Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kembali Dengan Lebih Bersemangat! | Pelajaran Puasa

Apa khabar semua.. Lebih dari seminggu saya tidak menulis di blog ini kerana berada di kampung. Bukan tidak boleh menulis, tapi jika saya menulis pun, tidak ramai yang akan melawat blog ini kerana masing-masing dalam ‘mood’ raya.

Tapi tidak lagi hari ini. Saya yakin semua orang sudah kembali bekerja atau kembali menjalankan perniagaan masing-masing.

Kembali Dengan Lebih Bersemangat!

Setelah sebulan berpuasa dan kemudian menyambut eidulfitri, sepatutnya kita lebih bersemangat dan menjadi lebih bersemangat. Pada bulan puasa sebulan itulah kita dapat mengukur, tahap tindakan kita di dalam mahu berubah atau mengubah sesuatu agar kita lebih berjaya.

Jika sebelum ini banyak tidur atau malas, sepatutnya sekarang kita lebih ‘banyak’ bekerja (rajin dan tekun).

Jika sebelum ini al-Qur’an pun tidak disentuh, tapi sejak berpuasa itu, sekurang-kurangnya membaca satu ayat sehari pun sudah memadai.

Jika sebelum ini kita hanya tahu dan rajin memikirkan idea sahaja, kini sepatutnya kita lebih bersemangat untuk BERTINDAK (Take Action). Mana-mana idea yang belum anda laksanakan, lakukannya dengan secepat dan sebaik mungkin jika ia boleh dan sesuai dilakukan sekarang.

Jika sebelum ini kita hanya banyak bercakap, mendengar cakap orang atau banyak melakukan sesuatu yang tidak produktif untuk kita, maka kini sepatutnya kita lebih banyak meluangkan masa untuk sesuatu yang lebih berfaedah dan menguntungkan.

Jika sebelum ini kita hanya asyik berangan itu dan ini, maka kini, bertindaklah apa yang perlu untuk mencapai apa yang diangan-angankan tersebut.

Jika sebelum ini kita hanya banyak membaca, tapi tidak mempraktikkan apa yang sepatutnya, maka kini amat wajar kita mula bertindak.

Jika anda perhatikan ayat-ayat di atas, semuanya berkaitan dengan TINDAKAN. Sesuatu yang kita fikir atau yang kita mahu, kita tidak akan dapat memilikinya selagi kita tidak bertindak.

Pelajaran Puasa

Puasa begitu banyak hikmahnya jika kita mahu berfikir. Selain ia adalah tanda cinta dan taatnya kita kepada Allah, puasa juga melatih kita melawan diri dan nafsu kita. Jika mahu pahala lebih di bulan puasa, kita mesti RAJIN beribadat lebih daripada biasa. Rajin ini sudah semestinya memerlukan tindakan.

Jadi, inilah yang saya mahu maksudkan: Kuasa Tindakan. Walaupun anda seorang yang bijak, pandai, banyak membaca, petah berkata-kata, tapi anda tidak akan mencapai sesuatu selagi anda tidak bertindak untuk mendapatkan sesuatu yang anda mahu.

Sebab itulah jika kita lihat dan perhatikan, ada orang yang tidak banyak membaca, ada orang yang hanya tahu beberapa perkara sahaja, tapi mereka berjaya. Kerana, mereka mempunyai FOKUS dan TINDAKAN dalam ‘area’ yang berkaitan dengan impian dan kehendak mereka. Mereka tekun, fokus, tabah dan kuat berusaha (tindakan).

Maka, orang yang malas atau yang hanya tahu berangan sahaja, memang jauh ketinggalan dengan orang yang tak pandai mana pun, tapi bagus tindakan dan usahanya.

