Sejak tahun 2006 lagi, Pakej Kit Blogger telah dikemaskini beberapa kali. Walaupun kerja pengemaskinian ebook adalah satu kerja yang membosankan, tapi saya gembira apabila para pelanggan bermanfaat dengan kemaskini tersebut.
Adalah menjadi satu polisi ketat dalam perniagaan saya, kemaskini adalah wajib. Saya tidak mahu produk-produk saya seperti yang lain, apabila dijual, satu emel kemaskini pun tak dapat.
Maka soal harga jangan sesekali dipertikaikan kerana para pembeli akan mendapat versi kemaskini secara percuma. Tiada caj dikenakan walaupun satu sen!
Tidak seperti buku yang anda beli di kedai, jika anda mahukan versi kemaskini, anda perlu beli dan beli lagi. Tapi tidak untuk ebook. Itu pun kalau penulis ebook tersebut melakukan sedemikian.
Proses Kemaskini
Setakat ini, saya masih sedang melakukan kerja-kerja editing Pakej Kit Blogger. Phew, sudah lebih daripada 150 imej screenshot dihasilkan untuk mengemaskini ebook ini! Tinggal separuh ebook lagi untuk dikemaskini kandungannya.
Itu baru ebook utama. Belum lagi dengan beberapa tambahan material yang lain. Saya perlu wujudkan bahan tambahan setelah mendapat beberapa respon pembaca. Kepada pembeli sebelum ini, jangan risau, anda akan dapat secara percuma sahaja bahan-bahan terbaru tersebut. Berbaloi bukan?

Antara kandungan ebook utama Kit Blogger
Evolusi Kulit Ebook Kit Blogger
Jom kita tengok perubahan demi perubahan Ecover Kit Blogger:
Ecover Pertama:

Ecover Kedua:

Ecover Ketiga:

Ecover Keempat (Terkini):

*Saya rasa ecover ke-4 adalah yang terakhir. Kalau buat yang ke-5 pun tak pasti bila.
Pakej Kit Blogger: Untuk Newbie?
Memang untuk newbie pun. Jadi mengapa perlu dibisingkan? Bagi sesetengah orang, mencari rujukan percuma adalah jalan terbaik. Tapi tidak semua orang mampu dan perlu melakukan hal sebegitu.
Jadi bagi mereka yang mahu gunakan cara berbayar, biarkanlah mereka. Jangan susahkan mereka dengan menyatakan “alah, cari je kat internet, berlambak”. Ini sebenarnya satu saranan yang betul. Tapi jika disarankan kepada orang yang tidak sepatutnya, mereka akan semakin keliru.
Janganlah susahkan orang lain dengan prinsip tegar kita dan jangan sampai orang kata kita seorang yang ego dengan prinsip sendiri. Biarkan orang lain memilih jalan yang mereka mahu selagi ia tidak haram di sisi Agama. Mudah bukan? Itu pun kalau kita ada sifat saling memahami dan menghormati.
Walaupun panduan ini adalah asas, tetapi saya telah banyak merubah konsep penyampaian agar pembaca mudah memahami. Yang asas pun kalau orang baru nak belajar, itu adalah perkara baru bagi mereka dan sudah pasti mereka anggap ia susah.
Jadi saya seboleh mungkin cuba ubah, edit dan tambah mana yang patut. InsyaAllah, versi 2.6.3 ini saya gunakan cara lain pula untuk memberi kefahaman dan penguasaan kepada pembaca.
Ada Yang Tak Suka?
Ada. Hidup di dunia ni kalau tak ada orang tak suka kita atau barang jualan kita, itu satu perkara yang amat luar biasa.
Daripada 10 orang, saya tak pasti mungkin satu orang atau tiada yang tak suka panduan ini. So far, 95% berpuas hati dan ada yang menyatakan mereka sebenarnya sanggup bayar lebih.
Jadi kepada usahawan, fokus kepada mereka yang berminat sahaja. Yang tak minat dan tak suka, kita biarkan sahaja. Jangan gundah gulana sangat. Ia adalah normal.
Cara saya adalah, tidak kisah yang negatif atau positif datang kepada saya, semuanya saya akan usahakan untuk menjadikannya sebagai satu ‘bahan bakar’ yang positif untuk menolak saya terus ke hadapan.
Mengapa Perlu Kit Blogger?
Selagi saya hidup, insyaAllah selagi itulah panduan ini akan dikemaskini dengan keperluan semasa.
Berbeza jika cari sendiri, anda perlu ke sana dan ke sini, dan perlukan masa untuk mengumpul bahan, mengkaji, belajar dan memahami.
Tetapi tidak dengan cara berbayar, anda akan dapat kemaskini atau info terus ke emel anda. Noktah.
Disebarkan secara haram?
Banyak kali terjadi juga ebook usahawan internet Malaysia disebarkan secara suka-suka tanpa rasa sedikit bersalah pun oleh mereka yang melakukannya. Lainlah ebook itu SCAM atau menipu, itu lain cerita. Tapi kalau ebook yang baik-baik, mengapa kita perlu buat jahat kepada saudara seAgama sendiri?
Anggaplah penulis ebook itu sebagai ahli keluarga kita sendiri. Apa perasaan kita kalau orang luar buat jahat kepada ahli keluarga kita sendiri? Sudah tentu kita marah bukan? Kalau boleh mahu cincang 14 kerat orang tu.
Tapi mengapa tidak mempunyai perasaan yang sama kepada orang lain? Ini berkaitan dengan persoalan hati dan kesedaran. Kesedaran dalam menghormati hak orang lain yang mana Allah menyuruh kita jangan langgar hak orang lain.
Prinsip saya amat mudah. Mengambil barang orang tanpa hak adalah berdosa. Jadi, pandai-pandailah fikir sendiri baik buruk perbuatan tersebut. Saya tidak mahu sentuh perihal undang-undang, sebab semua orang sudah sedia maklum.
Hormatilah hasil kerja orang lain. Untuk siapkan Pakej Kit Blogger, saya terpaksa mengambil masa tidur saya. Saya hanya tidur beberapa jam sahaja. Saya meletakkan tanggungjawab yang serius terhadap sebarang pengemaskinian.
Untuk siapkan ebook bukan mudah. Banyak kerja perlu dilakukan. Jadi bagi mereka yang suka sebarkan hasil kerja orang lain, ingatlah dosa banyak-banyak. Kasihanilah saudara seIslam sendiri.
Itu pun jika mereka mengaku mereka adalah penganut Islam yang patuh dan taat pada Allah.
Sekian.
ps. Saya guna perkataan mereka sebab saya yakin, anda (pembaca blog ini) bukan seperti mereka tersebut.
pps. Sebaik sahaja Pakej Kit Blogger versi 2.6 sudah siap sedia untuk dilancarkan, saya akan maklumkan.
So far, dah ramai yang buat tempahan berbayar untuk versi Resell Rights. Satu bukti Kit Blogger tetap menyengat. TQ! :inlove: :yes:















Komen Terkini