi dibaca oleh ratusan sehingga mencecah ribuan orang. Salah satu unsur kritikal yang saya maksudkan adalah sejauh mana para pembaca dapat menerima tulisan kita.

Penulisan di blog adalah satu ‘seni’. Walaupun kita boleh menulis ‘ikut suka hati aku’, tapi kita perlu menerima bahawa para pembaca tidak akan selalu mengikut apa yang kita suka. Namun semuanya berbalik kepada apa tujuan kita berblog.

Tapi tidak di dalam blog untuk bisnes, penulisan artikel memerlukan kita kreatif di dalam penulisan agar pembaca seronok dan akan terus kembali membaca tulisan-tulisan kita yang akan datang.

Sebelum saya menyenaraikan lapan teknik mudah berikut, anda perlu mengikut satu syarat sebelum melaksanakan mana-mana teknik yang akan saya kongsikan ini.

Syaratnya adalah: Tulisan anda mesti original dan unik. NO COPY & PASTE.

Tidak kisahlah tulisan anda pendek, panjang atau sebagainya, yang penting 95% tulisan anda mestilah unik.

Baik, berikut adalah lapan teknik yang saya maksudkan:

1. Guna imej atau video yang berkaitan

Di dalam tulisan, jika sesuai untuk anda selitkan video, maka masukkanlah sekurang-kurangnya satu video. Kalau video yang dibuat sendiri lagi bagus.

Alasan memasukkan imej atau video ini salah satunya adalah menghilangkan bosan mata pembaca. Kalau setakat teks semata-mata, ‘keseronokan’ mereka kurang sedikit.

2. Jangan terlalu banyak smiley

Apa :) perasaan :D anda :) semasa :) membaca :D ayat :) ini?

Tidak begitu enak untuk dibaca bukan? Berpada-padalah di dalam penggunaan smiley.

3. Guna blockquote

Di dalam memetik kata-kata seseorang atau rujukan tertentu, sebaiknya gunakan blockquote.

Contoh:

Ini adalah contoh blockquote.

Gunakannya untuk menaip petikan ayat-ayat tertentu atau untuk menekan ayat yang penting.

Itu bentuk quote bagi blog ini. Setiap theme blog wordpress mempunyai bentuk style blockquote tersendiri.

4. Jangan panjang lebar

Saya pernah lawati satu blog. Katanya, “saya tulis panjang-panjang ni, suka hati andalah nak baca sampai habis atau tak. Saya tulis benda baik, jadi kalau nak yang baik, pandai-pandailah baca sampai habis”.

Saya walaupun kuat membaca orangnya, tapi membaca di komputer dan membaca buku adalah dua perkara yang berbeza. Bagi kes blog tadi, saya tak baca sampai habis artikelnya. Bukan sebab isinya, tapi sebab terlalu panjang. Sakit mata nak baca sampai habis. Lainlah ebook, kita boleh buka bila-bila masa tanpa perlu sambungan internet.

Artikel yang panjang boleh dibahagikan kepada beberapa siri. Malah ini akan mengembalikan semula pembaca blog setia pada setiap kali siri diterbitkan. Jangan sesekali membosankan para pembaca anda.

Atau, jika anda tidak mahu menulis secara bersiri, anda boleh tulis sedikit di blog dan jadikan semua keseluruhan artikel sebagai sebuah ebook. Contoh:

Ini hanyalah sebahagian. Untuk pembacaan yang lebih lanjut, sila download ebook berikut.

5. Berbentuk senarai

Bentuk senarai atau point adalah bentuk yang paling disukai oleh ramai orang. Bahkan artikel yang sedang anda baca sekarang ini pun adalah berbentuk senarai.

Contoh Senarai Numbering:

  1. Item 1
  2. Item 2
  3. Item 3

Contoh Dalam Bentuk Point:

  • Point 1
  • Point 2
  • Point 3

6. Hidupkan blog anda!

Para pembaca setia blog anda ingin tahu siapa anda. Jadi ceritakan serba sedikit apa yang anda telah, sedang atau akan buat.

Penulisan yang terlalu strict kepada topik utama semata-mata terkadang amat membosankan. Ceriakanlah pembaca anda dengan sesuatu seperti menceritakan hal-hal kehidupan atau di luar daripada topik utama.

7. Link!

Ramai yang ingat kalau letak link ke artikel orang lain pada artikel yang ditulis, maka itu amat merugikan. Ini adalah amat silap. Sebabnya mudah:

Jika anda berkongsikan sesuatu yang amat bermanfaat kepada pembaca anda, maka mereka semakin berterima kasih kepada anda dan semakin mahu membaca blog anda.