Mungkin ada yang mula bertanya, “Bagaimana untuk bertindak? Saya mahu tahu caranya”. Untuk soalan ini, mungkin anda boleh berikan pendapat di ruangan komen atau tunggu saya menulis artikel yang lain kelak. Di sudut yang lain, ada yang mungkin berkata, “Untuk bertindak, tak semudah berkata-kata atau menulis”. Tak apalah, masing-masing punya pendapat, tapi jika sudah cukup ‘syarat-syarat’ tertentu, anda mesti bertindak jua. Tiada lagi alasan. :)

Wassalam.

Incoming search terms:

  • hakikat6 puasa
  • bayaran usman affan
  • bergaul dengan orang cemerlang yang pandai buat wang irfan khairi
  • dr irfan khairi kurus di subang
  • petua kurus
  • usahawan malaysia yang terkenal

Artikel Terakhir 2006: Pencapaian + Harapan

Assalamu’alaikum,

Salam sejahtera.

Tulisan kali ini adalah artikel terakhir saya untuk tahun 2006 ini. Di tulisan ini, saya akan kongsikan sedikit apa yang telah saya di smartusaha.com lakukan dan ujian yang telah dilalui.

Seperti sedia maklum, blog ini sudah pun berusia lebih dari 1 tahun. Namun, ia telah mengandungi lebih daripada 200 artikel (post) yang beraneka bentuk tulisan daripada pandangan hati saya, motivasi, teguran, panduan perniagaan internet, keusahawanan dan pelbagai lagi.

Melalui smartusaha.com, saya telah menghasilkan lebih kurang 6 ebook percuma termasuk laporan (special report) yang disebarkan kepada pelawat blog smartusaha dan juga melalui newsletter. Antara ebook dan report yang telah saya hasilkan adalah:

1. Pakej Ebook Ebiz (bahasa Melayu)

2. Panduan Asas PayPal

3. Buat Duit dengan blog (kini status percuma telah tamat)

4. Laporan Mitos dan Kelebihan Ebiz

5. Laporan dan Kajian Pengiklanan Banner Efektif

6. Penyakit di Alaf 21

Manakala ebook berbayar pula adalah, Panduan Asas Blog WordPress.

InsyaAllah saya akan terus menerus menghasilkan ebook percuma atau berbayar walaupun ada yang menentang dan menyuruh saya menghentikan usaha saya ini. TIDAK SESEKALI KAWAN, tak semudah itu.. ;)

Cara saya berkongsi ilmu adalah dengan menulis ebook dan memberikannya secara percuma dan juga berbayar, selain menulis di blog ini dan juga newsletter. Malah, saya juga meluangkan sedikit masa untuk membalas emel-emel pertanyaan yang mana perlu saya jawab.

SERVER KENA GODAM!

Tak kurang dengan kegembiraan, smartusaha.com dan saya juga melalui saat getir apabila server hosting saya beberapa kali telah di-godam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun begitu, kejadian ini menjadi iktibar untuk saya dan orang lain agar sentiasa bersiap-sedia menghadapi manusia yang mahu melihat kita susah dan gagal. Ingin saya nyatakan di sini, jika blog atau laman web anda begitu famos, selalulah bakcup data, kerana ada mereka yang tidak suka akan kejayaan dan prestasi anda..

PENCAPAIAN

Dalam tahun ini sahaja, saya telah melakukan 2 perniagaan internet dan lain-lain secara side income, semuanya online. Alhamdulillah, semuanya memberikan hasil sehingga sekarang. Boleh dikatakan sebahagian besar target untuk tahun ini tercapai dan halangan-halangan yang datang berjaya dilalui dengan baik. Alhamdulillah. Semoga Allah terus menguatkan hati kita dalam usaha perniagaan ini.

Tahun ini boleh dikatakan sebagai usaha pemantapan smartusaha.com dan juga diri saya sendiri dalam bidang ini. Pelbagai ujian, halangan, hasil yang baik, kegagalan dalam usaha dan pelbagai lagi telah dilalui. Semua itu akan lebih mematangkan lagi pemikiran dan memantapkan usaha yang dilakukan dalam bidang ebiz ini. Yang pasti, kesilapan lepas yang telah dilakukan diharapkan tidak diulangi lagi..

