Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Akhirnya…

Setelah lama saya tidak update blog ini, akhirnya baru hari ini saya dengan selesa menaip post dan melakukan kemaskini terhadap blog ini.

Hampir berminggu lamanya, Broadband Celcom bermasalah untuk saya lakukan beberapa task seperti menulis post di blog dan upload file ke server. Line broaband Celcom Ok sahaja, cuma beberapa perkara seperti ada something wrong.

Lantas akibat ketidaksabaran saya, semalam saya terus mendaftarkan diri untuk mencuba rangkaian broadband terbaru yang kini hangat diperkatakan iaitu Wimax.

Saya tidak akan mengulas detail mengenai Wimax ini kerana saya akan melakukannya di post yang lain nanti. Cuma yang dapat saya katakan, buat masa ini rangkaian (coverage) Wimax di Malaysia ini masih terhad. Sekarang coverage lebih menumpu di sekitar bandar-bandar besar seperti KL dan Johor Bahru.

Jika berminat untuk tahu tanpa tunggu review saya, sila ke laman web berikut:

http://www.p1.com.my

Dan berikut adalah pakej-pakej yang disediakan:

plan_home

plan_office

Saya ambil pakej Plus (RM99 sebulan). So far takat guna sejak semalam, amat Ok. Teramat puas hati. Tapi perlu diingatkan sekali lagi, coverage wimax di Malaysia ni belum lagi meluas. Macam saya berada kat JB, jadi tak ada masalah. Semak coverage anda di sini:

http://www.p1.com.my/wimax/coverage_ref.aspx

Kalau tak percaya yang saya kata Wimax ni Ok, sila lihat speed test yang saya buat berikut di speedtest.net:

Speed test kat atas saya baru ambil masa saya taip baris ini.

Ini pula result yang semalam punya:

speed wimax

Jika anda nak cuba produk Wimax ni, boleh sahaja. Pergi daftar dengan reseller terdekat dan tak perlu bayar apa-apa. Bayaran perlu dibayar apabila bil pertama dihantar kepada anda. Ada lah caj-cajnya. Ini standard seperti mana Streamyx. Tapi, jika anda daftar dan bila cuba coverage tak ada, anda boleh pulangkan balik dalam masa 15 hari.

Jika ada coverage dan anda dah guna, tapi tak nak teruskan, anda boleh pulangkan dalam masa 15 hari dan anda akan dikenakan sedikit caj mengikut kadar yang telah anda guna.

Seperkara lagi, alat produk ini memang besar (bukan besar sangat). Ini alat dia:

wimax_modem

Alat ni BUKAN USB, dia pakai Ethernet Cable dan perlu tenaga elektrik (guna power adapter). So saya rasa ini satu kekurangan lah sebab sedikit sukar nak dibawa travel sebab perlu pakai power. Berbeza dengan alat broadband lain, cuma USB atau kad tanpa perlu power yang khas untuk berfungsi.

Tapi yang best adalah, kalau anda nak guna untuk banyak komputer, anda perlu pakai hub. Wimax ni dia macam Streamyx dan bukan macam 3G yang amat susah nak kongsi ramai-ramai walau pun ada alatnya (tapi mahal).

Ok lah. Saya akan buat review ringkas nanti. Biar saya guna dan merasai dulu. ‘Malam pertama’ saya dengan broadband Wimax ni dah pun dilalui malam tadi. Memang syok.. Sampai lewat tidur dibuatnya.. :D

Apa pun, terjawab sudah mengapa saya tidak selalu update blog ini. Saya sentiasa ada dan begitu banyak sebenarnya post yang saya nak publish di blog ini. Cuma keadaan sahaja yang tidak mengizinkan.

Kepada rakan-rakan JV pula, saya mohon maaf jika saya tidak begitu agresif membantu promosi produk anda atau melakukan respon sepanjang JV berlangsung. Saya tidak dapat melawan keadaan yang di luar kawalan saya.

Itu sahaja sedikit info daripada saya sekarang. Sehingga berjumpa lagi.

ps. Oh ya, sebelum anda keliru, Wimax bukan pakai line telefon, tapi Wireless seperti 3G Celcom Broadband. Cuma ia lebih hebat lagi berbanding 3G. ;)

Incoming search terms:

  • P1 WiMAX
  • how to unsubscribe p1
  • p1wimax
  • contoh pelan konsep bandar
  • how to unsubscribe p1 WIMAX
  • p1 wimax modem
  • pemasaran p1 wimax
  • pakej wimax internet
  • p1 wimax package
  • p1 wimax coverage
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)