Blog adalah sumber ilmu dan informasi. Jadi salah satu cirinya ialah meletak link ke artikel blog atau laman web lain sama ada sebagai perkongsian atau sebagai bahan rujukan tambahan kepada tulisan anda.

Tapi jika blog anda khas untuk bisnes, cara ini adalah tidak wajib, lagi-lagi kepada pesaing anda sendiri. Jangan tikam diri anda sendiri. Bisnes tetap bisnes.

8. Selitkan dengan angka yang menarik!

Contohnya begini:

Jika saya ada dalam 500 orang di dalam autoresponder saya dan kemudian saya jual ebook berharga RM37.00, maka hasil yang saya akan perolehi jika 20 orang membeli adalah sebanyak RM740.00.

Penggunaan angka atau nombor sebenarnya akan membuatkan fikiran pembaca ‘berinteraksi’ dengan artikel yang ditulis. Maka di sini hasilnya adalah mereka tidak akan kebosanan.

Tapi, penggunaan angka tersebut janganlah terlalu kompleks. Mentang-mentanglah anda best student Matematik, habis semua formula dimasukkan dalam artikel. :p

Angka di sini juga boleh diertikan sebagai fakta. Manusia amat sukakan fakta sebab ia adalah satu perkara yang benar dan ada bukti (sandaran).

Kesimpulan

Di dalam penulisan, kita sebenarnya beriteraksi dengan psikologi manusia. Maka penulisan anda haruslah bervariasi yang mana dapat menawan minda dan hati mereka. Jadi, pelbagaikankan cara (style) penulisan artikel anda.

Sekian.

ps. Artikel lain mengenai blogging boleh baca di sini: Blog Panduan Blogging & WordPress

Incoming search terms:

  • teknik menulis artikel
  • idea
  • teknik penulisan artikel
  • panduan menulis ebook
  • panduan menulis artikel
  • teknik menulis blog
  • menulis
  • teknik menulis sebuah artikel
  • teknik penulisaan rencana
  • teknik menulis rencana

Anda Wajib Ada Gravatar!

Sila scroll ke bawah untuk membaca artikel terkini.

Gravatar adalah satu imej yang akan terpapar pada bahagian komen apabila anda memberikan komen di mana-mana blog. Tidak kisah anda memiliki blog atau tidak (sekadar memberi komen di blog orang lain), anda perlu memiliki gravatar.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • bagaimana cara membuat logo blog sendiri

Perkembangan Terkini Produk SmartUsaha.com

Sekadar pengumuman kepada semua pembaca blog SmartUsaha.com dan juga kepada mereka yang terlibat.

Saya kini sedang berusaha untuk menyiapkan beberapa produk. InsyaAllah, saya harap semuanya siap sebelum hari raya nanti. Antara produk tersebut ialah:

1) Sistem DP Protector (Resell Rights. Buat masa ni dibuka kepada 50 orang sahaja dulu. Dua orang dah bayar. Jadi terbuka kepada 48 orang lagi.). :)

2) Teknik Mudah Affiliate (Special Report. Dibuka kepada 100 orang sahaja. Saya tak mahu teknik yang didedahkan cepat tepu atau persaingan tinggi).

3) Versi Terbaru Pakej Kit Blogger (Versi 2.6)

Saya cuba siapkan tiga produk di atas dahulu. Dan jika ada kesempatan, kemungkinan besar ada produk lain akan menyusul.

Dan yang pasti, ada dua produk yang saya mendapat hak jualan untuk menjualnya akan saya buka jualan dalam masa terdekat ini. Sekarang sedang merangka apakah tawaran yang terbaik kepada bakal pembeli.

Perkara Berbangkit

1) Bonus Panduan Clickbank

Ada beberapa orang lagi yang belum dapat bonus yang saya janjikan. Jika anda salah seorang daripadanya, sila hubungi saya.

2) Sistem DP Protector

Ada beberapa orang yang telah membuat bayaran untuk sistem ini. InsyaAllah, saya akan hubungi anda apabila produk ini telah siap. Maaf di atas kelewatan yang tak terjangka.

3) Resell Rights Untuk Pakej Kit Blogger

Saya akan buka semula peluang hak jualan untuk Pakej Kit Blogger. Yang pasti, tawaran ini adalah terhad kepada bilangan tertentu sahaja. Tawaran ini akan dibuka sebaik sahaja versi terbaru Kit Blogger siap.