Perancangan 2007

Harapan untuk 2007 pula, diharapkan saya dapat membuka beberapa lagi perniagaan internet yang akan fokus kepada pasaran Malaysia (local) dan juga international. Satu projek global insyaAllah akan dilancarkan pertengahan Januari ini dan disusuli dengan beberapa projek lain termasuklah satu projek ‘besar’ yang lebih kepada komuniti.

Produk yang akan menjadi keutamaan saya tahun hadapan adalah lebih kepada produk digital seperti ebook, audio, video dan juga perisian. Harapan saya adalah, ingin menjadi penulis ebook yang paling banyak di Malaysia. :lol: Yang pasti, saya akan terus menerus berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan juga semestinya akan berkongsikan ilmu dan pengetahuan yang saya ada dengan anda semua. InsyaAllah. Semoga Allah mempermudahkan usaha saya ini untuk kebaikan bersama dan semoga Allah melindungi saya dan anda semua daripada kejahatan manusia yang mahu kita gagal dan jatuh.

Untuk blog ini, saya akan menulis dengan lebih praktikal dan tersusun lagi bermula tahun depan. Dengan harapan, penulisan saya dapat membantu anda membina perniagaan internet sendiri.

Harapan

Tak sangka, tahun 2006 sudah hampir kepada penghujungnya. Semoga tahun depan kita semua lebih berdaya maju, dapat bekerjasama, menjauhi sifat dengki dan bermusuh, jangan bersalah-sangka dan sama-sama sokong menyokong di antara satu sama lain walaupun ada berbeza pendapat. Kejayaan seorang diri tidak sama dengan kejayaan dalam satu kumpulan (bangsa dan agama).

Juga, kepada yang belum mula perniagan internet, usahalah untuk memulakannya sedaya yang anda mampu. Belajarlah dari bawah (asas) dan jangan begitu target income yang besar dalam waktu yang singkat. Jika tidak, anda akan berputus-asa. InsyaAllah, saya akan bantu anda sedaya yang saya mampu melalui smartusaha.com ini.

Juga, saya ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, salah fakta, atau sebagainya. Sesungguhnya saya juga manusia biasa yang tak lepas daripada salah dan silap. Segala tulisan saya di blog ini, di forum, newsletter atau di ebook, semuanya hanya pandangan peribadi saya, sekadar perkongsian, dan bukan satu paksaan untuk anda ikuti. Saya hanya menulis, menyampai dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada..

Doa-doakanlah agar saya dan smartusaha.com terus kekal dan dilindungi oleh Allah. Semoga saya dapat melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua orang terutama rakyat Malaysia khasnya dan negara-negara lain yang tahu berbahasa Melayu. Ada juga orang Indonesia yang suruh saya menulis dalam bahasa mereka, katanya mereka dahagakan ilmu sebegini. Maafnya dong, saya tak pandai bahasa indonesia. Apa kata anda belajar memahami bahasa Malaysia? ;)

Kejayaan saya, akan saya kongsikan bersama dengan anda juga, insyaAllah. Ilmu itu untuk dikongsi, bukan untuk dirahsia-rahsiakan. Cuma masa sahaja yang diperlukan kerana proses pembelajaran memerlukan masa dan langkah yang berkesan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada dua mentor utama saya, Dr. Irfan dan juga SaifulSham. Mereka banyak memberikan inspirasi, sokongan, motivasi dan panduan yang amat berguna kepada saya dalam bidang ini. Tak lupa juga kepada rakan-rakan e-usahawan lain seperti Shuth, Hasrul, Sufian, Sham RajaAdsense, Galadriel, Alang, TuahEmas, Osman Affan dan lain-lain (sorry kalau tak sebut nama), mereka banyak berkongsikan panduan, idea, pandangan dan pengalaman masing-masing.