4) Kurang Aktif Di Forum WangCyber.com

Buat masa ini, saya tidak akan aktif di forum buat sementara (dah hampir sebulan tak masuk forum). Sebarang permasalahan, sila hubungi saya melalui emel. Gunakan contact form di blog ini. Jadi, segala PM anda di forum tidak akan terjawab.

Apa lagi ya.. Rasanya itu sahaja kot. Kalau ada perkara berbangkit yang lain, sila hubungi saya.

Salam kejayaan dan selamat berpuasa.

ps. Nanti saya akan dedahkan satu teknik Affiliate yang mudah untuk dilakukan. Tak perlu LIST dan promosi besar, tapi conversion rate tinggi. Ramai dah tahu teknik tersebut, tapi artikel nanti saya akan sertakan dengan Case Study, trik dan contoh pendapatannya sekali. Nantikan artikel tersebut.

WordPress 2.5: Apa Pendapat Anda?

Saya sedang menunggu pihak WordPress melancarkan sistem WordPress versi terbarunya iaitu 2.5. Saya mungkin tidak akan upgrade blog saya ini kepada 2.5, tapi apa yang akan saya lakukan ialah saya akan gunakan versi 2.5 tu untuk blog saya yang akan datang. Dengan cara ni, saya akan dapat rasa kedua-dua bentuk versi ini dengan seimbang.

Bagi anda yang sudah sedia maklum, rekabentuk bahagian admin dalam versi WordPress pada kali ini dan seterusnya memang akan berubah habis. Berikut adalah imej paparan yang saya ambil daripada laman web WordPress.org.

Paparan Dashboard:

wordpress 2.5

Navigasi:

wordpress 2.5 navigation

Bahagian Write:

wordpress 2.5 write

Terdapat beberapa penambahan dan pengurangan terutama dari segi kedudukan dan penggunaan menu. Sehinggakan paparan dashboard nampak lebih ringkas daripada versi sebelum ini. Tapi kesan di peringkat awal kepada pengguna WordPress dengan design baru ini ialah, mereka perlu ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan rekabentuk navigasi terbaru ini.

Rujukan: 2.5 Sneak Peak

Persediaan sebelum Upgrade

Jika anda mahu melakukan upgrade blog anda kepada versi 2.5 ini, dua perkara yang perlu anda titik-beratkan dan ambil kira ialah plugins dan themes. Inilah dua isu utama yang sering melanda setiap kali WordPress melancarkan versi terbaru. Plugin yang sedang anda gunakan sekarang tidak semestinya akan berfungsi dengan versi yang terbaru ini. Begitu juga dengan theme.

Penyelesaiannya ada dua cara: Pihak developer plugin dan theme tersebut perlu update plugin mereka kepada versi yang compatible dengan versi 2.5 ini. Atau jika mereka sudah tidak meneruskan pengemaskinian plugin/theme tersebut, maka anda perlu mencari plugin lain yang mempunyai fungsi yang serupa. Jika tiada, maka tak dapatlah anda menggunakan lagi fungsi melalui plugin tersebut. Lainlah jika anda seorang pakar pengaturcaraan, anda boleh mengubah kod-kod plugin tersebut.

Anda boleh baca serba sedikit mengenai versi 2.5 ini di laman web WordPress.org. Dan anda juga boleh mencuba versi 2.5 ini di hosting anda. Sila download di sini. Ingat, jangan upgrade lagi blog anda sebab versi 2.5 ni belum release lagi.

Ia masih lagi di dalam peringkat Release Candidate iaitu satu fasa terakhir sebelum ia dikeluarkan sebagai final product (release). Masih ada beberapa perkara yang perlu mereka pastikan betul-betul sudah ok sebelum mengeluarkannya. Apa pun, versi 2.5 ini sudah pun bersiap sedia untuk dilancarkan. Saya dah tak sabar-sabar menunggunya. :)

Setelah melihat dan mengetahuinya serba sedikit, apakah pendapat anda mengenai versi terbaru ini? Bagi saya, apa-apa versi tetap ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tak memadai untuk dikomen lebih-lebih. Akhir kata, syabas kepada Team WordPress dengan versi terbaru ini.

ps. Proses dan cara upgrade akan tetap sama kecuali ada perubahan. Anda boleh belajar upgrade blog WordPress melalui Video Panduan di sini.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)