Tak lupa juga kepada mereka yang banyak menyokong usaha saya. Tak perlu saya sebut nama di sini, cuma apa yang saya ingin katakan, terima kasih banyak-banyak dan semoga Allah membalas sesuatu yang istimewa untuk anda. Begitu juga untuk pembaca setia blog ini, terima kasih dan diharapkan anda tidak bosan dengan penulisan saya. :)

Akhir Kata

InsyaAllah hari ini saya akan bertolak balik ke kampung atau mungkin esok pagi, bergantung kepada keadaan cuaca. Saya doakan anda sentiasa selamat di mana sahaja anda berada. Semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yang kita lakukan. Walaupun pelbagai rintangan yang datang, kita mesti menghadapinya dengan hati yang kuat dan bergantung kepadaNYA, di samping berusaha sebaik mungkin.

“Orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa merasa berputus-asa, insyaAllah akan berjaya. Allah itu Maha Adil”.

Jumpa lagi, wassalam.

Ikhlas,

SmartZuL

PS. Pihak ebizmalaysia akan mengadakan bengkel perniagaan internet di area KL Januari ini. InsyaAllah. Tarikh dan tempat akan dihebahkan nanti.

PPS. Nantikan ebook-ebook dan produk saya yang akan membantu anda membina perniagaan internet anda. InsyaAllah.

Terkini: Sudahkah anda mendaftar di TheSuperGifts? Dapatkan 200 mata dan rebut peluang-peluang yang diberikan oleh Henry Gold seperti peluang menyertai kumpulan perbincangannya serta mendapat list untuk email marketing anda. Sila rujuk laman web tersebut untuk maklumat lanjut: Klik di sini. Peluang ini akan berakhir dalam Januari ini.

Incoming search terms:

  • artikel pencapaian
  • bayaran ceramah osman affan
  • harapan perniagaan

Usahawan – Kena Usaha Kuat!

Tulisan kali ini saya akan guna satu style lain sikit. Saya akan tulis satu ayat rujukan, dan saya ‘komen’..

Dalam buku “Menyingkap Rahsia Kejayaan”, tulisan Syaikh Dr. Aidh Al-Qarni, terbitan Jahabersa, beliau menulis,

1. Bekerja dan bersungguh-sungguh adalah cara yang utama menuju kemuliaan, yang memberikan kesejukan bagi jiwa dan mengubati sekalian penyakit bahkan ia dapat menguatkanmu.

Kata Hati SmartZul: Siapa yang usaha kuat dan tidak kenal putus-asa, dia berhak memiliki kejayaan.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • makalah tentang tharfah bin abd

Kursus 3dalam1 : Padat, Ringkas dan Mudah Difahami

osman affan 3dalam1Tidak terlambat untuk saya menulis sedikit review bagi bengkel milik Osman Affan dan Irfan Khairi ini, 3dalam1.com.

Pada 19 Ogos 06 lepas, saya telah ke bengkel ini dan menyertai dari awal sampai akhir. Sebelum saya menulis sedikit review, ringkasan untuk bengkel itu adalah, ia memang asas dan memang SESUAI untuk mereka yang tersangat blurr sangat-sangat. hehe..

* Gambar: Osman Affan sedang menyampaikan isi pelajaran bengkel kepada para peserta

Di dalam bengkel ini, saya jamin anda tidak akan mengantuk. Ya, saya rasa inilah bengkel ini bengkel pertama yang saya tak mengantuk walaupun saya berjalan jauh dari JB. :) Mengapa? Kerana bengkel ini begitu interaktif dan berlakunya komunikasi dua-hala di antara speaker dan peserta.

Selain itu, terdapat sesi aktiviti berkumpulan dan ini bukan sahaja dapat menjana idea perniagaan internet, malah merapatkan perkenalan antara para peserta sendiri.

Di dalam penyampaian Osman, beliau memang seorang pakar. Kekuatannya adalah mengawal semua peserta agar memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang disampaikan olehnya.

Mengenai isi pelajaran, ia memang padat dan ringkas. Hanya 3 langkah seperti yang dinyatakan pada laman web 3dalam1.com:

1. Mencari Produk atau Perkhidmatan

2. Membina Laman Web yang berkesan (teori)

3. Membina Komuniti Pelawat

ketiga-tiga topik tersebut diulas dengan begitu mudah oleh Osman agar para peserta yang zero kefahaman dia mengenai perniagaan internet akan dapat memahami. Pelbagai tip yang mantap dan berguna sudah semestinya ada di dalam bengkel ini.

smartusaha irfan khairi

Irfan Khairi sedang memberikan tips berkesan hampir 1 jam

Bengkel ini bagi saya teramat asas kerana menurut kata Osman sendiri, ia adalah jambatan kepada bengkel jutawan internet Irfan Khairi. Bengkel 3dalam1 ini diwujudkan agar mereka yang “zero” dapat memahami perkara-perkara yang asas dahulu tanpa perlu memeningkan kepala. :) Walaupun asas, kata Osman sendiri, sudah ada antara bekas peserta bengkel ini melancarkan laman web niaga sendiri tidak kurang dari 1 bulan.

Antara kelebihan bengkel ini adalah, anda sebagai peserta akan diberikan beberapa bonus seperti email coaching (personal) selama satu tahun.

Kepakaran Osman adalah pada penyampaiannya, penggunaan masa yang tepat dan interaktif.

Mesti anda tertanya, mengapa Osman Affan? Apa ebisnes beliau? Ramai yang tidak tahu konsep asas bengkel 3dalam1 ini, iaitu Dr Irfan Khairi merupakan ‘coach peribadi’ kepada Osman sendiri sudah hampir dua tahun lebih (jika tidak silap saya). Maka, sudah pasti seorang pelatih yang dilatih oleh seorang pakar, akan memahami sesuatu ilmu itu bukan? Osman juga menyatakan, beliau dan Irfan sentiasa duduk semeja untuk menghasilkan perniagaan internet bersama di dalam tempoh beliau bersama Dr Irfan.

Seperti yang saya katakan, konsep asas bengkel ini adalah penyampaian yang jelas dan mudah difahami. Mengapa Dr Irfan begitu yakin terhadap Osman, kerana Osman memiliki kepakaran tersendiri di dalam motivasi dan penyampaian seperti yang saya nyatakan di atas. Jadi kesimpulan asas bengkel ini adalah:

1. Untuk merungkai keserabutan pemikiran mereka yang newbie. Maka, Osman dengan kepakarannya insyaAllah mampu menguruskan keserabutan peserta tadi. ;)

2. Osman mampu menyampaikan isi pelajaran dengan mudah difahami. Ia jarang dan susah dimiliki oleh ramai orang. Maka sebab itulah Irfan begitu yakin dengan Osman. Jika anda seorang yang expert dalam ebiz, tidak semestinya anda pandai mengajar orang lain bukan? Buat boleh, tapi untuk menulis, bagi talk, punyalah susah.. Setuju? :)

3. Bengkel ini merupakan jambatan kepada workshop jutawan internet Irfan Khairi. Ehem, siapa yang jadi peserta 3dalam1, dia akan dapat ‘something’ untuk ke bengkel Irfan. ;)

4. Bestnya bengkel ini, anda akan berpeluang mendengar beberapa tip dan teknik daripada Irfan Khairi sendiri.

5. Mendapat bonus seperti ebook Corey Rudl

6. Email Coaching selama setahun

7. Makan minum 4 kali kot. :lol:

8. Sijil diberikan

Rasanya cukup sampai di sini sahaja review saya. Mungkin anda berkata, “alah zul ni, mesti kroni Irfan ni.. Semuanya cakap yang baik-baik jer..”.

Oh tidak, saya bukan kroni mereka. hehe.. Ikhlas saya katakan dengan sejujurnya, cakaplah mana bengkel dan seminar atas muka bumi ni, berikan saya SATU sahaja bengkel/seminar yang 100% sempurna! Boleh? Saya yakin tak ada kan? Bahkan seminar Robert Kiyosaki pun ramai yang komen -ve, inikan pula kita yang tak setahap dia.

Ketahuilah, kita manusia biasa, dan kita jangan hanya melihat pada aspek yang kurang sahaja. Kadang-kadang yang kurang itu hanya 5% sahaja, tapi sebab kita TERLAMPAU melihat dan tidak puas hati dengan yang 5% tu, maka 95% yang baik dilupai dan tidak di-maksimakan penggunaannya. Jangan jadikan ia satu habit atau sikap kita seharian. Sikit-sikit nak tengok dan nak tahu kekurangan. Apa anda dapat? Hanya alasan yang anda dapat bukan?

Harga? RM297.00. Wahh, mahal nya. Saya no komen. Kadang-kadang geli telinga saya mendengar alasan begini. Maaf saya berleter sikit, orang kita kebanyakkannya kalau untuk hiburan atau untuk benda yang sekejap jer nikmat dia rela dan tak mempersoalkan wang yang dihabiskan untuk itu. Tapi untuk menuntut ilmu, berkira sakan sangat-sangat. Kenapa yer? Mudah jer jawapan dia, orang kita tak pandai menilai erti ilmu itu sendiri dan tidak meletak ilmu sebagai satu harta yang begitu bernilai pada diri mereka. Setuju?

Saya mempunyai beberapa kawan yang ringan jer tangan melabur beribu-ribu untuk satu skim pelaburan yang tidak tahu hujung pangkalnya nanti, tapi dia asyik kata: “mahal giler bengkel seminar diaorang tu..”. Apa komen anda terhadap kawan-kawan saya ni? ;)

“Takder duit la zul, bukan tak nak pergi”. Alasan ni boleh diterima lagi. Tapi nak seribu daya. Bengkel 3dalam1 menyediakan program affiliate di laman webnya. Satu peserta berdaftar melalui link affiliate anda, komisen RM30 anda dapat. 10 orang berdaftar melalui anda, RM300 anda dapat. Dengan komisen berkumpul tu anda bolehlah guna untuk ke bengkel ini. So? Usaha! Jangan hanya memberikan alasan. Banyak cara boleh anda dapatkan wang untuk ke bengkel sebegini bukan?

Awas kepada yang dah expert, saya bukan tak galakkan anda pergi, takut anda banyak mencemuh jer nanti. :) Tapi bagi saya tak salah nak sertai sebagai percambahan ilmu. Nasihat saya, pergilah ke bengkel atau seminar mana, tinggalkan ilmu yang ada pada anda kat rumah dulu, jangan bawa sekali ke bengkel. ;) Menuntut ilmu pun ada adab dia.
Oklah, sebagai penutup, anda boleh mendaftar bengkel asas perniagaan internet 3dalam1 ini dengan klik link di bawah ini:

Incoming search terms:

  • kursus perniagaan internet
  • kursus usahawan internet
  • 3dalam1 com
  • kursus keusahawanan internet

Bertemu Dengan Usahawan Internet Malaysia..

Menjadi satu impian dan kesukaan saya untuk bertemu dan berkongsi pandangan bersama dengan usahawan-usahawan internet Malaysia. Selama ini saya hanya menanamkan impian sahaja, tetapi sekarang sedikit demi sedikit beberapa cita-cita sudah tercapai.

Apabila kita berjumpa dan berkongsi idea, pendapat dan berbincang dengan usahawan lain, diri kita akan semakin bersemangat umpama bateri yang baru dicaj. Itulah yang berlaku kepada saya. Bermula dengan bertemu saifulsham pada seminar mereka, kemudian bertentang mata dengan Osman Affan, Dr Irfan Khairi dan Shuth Wangcyber di bengkel 3 dalam 1, dan yang lepas betemu dan bergabung tenaga dengan Sham RajaAdsense.

Sukar untuk mempercayai, tetapi itulah hakikatnya. Jika kita banyak bersabar dan jelas dengan matlamat serta kemahuan kita, kita akan mencapainya. Walaupun diri saya terasa begitu kerdil berbanding mereka yang lain, tetapi perasaan itu saya lontar jauh-jauh kerana untuk berjaya kita perlu berani melakukan sesuatu yang selama ini kita takut. Jangan jadi seperti anjing yang takut bayang-bayangnya sendiri.

Berbalik kepada topik, menjadi satu impian saya untuk berada sebaris dan sepentas bersama dengan mereka yang telah berjaya dan menempa nama di persada bidang keusahawanan internet. Bukan tujuan untuk terkenal, mengejar populariti atau lain-lain tujuan yang tidak sihat, sebaliknya apa yang saya mahu adalah erti kejayaan itu sendiri. Jika anda bertanya apakah tahap kejayaan saya sekarang, suka saya berterus-terang tanpa berselindung, pendapatan saya di internet tidaklah sampai berpuluhan ribu, tetapi bolehlah digunakan untuk menyara kehidupan seharian.

irfan khairi smartusaha

Saya dan Dr Irfan, di bengkel 3dalam1

shuth smartusaha

Shuth WangCyber (Suhaimy) yang memang sempoi gitu.. ;)

saifulsham smartusaha

Saya dan Sabri Saifulsham di seminar saifulsham

saifulsham

saya, syazwan, jimmy dan sabri

cheapestcovers smartusaha

Bersama team cheapestcovers.com di seminar saifulsham Julai 2006

osman affan

Bersama Osman Affan 3dalam1 di seminar saifulsham Julai 2006

rajaadsense smartusaha

Bersama Sham RajaAdsense

Jika anda melihat saya ke sana ke mari, ke bengkel itu dan ini, saya mengamalkan prinsip menuntut ilmu sampai ke mati. Semua mereka yang ada sekarang seperti saifulsham dan Dr Irfan adalah guru saya. Banyak yang telah saya pelajari daripada mereka. Walaupun saya sendiri sebagai usahawan internet, soal persaingan di antara satu sama lain saya jadikan perkara kedua, sebaliknya persahabatan, kerjasama, itu yang saya utamakan.

Setelah bertemu dengan beberapa usahawan internet Malaysia yang berjaya, diri saya kini semakin mendapat rentak tersendiri di dalam bidang ini. Inilah bidang ataupun medan perjuangan saya… Masih ramai lagi yang akan saya temui dan menjadi satu habit orang-orang yang berjaya untuk bertemu dengan mereka yang telah berjaya. Saya juga mahu begitu. Sesungguhnya bertemu dan bergaul dengan orang berjaya dan berfikiran +ve akan memberikan caj +ve juga kepada kita.. Diri kita akan terus bersemangat, kental dan tidak mudah putus asa. Malah komuniti atau rangkaian kita akan terus mantap dan bertambah.. Hidup kita bukan keseorangan, sebaliknya yang ringan sama dipikul, yang berat sama dijinjing.

Apalah yang saya merapu ni yer. Harap-harap tak merapulah..

Kesimpulannya, bukan saya mahu anda melakukan seperti apa yang saya buat, tetapi isi yang saya mahu sampaikan adalah:

TETAPKAN MATLAMAT YANG JELAS

Sudah ada matlamat yang jelas, pastikan anda tahu bagaimana untuk mencapainya dan seterusnya lakukan dengan sabar dan tidak berputus-asa.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)